Sie sind auf Seite 1von 89

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa latihan ilmiah ini adalah hasil kerja saya yang asli
melainkan petikan dan sudutan yang telah diperjelaskan sumbernya.

..................................................
NOREZZATI BINTI MOHD ALI
11010007
Tarikh Serahan : ..........................

PENGESAHAN
Latihan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan sebagai memenuhi syarat
kursus DPG 8013 (Kertas Projek) bagi memperolehi Diploma Psikologi,
Kolej Jaiputra, Kelantan Darul Naim.

......................................................
CIK NUR AZHANA BINTI AHMAD
Tarikh Serahan : ...........................

ii

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala
puji-pujian bagi Allah S.W.T dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta
keluarga dan sahabatnya dengan Taufik Dan Hidayah-Nya dapatlah saya
menyempurnakan kajian ini.
Terlebih

dahulu,

saya

ingin

merakamkan

setinggi-tinggi

penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Cik
Nur Azhana Binti Ahmad yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar,
panduan serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi sepanjang saya
menyiapkan projek dan laporan ini. Segala jasa dan kerjasama beliau
memberi inspirasi untuk saya lebih berkeyakinan dalam menghadapi
pelbagai masalah yang hadir dalam menyiapkan projek ini. Komen-komen
membina daripada beliau juga memberi impak positif kepada saya dalam
terus memperbaiki dan meningkatkan kualiti kerja saya agar projek yang
dihasilkan berguna kepada pihak lain.
Jutaan terima kasih juga buat ibu dan abang tercinta yang banyak
memberi dorongan, sokongan dan yang paling penting doa yang tidak
putus-putus kepada saya untuk terus menjadi anak serta muslimah yang
berjaya di dunia dan akhirat. Segala jasa dan pengorbanan mereka amat
saya hargai dan moga ia mampu terbalas dengan kejayaan saya di dunia
dan akhirat. Terima kasih juga buat bakal teman hidup saya, atas segala
dorongan, kata - kata semangat serta doa yang tidak pernah putus dikala
saya susah dan senang.

iii

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada semua pelajar


Kolej Teknologi Darul Naim, Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah
banyak memberikan kerjasama yang sangat baik dalam membantu
menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan tugasan ini.
Akhir sekali, saya sudahi dengan penuh kesyukuran kehadrat
ILLAHI kerana memberi saya kekuatan, kesihatan yang baik serta
keyakinan dalam menyiapkan projek dan laporan ini. Terima kasih juga
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan projek ini. Semoga segala bantuan dan sokongan yang
dihulurkan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.
Sekian, Wassalam.

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan


pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD), Pengkalan Chepa, Kelantan.
Reka bentuk kajian ini kajian deskriptif dan data yang dikumpul ialah data
kuantitatif. Dalam kajian ini, populasi yang telah dikenalpasti oleh pengkaji
terdiri daripada 820 orang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim. Pelajarpelajar berkenaan telah dikenalpasti melalui maklumat yang diperolehi
daripada Pejabat Pentadbiran Kolej Teknologi Darul Naim. Oleh itu,
sampel dalam kajian ini adalah adalah melibatkan seramai 100 orang
responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Teknologi Darul
Naim setelah pengkaji meneliti faktor-faktor penentuan saiz sampel
tersebut. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah
Kecerdasan Pelbagai bagi mengukur kecerdasan yang dimiliki oleh setiap
pelajar KTD. Data-data yang diperoleh diproses dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Statistik
deskriptif digunakan untuk menentukan frekuensi, peratus, min ke atas
data-data yang diperolehi berdasarkan kecerdasan pelbagai dan faktor
demografi pelajar KTD iaitu umur, jantina dan bangsa. Dapatan kajian
mendapati pelajar-pelajar KTD memiliki lebih dari satu kecerdasan bagi
setiap responden. Namun begitu, Kecerdasan Eksentialis merupakan
kecerdasan tertinggi yang dimiliki oleh pelajar KTD. Dapatan kajian ini
memberi manfaat kepada ibu bapa khususnya untuk mengetahui ilmu
mengenai kecerdasan pelbagai dan gaya didikan yang sesuai agar dapat
membantu

perkembangan

kognitif,

pembinaan

personaliti,

pembelajaran dan pencapaian akademik anak-anak mereka.


v

proses

ABSTRACT

vi

SENARAI KANDUNGAN

HALAMAN

Pengakuan

Pengesahan

ii

Penghargaan

iii

Abstrak

Abstract

vi

Senarai Kandungan

vii

Senarai Jadual

Senarai Rajah

xi

Senarai Singkatan

xii

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

1.2

Latar Belakang Kajian

1.3

Pernyataan Masalah

1.4

Pendekatan Teori

1.5

Definisi Konsep

20

1.6

Objektif Kajian

22

1.7

Persoalan Kajian

22

1.8

Kepentingan Kajian

22

vii

BAB 2

BAB 3

BAB 4

KAJIAN LITERATUR

25

2.1

Pendahuluan

25

2.2

Tinjauan Kajian Literatur

26

METODOLOGI KAJIAN

35

3.1

Pendahuluan

35

3.2

Reka Bentuk Kajian

35

3.3

Tempat Kajian

36

3.4

Subjek Kajian

36

3.4.1 Populasi

36

3.4.2 Sampel Kajian

37

3.5

Alat Kajian

38

3.6

Skop Kajian

42

3.7

Prosuder Kajian

42

3.8

Analisis Data

43

3.8.1 Statistik Deskriptif

43

DAPATAN KAJIAN

44

4.1

Pendahuluan

44

4.2

Keputusan Kajian

45

4.3

Kaitan Dengan Dapatan Kajian

57

viii

BAB 5

PENUTUP

59

5.1

Pendahuluan

59

5.2

Rumusan Kajian

59

5.3

Implikasi Kajian

60

5.4

Cadangan Kajian

62

5.5

Kesimpulan

63

BIBLOGRAFI

64

LAMPIRAN

68

ix

SENARAI JADUAL

HALAMAN

1.

Pengiraan Skor Kecerdasan Pelbagai

40

2.

Kaedah Pemarkatan

41

3.

Taburan Responden Mengikut Umur (Tahun)

45

4.

Taburan Responden Mengikut Jantina

46

5.

Taburan Responden Mengikut Bangsa

47

6.

Taburan Kecerdasan Verbal Linguistik Responden

48

7.

Taburan Kecerdasan Interpersonal Responden

49

8.

Taburan Kecerdasan Intrapersonal Responden

50

9.

Taburan Kecerdasan Logik Matematik Responden

51

10.

Taburan Kecerdasan Visual Ruang Responden

52

11.

Taburan Kecerdasan Kinestetik Responden

53

12.

Taburan Kecerdasan Muzik Responden

54

13.

Taburan Kecerdasan Naturalis Responden

55

14.

Taburan Kecerdasan Eksistensialis Responden

56

SENARAI RAJAH

HALAMAN

1.

Kerangka Konsep Penyelidikan

21

2.

Taburan Responden Mengikut Umur (Tahun)

45

3.

Taburan Responden Mengikut Jantina

46

4.

Taburan Responden Mengikut Bangsa

47

5.

Taburan Kecerdasan Verbal Linguistik Responden

48

6.

Taburan Kecerdasan Interpersonal Responden

49

7.

Taburan Kecerdasan Intrapersonal Responden

50

8.

Taburan Kecerdasan Logik Matematik Responden

51

9.

Taburan Kecerdasan Visual Ruang Responden

52

10.

Taburan Kecerdasan Kinestetik Responden

53

11.

Taburan Kecerdasan Muzik Responden

54

12.

Taburan Kecerdasan Naturalis Responden

55

13.

Taburan Kecerdasan Eksentialis Responden

56

xi

SENARAI SINGKATAN

1.

IPT

Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

2.

KTD

Kolej Teknologi Darul Naim (KTD)

3.

SPSS

Statistical Package for Social Sciences

xii

BAB 1
PENGENALAN

1.1

PENDAHULUAN

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan perkara-perkara yang


berkaitan dengan latar belakang kajian iaitu pendekatan teori Kecerdasan
Pelbagai. Penyelidik juga menyatakan tujuan kajian, kepentingan kajian,
definisi operasional dan kerangka konsep kajian mengenai kecerdasan
pelbagai dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Manusia

yang

dilahirkan

ke

dunia

masing-masing

mempunyai

tanggungjawab sama ada tanggungjawab kepada diri sendiri atau orang di


sekelilingnya, di mana kita sebagai manusia harus mengetahui bahawa
manusia dilahirkan dalam keadaan yang lemah dan mempunyai
kecerdasan yang berbeza-beza. Manusia merupakan spesies yang lemah
semasa dilahirkan. Kehidupan manusia ketika bayi dan kanak-kanak
begitu bergantung sekali kepada orang dewasa dari segi penjagaan dan
kasih sayang serta pendidikan berdasarkan kepada pengalaman dan
pembelajaran. Menurut Siti Rahayah Ariffin et. al (2011) bahawa manusia
bukan hanya tertumpu oleh satu faktor sahaja malah kecerdasan itu boleh
berkembang sama ada melalui persekitaran, pendidikan dan pengalaman.
Setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung, kerana
1

seseorang individu mungkin cemerlang dalam satu bidang kemahiran


tetapi lemah dalam bidang kecerdasan yang lain. Oleh itu, memang benar
bahawa manusia yang dilahirkan itu unik dan istimewa.
Menurut Nur Amirah Zulkifli dan Norizwan Abdul Rahim (2010)
terdapat pelbagai jenis kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang seperti
kecerdasan bahasa, muzik, pergerakan, visualisasi dan lain-lain. Setiap
individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan
yang

tertentu.

Individu

ini

mempunyai

kecenderungan

untuk

mengembangkan bakat atau kebolehan yang mereka perolehi sekiranya


dilatih dan diasah dengan cara yang betul. Walau bagaimanapun,
kecerdasan ini tidak akan menyerlah sekiranya ia tidak digilap atau
dibiarkan mati tanpa tunjuk ajar yang seharusnya. Di negara kita, individu
yang memiliki sesuatu kecerdasan jarang ditemui dan diiktiraf kemampuan
mereka kerana kita tidak didedahkan dengan ilmu pintar cerdas. Secara
amnya, terdapat tujuh jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh
seseorang. Individu yang memiliki kecerdasan sesuatu bidang akan
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang tersebut. Penghargaan boleh
dilakukan bagi menggalakkan perkembangan individu tersebut.
Oleh itu, amat penting bagi setiap individu untuk mengetahui tahap
kecerdasan pelbagai masing-masing. Namun begitu, bagi kanak-kanak
orang yang paling layak untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak
ialah ibubapa atau guru-guru mereka di sekolah. Menurut Johari Bin
Hassan dan Nur Aimi Binti Hassan (2004) kecerdasan pelbagai
seharusnya bermula di peringkat kanak-kanak. Bermulanya di peringkat
ini, akan terserlah kecerdasan yang terdapat dalam diri kanak-kanak.
2

Namun, sekiranya tiada usaha untuk mengembangkan lagi kecerdasan


yang mereka miliki ini, maka kecerdasan mereka tidak akan dapat
berkembang dengan baik seterusnya akan menyebabkan mereka akan
jadi kurang berkeyakinan dalam menghadapi dunia yang penuh dengan
cabaran ini. Oleh itu, guru-guru haruslah mengenalpasti kecerdasan yang
dimiliki oleh kanak-kanak ini supaya dapat membantu mereka memajukan
diri dalam pelbagai aspek.
Hal ini adalah sebagaimana Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam


bentuk yang sebaik-baiknya (Surah At-Tin : 4)

