Sie sind auf Seite 1von 7

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: http://www.researchgate.net/publication/262603334

Eco Friendly Light (EFL)


CONFERENCE PAPER MARCH 2014

READS

273

3 AUTHORS, INCLUDING:
Engr. Rusdi Rusli
Queensland University of Technology
8 PUBLICATIONS 0 CITATIONS
SEE PROFILE

Available from: Engr. Rusdi Rusli


Retrieved on: 11 November 2015

Babby Freskayani@ Izyani Binti kaliwon/ CCE14

Eco Friendly Light (EFL)


[sustainable energy]
Babby Freskayani@ Izyani Binti Kaliwona, Rusdi Bin Ruslib, Nor Aziah Fatma Binti
Abdul Ayah @ Abdul Azizc
a

Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu, Jalan Politeknik, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu, Jalan Politeknik, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
c
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu, Jalan Politeknik, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Abstrak

Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa di mana menerima cahaya matahari sepanjang tahun.
Teknologi pencahayaan dalaman sesebuah ruang sepatutnya menggunakan sumber cahaya semulajadi tanpa
perlu menggunakan tenaga elektrik seperti lampu pendafluor ataupun mentol. Beberapa masalah utama
pengoptimuman penggunaan cahaya semulajadi kurang mendapat perhatian yang sepatutnya boleh diperolehi
dengan percuma. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk merekabentuk lampu mesra alam Eco Friendly
Light (EFL) yang menggunakan cahaya semulajadi sebagai medium pencahayaan di waktu siang serta menguji
sama ada EFL ini boleh memberi pencahayaan yang baik dalam sesebuah ruang. Daripada analisis data, didapati
bacaan Meter Lux ketika cuaca cerah adalah 3000 10000 lux, manakala bacaan ketika cuaca mendung berada
di antara 500 4200 lux. Ini menunjukkan tidak kira cuaca cerah atau mendung, EFL mampu memberikan
sumber cahaya yang cukup iaitu berkadaran dengan lampu elektrik. Bacaan maksimum ketika cuaca panas
adalah pada pukul 12.45 pm iaitu 10620 lux. Nilai ini juga telah memenuhi piawaian yang telah ditentukan
dalam Kod Pencahayaan CIBSE 1994 yang mana bagi nilai 500 lux dan ke atas adalah sesuai untuk aktiviti
penglihatan tugas tentu agak sukar dan ke atas. Kesimpulannya, penggunaan EFL adalah sangat
memberangsangkan dan membantu sesebuah ruangan lebih terang dan dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
Keywords: EFL, Lampu Mesra Alam, Pencahayaan, Lux

1. Pengenalan
Negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia sebenarnya sentiasa menerima cahaya matahari sebagai sumber
cahaya semulajadi hampir sepanjang tahun. Sumber semulajadi kurniaan tuhan ini diperolehi tanpa sebarang
bayaran sepatutnya dimanfaatkan penggunaannya untuk mencahayai ruang dalaman pada waktu siang.
Teknologi pencahayaan dalaman sesuatu ruang dengan menggunakan lampu untuk rumah, kedai, gudang dan
tempat-tempat yang lain banyak mengalami perubahan dari dahulu sehingga kini.
Malangnya amalan penggunaan lampu elektrik iaitu lampu kalimantang tetap menjadi pilihan utama
bangunan-bangunan dewasa ini. Sebagai contoh, rumah dan pejabat tetap dipasang lampu elektrik di siang hari,
walaupun sekiranya lampu-lampu elektrik itu ditutup, aras pencahayaan dari tingkap adalah mencukupi. Lebih
malang lagi di sesetengah rumah dan pejabat, tingkap-tingkap ditutup sepenuhnya dan lampu elektrik dipasang
sepanjang masa. Sikap sedemikian ini menyebabkan kos tenaga bangunan meningkat dan sepatutnya
peningkatan ini boleh ditampung secara percuma sekiranya cahaya semulajadi digunakan dengan bijaksana.
Amalan-amalan pembaziran elektrik adalah bercanggah dengan gerakan pemulihan dan pemeliharaan alam
iaitu seni bina hijau, seni bina berteraskan iklim ataupun mesra alam. Lampu elektrik ini seharusnya
digunakan hanya sebagai alat bantuan ketika ketiadaan cahaya siang atau ketika aras pencahayaan tidak
mencukupi. Masyarakat mestilah lebih prihatin dan kreatif dalam menghasilkan reka bentuk bangunan atau
menghasilkan produk yang dapat memaksimumkan penggunaan cahaya semulajadi dan meminimumkan
penggunaan lampu elektrik.
1.1.

