Sie sind auf Seite 1von 2

CONTOH KARANGAN

Perniagaan internet merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan te


knologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan
jual beli antara peniaga dengan pengguna melalui Internet. Di Malaysia, aktivit
i perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini, sel
aras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Di samping itu, perniagaan
Internet bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga
syarikat kecil yang menjalankan perniagaan Internet, walaupun mereka mempunyai
pekerjaan tetap bagi memperoleh pendapatan sampingan. Hal ini menunjukkan bahawa
perniagaan Internet semakin mendapat sambutan hangat iaitu memberi kebaikan kep
ada peniaga mahupun pengguna. Walau bagaimanapun, perniagaan Internet juga mempu
nyai keburukan yang tidak dapat dijangka.
Perniagaan Internet memberikan kelebihan iaitu urusan jual beli dapat dijalankan
dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos. Hal ini demikian keran
a, pihak peniaga tidak perlu mempromosikan produk mereka di luar seperti mengada
kan promosi di tepi-tepi jalan, pasar raya dan tempat-tempat awam yang lain. Par
a peniaga juga boleh membuat promosi dengan mudah iaitu mengiklankan setiap prod
uk mereka dengan menggunakan kemudahan Internet. Kerja-kerja promosi bukan sahaj
a dapat dijalankan dengan mudah, malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antarany
a kos pengangkutan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi. Keadaan ini turut me
mudahkan pelanggan dalam urusan pembelian barang. Pelanggan tidak perlu membuang
masa untuk membuat tempahan di kedai malah boleh membuat tempahan melalui Inter
net sahaja.
Di samping itu, perniagaan Internet juga dapat meluaskan pasaran di serata dunia
. Sebagai contohnya, produk Malaysia seperti pencuci muka berjenama murah bukan
sahaja tertumpu di dalam negara sahaja, malah boleh meluaskan pasarannya ke luar
negara juga seperti Indonesia, Filipina, Singapura, India, mahupun Amerika Syar
ikat. Penjualan barang di luar negara bukan sahaja memperkenalkan jenama produk
Malaysia, malah memberi keuntungan besar di samping meningkatkan ekonomi negara.
Hal ini berikutan wujudnya pertukaran mata wang asing dalam aktiviti jual beli
antara Malaysia dengan negara luar mula berminat terhadap barangan dari Malaysia
dan mula menyebarkan berita tersebut kepada rakan-rakan mereka.
Selain itu, perniagaan Internet juga memberikan impak kepada ekonomi negara, leb
ih-lebih lagi dari aspek pelancongan. Dalam sektor pelancongan, kebiasaannya set
iap hotel dan pusat pelancongan akan menjual produk pelancongan mereka iaitu den
gan membuat promosi mereka melalui Internet supaya pasaran akan lebih luas sehin
gga ke luar negara. Keadaan ini dapat menarik pelancong yang lebih banyak untuk
datang dan bercuti ke Malaysia. Pendapatan negara melalui pertukaran mata wang a
sing bukan sahaja meningkat, malah persaingan antara negara maju yang lain juga
dapat diatasi. Keadaan ini menunjukkan bahawa negara Malaysia juga mampu memberi
kan saingan yang hebat dalam sektor pelancongan melalui penggunaan alatan yang c
anggih dan berteknologi tinggi.
Terdapat juga beberapa kesan negatif apabila menceburkan diri dalam perniagaan I
nternet, antaranya ialah peniaga terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan.
Sebagai contohnya, walaupun Malaysia semakin meningkat maju, terdapat banyak la
gi anggota masyarakat yang tidak mahir menggunakan teknologi maklumat. Peniaga j
uga terpaksa bersabar dengan kerenah pelanggan yang sering tidak berpuas hati de
ngan produk yang dipasarkan atas alasan hanya membuat pilihan melalui iklan dala
m Internet sahaja. Keadaan ini juga memberikan impak kepada peniaga yang terpaks
a mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk menghantar barang yang lain itu semul
a demi kepuasan pengguna. Selain itu, terdapat juga pengguna yang terlalu cerewe
t dan menyusahkan peniaga atau usahawan Internet. Keadaan ini berlaku kepada pen
iaga yang mengamalkan konsep bayar, terima dan guna iaitu pembeli terpaksa memba
yar harga barangan tersebut terlebih dahulu sebelum menghantar barangan.

Di samping itu, pengguna atau pelanggan juga perlu berhati-hati kerana pelbagai
risiko juga perlu dihadapi oleh peniaga. Risiko yang dimaksudkan itu, seperti pr
oduk atau perkhidmatan yang dipasarkan hanya indah khabar daripada rupa, contohn
ya bagi sesetengah produk, terutamanya makanan dan produk kesihatan. Hal ini dem
ikian kerana ditakuti produk tersebut berbahaya untuk kesihatan pengguna. Dalam
sektor pelancongan pula, kebanyakan pelanggan membuat aduan bahawa tempat-tempat
percutian yang telah ditempah melalui iklan dalam Internet tidak secantik mana,
seperti mana yang ditunjukkan melalui iklan dalam Internet. Keadaan ini bukan s
ahaja menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam sektor pelancongan, mala
h mendapat tanggapan negatif daripada pelancong asing yang kebanyakannya tertipu
dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan tanp
a mengira kepuasan dan keselesaan pelanggan.
Sebagai kesimpulannya, perniagaan Internet bukan sahaja memberikan manfaat kepad
a pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. Di samping it
u, bukan sahaja rakyat yang menerima kebaikan dan faedahnya, malahan hal ini tur
ut memberikan impak yang besar juga kepada negara. Keadaan ini menunjukkan bahaw
a negara Malaysia kini mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Walau
bagaimanapun, pengguna juga harus berhati-hati kerana terdapat beberapa risiko
yang bakal dihadapi oleh mereka. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa dan kera
jaan haruslah mengawal penggunaan Internet dalam bidang perniagaan, supaya kemud
ahan ini tidak disalahgunakan kerana kita tidak mahu sudah terhantuk baru nak te
ngadah.

Das könnte Ihnen auch gefallen