Daripada ayat di atas, telah membuktikan bahawa manusia


merupakan sebaik-baik kejadian yang dicipta. Di mana setiap manusia
yang dicipta itu mempunyai keistimewaan serta keunikan yang tersendiri.
Apa yang dimaksudkan dengan keistimewaan atau keunikan ini adalah
kebolehan semulajadi yang terdapat dalam diri setiap manusia. Kebolehan
semulajadi ini adakalanya dapat diketahui sendiri oleh setiap individu
untuk memajukan diri sendiri. Kebolehan semulajadi yang terdapat di
dalam diri seseorang individu boleh dikenalpasti seawal usia kanak-kanak
lagi. Namun masih terdapat individu yang tidak dapat mengenalpasti
kebolehan semulajadi yang terdapat dalam diri mereka walaupun sudah
meningkat dewasa. Ini akan menyebabkan individu tersebut tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana sering menganggap diri
3

sebagai seorang yang lemah, tidak mempuyai keyakinan diri serta tidak
mampu untuk bersaing dengan yang lain. Maka ini akan memberikan
kesan yang negatif dalam bidang pendidikan kerana tidak dapat
menghasilkan insan yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam
melakukan pelbagai perkara. Kebolehan semulajadi yang dimaksudkan
ialah kecerdasan yang terdapat dalam diri seseorang individu.
Sebagaimana yang telah diperkatakan sekiranya seseorang itu
tidak dapat meyakinkan diri untuk melakukan pelbagai perkara ia akan
menimbulkan kesan negatif atau tekanan emosi. Menurut Hans Selye
(1956: 4), seorang Profesor University of Montreal dan pakar yang banyak
mengkaji tentang tekanan, mengatakan tekanan sebagai satu tindak balas
atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan atau
permintaan. Ini menunjukkan apabila semua permintaan melebihi
daripada kemampuan badan, ia akan mengakibatkan ketegangan.
Pendapat ini selari dengan pandangan yang diberikan oleh Marof
Redzuan dan Haslinda Abdullah (2002) di dalam Fariza Md Sham (2006)
yang turut menyatakan bahawa tekanan sebagai tindak balas seseorang
terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu serta
memerlukan penyesuaian sama ada untuk sistem badan ataupun
pemikiran. Hal ini adalah kerana sekiranya seseorang itu tidak dapat
mengenal pasti kecerdasan dirinya dengan jelas ia akan memaksa untuk
melakukan sesuatu di luar kemampuan dan ini akan memberikan
ketegangan dalam diri seseorang individu.

Sesetengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam


setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala
ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir
kesemua kecerdasan ini. Walaubagaimanapun, anak-anak yang dilahirkan
mempunyai anugerah atau kelebihan berbeza. Dalam konteks sebagai
seorang pelajar amnya, mereka juga mempunyai gaya pembelajaran dan
minat tersendiri. Sebagai contoh, ada pelajar suka belajar secara
berkumpulan, ada yang selesa belajar secara individu dan ada juga
pelajar yang belajar sambil mendengar muzik. Pengesanan kecerdasan
seseorang individu amat penting untuk melahirkan individu yang
berpontensi selaras dengan kemajuan negara. Oleh itu, diharapkan bahan
ini dapat memberi sumbangan dari sudut memberi gambaran tentang
kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar IPT.

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Era globalisasi masa kini semakin hari semakin pesat membangun. Begitu
juga dengan kadar pertumbuhan perkembangan pelajar-pelajar di
Malaysia, di mana pelajar-pelajar masa kini bakal menjadi tunggak negara
pada masa akan datang. Selaras dengan wawasan 2020, peranan
pendidikan untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia
menjadi negara maju sepenuhnya merupakan agenda yang begitu
mencabar dan kritikal. Lantaran itu, untuk mengetahui kecerdasan
pelbagai yang dimiliki oleh setiap pelajar adalah penting untuk menjadi
kayu pengukur yang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu sistem
pendidikan tersebut.
Hari ini, masyarakat mentafsirkan pelajar cemerlang adalah mereka
yang mendapat A dalam peperiksaan. Menurut Ibrahim (2003) di dalam
Siti Rahayah et. al (2011),
kekeliruan

apabila

bahawa tafsiran itu membawa kepada

masyarakat

mendefinisikan

pelajar

yang

tidak

mendapat pencapaian tinggi atau cemerlang dalam peperiksaan awam


sebagai gagal, dan kegagalan itu dianggap sebagai kegagalan sepanjang
hayat.

Kekeliruan

berpegang

kepada

yang

berlanjutan

stigma,

di

ini

mana

menyebabkan
pencapaian

masyarakat

dan

kejayaan

persekolahan sebagai kredibiliti kejayaan di tempat kerja atau dalam


kehidupan. Kesannya, sebilangan pelajar yang tercicir dan terpinggir
boleh mendatangkan masalah kepada negara.
Maka, kita mesti berganjak kepada satu fahaman bahawa semua
manusia berpotensi dan mampu menonjolkan potensi mereka dalam
6

pelbagai bentuk dan keadaan. Kegagalan dalam peperiksaan bukan


bererti mereka langsung tidak mempunyai kemahiran. Hal ini kerana
pencapaian dalam konteks sekarang merujuk kepada kecenderungan
seseorang dalam mengingati fakta serta menyelesaikan masalah Logik
Matematik, lisan dan bahasa semata-mata seperti yang terdapat di dalam
Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner.
Seseorang individu mempunyai keupayaan untuk berfikir dengan
cerdas. Individu juga berupaya untuk membentuk pelbagai andaian dan
membuat keputusan yang berhubung masalah berkenaan dengan
nombor, gambar atau melibatkan fakta. Setiap individu yang dilahirkan
normal akan mempunyai keupayaan untuk berfikir dan menggunakan
intelek bagi menangani perkara-pekara berkaitan proses membuat
keputusan dan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian. Namun,
kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh setiap individu tidak sama dengan
individu yang lain. Oleh itu, untuk membezakan aspek ketaksamaan inilah
satu pengukuran diadakan untuk menguji kecerdasan atau lebih tepat lagi
dipanggil kepintaran.
Pengukuran untuk menguji kecerdasan adalah penting untuk
mengukur kemampuan intelek individu yang ingin menguasai kehidupan
sosial di dunia yang sedang mangharungi arus globalisasi pada ketika ini.
Dengan kata lain, ia mampu untuk mengatasi masalah yang berkaitan
dengan dunia hari ini seperti masalah persaingan, penempatan dalam
pekerjaan, komunikasi, teknologi dan seumpamanya. Oleh yang demikian,
dalam konteks kajian ini kita akan melihat satu tinjauan kecerdasan
pelbagai dalam kalangan pelajar IPT.

Kecerdasan pelbagai ialah kecerdasan-kecerdasan yang ada pada


setiap manusia yang normal dan waras. Kecerdasan merupakan sesuatu
kebolehan menguasai sesuatu perkara dengan cepat, dan memahami
perkara yang kompleks. Walaubagaimanapun, tahap-tahap kecerdasan
ini adalah berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika tahaptahap kecerdasan yang kita ada adalah tinggi, kita bolehlah dikatakan
sebagai individu yang hebat atau bagus.

1.4

PENDEKATAN TEORI

1.4.1 TEORI

KONSEP

KECERDASAN

PELBAGAI

HORWARD

GADNER
Menurut Nur Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim (2010), pada tahun
1983,

seorang

ahli

psikologi

barat

iaitu

Howard

Gardner

telah

mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori


kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind.
Teori ini adalah hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap
pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri
dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut
Howard Gardner lagi, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan
kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang
pendidikan,

makanan,

suasana

pembelajaran

dan

lain-lain.

Teori

Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih


kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan
sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini
8

terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi
kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.
Menurut Salhah Abdullah (2009), Teori Kecerdasan Pelbagai oleh
Howard Gadner menghuraikan hingga lapan kecenderungan potensi
seseorang individu. Potensi individu berdasarkan kecerdasan pelbagai
menjadi maklumat dalam membantu individu tersebut mengetahui tahap
potensi diri mereka sendiri. Walaubagaimanapun, Gardner (2005) di
dalam Nur Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim (2010), telah membuat
satu spekulasi bahawa terdapat kewujudan kecerdasan yang kesembilan
iaitu existential intelligent yang digelar oleh beliau sebagai intelligence of
big

question.

Menurut

beliau,

setiap

individu

mempunyai

tahap

kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan


dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian.

i.

KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK

Menurut Gardner (1983) di dalam dalam Siti Rahayah Ariffin et al. (2004),
menyatakan bahawa kecerdasan verbal-linguistik sebagai berfikir dengan
perkataan dan menggunakan bahasa untuk menyatakan dan memahami
makna yang sukar dan kompleks. Selain itu, individu tersebut juga
mempunyai kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam
lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat,
meyakinkan orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.
Selain itu, seseorang yang mempunyai kecerdasan dalam bidang
verbal- linguistik ini mampu memberi makna, mentafsir dan mendalami
sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa. Menurut Howard
9

Gardners (1983) di dalam Nur Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim


(2010), seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu
memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu
menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih. Di samping itu juga,
seseorang yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik terdiri daripada
golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang
bahasa. Individu sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan
bahasa dan menonjolkan diri apabila bersuara. Mereka mempunyai
kelebihan dalam berbahasa dan sensitif kepada sesuatu perkara serta
meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial.
Seterusnya, individu yang mempunyai kecerdasan linguistik kerap
membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan
am. Mereka juga suka membaca bacaan yang meluas dalam pelbagai
subjek serta membaca dengan pantas. Selain itu, mereka juga
mempunyai tatabahasa yang tinggi dan menggunakan tatabahasa yang
baru dan unik.
Sebagai contoh dapatan kajian Norliah (2005) di dalam Salhah
Abdullah (2009) menunjukkan amalan penerapan kecerdasan pelbagai
melalui elemen kecerdasan verbal-linguistik dalam pengajaran Bahasa
Melayu di prasekolah dipengaruhi secara signifikan oleh persepsi positif
guru-guru

terhadap kecerdasan

verbal-linguistik.

Oleh

itu, contoh

pekerjaan yang sesuai bagi individu yang memiliki jenis kecerdasan


tersebut ialah penulis, penceramah, ketua, guru, jurulatih, pegawai,
perhubungan awam, jurujual, perunding cara dan peguam. Contoh tokoh

10

bahasa yang cemerlang di negara kita adalah Tan Sri A. Samad Said,
Osman Awang dan Zaba.

ii.

KECERDASAN INTERPERSONAL

Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi.


Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan,
motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga
adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara
praktikal seperti menggalakkan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti.
Perkaitan ini juga turut diperkatakan oleh Salhah Abdullah (2009), dimana
kecerdasan interpersonal merujuk kepada individu yang mempunyai
kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
Kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang
lain. Sebagai contoh, melibatkan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri
dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot
yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi dan hubungan sosial pelajar tersebut. Hubungan
sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman
persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan
interpersonal juga perlu dimiliki oleh seseorang kerana kemahiran ini
melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang
mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin
dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai
kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan
dan pemberi nasihat. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan
11

interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin


organisasi, sukarelawan dan lain-lain.

iii.

KECERDASAN INTRAPERSONAL

Kecerdasan intrapersonal adalah kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang


individu yang mempunyai kebolehan untuk mengenali diri sendiri secara
mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai
kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan,
dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.
Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat,
kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu
mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan
intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu
individu tersebut beradab sopan serta mengawal kemarahan dan
kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.
Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih
suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu
seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan
sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara
bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki
kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan
untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat,
hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.
Antara

kerjaya

dan

aktiviti

yang

12

melibatkan

banyak

kecerdasan

intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian, ahli falsafah, juru


meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.

iv.

KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK

Menurut Salhah Abdullah (2009), ciri-ciri pemilik kecerdasan logikmatematik ialah kebolehan mereka menggunakan nombor secara
berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor
asas, prinsip sebab akibat serta kebolhan menjangka. Mereka juga boleh
membuat keputusan yang tidak berat sebelah dan cekap menggunakan
teknologi dalam menyelesaikan masalah.
Menurut Nur Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim (2010) memetik
kata-kata Piaget dan Inhelder (1969), sebenarnya mengikut kajian tahap
perkembangan

terawal

kanak-kanak

sekarang

yang

kita

panggil

kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai


jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk
mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut
keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain
yang tidak dikenali. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah
seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh
bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang
timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai,
menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu
perkara.