Pernyataan Masalah

Terdapat beberapa faktor pencahayan dalaman sesuatu ruang bangunan. Antaranya adalah jenis cahaya dan
pemantulan serta sudut pencahayaan sama ada jauh atau dekat. Daripada faktor pencahayaan dalaman ini, ianya
mewujudkan masalah-masalah berikut :* Corresponding author. Tel.: +6088-499980; fax: +6088-499960.
E-mail address: izyani@polikk.edu.my.

Babby Freskayani@ Izyani Binti kaliwon/ CCE14

Kehendak masyarakat yang memerlukan cahaya pada waktu siang tetapi tidak ingin menggunakan saluran
cahaya sisi iaitu tingkap ataupun bumbung lutsinar.

Pengguna yang ingin menggunakan cahaya semulajadi sebagai cahaya di waktu siang tetapi penggunaan
bumbung lutsinar adalah terhad bagi bangunan yang bertingkat.

Kurangnya sifat berjimat cermat serta kurang pemahaman masyarakat tentang masalah penjimatan tenaga di
dalam bangunan.

Perkara di atas merupakan beberapa masalah utama pengoptimuman penggunaan cahaya semulajadi kurang
mendapat perhatian. Sepatutnya cahaya semulajadi yang boleh diperolehi dengan percuma perlu dimanfaatkan
sepenuhnya daripada menggunakan lampu yang perlu digunakan sebagai lampu bantuan apabila tiba waktu
malam [1].
1.2.

Objektif Kajian

Bagi menjawab persoalan yang telah timbul melalui penyataan masalah, maka beberapa objektif telah
diketengahkan. Ianya adalah seperti berikut ;

1.3.

Merekabentuk lampu mesra alam Eco Friendly Light (EFL) yang menggunakan cahaya semulajadi sebagai
medium pencahayaan di waktu siang.
Menguji produk lampu mesra alam dengan ujian pencahayaan.
Skop Kajian

Penghasilan produk EFL merangkumi beberapa aspek seperti bahan-bahan produk, tempoh masa penghasilan
produk, limitasi tempat produk dan metodologi kajian produk. Ianya adalah seperti berikut:

1.4.

Penghasilan lampu mesra alam adalah menggunakan kayu, cermin, botol, air suling dan peluntur.
Produk lampu mesra alam ini hanya diletakkan pada dinding yang menghadap luar dan dalam bangunan dan
ianya dianggap sebagai lampu dinding.
Produk lampu mesra alam ini hanya sesuai dalam ruangan bangunan bertingkat.
Produk lampu mesra alam hanya sesuai digunakan di negara yang mempunyai iklim panas.
Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah merekabentuk lampu mesra alam yang dapat menjimatkan tenaga untuk digunakan
di dalam ruang bangunan bertingkat khususnya pada waktu siang. Di samping itu, dengan adanya produk ini, ia
dapat mengoptimumkan penggunaan cahaya semulajadi hanya dengan menggunakan bahan kitar semula tanpa
kos yang tinggi.
2. Sorotan Literatur
Dalam kajian untuk menghasilkan produk lampu mesra alam Eco Friendly Light (EFL), beberapa sorotan
literatur telah didapati daripada beberapa sumber dan diolah dengan sebaiknya. Selain itu, ia menerapkan
kaedah bersepadu pencahayaan yang telah dibahagaikan kepada tiga aspek yang diperlukan iaitu hubungan
rekabentuk pencahayaan semulajadi dan buatan, kos pencahayaan bantuan iaitu kos penggunaan lampu dan
pencahayaan sisi iaitu tingkap. Oleh itu beberapa konsep telah digabungkan iaitu kaedah pencahayaan tidak terus
di negara-negara lain, idea lampu mesra alam menggunakan botol terbuang dan tiub cahaya.
Apabila melibatkan produk maka beberapa aspek penting perlu diambil kira bagi menentukan produk sesuai
digunakan ataupun tidak. Lux meter merupakan satu alat yang menentukan kadar pencahayaan sesuatu cahaya
yang dikeluarkan oleh sesuatu barang ataupun cahaya semulajadi. Akhir sekali ialah penerangan tentang
kelemahan lampu kalimantang.
2.1.

