Sie sind auf Seite 1von 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.


Terima kasih Pengerusi Majlis.
Sebelum memulakan ucapan ini, izinkan saya mengambil kesempatan mengalu-alukan
kehadiran Prof. Dato Dr Abdullah ke Majlis Makan Malam Sekalung Budi Untuk Dikenang
anjuran Kolej Kediaman Mawar. Kehadiran Dato begitu kami alu-alukan.
Saya mohon keizinan Dato, untuk berucap dan meneruskan perjalanan majlis pada malam
ini.
Yang Berhormat, Prof. Dato' Dr Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor (Hal
Ehwal Pelajar), Yang Berusaha Pegawai-Pegawai SRK, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pewakilan
Kolej Mawar serta hadirin pelajar Kolej Mawar sekalian.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmat dari-Nya,
dapatlah kita hadir bersama di Majlis Makan Malam Sekalung Budi Untuk Dikenang bagi
tahun 2015. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini
yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas
inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan Majlis Makan Malam ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis Makan Malam Sekalung Budi Untuk Dikenang merupakan antara majlis tahunan yang
mempunyai pengertiannya yang besar kepada Kolej Mawar. Disinilah, kita merai dan
menghargai, serta mengenang kembali jasa dan sumbangan para Pegawai SRK serta pelajar
Kolej Mawar. Pada kali ini, majlis ini sekali lagi diteruskan kali ini di Hotel Intekma dengan
tema Masquerade. Untuk pengetahuan Dato, setiap semester majlis ini diadakan, pelbagai
tema telah digunakan. Ini bagi menambahkan keseronokan dan kemeriahan majlis ini nanti
agar semua pegawai dan pelajar dapat mencuba pelbagai pakaian yang kebiasaannya tidak
dapat digayakan pada hari-hari biasa.
Pada malam ini, kita akan meraikan perletakan jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Pewakilan
Kolej Mawar sesi 2015/2016 yang bakal digantikan dengan jawatankuasa yang baru bagi sesi
2016/2017. Pihak Pengurusan Kolej Mawar amat menghargai segala pengorbanan, jasa bakti

dan penat lelah yang telah anda sekalian sumbangkan di sepanjang sesi 2015/2016 ini.
Pesanan saya, terutamanya kepada pelajar-pelajar yang bakal menjadi pelajar tahun akhir
pada sesi akan datang, buat jadual untuk menguruskan masa anda. Hal ini kerana sebagai
pelajar tahun akhir, anda akan sentiasa tidak cukup masa untuk membuat pelbagai projek
tahun akhir bergantung pada bidang masing-masing. Walau bagaimanapun, saya berharap
anda semua akan tetap memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti kolej selepas ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sepanjang sesi 2015/2016 ini, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Solat Hajat Perdana
semperna Peperiksaan Akhir, Minggu Femina serta Kenduri Sekolej yang turut diadakan
serentak empat berangkai bersama-sama dengan Program Kursus Kahwin yang terbukti
sangat mendapat sambutan, So You Think Yo Can Cook dimana pelajar Kolej Mawar telah
membuktikan kemampuan mereka untuk memasak wajik yang turut dikenali sebagai nasi
manis di Kelantan dan kemahiran mereka untuk membuat gubahan, dan Family Day yang
telah mengeratkan lagi ikatan antara semua warga Kolej Mawar.
Akhir kata, kepada seluruh ahli Jawatankuasa Kerja dan pihak Urusetia Majlis Makan Malam
Sekalung Budi Untuk Dikenang ini, saya ingin rakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih
dan tahniah di atas kejayaan menganjurkan majlis makan malam ini. Kepada Yg.Berhormat
Prof. Dato Dr. Abdullah saya bagi pihak Kolej Mawar mengucapkan jutaan terima kasih atas
kelapangan Dato bersama-sama kami di sini pada malam ini. Marilah kita sama-sama
memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT, semoga semua tetamu yang kita pada malam ini akan
selalu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan mereka selepas ini.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke Tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung
Saya sudahi dengan kata-kata hikmah dari Steve Jobs, My job is not to be easy on people.
My job is to take these great people we have and to push them and make them even better.
Sekian, Wabilahittaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih.

Das könnte Ihnen auch gefallen