13

Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan


mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta
mampu mengingati semula dengan cepat. Kemahiran yang dominan
dibahagian kiri otak membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara
konseptual dan abstrak. Individu yang mempunyai berkeupayaan
menyelesaikan

masalah

matematik

kerana

mereka

mampu

atau

berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu ini lebih berminat


untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka
berfikir dengan aktif seperti puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki
dan pencarian formula baru. Kebanyakan individu yang memiliki
kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli fizik,
kejuruteraan dan menjadi ahli matematik.

v.

KECERDASAN VISUAL RUANG

Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang


individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang
mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi
yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta
sukar

untuk

difikirkan

oleh

orang

lain.

Mereka

mampu

untuk

membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta


cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan
jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau
hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam.
Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam semesta

14

dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan
berbeza terhadap sesuatu perkara.
Namun begitu, kadangkala apa yang dilihat oleh mereka, berbeza
dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai
kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap
sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan
terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat
disekeliling mereka.
Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga
mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk
gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta
minda,

carta,

lukisan

dan

sebagainya.

Kebolehan

pelajar

untuk

menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta


minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar
itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang
sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah
seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap,
juruseni dan sebagainya. Kebiasaanya, kita dapat melihat perkembangan
utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.

vi.

KINESTETIK

Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian


atau

keseluruhan

anggota

badan

untuk

berkomunikasi

atau

menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan


menginteprestasikan

pergerakan

anggota
15

atau

tubuh.

Kecerdasan

kinestetik, merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara


kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan
idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan
pergerakkan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih
dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk
memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding
dengan menggunakan kaedah mengeja. Badan manusia bukan sejenis
mesin kerana ia amat berbeza daripada objek tiruan di dunia ini. Ia adalah
saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita,
dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain bertindak balas secara unik
berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik
adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang
cergas.

Kebanyakan

mereka

juga

mempunyai

kebolehan

dalam

menggunakan bahasa badan dan lebih suka kepada aktiviti tarian dan
lakonan.

vii.

KECERDASAN MUZIK

Muzik adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan


fikiran dan mengurangkan stress. Kecerdasan dalam bidang muzik
melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan kepekaan terhadap
pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun
bola muzik, nada, dan irama. Menurut Howard Gardner di dalam Nur
Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim (2010), kecerdasan muzikal berjalan
di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang
16

mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan


membezakan setiap note muzik yang didengari. Selain itu, mereka juga
prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila
mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai,
deruan ombak laut, kicauan burung deruan angin dan titisan hujan. Setiap
bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang
berbeza apabila didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam
bidang muzik sensitif kepada irama, pitch, melodi, dan nada suara.
Kebolehan menilai setiap bunyi yang didengari menjadi satu anugerah
apabila mereka mampu membawa genre muzik yang baru ke dalam
industri hiburan tanah air.
Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan muzik juga
digunakan sebagai terapi kepada golongan bermasalah seperti gangguan
mental, ADHD, autism, dan pelbagai penyakit kronik melaui melodi dan
irama yang didendangkan. Individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini
mampu menghasilkan muzik yang baru, segar dan sedap didengar.
Kecerdasan ini boleh dirangsang terutamanya dalam kalangan kanakkanak iaitu dengan mempedengarkan muzik, bermain alat muzik, bernyayi
dan sebagainya. Manakala bayi dalam kandungan juga dapat dirangsang
dengan memperdengarkan muzik. Seseorang individu yang mempunyai
kecerdasan dalam bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang
terkenal sebagai penyanyi, penggubal lagu, komposer, penulis lirik dan
pengarah teater yang cemerlang. Terdapat juga koreografer dan penari
yang memiliki kecerdasan dalam bidang muzik.

17

viii.

KECERDASAN NATURALIS

Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan


tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini
adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap
penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap
ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina sesuatu
sistem baru, menjana idea yang berkait dan pandangan yang jauh ke
hadapan. Mereka juga mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu
perkara mengikut urutan, membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan
menggabungkan

konsep

yang

diketahui.

Individu

yang

memiliki

kecerdasan ini sangat selesa apabila berada bersama alam yang terbuka
seperti pantai, hutan dan sebagainya atau mereka juga dikenali sebagai
pencinta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu
isu yang berkaitan dengan alam sekitar wujud.
Keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan
ini dapat diwujudkan melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah
seperti membuat lawatan dan sebagainya. Selain itu, melalui penyiasatan
praktikal seperti mengalami sendiri hasil pengetahuan tentang semuladi
melalui pelbagai jenis eksperimen. Antara aktiviti yang boleh merangsang
kecerdasan ini dalam kalangan para pelajar ialah seperti berkebun,
memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi mendaki gunung.
Antara kerjaya yang memerlukan kecerdasan jenis ini adalah
seperti ahli geologi, ahli biologi, pendaki gunung, petani, ahli botani dan
kerjaya lain yang melibatkan sains. Secara amnya, seseorang yang
18

mempunyai kecerdasan naturalis ini hampir sama seperti pemikir dan ahliahli falsafah yang telah berjaya. Antara tokoh pemikir yang mempunyai
kecerdasan ini adalah Imam Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang
ilmuan Islam yang memiliki kecerdasan naturalis, interpersonal, verballinguistik dan merupakan seorang tokoh yang amat berjaya dalam
kehidupan beliau.

ix.

KECERDASAN EKSISTENSIALIS

Menurut Suppiah et al (2009), kecerdasan eksitensialisis ini merupakan


aliran falsafah yang fahamannya berpusat kepada kejadian dan
kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang
dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Kebayakan individu yang
memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persoalan yang berkaitan
dengan

nilai-nilai

hasil

pemerhatiannya

terhadap

persekitaranya.

Persoalan yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat


ditimbulkan oleh individu biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti
ini juga gemar dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis
idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan budaya. Individu yang
memiliki

kecerdasan

ini

memerlukan

pengajaran

melalui

kaedah

pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan bahan dengan tema.


Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini adalah seperti Plato ,
Socrates dan Einstein.

19

1.5

DEFINISI KONSEP

Kecerdasan Pelbagai

Menurut Piechowski (1979) di dalam Sharifah Nadiya Syed Yahya


Jamalullaill, Najmiah Hj. Abdullah, Mohd Rizuan Mat (2011), istilah
kecerdasan merupakan perkembangan yang dapat dicapai oleh individu
dalam keadaan optimum. Beliau menambah bahawa kecerdasan
merangkumi bakat istimewa, kebolehan dan minat yang amat mendalam
yang diluahkan dalam lima mod iaitu mod psiko-motor, mod sensual, mod
intelektual, mod imaginatif, dan mod emosi.
Definisi bagi tajuk kajian iaitu Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai
Dalam Kalangan Pelajar IPT secara literal dan konseptual adalah menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), kajian bermaksud satu kegiatan atau
proses dan tinjauan bermaksud pemerhatian. Manakala kecerdasan
membawa maksud kesempurnaan akal dan pelbagai ditakrifkan beberapa
jenis. Selain itu, dalam membawa maksud antara, kalangan bermaksud
golongan, pelajar pula bermaksud penuntut-penuntut di universiti. Oleh itu,
dari hasil pendefinisian tersebut dapatlah disimpulkan bahawa satu
kegiatan atau proses pemerhatian ke atas beberapa jenis kesempurnaan
akal dalam golongan penuntut-penuntut universiti.
Instrumen yang digunakan untuk mengukur

kecerdasan pelbagai

adalah berdasarkan soal selidik penyelidik sendiri, bertujuan mengukur


sembilan

kecerdasan

utama

seseorang

iaitu

verbal-linguistik,

interpersonal, intrapersonal, logik matematik, visual ruang, kinestetik,


muzik, naturalis dan eksistensialis.

20

Soal selidik kecerdasan pelbagai mengandungi 72 pernyataan


terhadap pelajar. Skala likert lima tahap iaitu 1 untuk sangat tidak setuju
sehinggalah 5 untuk sangat setuju digunakan untuk merekod respons dari
pelajar.

UMUR
KECERDASAN
PELBAGAI

JANTINA
BANGSA

Rajah 1 :
Kerangka Konsep Penyelidikan

21

1.6

OBJEKTIF KAJIAN

1) Memperihalkan kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar.


2) Memperihalkan kecerdasan pelbagai berdasarkan faktor demografi
dalam kalangan pelajar.

1.7

PERSOALAN KAJIAN

1) Bagaimanakah kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar?


2) Bagaimanakah kecerdasan pelbagai berdasarkan faktor demografi
dalam kalangan pelajar.

1.8

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini dapat dilihat dari dua aspek iaitu yang pertama
ialah aspek sumbangan dapatan kajian kepada penambahan ilmu
pengetahuan dari segi mengetahui kecerdasan pelbagai dalam diri setiap
orang. Manakala aspek yang kedua ialah sumbangan dapatan kajian
kepada pihak tertentu yang terlibat dalam melaksanakan kajian yang
berkaitan dengan kecerdasan pelbagai dalam pelbagai profesyen untuk
mendidik sama ada dalam bidang keluarga atau pendidikan.
Hasil kajian ini juga dapat dijadikan sumber rujukan kepada semua
masyarakat kerana Teori Kecerdasan Pelbagai penting untuk pengajaran
dan pembelajaran kerana teori ini dapat dijadikan petunjuk kepada potensi
murid, menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajaran
22

mereka, membangun bidang akademik dan kokurikulum dan mewujudkan


suasana akademik di sekolah atau di kolej-kolej.
Pengkaji mernilih kajian ini untuk memberi sumbangan ke arah
untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai perkembangan intelektual
di kalangan penuntut-penuntut IPT. Bersesuaian dengan objektif utama
yang dibentuk oleh pengkaji, iaitu untuk mendedahkan para mahasiswa
terhadap pengenalan diri mereka dari segi kecerdasan kendiri kearah
perkembangan potensi diri yang lebih baik. Perkara ini perlu dipandang
positif kerana ia merupakan tindak balas yang baik diterima oleh subjek
terhadap kajian seumpama ini.
Disamping itu, pelajar-pelajar juga boleh memanfaatkan hasil
kajian ini untuk menilai kecerdasan pelbagai yang dianugerahkan selama
ini oleh Allah S.W.T. Perubahan-perubahan boleh dilakukan agar
memenuhi kehendak dan selaras dengan kecerdasan yang di miliki untuk
pencapaian akademik atau sahsiah diri. Hasil kajian ini juga akan
menggalakkan lagi ibubapa untuk mengesan lebih awal tahap kecerdasan
yang dimiliki oleh anak mereka. Hal ini akan menyebabkan ibubapa boleh
menghantar anak-anak mereka menghadiri kursus-kursus motivasi yang
diadakan oleh pihak sekolah atau pihak-pihak lain sesuai dengan potensi
diri mereka.
Di samping itu, apabila hasil kajian ini menunjukkan secara jelas
betapa pentingnya untuk mengetahui kecerdasan yang dimiliki dalam
setiap diri kerana pihak yang bertanggungjawab boleh menekankan lagi
kepentingan keterlibatan pelajar-pelajar dalam program-program psikologi
atau mengikuti ujian-ujian personaliti. Pihak berkuasa juga boleh
23

memanfaatkan hasil kajian ini dengan menilai kembali fokus tindakan


selama ini sama ada berjaya atau tidak dalam memberi pendedahan
kepada masyarakat dan adakah sudah tercapai matlamat untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang berpontensi tinggi, berdaya saing, kreatif
dan inovatif memadangkan gejala sosial yang semakin hari semakin
pantas meniti dari bibir ke bibir.

