Sie sind auf Seite 1von 29

AKTIVITI KOKURIKULUM

1.0

Pengenalan

Aktiviti kokurikulum sebenarnya telah lama diperkenal dan dilaksanakan dalam


sistem pendidikan di negara ini, iaitu sejak zaman penjajahan British
lagi. Antaranya ialah penubuhan pasukan pengakap yang pertama di Malaysia
mengambil tempat di Singapura pada tahun 1909. Aktiviti gerakerja kokurikulum ini
diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung
dalam surat arahan School Course of Studies Regulation 1956 dan Pindaan tahun
1961 (Akta Pendidikan 1961, No.552.) Aktiviti ini dikenali dengan nama Kegiatan
Kumpulan. (Ab. Alim, 2004). Sekarang ini aktiviti kokurikulum telah diiktiraf sebagai
sebahagian daripada proses pendidikan, yakni sebahagian daripada Kurikulum
Kebangsaan yang wajib dilaksanakan di sekolah-sekolah. Untuk itu, aktiviti
kokurikulum perlulah dirancang, diurus dan dilaksanakan secara sistematik, cekap
dan berkesan seperti mana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.

2.0

Definisi Kokurikulum

Kegiatan atau gerakerja kokurikulum merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang


dan dilaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah
berasas dan lanjutan sesi persekolahan. (Mok Soon Sang, 2011). Selain itu
kokurikulum juga boleh diertikan sebagai apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. (Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum

Kebangsaan), 1997). Sementara Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula


mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran
yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian
daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah . Menurut Md. Aris Mansor dalam Ab.
Alim Abd. Rahim (2004), aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran
yang berasaskan kepelbagaian gerakerja terancang dan perlu dilakukan dalam
masa persekolahan. Menurut Ee Ah Meng (1995) pula, kokurikulum merupakan satu
saluran
pembelajaran
yang
berasaskan
gerak
kerja
tersusun
dan
terancang. Menurutnya lagi, gerak kerja ini adalah lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui pertubuhan
pakaian seragam, persatuan atau kelab dan kelab permainan atau sukan.

3.0

Matlamat Aktiviti Kokurikulum

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah antara lain


mempunyai beberapa matalamat. Antaranya ialah untuk memperkembangkan
intelek, sosial, jasmani dan rohani murid secara optimum. Selain itu aktiviti
kokurikulum yang dijalankan juga bermatlamat untuk mengukuh dan memperkaya
ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah, serta memperluas
pengalaman murid dalam bidang tertentu. Melalui kegiatan kokurikulum juga,
murid-murid diharapkan dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah, dan
memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan kendirinya.
Melalui gerak kerja kokurikulum juga, diharap dapat memperkembang dan
meningkatkan kemahiran-kemahiran asas dalam sesuatu permainan, sukan, unit

beruniform, dan aktiviti berpersatuan. Selain itu aktiviti kokurikulum juga


bermatlamat untuk melatih murid supaya mengejar pencapaian yang cemerlang
dalam
aktiviti
kokurikulum
di
peringkat
negeri,
kebangsaan
dan
antarabangsa. Disiplin murid juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti kokurikulum
melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat
Rukun Negara. Selain itu aktiviti kokurikulum juga diharap dapat membentuk iklim
sekolah dengan lebih menarik dan menggembirakan murid di samping dapat
mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan murid.

4.0

Objektif Kokurikulum

Antara lain objektif aktiviti kokurikulum adalah untuk melengkapkan


kurikulum sekolah, khasnya program pendidikan jasmani yang diperlukan. Di
samping itu, ia juga mempunyai objektif untuk mempelbagaikan aktiviti kepada
murid-murid mengikut kebolehan dan bakat masing-masing. Aktiviti kokurikulum
juga dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk melepaskan tekanan
perasaan setelah bertungkus-lumus di dalam bilik darjah. Melalui aktiviti
kokurikulum juga, murid-murid berpeluang untuk berinteraksi di antara satu sama
lain, serta memupuk semangat toleransi dan sifat-sifat mulia dalam kalangan
mereka. Murid-murid juga dapat memupuk semangat berpasukan melalui
pergaulan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.

5.0

Aktiviti Kokurikulum di Sekolah

Di peringkat sekolah, terdapat 3 jenis aktiviti kokurikulum iaitu Sukan dan


Permainan, Persatuan dan Kelab, dan Pasukan Pakaian seragam. Pelaksanaan
aktiviti kokurikulum di sekolah adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi,

bakat dan kepimpinan murid-murid dalam bidang jasmani, sosial, kebudayaan dan
khidmat masyarakat, di samping membentuk sahsiah dan sikap yang positif.
Kelab dan Persatuan boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kelab dan
Persatuan yang berasaskan sesuatu mata pelajaran dan yang berunsurkan
hobi. Menurut Laporan Kabinet 1979, matlamat penubuhan sesebuah kelab /
persatuan di sekolah adalah untuk menggalakkan murid-murid berkenalan sesama
sendiri, memberi perkhidmatan kepada masyarakat di samping membolehkan
murid-murid atau pelajar memperolehi kemahiran di dalam sesuatu lapangan atau
hobi. Kelab dan Persatuan berasaskan mata pelajaran bertujuan menambahkan
minat dan kemahiran murid-murid dalam mata pelajaran itu. Contoh persatuanpersatuan dalam kategori ini ialah Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Sains,
Persatuan Matematik, Persatuan Sejarah dan sebagainya. Manakala Persatuan dan
kelab yang berunsur hobi pula bertujuan menarik minat dan memberi ilmu
pengetahuan dalam sesuatu bidang atau hobi yang tertentu. Contoh persatuan dan
kelab tersebut ialah Kelab Senifoto, Kelab dan Persatuan Pertahanan Diri seperti
silat dan taekwondo, Kelab muzik dan kebudayaan, dan lain-lain lagi. .
Di dalam Laporan Kabinet 1979, adalah dicadangkan agar semua murid
sekolah digalakkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya salah satu pasukan
pakaian