Teknologi pencahayaan

Cahaya adalah sejenis tenaga dalam bentuk radiasi elektromagnet yang boleh dilihat oleh mata manusia dan jika
dilhat dalam spektrum frekuensi gelombang elektromagnet, cahaya yang dalam keadaan boleh nampak terletak
di antara gelombang ultraungu dan gelombang infra merah [2].
Cahaya bergerak secara lurus dan sangat laju. Dalam vakum, cahaya bergerak selaju 300,000 kilometers per
saat. Pergerakan cahaya akan terpesong dan kelajuannya berkurangan apabila melalui media berlainan seperti air

Babby Freskayani@ Izyani Binti kaliwon/ CCE14

atau gas. Terdapat dua jenis punca cahaya iaitu sumber cahaya semula jadi dan sumber cahaya buatan. Matahari
dan api adalah contoh sumber cahaya semula jadi manakala pelbagai lampu elektrik yang dicipta oleh manusia
adalah sumber cahaya buatan. Cahaya yang dipancarkan mempunyai gelombang yang panjang, dan tenaga itu
lebih rendah daripada radiasi yang diserap. Walaubagaimanapun, apabila sinaran elektromagnet yang diserap
adalah sangat kuat, ia adalah mustahil bagi satu elektron untuk menyerap dua foton. Penyerapan dua foton ini
boleh membawa kepada pelepasan radiasi yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek daripada
radiasi yang diserap. Radiasi yang dipancarkan juga mungkin gelombang sama seperti sinaran diserap, dipanggil
"resonans pendarfluor". Contoh yang paling menarik ialah lampu pendarfluor yang berlaku apabila sinaran yang
diserap adalah di rantau ultraungu spektrum, dan dengan itu tidak dapat dilihat dengan mata manusia, dan cahaya
yang dipancarkan adalah di rantau yang boleh dilihat. Pendarfluor mempunyai banyak aplikasi praktikal,
termasuk mineralogi, sensor Gemology kimia, (spektroskopi pendarfluor), pelabelan pendarfluor, pewarna,
pengesan biologi, dan yang paling biasa, lampu pendarfluor [3].
2.1.1. Prinsip asas penerapan pencahayaan semulajadi di dalam bangunan
Masalah utama pencahayaan semulajadi/siang dalam iklim tropika ialah pemisahan antara cahaya dengan haba
yang datang daripada sumber yang sama iaitu matahari. Haba matahari mestilah dicegah daripada masuk secara
terus ke dalam bangunan menerusi penggunaan alat peneduhan yang mencukupi, pemilihan bahan dan warna
komponen luar bangunan yang betul, dan orientasi bangunan yang sesuai. Oleh sebab haba matahari berpunca
daripada cahaya terus matahari, ia mestilah ditangkis dengan sempurna olen elemen luaran bangunan. Kegagalan
menangkis haba matahari akan menyebabkan peningkatan haba dalaman dan menghasilkan ketidakselesaan.
Cahaya resap atau cahaya yang tidak secara langsung daripada kecerahan langit (cahaya langit) merupakan
cahaya yang diperlukan untuk pencahayaan di dalam bangunan [1]. Rajah 2 menjelaskan konsep asas
pencahayaan siang dalam konteks iklim panas-lembap tropika.
Sumber Utama (Matahari)

Cahaya langsung (haba) (dicegah


masuk)

Cahaya
resap
(cahaya
siang/langit)
(dibenarkan
masuk)