24

BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada


jurnal, buku, dokumen (laporan, prosiding) dan penyelidikan-penyelidikan
lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan baru. Proses tinjauan ini adalah
untuk mengenal pasti sama ada sesuatu penyelidikan yang dirancang
telah dilaksanakan oleh penyelidik lain.
Tinjauan literatur juga adalah rumusan literatur yang ditulis
bertujuan menerangkan maklumat dan penyelidikan semasa dan yang
terdahulu. Tinjauan literatur disusun mengikut topik dan laporan mengikut
tema atau kajian individu. Tinjauan literatur adalah dokumentasi yang
diperlukan dalam proposal kajian di Bab 2.
Disamping

itu

juga,

tinjauan

literatur

membantu

individu

mempelajari bagaimana para penyelidik menulis dan mempersembahkan


penyelidikan mereka. Hal ini memberi pengetahuan kepada penyelidik
baru bagaimana langkah-langkah untuk memulakan penyelidikan. Selain
itu, tinjauan literatur dapat memberi pendedahan kepada penyelidik baru
tentang isu semasa yang berbangkit dan menyediakan maklumat yang
diperlukan bagi membina rangka kerja logikal yang sesuai dengan topik
dikaji.

25

Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat mengenai kecerdasan


pelbagai dalam kalangan pelajar. Disebabkan kajian ini berbentuk kajian
diskriptif oleh itu hanya terdapat satu sahaja konsep kajian iaitu
Kecerdasan Pelbagai.

2.2

TINJAUAN LITERATUR

Menurut kajian yang dilakukan oleh Sharifah Nadiya Syed Yahya


Jamalullaill, Najmiah Hj. Abdullah, Mohd Rizuan Mat (2011) yang bertajuk
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Bagi Subtopik Modul Design Dialogue Satu Tinjauan Di Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis iaitu pembelajaran dan pengajaran
berdasarkan konsep konvensional pada hari ini kelihatan semakin kurang
sesuai di dalam era globalisasi ini. Kajian ini bertujuan untuk
memperkenalkan aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai. Terdapat sembilan
jenis Kecerdasan Pelbagai di dalam kajian ini iaitu kecerdasan verbal,
kecerdasan visual, kecerdasan logikal, kecerdasan muzikal, kecerdasan
kinestetik,

kecerdasan

interpersonal,

kecerdasan

intrapersonal,

kecerdasan naturalis dan kecerdasan eksistensial. Pemilihan sampel


dijalankan dengan memilih seramai 45 pelajar lelaki dan 30 pelajar
perempuan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin semester tiga yang
mengikuti Program Diploma Seni Digital (DDS) dan Diploma Video Digital
(DDV). Di dalam kajian ini terdapat dua kaedah yang telah digunakan iaitu
kaedah kualitatif melalui temubual dan kaedah kuantitatif dengan
mengunakan soal selidik, adaptasi daripada Piawai MIDAS (Multiple
Intelligences

Development

Assessment
26

Scales)

bagi

mengesan

kecerdasan pelajar-pelajar tersebut. Kajian ini diketengahkan adalah


untuk menyahut cabaran bagi mewujudkan tranformasi di dalam
pendidikan alaf baru. Menurut Fong (2000) di dalam kajian ini, universiti
pada hari ini kurang berkemampuan untuk menghasilkan graduan yang
benar-benar berkualiti dan mampu berdaya saing. Berdasarkan kajiankajian lepas berkaitan Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh
Howard Garner pada tahun 1983, ia mampu mempertingkatkan
kecerdasan pelbagai pelajar agar mereka menjadi aset negara yang lebih
dinamik. Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu bahan rujukan yang
penting bagi pengkaji untuk melihat sejauh mana kecerdasan pelbagai
yang dimiliki dalam kalangan pelajar IPT.
Satu kajian berkaitan kecerdasan pelbagai yang telah dijalankan
oleh Siti Rahayah Ariffin et al (2011) yang bertajuk Faktor Kecerdasan
Pelbagai Dalam Pembentukan Profil Remaja. Kajian deskriptif ini
bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan faktor-faktor kecerdasan
pelbagai (KP) terhadap lapan kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh
Gardner. Kajian ini juga bertujuan meninjau perbezaan faktor-faktor
kecerdasan pelbagai berdasarkan jantina, bangsa, kategori sekolah, aliran
dan SES (Social Economic Status). Kajian ini telah dijalankan secara
tinjauan dan dianalisa secara kuantitatif ke atas 511 pelajar dengan
menggunakan instrumen MyMICA 2006 (Malaysian Multiple Intelligence
Check list for Adult 2006). Analisis regresi linear menunjukkan kecerdasan
Visual Ruang memberi sumbangan paling tinggi iaitu 97.8% terhadap
kecerdasan Logik Matematik manakala kecerdasan Verbal Linguistik pula
memberi sumbangan paling rendah iaitu 22.2% terhadap kecerdasan

27

Muzik. Kebolehpercayaan keseluruhan instrumen dengan 119 item


ditunjukkan oleh nilai Alfa Cronbach ialah 0.96. Implikasi kajian tersebut
menunjukkan guru dan pentadbir sekolah perlu peka terhadap kecerdasan
pelbagai yang berbeza bagi setiap individu pelajar. Guru seharusnya
mengguna sepenuhnya kemudahan prasarana sekolah untuk mencungkil
kecerdasan ini bagi memaksimumkan prestasi pelajar. Maka, dapatan ini
telah memberi maklumat kepada pengkaji berkaitan dengan gaya
keibubapaan dengan faktor demografi seperti umur, jantina, bangsa dan
sebagainya.
Selain itu, Johari bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd Idrus (2004)
telah menjalankan satu kajian yang bertajuk Kecerdasan Pelbagai
Dikalangan Kanak-kanak Prasekolah Serta Strategi Pengajaran Yang
Digunakan Untuk Mengajar Kanak-kanak Prasekolah, di mana hasil kajian
yang dilakukan ke atas 72 orang responden yang terdiri daripada pelajar
dan juga 6 orang guru yang mengajar dipilih dari 3 buah tadika. Dua set
soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan = 0.925 bagi pelajar dan
0.971 bagi guru telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis
data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science, SPSS 15.0 for Windows bagi mendapatkan hasil kajian dalam
bentuk frekuensi dan peratusan. Purata taburan peratus digunakan bagi
mendapatkan keputusan yang mempunyai tiga tahap iaitu tinggi,
sederhana dan rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan
pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah dapat dikenalpasti dengan
majoriti kanak-kanak mempunyai kecerdasan muzikal yang tinggi. Purata
peratus bagi kecerdasan muzikal ini ialah 91.7%. Selain itu, strategi

28

pengajaran yang digunakan oleh guru juga dapat dikenalpasti dimana


setiap guru mengambil kira teori kecerdasan pelbagai dalam strategi
pengajaran yang digunakan. Ini menunjukkan terdapat perkaitan positif
antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah dan juga
strategi pengajaran yang digunakan oleh guru yang mengajar kanakkanak prasekolah.Oleh itu, dapatan ini dapat menyumbang kepada kajian
yang akan dijalankan.
Disamping itu, menurut kajian Ibrahim Bin Mohamed Zin dan Farah
Binti Mukhtar (2007) yang bertajuk Hubungan Kecerdasan Pelbagai, Gaya
Pembelajaran Dan Pencapaian Akademik Guru Pelatih. Sampel terdiri
daripada 58 orang guru pelatih PPPRP4T dan 59 orang guru pelatih
PPISMP Ambilan tahun 2007 di IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor
serta guru pelatih dari Kursus Pengajian Agama Islam seramai 32 orang,
Kursus Bahasa Arab seramai 41 orang dan Kursus Pengajian Sosial
seramai

44

Intelligences

orang.

Kajian

Checklist

for

ini

menggunakan

Adult

(MICA)

instrumen

dan

Instrumen

Multiple
Gaya

Pembelajaran daripada Murdoch Teacher Centre. Bagi hubungan antara


kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran pelajar PPPRP4T, hanya
kecerdasan muzik dan gaya pembelajaran bersendirian tidak mempunyai
hubungan

antara

pemboleh

ubah.

Bagi

pelajar

PPISMP,

hanya

intrapersonal dan gaya pembelajaran bersendirian mempunyai hubungan


antara pemboleh ubah. Dapatan kajian ini telah menyumbang kepada
kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji berkaitan kecerdasan pelbagai
dalam kalangan pelajar IPT.

29

Dapatan kajian lain yang telah dijalankan oleh Lue, L; Dr. Zaidatun
Tasir dan Profesor Dr. Baharuddin Aris (2007) yang bertajuk Pengesanan
Aras Kecerdasan Pelbagai Yang Telah Dikuasai Oleh Pelajar Tingkatan
Enam Dalam Pembelajaran Koperatif iaitu satu penilaian kuantitatif
dijalankan untuk mengesan aras kecerdasan pelbagai yang telah dikuasai
oleh responden dalam pembelajaran pendekatan koperatif dalam aktiviti
praktikal Biologi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Responden kajian
adalah terdiri daripada 27 orang pelajar yang mengikuti subjek Biologi
STPM. Hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan dan kecenderungan
bagi aras kecerdasan pelbagai yang paling tinggi sebelum dan selepas
mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden
adalah kecerdasan logikmatematik dan perubahan kecenderungan
kecerdasan pelbagai yang paling ketara adalah kecerdasan verballingustik. Min keseluruhan bagi ketujuh-tujuh kecerdasan pelbagai selepas
mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden
adalah dalam lingkungan skel 2.5 hingga 3.0. Oleh itu, dapatan kajian ini
dapat menyumbangkan kepada kajian yang akan dijalankan.
Selain itu, Siti Rahayah Ariffin et al (2004) di dalam tajuknya
Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) Di Kalangan
Pensyarah Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bertujuan
untuk mengenal pasti kecerdasan lain yang disebut sebagai kecerdasan
pelbagai di kalangan 51 ahli akademik di sebuah institusi pengajian tinggi.
Kajian ini menggunakan instrumen Multiple Intelligences Checklist for
Adults (MICA) yang mengandungi 49 item bagi mewakili tujuh domain
kecerdasan pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan

30

(Cronbach Alpha) item-item adalah antara .68 - .84. Kecerdasan Pelbagai


yang dominan ialah verbal-linguistik dan intrapersonal. Korelasi antara
domain-domain menunjukkan juga verbal-linguistik dan intrapersonal yang
paling kukuh. Analisis regresi berganda menunjukkan kecerdasan visualruang menyumbang sebanyak 55.3% kepada kecerdasan interpersonal.
Oleh itu, kajian ini memberi peluang kepada pengkaji untuk meneruskan
lagi kajian tetapi sampel kajian yang berlainan.
Di samping itu, menurut kajian Nursafra Binti Mohd Zhaffar (2012)
di dalam tajuknya Penggunaan Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Ibadah telah menjalankan kajian tindakan ini ke atas
18 orang pelajar lelaki kursus Sijil Teknologi Elektrik (PW2) semester satu
Sesi Januari 2012 Kolej Komuniti Jelebu dalam silibus ibadah. Sebanyak
tiga gelung kajian dijalankan selama satu bulan untuk meningkatkan
motivasi dan penguasaan amali ibadah pelajar menggunakan pendekatan
pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai fokus kepada kecerdasan
bahasa, kinestetik dan interpersonal. Kajian ini menggunakan kaedah
temu bual, tinjauan soal selidik dan markah penilaian amali pelajar bagi
mengumpul data tentang keberkesanan tindakan. Analisis dapatan
menunjukkan

pendekatan

ini

berjaya

meningkatkan

motivasi

dan

penguasaan amali ibadah pelajar. Oleh itu, dapatan kajian ini juga sedikit
sebanyak dapat membantu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dalam
mengenalpasti kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar IPT.
Satu kajian telah dijalankan oleh Mazlina Binti Mazlan (2010) dalam
tajuknya Aplikasi Kaedah Pengajaran Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran Tatabahasa Bahasa Inggeris, di mana kajian ini juga

31

bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan kecerdasan pelbagai yang


dimiliki oleh murid-murid di dalam kelas eksperimen. Akhir sekali, aktiviti
kecerdasan yang diminati oleh murid-murid di kelas eksperimen dikaji
melalui catatan refleksi guru apabila modul kecerdasan pelbagai
diaplikasi. Responden terdiri daripada 36 orang murid tahun 3 dan dua
orang guru. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan kualitatif berbentuk
eksperimen yang melibatkan ujian pra dan pasca kepada kumpulan
kawalan dan eksperimen serta analisa kandungan terhadap catatan
refleksi guru. Ujian yang mengandungi 20 soalan berkaitan dengan
present tense
kaedah

dan past tense dilaksanakan sebelum dan selepas

pengajaran

kecerdasan

pelbagai

diaplikasi.

