Sie sind auf Seite 1von 3

SMK RAJA MUDA MUSA, BESTARI JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 2/2015
Tarikh :
Masa :
Tempat

20 Mei 2015
1.10 tengahari
:
Makmal Biologi

Kehadiran

1. Pn Suriati bt Maharom
2. Pn Maimunah bt Mohd Zain
3. Pn Rizana bt Jamil
4. Pn Mardiana Jamaluddin
5. En R. Sangar
6. Pn Norlaili bt Rabat
7. Pn Salbiyah bt Jaafar
8. Pn Norhidayah bt Othman
9. En K. Selvathurai
10.Pn Siti Zainab bt Saroji

GK Sains dan Matematik


KP Sains
KP Kimia
KP Biologi
KP Fizik

1.0

Perutusan Pengerusi
1.1
Ketua Panitia selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan
mengalu-alukan kehadiran guru-guru sains ke mesyuarat Panitia Sains
Bil 2/2015
Makluman

2.0

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


2.1
Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sains BIl 1/2015
yang lepas.
Pn Mardiana mencadangkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 1/2015
untuk disahkan dan disokong oleh Pn Rizana.

3.0

Perkara Berbangkit
3.1
Pengerusi memaklumkan bahawa SU akademik akan menubuhkan
Jawatankuasa Bank Soalan yang akan dipengerusikan oleh pengetua
dan ahli-ahlinya daripada GKMP dan Ketua Panitia bagi mata pelajaran
teras. Ahli-ahli panitia boleh menyumbangkan soalan untuk
dikumpulkan dalam bank soalan tersebut. Pembinaan bank soalan
membabitkan semua tingkatan.
Tindakan: Semua guru
3.2

Pemantauan bagi 50% guru telah dilakukan oleh GKMP, Pn Suriati.


Makluman

4.0

3.3

Program Kurikulum Mengikut Panitia. Setiap Panitia dikehendaki untuk


menyediakan modul masing-masing untuk program kecemerlangan
akademik.
Tindakan: Ketua Panitia

3.4

Program Kokurikulum Akademik. Pengerusi mengucapkan terima kasih


kepada semua guru terutamanya ahli jawatankuasa yang terlibat
dalam menjayakan Karnival Sains dan Teknologi (KASTEK) pada 12
Ogos 2015. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing Pn NorLaili
Rabat kerana pelajar kita berjaya mendapat tempat kedua dalam Solar
Boat.
Makluman

3.5

Nota Minta dan Perbelanjaan. Semua pembelian mestilah mengikut


prosedur yang betul. Pastikan nota minta disediakan sebelum meminta
tandatangan pengetua. Sebarang kemusykilan tentang perbelanjaan
mestilah dirujuk kepada kerani kewangan dahulu.
Makluman

Perkara-Perkara Baharu
4.1
Program Champion SPM dan PT3
4.1.1 Program SPM telah dirancang dan akan dijalankan. Program PT3
akan dirancang dan akan menggunakan modul yang disediakan
oleh setiap panitia. Program Champion PT3 perlu dilaksanakan
selepas cuti.
Makluman
4.1.2 Bahan-bahan untuk Program Jadual Anjal Tingkatan 5 perlu
disediakan oleh guru mata pelajaran mengikut kumpulan
masing-masing. Kumpylan 1(SN 1, SN 2, AK), Kumpulan 2 (ICT1,
ICT2, TWR) dan Kumpulan 3(SV1, SV2, VK)
Tindakan: Guru mata pelajaran Tingkatan 5
4.1.3 Program Champion SPM akan dipantau oleh Pn Norhaya,
Program Champion STPM dipantau oleh En Meiyappan dan
Program Champion PT3 dipantau oleh Pn Kamariah.
Makluman
4.2

5.0

Menyelesaikan Sukatan Pelajaran


4.2.1 Sukatan mata pelajaran bagi kelas-kelas tertentu perlu
dihabiskan selewat-lewatnya pada hujung bulan julai untuk
memastikan murid dapat mengikuti program yang dirancang.
Makluman

Hal-Hal Lain
Tiada

6.0

Ucapan Penangguhan
6.1
Pengerusi mengingatkan bahawa semua guru perlu memberi fokus
kepada SPM dan PT3. Semua Ketua Panitia dan semua guru bersedia
dengan Program Kecemerlangan mengikut mata pelajaran masingmasing untuk mencapai target seterusnya mencapai matlamat
sekolah.
6.2
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Urus Setia
Setiausaha Panitia Sains
Tarikh:
20 Mei 2015

BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT


MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 2/2015
BI
L
1

PERKARA
Perkara 3.1

Perkara 3.3

Perkara 4.1.2

Bank soalan. Menyumbangkan


soalan untuk dikumpulkan
dalam bank soalan.
Penyediaan modul untuk
program Champion
Bahan untuk Jadual Anjal

TINDAKAN
Semua guru

Ketua
Panitia
Guru mata
pelajaran
Tingkatan 5

Catatan

Das könnte Ihnen auch gefallen