Rajah 1: Prinsip Asas Pencahayaan Siang


Pencahayaan menggunakan tenaga elektrik adalah sekata serta terkawal manakala cahaya semulajadi
daripada matahari adalah berubah- ubah mengikut masa, keadaan cuaca dan faktor pusingan bumi dan bulan.
Contohnya ialah seperti kadar pencahayaan pada waktu tengahari adalah berbeza dengan waktu petang. Begitu
juga dengan kejadian-kejadian seperti gerhana dan kedudukan awan yang boleh memberi kesan pada kadar
pencahayaan semulajadi. Faktor yang mempengaruhi tahap illuminasi (illumination level) termasuklah saiz,
perbezaan antara sudut pandangan dan samada terdapat pergerakan pada objek. Pembalikan atau pantulan cahaya
yang berlaku ke atas permukaan lantai/dinding atau. objek-objek di dalam ruang akan memberi kesan terhadap
keselesaan pandangan. Pembalikan ini juga boleh menyebabkan berlakunya silau terutamanya apabila pantulan
cahaya itu datangnya dari permukaan lantai yang berkilat, atau permukaan meja yang berkaca atau papan putih
yang licin (white board). Oleh itu faktor-faktor yang terdapat di atas perlu diambil, kira termasuklah warna,
jenis/bentuk permukaan (texture), jenis dan aktiviti ruang, jenis-jenis lampu yang sesuai serta kadar pencahayaan
(Lux) [4].
2.2.

Pertimbangan Kaedah Bersepadu Pencahayaan

Pertimbangan kaedah kaedah bersepadu pencahayaan boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting iaitu
hubungan rekabentuk pencahayaan semulajadi dan bahan, kos pencahayaan bantuan dan pencahayaan dari sisi
[1].
2.2.1. Hubungan rekabentuk pencahayaan semulajadi dan buatan
Dalam memenuhi keperluan di atas, lazimnya tingkap yang luas adalah dikehendaki dalam memenuhi keperluan
pencahayaan semulajadi yang lebih tinggi. Namun demikian hal ini akan menyebabkan kesan silauan langit yang

Babby Freskayani@ Izyani Binti kaliwon/ CCE14

semakin tinggi. Sekiranya reka bentuk tingkap sisi diterapkan, kawasan yang berhampiran dengan tingkap adalah
lebih cerah, sementara di bahagian dalam menjadi lebih gelap. Oleh itu bentuk kawalan yang sesuai dan kajian
ruang serta kesan penembusan cahaya semulajadi yang sebenarnya perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum reka
bentuk keseluruhan pencahayaan diterapkan.
2.2.2. Kos pencahayaan bantuan
Aras pencahayaan semulajadi yang tinggi dari tingkap sisi hanya boleh diperolehi dengan mengadakan tingkaptingkap yang besar dan bilik-bilik yang terhad kedalamannya. Kos keseluruhan bangunan yang menerapkan cara
ini adalah tinggi. Dengan menerapkan sistem bersepadu ini, penjimatan kos mungkin dapat dilakukan menerusi
reka bentuk siling yang lebih rendah, bilik-bilik yang lebih dalam dan ruang lantai yang lebih luas. Perbandingan
antara kos pemasangan dan penyelenggaraan pencahayaan bantuan dengan penjimatan yang diperolehi
daripadanya adalah masih menguntungkan ataupun sekurang-kurangnya hampir-hampir seimbang.
Secara kebetulan juga kos pencahayaan bantuan menerusi sistem bersepadu ini masih lebih menjimatkan
berbanding dengan sistem pencahayaan buatan konvensional dengan lampu-lampu eletrik yang sentiasa
terpasang pada waktu siang sama ada ia diperlukan ataupun tidak. Di samping itu, pencahayaan pada waktu
siang dapat disepadukan dengan pencahayaan waktu malam yang akhirnya menghasilkan suasana ruang dalaman
yang lebih selesa dan ekonomi.
2.2.3. Pencahayaan dari sisi
Kriteria utama dalam reka bentuk pencahayaan bersepadu untuk pencahayaan dari sisi ini ialah pencapaian tahap
"keseimbangan kecerahan" untuk semua kawasan di dalam sesebuah bilik. Keseimbangan kecerahan ini boleh
dicapai apabila aras pencahayaan bantuan berkadar terus dengan cahaya siang yang diterima di dalam sesebuah
ruang. Sungguhpun penerapan sistem ini agak sukar, namun ia akan menjadi mudah sekiranya pertimbangan
dibuat pada peringkat awal reka bentuk iaitu semasa pelan-pelan masih di atas meja lukisan lagi. Oleh itu teras
kepada kejayaan reka bentuk pencahayaan dari sisi ini sebenarnya melibatkan reka bentuk kedua-dua cahaya
siang dan bantuan serta penerapan sistem yang merangkumi anti-silau dan alat peneduhan luaran. Reka bentuk
sebegini dapat dilakukan dengan adanya lampu kalimantang dan kefahaman terhadap penyesuaian visual di
dalam reka bentuk pencahayaan ruang dalaman.