Soalan-soalan

berkaitan dengan kecerdasan pelbagai diberikan kepada murid-murid di


dalam kelas eksperimen. Data dianalisa menggunakana SPSS 16 untuk
mencari frekuensi, nilai min dan paired t-test. Hasil dapatan kajian
mendapati kaedah pengajaran kecerdasan pelbagai adalah berkesan
dalam meningkatkan pencapaian murid dalam tabahasa Bahasa Inggeris
yang berfokuskan present tense dan past tense. Murid-murid di kelas
eksperimen pula dilihat cenderung kepada memiliki kecerdasan pelbagai
kinestatik sama ada perempuan atau lelaki. Analisa kandungan daripada
catatan refleksi guru juga menunjukkan bahawa murid meminati aktiviti
dalam modul pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai kinestatik,
muzik dan interpersonal apabila kaedah pengajaran kecerdasan pelbagai
diaplikasi. Hal ini menunjukkan pelajar-pelajar di Malaysia mempunyai
kecenderungan kecerdasan masing-masing. Oleh itu, dapatan kajian ini
memberi bukti dan sumbangan kajian untuk pengkaji.

32

Manakala Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin, dan Hafsa Mohamed


Makki (2008) di dalam tajuk Faktor Kontrubusi Kecerdasan Pelbagai
Dalam Kalangan Pelajar Remaja menjalankan kajian bertujuan mengenal
pasti sumbangan kecerdasan lain terhadap dua domain kecerdasan
tersebut. Seramai 844 orang pelajar yang merupakan remaja berusia di
antara 16 hingga 18 tahun di Negeri Selangor telah dipilih secara rawak
sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan instrumen Malaysian
Multiple Intelligences Checklist for Adult (MyMICA) yang mengandungi 80
item persepsi bagi mewakili sembilan domain kecerdasan pelbagai.
Dapatan kajian menggunakan analisis regresi berganda menunjukkan
kecerdasan interpersonal dan logik-matematik adalah antara kecerdasan
yang

membuat

kontribusi

kepada

kecerdasan

verbal-linguistik.

Kecerdasan logik-matematik pula menerima kontribusi antaranya daripada


kecerdasan verbal-linguistik dan intrapersonal menunjukkan seseorang
pelajar mempunyai
matematik,

kecerdasan

sebenarnya

dalam

mempunyai

verbal-linguistik
kaitan

dengan

dan

logik-

kecerdasan

interpersonal dan intrapersonal. Oleh itu, dapatan kajian ini merupakan


penyumbang maklumat kepada pengkaji untuk menjalankan kajian.
Dapatan kajian lain yang telah dijalankan oleh NurHafiza Binti
Nasiron (2011)

dalam tajuknya Pola Kecerdasan Pelbagai Dalam

Kalangan Pelajar Fizik Berpencapaian Tinggi, Sederhana Dan Rendah Di


Daerah Kulai. Kajian ini melibatkan seramai 288 orang pelajar yang
mengambil mata pelajaran Fizik dari sembilan buah sekolah dalam
Daerah Kulai. Pelajar dikelaskan kepada kumpulan pelajar berpencapaian
tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir

33

Tahun Setara Daerah Kulai 2009 yang disediakan oleh Panatia Fizik
Daerah Kulai. Selain daripada Soalan Fizik Tingkatan Empat bagi
Peperiksaan Akhir Tahun Setara Daerah Kulai, set soal selidik
Kecerdasan Pelbagai bagi pelajar Sekolah Menengah (Ubahsuai: Chislett
& Chapman, 2005) juga telah ditadbirkan kepada responden kajian.
Secara keseluruhannya, kajian ini dapat memberi gambaran dan panduan
yang berguna kepada mereka-mereka yang terlibat dalam dunia
pendidikan khususnya kepada guru-guru mata pelajaran Fizik. Dengan itu,
dapatan kajian ini juga sedikit sebanyak memberi maklumat kepada
pengkaji dalam kajiannya.

34

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN

Dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan aspek-aspek yang berkaitan


dengan reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, subjek kajian,
alat ukuran kajian. Menurut Gay (1992) di dalam Nur Azhana Binti Ahmad
(2010), metodologi kajian menerangkan tentang semua langkah yang
terlibat dalam sesuatu kajian yang hendak dijalankan termasuklah
menentukan reka bentuk kajian, tatacara persampelan, alat kajian,
pengumpulan data dan menentukan kaedah analisis statistik yang
digunakan dalam sesuatu kajian seperti yang dinyatakan.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini kajian deskriptif dan data yang dikumpul ialah data
kuantitatif. Menurut Lau Too Kya dan Zainuddin Awang (2002), di mana
data-data dikumpul, disusun, diringkas dan dibentangkan dalam bentuk
yang mudah difahami dan sesuai digunakan. Oleh itu, dalam kajian ini
pengkaji menggunakan carta dan jadual untuk mempersembahkan
maklumat yang diperoleh.

35

3.3

TEMPAT KAJIAN

Kajian ini telah dilakukan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang
terletak di daerah Pengkalan Chepa, Kelantan iaitu Kolej Teknologi Darul
Naim (KTD). Penyelidik memilih tempat ini sebagai tempat kajian adalah
disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah terdapatnya subjek yang
sesuai yang boleh digunakan untuk menjawab persoalan kajian
penyelidik.
Selain itu, pemilihan tempat ini sebagai tempat kajian merupakan
pemilihan yang tepat kerana ia menjimatkan kos dan tenaga. Hal ini,
disebabkan tempat kajian berhampiran dengan tempat tinggal penyelidik
dan faktor kehilangan soal selidik mungkin tidak akan timbul disebabkan
terdapat kenalan di tempat kajian yang akan memudahkan proses
pengumpulan data.

3.4

SUBJEK KAJIAN

3.4.1 Populasi

Mengikut Lau Too Kya dan Zainuddin Awang (1999), populasi adalah
seluruh kumpulan orang, objek atau barang yang dikaji atau diselidiki.
Dalam kajian ini, populasi yang telah dikenalpasti oleh pengkaji terdiri
daripada 820 orang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim. Pelajar-pelajar
berkenaan telah dikenalpasti melalui maklumat yang diperolehi daripada
Pejabat Pentadbiran Kolej Teknologi Darul Naim.
Di samping itu, untuk menentukan populasi kajian pengkaji juga
merujuk kepada cadangan Mitchell terjemahan Syaharom Abdullah (1990)
36

di dalam Nur Azhana Ahmad (2010) menyarankan beberapa perkara yang


perlu diambilkira dalam menentukan populasi kajian, iaitu; (i) Penyelidik
perlu mengambilkira tentang sifat-sifat populasi sasaran. Populasi sasaran
ialah satu kumpulan besar individu, objek atau perisitiwa yang ingin dibuat
generalisasi tentang penemuan kajian. (ii) Penyelidik perlu mengambilkira
demografi populasi yang merangkumi pemboleh ubah-pemboleh ubah
seperti umur, jantina, bangsa dan negeri asal. (iii) Penyelidik boleh
mendapatkan sampel dari populasi sasaran dengan menggunakan
kaedah persampelan rawak.

3.4.2 Sampel Kajian

Menurut Lau Too Kya dan Zainuddin Awang (1999), sampel adalah satu
kumpulan kecil yang dipilih daripada populasi, dimana sampel adalah
subset populasi. Sampel dipilih untuk mewakili populasi. Oleh sebab itu,
penggunaan sampel yang mencukupi dan mewakili populasi adalah
sebagai jalan penyelesaian kepada batasan-batasan yang wujud kepada
para penyelidik.
Apabila kita mengkaji sampel, kita hanya mengkaji sebahagian
daripada populasi sahaja. Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada
sampel digunakan untuk membuat kesimpulan, kenyataan dan keputusan
ke atas keseluruhan populasi. Oleh sebab itu, sampel perlu dipilih dengan
kaedah yang saintifik, tepat tanpa pincang dan boleh mewakili populasi
yang dikaji.
Menurut Tan Poo Chang dan Halimah Awang (1999), saiz sampel
yang kecil mungkin tidak dapat memberi maklumat yang mewakili
37

penduduk berkenaan manakala saiz sampel yang besar pula akan


memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, seseorang penyelidik perlu
menentukan satu saiz yang sesuai yang boleh memberikan maklumat
berpadanan dengan peruntukan sumber yang ada. Saiz sampel
bergantung kepada dua faktor iaitu; (i) sumber kewangan, kemudahan,
dan bilangan penemuramah. (ii) ketepatan yang dikehendaki atau objektif
penyelidikan. Oleh itu, sampel dalam kajian ini adalah adalah melibatkan
seramai 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej
Teknologi Darul Naim setelah pengkaji meneliti dua faktor penentuan saiz
sampel tersebut.

3.5

ALAT KAJIAN

Kajian yang dijalankan dari segi pengumpulan data kajian ini melibatkan
data primer iaitu data mentah yang dikumpulkan oleh penyelidik sendiri
yang hendak menggunakan data itu. Data primer juga dikenali sebagai
data utama. Data primer dikumpulkan dengan kaedah pemerhatian, temu
duga berdepan dan kaji selidik melalui pos. Namun begitu, dalam kajian
ini bagi mengetahui kecerdasan pelbagai pelajar Kolej Teknologi Darul
Naim ialah dengan menggunakan borang soal selidik iaitu dikenali
sebagai data mentah.
Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Soal
selidik ialah suatu senarai soalan yang dicetak dan bertujuan untuk
mendapatkan maklumat mengikut objektif kajian.
soal

selidik

dapat

menjimatkan

masa

dan

Melalui penggunaan
tenaga

serta

dapat

mengurangkan kos perbelanjaan jika dibandingkan dengan instrumen


38

kajian yang lain. Setiap soalan soal selidik mengandungi arahan soalansoalan jenis tertutup untuk dijawab oleh responden yang terlibat dalam
kajian ini. Semua maklumat yang diperolehi akan diklasifikasikan mengikut
aspek yang telah ditentukan dan dianalisis secara kuantitatif (Lau Too Kya
dan Zainuddin Awang (2002). Set soal selidik yang digunakan di dalam
kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu:

Bahagian A : Maklumat Demografi


Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor
demografi responden. Maklumat ini bertujuan untuk mendapatkan
maklumat mengenai diri sampel yang dikaji. Maklumat yang dimaksudkan
ialah jantina, umur dan bangsa.

Bahagian B : Kecerdasan Pelbagai


Soal selidik berkaitan dengan kecerdasan pelbagai ini dibentuk oleh
penyelidik sendiri untuk mengetahui kecerdasan pelbagai berdasarkan
objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan. Bahagian ini
mengandungi

72

item

soalan

tertutup.

Format

jawapan

adalah

berdasarkan kepada skala likert 5 mata iaitu (1)= sangat tidak setuju,
(2)= tidak setuju, (3)= agak setuju, (4)= setuju, dan

(5)= sangat

setuju. Responden hanya perlu menandakan (/) pada ruangan yang


disediakan. Daripada 72 soalan yang telah dijawab oleh semua
responden, pengkaji akan mengira skor yang dimiliki oleh seorang
responden berdasarkan 3 pembahagian iaitu rendah, sederhana, dan
tinggi. Pengiraan skor tersebut adalah berdasarkan jumlah purata bagi

39

seorang responden dalam satu kecerdasan. Hal ini berkemungkinan


seorang responden akan memiliki lebih dari satu kecerdasan. Berikut
adalah jumlah skor mengikut tahap yang telah ditetapkan dan jadual
kaedah pemarkatan mengikut kecerdasan pelbagai item-item yang negatif
dan positif :

Jadual 1 : PENGIRAAN SKOR KECERDASAN PELBAGAI


TAHAP

SKOR

Rendah

0 1.7

Sederhana

1.8 3.3

Tinggi

3.4 - 5

40

Jadual 2 : KAEDAH PEMARKATAN

NO.

KECERDASAN

ITEM POSITIF

ITEM

JUMLAH

NEGATIF

ITEM

2, 28, 55

4, 31, 57

5, 6, 32, 33, 58

7, 34, 59

8, 10, 11, 35,

9, 36, 61

14, 39, 63

17, 18, 42

20, 45, 68

22, 48, 49

25, 52, 71

27

72

PELBAGAI
1.

KECERDASAN
VERBAL

1, 26, 27, 53,


54

LINGUISTIK
2.

KECERDASAN
INTERPERSONAL

3.

KECERDASAN

3, 29, 30, 56,


72

INTRAPERSONAL
4.

KECERDASAN
LOGIK MATEMATIK

5.

KECERDASAN
VISUAL-RUANG

6.

KECERDASAN
KINESTETIK

7.

KECERDASAN
MUZIK

8.

12, 13, 37, 38,


62
15, 16, 40, 41,
64
19, 43, 44, 66,
67

KECERDASAN
NATURALIS

9.

60

21, 46, 47, 65,


69

KECERDASAN

23, 24, 50, 51,

EKSTENSIALIS

70

JUMLAH :

45

41

3.6

SKOP KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian ke atas pelajar dalam kalangan pelajar IPT di


Kolej Teknologi Darul Naim seramai 100 orang responden. Pengkajian
memberi tumpuan kepada kecerdasan pelbagai.

3.7

PROSEDUR KAJIAN

Untuk menjalankan kajian ini, langkah-langkah yang akan diambil oleh


pengkaji adalah seperti berikut:

i.

Langkah awal ialah menentukan bidang kajian yang hendak


diberikan tumpuan iaitu berkaitan dengan kecerdasan pelbagai
dalam kalangan pelajar.

ii.

Menyedia dan membentangkan kertas cadangan penyelidikan.

iii.

Memohon

kebenaran

penyelaras

program

menjalankan
Diploma

penyelidikan

Psikologi

Kolej

daripada

Jaiputra

bagi

menjalankan kajian.
iv.

Menjalankan kajian selama dua minggu untuk mengumpul data.

v.

Pengumpulan data telah dilakukan untuk semua aktiviti yang


dijalankan. Data-data dikumpul, disemak dan direkodkan untuk
tujuan dianalisis.

vi.

Memasukkan data-data ke dalam komputer menggunakan bantuan


program SPSS for windows versi 15.0

vii.

Menjalankan penganalisisan data yang melibatkan kaedah analisis


statistik deskriptif.

42

viii.

Akhirnya pengkaji membincangkan dapatan kajian, implikasi kajian,


aplikasi kajian dan mengemukakan cadangan kajian.

3.8

ANALISIS DATA

Gay (1992) di dalam Nur Azhana Ahmad (2010) menyatakan kaedah analisis
statistik yang digunakan dalam sesuatu kajian bergantung kepada reka
bentuk kajian dan jenis skala pengukuran pemboleh ubah bersandar yang
digunakan. Sementara Othman Mohamed (2001) di dalam Nur Azhana
Ahmad (2010) menyatakan bahawa zaman mutakhir ini, analisis data statistik
mudah dilakukan dengan menggunakan bantuan perisian komputer program
SPSS. Berdasarkan persoalan yang digunakan dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan satu kaedah penganalisisan data iaitu statistik deskriptif.

3.8.1

Statistik Deskriptif

Statistik deskriptif atau dikenali dengan statistik perihalan ialah statistik yang
digunakan untuk memerihalkan sesuatu peristiwa. Ia juga merupakan teknik
untuk menerangkan data dengan cara meringkaskan beberapa set data
supaya ianya mudah difahami. Kaedah ini digunakan untuk menentukan
frekuensi, peratus, min ke atas data-data yang diperolehi.

43

BAB 4
DAPATAN KAJIAN

4.1

PENDAHULUAN

Bab ini membentangkan dapatan-dapatan kajian tentang Kecerdasan


Pelbagai dalam kalangan pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD).
Penganalisisan data dilakukan berdasarkan soal selidik lengkap yang
telah dijawab oleh 100 orang responden terdiri daripada pelajar KTD.
Kaedah

penganalisisan

data

adalah

dengan

menggunakan

Statistical Package for Social Sciences Version 15.0 (SPSS). Analisis


dibuat menggunakan statistik deskriptif. Frekuensi digunakan untuk
melihat peratusan demografi responden kajian yang merangkumi umur,
jantina dan bangsa.
Oleh yang demikian, huraian dapatan kajian serta perbincangan
bab ini akan memberi tumpuan kepada dapatan kajian yang terdiri
daripada ciri-ciri demografi responden iaitu umur, jantina dan bangsa.

44

4.2

KEPUTUSAN KAJIAN

Dapatan Analisis Deskriptif


Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut status umur. Taburan
umur responden adalah terdiri daripada 18 hingga 20 tahun, 21 hingga 23
tahun dan 24 tahun ke atas. Didapati bahawa seramai 87 orang (87%)
adalah merupakan responden yang berumur 18 hingga 20 tahun, seramai
12 orang (12%) adalah merupakan responden yang berumur 21 hingga 23
tahun dan hanya seorang (1%) merupakan rsponden yang berumur 24
tahun ke atas. Secara keseluruhannya, taburan responden mengikut umur
dapat dilihat dalam jadual 3 dan rajah 2.

Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Umur (Tahun)


Umur

Frekuensi

Peratus (%)

18-20

87

87

21 - 23 ke atas

12

12

24 tahun ke atas

100

100

Jumlah

UMUR
1%
12%

18-20 tahun
21 - 23 tahun
24 tahun ke ats

87%

Rajah 2 : Taburan Responden Mengikut Umur


45

Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Didapati


bahawa seramai 77 orang (77%) adalah merupakan responden
perempuan, manakala seramai 23 orang (23%) adalah merupakan
responden

lelaki.

Secara

keseluruhannya,

taburan

responden

berdasarkan jantina dapat dilihat dalam jadual 4 dan rajah 3.

Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Jantina


Jantina

Frekuensi

Peratus (%)

Perempuan

77

77

Lelaki

23

23

Jumlah

100

100

Jantina

23%
Perempuan
Lelaki
77%

Rajah 3 : Taburan Responden Mengikut Jantina

46

Jadual 5 menunjukkan taburan responden mengikut bangsa. Didapati


bahawa seramai 83 orang (83%) adalah merupakan responden
Bumiputra, manakala seramai 17 orang (17%) adalah merupakan
responden bukan Bumiputra. Secara keseluruhannya, taburan responden
berdasarkan jantina dapat dilihat dalam jadual 5 dan rajah 4.

Jadual 5 : Taburan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa

Frekuensi

Peratus (%)

Bumiputra

83

83

Bukan Bumiputra

17

17

Jumlah

100

100

Bangsa
17%
Bumiputra
Bukan Bumiputra
83%

Rajah 4 : Taburan Responden Mengikut Bangsa

47

Jadual 6 menunjukkan taburan kecerdasan verbal linguistik responden.


Didapati bahawa seramai 30 orang (30%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan verbal linguistik yang sederhana manakala seramai
70 orang (70%) adalah responden yang memiliki kecerdasan verbal
linguistik yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden
berdasarkan kecerdasan verbal linguistik dapat dilihat dalam jadual 6 dan
rajah 5.

Jadual 6 : Taburan Kecerdasan Verbal Linguistik Responden

Kecerdasan Verbal

Frekuensi

Peratus (%)

Rendah

Sederhana

30

30

Tinggi

70

70

Jumlah

100

100

Linguistik

Kecerdasan Verbal Linguistik

30%

RENDAH
SEDEHANA
70%

TINGGI

Rajah 5 : Taburan Kecerdasan Verbal Linguistik Responden

48

Jadual 7 menunjukkan taburan kecerdasan interpersonal responden.


Didapati bahawa seramai 45 orang (45%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan interpersonal yang sederhana manakala seramai 55
orang (55%) adalah responden yang memiliki kecerdasan interpersonal
yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan
kecerdasan interpersonal dapat dilihat dalam jadual 7 dan rajah 6.

Jadual 7 : Taburan Kecerdasan Interpersonal Responden

Kecerdasan

Frekuensi

Peratus (%)

Rendah

Sederhana

45

45

Tinggi

55

55

Jumlah

100

100

Interpersonal

Kecerdasan Interpersonal
0%

45%
55%

RENDAH
SEDERHANA
TINGGI

Rajah 6 : Taburan Kecerdasan Interpersonal Responden

49

Jadual 8 menunjukkan taburan kecerdasan intrapersonal responden.


Didapati bahawa seramai 40 orang (40%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan intrapersonal yang sederhana manakala seramai 60
orang (60%) adalah responden yang memiliki kecerdasan intrapersonal
yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan
kecerdasan intrapersonal dapat dilihat dalam jadual 8 dan rajah 7.

Jadual 8 : Taburan Kecerdasan Intrapersonal Responden


Kecerdasan

Frekuensi

Peratus (%)

Rendah

Sederhana

40

40

Tinggi

60

60

Jumlah

100

100

Intrapersonal

Kecerdasan Intrapersonal
0%

40%

RENDAH
SEDERHANA
TINGGI

60%

Rajah 7 : Taburan Kecerdasan Intrapersonal Responden

50

Jadual 9 menunjukkan taburan kecerdasan logik matematik responden.


Didapati bahawa seramai 65 orang (65%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan logik matematik yang sederhana manakala seramai
35 orang (35%) adalah responden yang memiliki kecerdasan logik
matematik yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden
berdasarkan kecerdasan logik matematik dapat dilihat dalam jadual 9 dan
rajah 8.

Jadual 9 : Taburan Kecerdasan Logik Matematik Responden


Kecerdasan Logik

Frekuensi

Peratus (%)

Rendah

Sederhana

35

35

Tinggi

65

65

Jumlah

100

100

Matematik

Kecerdasan Logik Matematik


0%

35%

RENDAH
SEDERHANA
TINGGI

65%

Rajah 8 : Taburan Kecerdasan Logik Matematik Responden


51

Jadual 10 menunjukkan taburan kecerdasan visual ruang responden.


Didapati bahawa seramai 41 orang (41%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan visual ruang yang sederhana manakala seramai 59
orang (59%) adalah responden yang memiliki kecerdasan visual ruang
yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan
kecerdasan visual ruang dapat dilihat dalam jadual 10 dan rajah 9.

Jadual 10 : Taburan Kecerdasan Visual Ruang Responden


Kecerdasan Visual

Frekuensi

Peratus (%)

Rendah

Sederhana

41

41

Tinggi

59

59

Jumlah

100

100

Ruang

Kecerdasan Visual Ruang


0%

RENDAH

41%

SEDERHANA
59%

TINGGI

Rajah 9 : Taburan Kecerdasan Visual Ruang Responden

52

Jadual 11 menunjukkan taburan kecerdasan kinestetik responden.


Didapati bahawa seramai 34 orang (34%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan kinestetik yang sederhana manakala seramai 66
orang (66%) adalah responden yang memiliki kecerdasan kinestetik yang
tinggi.

Secara

keseluruhannya,

taburan

responden

berdasarkan

kecerdasan kinestetik dapat dilihat dalam jadual 11 dan rajah 10.