2.3. Piawaian Kod Pencahayaan


Nilai piawaian keterangan (LUX) ditentukan dalam Kod Pencahayaan Chartered Institution of Building Services
Engineers (CIBSE), 1994 untuk semua jenis lokasi dan penggunaan. Nilai ini adalah diperlukan untuk
memenuhi keterangan yang memuaskan untuk sesuatu tugas tertentu dan penampilan umum dalaman yang boleh
diterima[5].
3. Metodologi Kajian
Metodologi kajian merupakan suatu perancangan yang rapi dari segi perjalanan sesebuah projek dijalankan.
Antara yang perlu dilakukan ialah dengan mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan produk-produk lain
yang menyamai produk projek yang hendak dilakukan. Kaji segala bentuk produk dan pastikan bahan-bahan
yang hendak digunakan sesuai dengan keadaan sekeliling kita. Langkah seterusnya ialah proses penghasilan
lampu daripada botol terbuang yang dilengkapi dengan corong prisma kaca menembusi dinding yang
memancarkan cahaya ke lampu projek.
Secara umumnya kaedah atau langkah kerja yang akan dijalankan untuk menyiapkan projek dibahagikan
kepada beberapa peringkat. Antara peringkat tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Sorotan literatur

Penghasilan lampu mesra alam menggunakan kayu, cermin, botol, air suling dan peluntur.

Melaksanakan ujian pencahayaan terhadap EFL yang telah dihasilkan

3.1. Kaedah Penghasilan Eco Friendly Light

Babby Freskayani@ Izyani Binti kaliwon/ CCE14

Lampu mesra alam ini dibuat daripada kayu, cermin, botol, air suling dan peluntur. Kayu yang dipilih ialah
kayu yang sesuai di mana ianya tahan cuaca kerana ianya akan diletakkan pada dinding yang memisahkan luar
dan dalam bangunan. Kayu juga akan digunakan untuk tujuan reka bentuk kotak saluran di mana kotak saluran
bertujuan untuk melindungi cermin yang ada di dalam kotak saluran. Cermin adalah bertujuan untuk
memantulkan cahaya matahari, ianya diletakkan di dalam saluran diperbuat daripada kayu untuk melindungi
cermin ini. Selain itu, botol kosong akan digunakan yang diisi dengan air suling dicampur dengan sedikit pelarut.
Botol ini merupakan mentol bagi produk Eco Friendly Light.

Rajah 2: Lakaran EFL


3.2. Ujian Pencahayaan
Lux meter adalah sebuah alat yang digunakan untuk mengukur intensiti cahaya atau tahap pencahayaan sesuatu
cahaya di mana ianya akan digunakan antara produk Eco Friendly Light dengan lampu yang biasa digunakan
pengguna. Bagi menguji pengeluaran cahaya, produk akan diuji dengan diletakkan di dalam sebuah kotak yang
tidak mempunyai lubang. Ujian ini akan dijalankan di bilik yang gelap yang tidak terdedah kepada cahaya. Satu
lagi kotak yang tidak mempunyai lubang disediakan untuk diletakkan lampu biasa. Ujian akan dilakukan pada
dua hari yang sesuai iaitu pada hari mendung dan pada hari yang panas terik. Semua data yang diperolehi dalam
ujian ini di ambil untuk dianalisis bagi menentukan kemampuan cahaya daripada produk dan lampu biasa.
4. Dapatan Kajian dan Perbincangan
Dalam data kajian, kadar pencahayaan diukur mengunakan Lux meter. Keputusan diambil mengikut dua keadaan
cahaya iaitu cahaya ketika cerah dan cahaya ketika mendung. Keputusan data diambil dalam tempah masa 2 jam
mengikut keadaan cahaya pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Data keputusan diambil melalui selang
masa selama 15 minit. Data dapat dilihat seperti dalam jadual 1 dan jadual 2 seperti yang berikut.