Jadual 11 : Taburan Kecerdasan Kinestetik Responden


Kecerdasan

Frekuensi

Peratus (%)

Rendah

Sederhana

34

34

Tinggi

66

66

Jumlah

100

100

Kinestetik

Kecerdasan Kinestetik
0%

34%

RENDAH
SEDERHANA
TINGGI

66%

Rajah 10 : Taburan Kecerdasan Kinestetik Responden

53

Jadual 12 menunjukkan taburan kecerdasan muzik responden. Didapati


bahawa seramai 25 orang (25%) adalah responden yang memiliki
kecerdasan muzik yang sederhana manakala seramai 75 orang (75%)
adalah responden yang memiliki kecerdasan muzik yang tinggi. Secara
keseluruhannya, taburan responden berdasarkan kecerdasan muzik dapat
dilihat dalam jadual 12 dan rajah 11.

Jadual 12 : Taburan Kecerdasan Muzik Responden


Kecerdasan Muzik

Frekuensi

Peratus (%)

Rendah

Sederhana

25

25

Tinggi

75

75

Jumlah

100

100

Kecerdasan Muzik
0%

25%
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
75%

Rajah 11 : Taburan Kecerdasan Muzik Responden

54

Jadual 13 menunjukkan taburan kecerdasan naturalis responden. Didapati


bahawa seramai 16 orang (16%) adalah responden yang memiliki
kecerdasan naturalis yang sederhana manakala seramai 81 orang (81%)
adalah responden yang memiliki kecerdasan naturalis yang tinggi. Secara
keseluruhannya, taburan responden berdasarkan kecerdasan naturalis
dapat dilihat dalam jadual 13 dan rajah 12.

Jadual 13 : Taburan Kecerdasan Naturalis Responden


Kecerdasan

Frekuensi

Peratus (%)

Rendah

Sederhana

16

16

Tinggi

81

81

Jumlah

100

100

Naturalis

Kecerdasan Naturalis
0%
19%
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
81%

Rajah 12 : Taburan Kecerdasan Naturalis Responden

55

Jadual 14 menunjukkan taburan kecerdasan Eksistensialis responden.


Didapati bahawa seramai 11 orang (11%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan Eksistensialis yang sederhana manakala seramai 89
orang (89%) adalah responden yang memiliki kecerdasan Eksistensialis
yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan
kecerdasan Eksistensialis dapat dilihat dalam jadual 14 dan rajah 13.

Jadual 14 : Taburan Kecerdasan Eksistensialis Responden


Kecerdasan

Frekuensi

Peratus (%)

Rendah

Sederhana

16

16

Tinggi

81

81

Jumlah

100

100

Naturalis

Kecerdasan Eksistensialis
0%
11%
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
89%

Rajah 13 : Taburan Kecerdasan Eksistensialis Responden

56

4.3

KAITAN DENGAN DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan hasil kajian berdasarkan persoalan.


Huraian perbincangan merangkumi persoalan kajian. Perbincangan ini
juga akan menyokong dan tidak menyokong kajian yang terdahulu.

i.

Bagaimanakah kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar?

Dalam kajian ini seramai 100 orang yang telah terlibat sebagai responden
kajian yang mana mewakili semua populasi iaitu pelajar Kolej Teknologi
Darul Naim.
Hasil analisis menggunakan frekuensi mendapati bahawa majoriti
pelajar Kolej Teknologi Darul Naim memiliki Kecerdasan Eksistensialis
iaitu sebanyak 41%. Namun begitu, kajian yang telah dijalankan oleh Siti
Rahayah Ariffin et al (2011) yang bertajuk Faktor Kecerdasan Pelbagai
Dalam Pembentukan Profil Remaja yang mendapati analisis regresi linear
menunjukkan kecerdasan Visual Ruang memberi sumbangan paling tinggi
iaitu 97.8% terhadap kecerdasan Logik Matematik manakala kecerdasan
Verbal Linguistik pula memberi sumbangan paling rendah iaitu 22.2%
terhadap kecerdasan Muzik. Oleh itu, hal ini kemungkinan adalah
disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi keputusan
kajian seperti jurusan yang diambil atau status seseorang remaja tersebut.
Selain itu, Johari bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd Idrus (2004)
telah menjalankan satu kajian yang bertajuk Kecerdasan Pelbagai
Dikalangan Kanak-kanak Prasekolah Serta Strategi Pengajaran Yang
Digunakan Untuk Mengajar Kanak-kanak Prasekolah, di mana hasil kajian
57

mendapati bahawa majoriti memiliki Kecerdasan Muzik iaitu sebanyak


91.7%. Hal ini kemungkinan, responden kajian ini mempunyai latar
belakang jurusan Pengajian Islam dan kemungkinan mengikuti usrah di
kolej menyebabkan Kecerdasan Eksistensialisis paling tinggi.

ii.

Bagaimanakah

kecerdasan

pelbagai

berdasarkan

faktor

demografi dalam kalangan pelajar?


Menurut kajian Ibrahim Bin Mohamed Zin dan Farah Binti Mukhtar (2007)
yang bertajuk Hubungan Kecerdasan Pelbagai, Gaya Pembelajaran Dan
Pencapaian Akademik Guru Pelatih mendapati hanya kecerdasan muzik
dan gaya pembelajaran bersendirian tidak mempunyai hubungan antara
pemboleh ubah. Bagi pelajar PPISMP, hanya intrapersonal dan gaya
pembelajaran bersendirian mempunyai hubungan antara pemboleh ubah.
Maka, perbandingan di antara dapatan kajian ini dengan kajian yang lepas
menunjukkan terdapat faktor lain yang mempengaruhi bukan hanya faktor
demografi tetapi kemungkinan pengkaji perlu melihat dari aspek
persekitaran atau pencapaian akademik seseorang serta melihat faktor
demografi yang lain seperti status perkahwinan, mengikuti usrah atau
tidak dan jurusan yang diambil.

58

BAB 5
PENUTUP

5.1

PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan mengenai keseluruhan dapatan kajian. Selain itu,


kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan
bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan kajian
di samping sebagai panduan untuk kajian lanjutan. Oleh itu, kajian yang
lebih mendalam dan meluas dapat dihasilkan pada masa akan datang
bagi memperbaiki kajian yang sedia ada. Bab ini merangkumi beberapa
bahagian iaitu rumusan kajian, implikasi kajian, cadangan dan rumusan.

5.2

RUMUSAN KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan untuk memperihalkan


kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar IPT. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk melihat bagaimana kecerdasan pelbagai berdasarkan
faktor demografi iaitu umur, jantina, dan bangsa dalam kalangan pelajar
IPT.
Dalam kajian ini pemilihan populasi adalah 820 pelajar Kolej
Teknologi Darul Naim. Namun begitu, pengkaji telah mengambil 100
orang sahaja dari jumlah sebenar populasi di atas disebabkan faktorfaktor tertentu sebagai sampel kajian. Menurut Tuckman (1978) di dalam
Sidek Mohd Noah (2002) mengatakan apabila timbul keraguan berhubung
59

saiz sampel, penyelidik harus memilih sampel sebesar mana yang ia


termampu. Hal ini adalah kerana semakin besar saiz sampel, semakin
kecil ralat persampelan. Sampel dalam kajian ini adalah adalah
melibatkan seramai 100 orang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim iaitu
terdiri daripada 23 orang pelajar lelaki dan 77 orang pelajar perempuan.
Selain itu, pengkaji menggunakan borang soal selidik yang dibina
oleh

penyelidik

sendiri

mengenai

sembilan

kecerdasan

pelbagai

berdasarkan Teori Howard Gardner. Terdapat dua bahagian soal selidik


ini iaitu Bahagian A adalah aspek demografi dan bahagian B adalah soal
selidik kecerdasan pelbagai. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan
perisian program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi
15.0. Oleh itu, bagi menerangkan berkenaan dengan kecerdasan pelbagai
dan maklumat demografi seperti umur, jantina dan bangsa pengkaji telah
menggunakan statistik deskriptif seperti min, frekuensi dan peratus.
Melalui

kajian

yang

telah

dijalankan

dan

melalui

proses

penganalisisan data, dapatan kajian telah diperolehi. Dapatan kajian


menunjukkan bahawa pelajar KTD memiliki lebih dari satu kecerdasan
dan Kecerdasan Pelbagai Eksistensialis merupakan kecerdasan yang
paling tinggi dimiliki oleh pelajar KTD.

5.3

IMPLIKASI KAJIAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian dan rumusan kajian, terdapat


implikasi kajian terhadap organisasi kolej yang dikaji berkaitan kecerdasan
pelbagai dalam kalangan pelajar. Terdapat beberapa implikasi daripada
kajian yang telah dijalankan iaitu :
60

i.

Jurusan Bidang Psikologi

Kajian ini telah memberi impak kepada jurusan bidang psikologi untuk
mengkaji dengan lebih mendalam di mana kecerdasan pelbagai juga
dipengaruhi oleh latar belakang jurusan seseorang bukan hanya faktor
umur, jantina dan bangsa. Pengkajian kecerdasan pelbagai seseorang
adalah sangat berkaitan dengan fungsi bidang psikologi itu sendiri yang
mana ahli psikologi adalah berperanan untuk memahami jiwa dan mental
seseorang yang bermasalah.

ii.

Pelajar

Dapatan kajian ini juga, dapat membantu pelajar mendapat gambaran


awal dengan mengetahui kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh mereka.
Melalui cara ini, ia dapat membentuk personaliti dan mengenal potensi diri
masing-masing dengan lebih mendalam.

iii.

Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia

Selain itu, melalui kajian ini diharapkan dapat membantu Kementerian


Pelajaran Tinggi Malaysia untuk mengenalpasti setiap halangan yang
dihadapi dalam membangunkan modal insan yang memiliki penampilan
unggul seterusnya sebagai pengetahuan tentang kecerdasan pelbagai
pelajar di Malaysia. Pengetahuan ini diharapkan akan membuatkan pihak
ini sedar tentang kepentingan penyediaan pelbagai sumber yang
berkaitan. Hal ini adalah untuk dijadikan contoh kepada masyarakat dan
61

menjadi pemangkin kepada pembangunan sahsiah generasi yang akan


datang.

5.4

CADANGAN KAJIAN

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan bagi membantu


kepada pengkajian kecerdasan pelbagai iaitu :
Para pengkaji seharusnya membuka mata masyarakat tentang
kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar bagi membentuk pelajar
yang berpotensi dan maju ke hadapan dengan mengetahui tahap
kecerdasan pelbagai yang dimiliki. Para graduan yang mempunyai
kelulusan dalam bidang psikologi seharusnya lebih banyak membuat
kajian atau penyelidikan mengenai kecerdasan pelbagai dalam kalangan
pelajar

IPT

atau

kanak-kanak

bagi

mempertingkatkan

dan

mengoptimumkan potensi masing-masing.


Selain itu, usaha ini tidak akan berhasil tanpa kerjasama daripada
ibu bapa. Para ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak ke bengkel
motivasi atau bengkel Kenali Potensi Diri untuk mengetahui kecerdasan
pelbagai. Oleh yang demikian, diharap cadangan yang dikemukakan
dapat menyumbang kepada semua IPT mahupun sekolah menengah
ataupun rendah.

62

5.5

KESIMPULAN

Secara

kesimpulannya,

di

dalam

bahagian

ini

pengkaji

telah

membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dianalisa berdasarkan


objektif kajian yang telah ditetapkan. Berdasarkan dapatan kajian
menunjukkan bahawa majoriti pelajar Kolej Teknologi Darul Naim
mempunyai

kecerdasan

Eksistensialis.

Pengkaji

juga

telah

mengemukakan beberapa implikasi dan cadangan yang mungkin


diaplikasikan oleh semua pihak bagi tujuan penambahbaikan kepada
pengkaji yang akan datang di mana untuk mengkaji berkaitan kecerdasan
pelbagai.