10.30 am

10.45 am

11.00 am

11.15 am

11.30 am

11.45 am

12.00 pm

12.15 pm

12.30 pm

12.45 pm

Bacaan
Lux
Meter
(lux)
Purata
(lux)

10.15 am

Masa

10.00 am

Jadual 1: Bacaan Meter Lux Ketika Cuaca Cerah

3130

3240

3980

4280

9440

9870

10100

8790

9100

9300

10310

10620

3658

9550

9833

10.30 am

10.45 am

11.00 am

11.15 am

11.30 am

11.45 am

12.00 pm

12.15 pm

12.30 pm

12.45 pm

Bacaan
Lux
Meter
(lux)
Purata
(lux)

10.15 am

Masa

10.00 am

Jadual 2: Bacaan Meter Lux Ketika Cuaca Mendung

510

820

1076

5300

7200

3580

3290

2400

1100

1021

3200

4190

1977

4117

2379

Babby Freskayani@ Izyani Binti kaliwon/ CCE14

4.1. Perbincangan
Daripada analisis data yang diambil, didapati bacaan meter ketika cuaca cerah adalah 3000 10000 lux,
manakala bacaaan ketika cuaca mendung berada di antara 500 4200 lux. Ini menunjukkan tidak kira cuaca
cerah atau mendung, EFL mampu memberikan sumber cahaya yang cukup. Ini berkadaran apabila menggunakan
lampu pendarfluor padat yang berkuasa 23 Watt menghasilkan bacaan 1500 1600 lux. Bacaan maksimum
ketika cuaca panas adalah pada pukul 12.45 pm iaitu 10620 lux. Cahaya matahari pada pukul 10.00 am cukup
untuk memberikan cahaya pada sesuatu ruangan iaitu 3130 lux yang merupakan bacaan terendah ketika cuaca
panas. Nilai ini juga telah memenuhi piawaian yang telah ditentukan dalam Kod Pencahayaan CIBSE 1994 yang
mana bagi nilai 500 lux dan ke atas adalah sesuai untuk aktiviti penglihatan tugas tentu agak sukar dan ke atas.
Ketika cuaca mendung pula, bacaan ini berkadaran dengan penggunaan lampu mentol 60 Watt iaitu
menghasilkan bacaan 700 750 lux. Berdasarkan analisis kajian berkenaan, penggunaan EFL adalah sangat
memberangsangkan dan membantu sesebuah ruangan lebih terang di samping dapat menjimatkan penggunaan
elektrik.
5. Kesimpulan
Setiap projek yang dilakukan mempunyai kepentingan dan objektifnya tersendiri. Begitu juga dengan projek
EFL ini di mana objektif untuk projek ini berjaya dicapai. Hasil analisa produk ini, didapati bahawa EFL yang
direka ini dapat memberi manfaat kepada negara Malaysia di mana ia dapat membantu mengurangkan masalah
penjimatan tenaga pada waktu siang serta mengurangkan perbelanjaan dalam pembayaran bil utiliti elektrik.
Selain itu, ianya hanya menggunakan barang-barang terpakai dan air di mana ini boleh menyumbang kepada
mesra alam yang kini banyak diaplikasikan dalam kehidupan. Dengan ini kesihatan pengguna dan kualiti alam
sekitar terjamin dengan baik.
Akhir sekali, diharapkan projek ini dapat dimanfaatkan sepenuhya, diterima dan diguna pakai dan sesuai
dengan perkembangan teknologi di zaman ini serta hasil yang didapati dari projek ini dapat memenuhi kehendak
semua pengguna dalam kalangan masyarakat.

References

[1]
[2]
[3]
[4]
[5]

A.M. Ismail. "Konflik Antara Pengoptimuman Penggunaan Cahaya Semulajadi (Cahaya Siang) dengan Cahaya Buatan (Lampu
Elektrik) untuk Pencahayaan Ruang Dalaman Bangunan". Internet: http://www.hbp.usm.my/ventilation/. 1997. [Dec 30, 2013]
Sally and M. Adrian. Reka Bentuk Dalam Sains: Menggunakan Tenaga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.
B.Valeur. and M. R. N. Berberan-Santos. "A Brief History of Fluorescence and Phosphorescence before the Emergence of Quantum
Theory". Journal of Chemical Education. Vol 88 (6), pp. 731, Mac. 2011.
Fadhlan bin Zainum Abidin. Penggunaan Lampu di Rumah-rumah Kediaman. Tesis Diploma Arkitek, UiTM, Shah Alam, 2011.
C.P David. Pencahayaan. Edisi Kelima. Terjemahan Ismail Harun. Johor: Penerbit UTM.

Das könnte Ihnen auch gefallen