Oleh

itu,

untuk memperluaskan

lagi

skop

kajian

dan

memantapkan lagi dapatan kajian-kajian sebelum ini, maka kajian lanjutan


perlulah dilakukan dari semasa ke semasa.
Oleh yang demikian, diharapkan kajian yang telah dilakukan ini
sedikit sebanyak dapat membantu pelbagai pihak dalam mengkaji
masalah berkenaan kecerdasan pelbagai. Justeru itu langkah yang
berkesan bolehlah diambil bagi menjayakan kajian seperti ini untuk
dijadikan sumber rujukan kepada generasi yang akan datang.

63

BIBLIOGRAFI

Fariza Md. Sham. (2006). Tekanan Emosi Remaja Islam. Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Ibrahim Bin Mohamed Zin dan Farah Binti Mukhtar. (2007). Hubungan
Kecerdasan Pelbagai, Gaya Pembelajaran Dan Pencapaian Akademik
Guru Pelatih. Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan.

Johari bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd Idrus. (2004). Kecerdasan
Pelbagai

Dikalangan

Pengajaran

Yang

Kanak-kanak

Digunakan

Prasekolah

Untuk

Mengajar

Serta

Strategi

Kanak-kanak

Prasekolah, Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1997). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Lau Too Kya dan Zoinuddin Awang. (1999). Statistik Asas ITM. Shah
Alam, Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Lue, L; Dr. Zaidatun Tasir dan Profesor Dr. Baharuddin Aris. (2007).
Pengesanan Aras Kecerdasan Pelbagai Yang Telah Dikuasai Oleh
Pelajar Tingkatan Enam Dalam Pembelajaran Koperatif. UTM Skudai,
Johor.

64

Mazlina Binti Mazlan. (2010). Aplikasi Kaedah Pengajaran Kecerdasan


Pelbagai Dalam Pengajaran Tatabahasa Bahasa Inggeris. Universiti
Teknologi Malaysia.

Nur Azhana Binti Ahmad. (2010). Hubungan Konsep Kendiri Dengan


Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah.
Latihan

Ilmiah

Yang

Tidak

Diterbitkan.

Universiti

Malaysia

Terengganu.

Nur Amirah Zulkifli & Norizwan Abdul Rahim. (2010). Teori Kecerdasan
Pelbagai. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

NurHafiza Binti Nasiron. (2011). Pola Kecerdasan Pelbagai Dalam


Kalangan Pelajar Fizik Berpencapaian Tinggi, Sederhana Dan
Rendah Di Daerah Kulai. Universiti Teknologi Malaysia.

Nursafra Binti Mohd Zhaffar. (2012). Penggunaan Kecerdasan Pelbagai


Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ibadah. Kolej Komuniti Jelebu,
Negeri Sembilan.

Salhah

Abdullah.

(2009).

Kecerdasan

Pelbagai

Aplikasi

Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. PTS Publications &


Distributors.

65

Sharifah Nadiya Syed Yahya Jamalullaill, Najmiah Hj. Abdullah, dan Mohd
Rizuan Mat. (2011). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Subtopik Modul Design Dialogue
Satu Tinjauan Di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Perlis.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan
Praktis. KL: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin. (2004). Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple


Intelligences) Di Kalangan Pensyarah Di Sebuah Institusi Pengajian
Tinggi (IPT). Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin, & Hafsa Mohamed Makki. (2008).
Faktor Kontrubusi Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar
Remaja. Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin, Arbaiyah Md Zin, & Nik Norahuda Nik
Mohamed. (2011). Faktor Kecerdasan Pelbagai Dalam Pembentukan
Profil Remaja. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd Shukor,


Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2009).
Pembelajaran Dan Perkembangan Pelajar. Selangor Darul Ehsan.
Oxford Fajar.
66

Tan Poo Chang dan Halimah Awang. (1999). Pengenalan Statistik. Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

67

LAMPIRAN

68

SUBJEK:
KERTAS PROJEK
DPG 8013

TAJUK :
SOAL SELIDIK KAJIAN TINJAUAN
KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR IPT
DISEDIAKAN OLEH :
NOREZZATI BINTI MOHD ALI
11010007

DIPLOMA PSIKOLOGI + MINOR PENGAJIAN ISLAM


SEMESTER 6
SESI OKTOBER 2012

ASSALAMUALAIKUM W.B.T :
Anda dikehendaki untuk menjawab semua soalan di dalam soal selidik ini. Soal
selidik ini mempunyai 2 bahagian iaitu :
BAHAGIAN A : MAKLUMAT DIRI
BAHAGIAN B : KECERDASAN PELABAGAI
Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian anda meluangkan masa
untuk menjawab soal selidik ini. Saya amat berharap agar dapat menjawab
dengan jujur dan ikhlas kerana kejujuran anda adalah penentu keberkesanan
kajian ini. Segala maklumat yang diberikan adalah RAHSIA. Segala komitmen
anda dihargai. Sekian, terima kasih.

69

Bahagian A : (MAKLUMAT DIRI)


Tandakan ( / ) pada kenyataan di bawah :
1.

Umur
a) 18 20 tahun

2.

Jantina
a) Perempuan

3.

b) 21 23 tahun

b) Lelaki

Bangsa
a) Bumiputra

b) Bukan Bumiputra

70

c) 24 tahun keatas

Bahagian B : KECERDASAN PELBAGAI


Tandakan ( / ) pada kenyataan di bawah mengikut panduan yang telah
diberikan :
Sangat

Tidak

Kurang

Tidak Setuju

Setuju (TS)

Setuju

Setuju

(KS)

(SS)

(STS)
Skor

BIL.

1.

ITEM

Saya suka menyertai aktiviti


yang melibatkan lisan seperti
perbahasan atau pidato.

2.

Saya

sukar

untuk

bertutur

dalam bahasa asing selain dari


Bahasa Ibunda.
3.

Saya

boleh

menyelami

perasaan orang lain dengan


mudah.
4.

Saya tidak suka mengambil


berat

mengenai

perasaan

orang lain.
5.

Saya seorang yang berdikari.

6.

Saya

boleh

mengawal

perasaan marah atau sedih


saya dengan baik.
7.

Saya

suka

berkomunikasi

dengan orang lain.


8.

Saya

suka

perkara

Setuju (S)

yang

mempunyai formula dan data.

71

Sangat

(STS)

(TS)

(KS)

(S)

(SS)

9.

Saya sukar untuk mengingati


nombor telefon.

10.

Saya

akan

sesuatu

menyelesaikan

masalah

sehingga

selesai.
11.

Saya

suka

matapelajaran

Matematik.
12.

Saya dapat menggambarkan


sesuatu imej dengan jelas.

13.

Saya

mampu

mengubah

atau

pandangan

persepsi
orang lain.
14.

Saya

sukar

mengeluarkan

untuk

idea

yang

kreatif.
15.

Saya

suka

membuat

eksperimen di dalam makmal.


16.

Saya mempunyai kemahiran


dalam kerja pertukangan.

17.

Saya tidak suka aktiviti lasak.

18.

Apabila

diberikan

tugasan

melibatkan fizikal, saya adalah


orang

terakhir

yang

akan

melakukannya.
19.

Apabila mengalami tekanan,


saya suka menyanyi.

20.

Bagi saya, muzik tidak penting.

21.

Saya suka berkebun.

22.

Saya rasa saya bukan seorang


yang

penyayang

terhadap

haiwan.

72

23.

Saya sedar tujuan sebenar


manusia diciptakan di muka
bumi.

24.

Saya

sering

menimbulkan

persoalan yang tidak pernah


difikirkan oleh orang lain.
25.

Saya

sering

menggunakan

pendekatan logik akal daripada


pendekatan

agama

dalam

menyelesaikan masalah.
26.

Saya

boleh

mengemukakan

sesuatu idea sama ada melalui


penulisan

ataupun

percakapan.
27.

Saya mudah untuk mentafsir


sesuatu maksud yang tersirat
di dalam sesuatu ayat.

28.

Saya tidak suka pertandingan


pidato atau perbahasan.

29.

Saya suka kerja berkumpulan.

30.

Saya sering dijadikan tempat


rujukan dan pemberi nasihat
oleh rakan-rakan saya.

31.

Saya

lebih

bersendirian

suka

bekerja

daripada

kerja

berkumpulan.
32.

Sebelum

melakukan

seuatu

tindakan, saya sentiasa akan


memikirkan kesan baik dan
buruk.
33.

Saya mampu mengenali diri


sendiri secara mendalam.

73

34.

Saya sukar untuk mengenali


diri

sendiri

dengan

lebih

mendalam.

35.

Saya suka permainan yang


membolehkan

saya

berfikir

secara aktif seperti catur atau


puzzle.
36.

Saya cepat mengalah apabila


menyelesaikan sesuatu yang
berkaitan dengan nombor.

37.

Saya

boleh

mengemukakan

persepsi

yang

unik

berbeza

terhadap

dan

sesuatu

perkara.
38.

Apabila menulis nota, saya


lebih suka menghasilkan satu
peta minda yang kreatif.

39.

Saya sukar untuk mengingati


arah jalan untuk ke tempat
yang pernah saya kunjungi.

40.

Saya suka menari.

41.

Saya berasa tekanan saya


akan

hilang

selepas

melakukan aktiviti fizikal.


42.

Aktiviti sukan sesuatu yang


membosankan.

43.

Saya

suka

mengulangkaji

sambil mendengar muzik.

74

44.

Apabila

mendengar

bunyi-

bunyi alam semula jadi saya


berasa tenang seperti jatuhan
air terjun atau deruan ombak
laut.
45.

Tekanan saya akan bertambah


apabila mendengar muzik.

46.

Saya suka menyertai ekspedisi


ke tempat yang mempunyai
alam semula jadi.

47.

Saya sentiasa peka terhadap


alam sekitar.

48.

Saya

merasakan

sekitar

tidak

isu

alam

memberikan

kesan apa-apa terhadap saya.


49.

Saya

tidak

pekerjaan

mengimpikan

yang

melibatkan

alam sekitar.
50.

Saya

berasa

untuk

amat

penting

mengetahui

hal

dengan

isu

berkaitan
masyarakat.

51.

Bagi

pandangan

mempelajari

ilmu

saya,
agama

adalah penting.
52.

Saya tidak tahu tujuan sebenar


kewujudan manusia.

53.

Saya

mudah

untuk

mempelajari bahasa lain selain


75

daripada Bahasa Ibunda.


54.

Saya

mampu

meyakinkan

orang lain apabila bercakap


atau berhujah.
55.

Saya

mudah

untuk

mengeluarkan sesuatu idea.


56.

Saya mudah mesra dengan


orang

lain

walaupun

baru

sahaja berkenalan.
57.

Saya

tidak

suka

bercakap

dengan orang yang saya tidak


kenal.
58.

Saya

suka

mengulang

kaji

pelajaran secara bersendirian


di tempat yang sunyi.
59.

Saya lebih suka mengulang


kaji secara berkumpulan.

60.

Saya mudah untuk mengingati


nombor telefon.

61.

Saya

rasa

matapelajaran

Matematik adalah sukar.


62.

Saya

dapat

mengenalpasti

arah jalan yang pernah saya


kunjungi dengan mudah.
63.

Saya lebih suka menulis nota


daripada membuat peta minda.

64.

Saya merasakan aktiviti sukan


adalah menyeronokkan.

76

65.

Saya berasa sangat tenang


sekiranya berada di tepi pantai
atau sungai.

66.

Saya
suara

dapat

mengenalpasti

seseorang

dengan

mencipta

muzik

mudah.
67.

Saya

bergantung

kepada

emosi

saya ketika itu.


68.

Saya tidak pandai memainkan


alat muzik.

69.

Saya mudah berasa simpati


sekiranya terlihat kucing terbiar
di tepi jalan.

70.

Saya akan menjadikan ilmu


agama sebagai tempat rujukan
untuk menyelesaikan masalah.

71.

Bagi saya, mengambil tahu


tentang

masyarakat

adalah

aktiviti yang membuang masa.


72.

Saya

lebih

bersendirian

suka
daripada

bekerja
kerja

berkumpulan.

77

Das könnte Ihnen auch gefallen