seragam. (Mok Soon Sang, 2011). Antara pasukan pakaian seragam yang boleh
dianggotai oleh murid-murid sekolah ialah sama ada yang berbentuk badan
sukarela (NGO) atau pun yang lebih terarah kepada pertubuhan kerajaan. Antara
pertubuhan yang berbentuk badan sukarela atau bukan kerajaan (NGO) ialah
Pertubuhan Pengakap, Pertubuhan Puteri Islam, Pandu Puteri, Pertubuhan Bulan
Sabit Merah, St. Johns Ambulans dan lain-lain. Sementara pasukan pakaian
seragam yang menjurus kepada pertubuhan kerajaan ialah kadet polis, kadet
bersatu Malaysia, kadet bomba, dan lain-lain. Selain itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia sendiri menubuhkan dua unit pakaian seragam di bawah kementeriannya
iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi sekolah rendah manakala Kadet
Remaja Sekolah (KRS) pula adalah untuk sekolah menengah.
Sukan dan permainan merupakan satu saluran penting untuk menanam
semangat kesukanan, memupuk persefahaman serta perpaduan dalam kalangan
murid-murid di negara kita. Maka dengan sebab itulah diwujudkan kelab-kelab
permainan di peringkat sekolah dan dilakasanakan pada waktu aktiviti
kokurikulum. Menurut
Surat
Pekeliling
Ikhtisas
Bilangan
16,
Tahun
2010: Pelaksanaan Satu Murid Satu Sukan (1M1S), setiap murid wajib mengambil
bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis permainan atau sukan. Dasar 1M1S
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk
melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu
itu, melalui dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan
menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Ia juga selaras dengan dasar
sukan negara untuk membudayakan sukan di kalangam masyarakat. Antara bidang
sukan dan

permainan yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah ialah bola sepak, bola
jaraing, olahraga, bola tampar, sepak takraw dan lain-lain lagi.

6.0
Permasalahan
yang
dihadapi
oleh
melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah

guru-guru

yang

Terdapat pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksana


dan mengendalikan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah. Ada masalah-masalah
yang berpunca daripada guru-guru sendiri sehingga aktiviti kokurikulum tidak dapat
dijalankan sebaik mungkin. Antaranya guru-guru sendiri tidak bergiat dalam aktiviti
kokurikulum kerana merasakan ia membuang masa pelajar. Ada sesetengah guru
pula merasakan tempat tinggal mereka yang jauh menyukarkan untuk
melaksanakan aktiviti kokurikulum di samping mempunyai pelbagai tanggungjawab
yang perlu dipikul.
Selain itu ada juga guru-guru yang menjalankan aktiviti kokurikulum mempunyai
pengetahuan yang agak terhad dan kurang kemahiran serta pengetahuan dalam
bidang yang diberikan kepada mereka oleh pihak pentadbir. Keadaan ini timbul
kerana mereka kurang pengalaman dan tidak pernah didedahkan dengan sebarang
kursus. Ini menimbulkan masalah kepada guru-guru untuk melaksanakan aktiviti
yang benar-benar dapat menimbulkan minat di kalangan murid atau
pelajar. Keadaan ini dapat dilihat hasil daripada kajian Laporan Kabinet (1979) yang
mendapati kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti
unit beruniform dan sukan tidak memberangsangkan.

Terdapat juga para pelajar atau murid-murid yang terlalu mementingkan


peperiksaan sehingga mengabaikan kegiatan kokurikulum yang dijalankan di
sekolah-sekolah. Lim Yen Yen (1991), dalam kajiannya mendapati bahawa aktiviti
kokurikulum kurang penting sebaliknya mereka lebih memberi tumpuan terhadap
bidang akademik semata-mata. Mereka beranggapan bahawa bidang akademik
lebih menjamin masa depan mereka berbanding menyertai aktiviti kokurikulum di
sekolah-sekolah.
Permasalahan juga timbul akibat daripada kekuarangan kemudahan serta
penjadualan yang kurang sistematik. Ada sesetengah sekolah tidak mempunyai
prasarana yang lengkap bagi membolehkan aktiviti kokurikulum dapat dijalankan
dengan jayanya. Misalnya terdapat sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang
bola yang sesuai bagi membolehkan aktiviti dijalankan malah jika ada pun hanyalah
merupakan padang yang agak sempit. Ini akan menimbulkan kesesakan apabila
aktiviti sukan diadakan, seterusnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan
pelajar. Selain itu peralatan yang tidak mencukupi turut menyumbangkan kepada
permasalahan kepada guru-guru untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum sebaik
mungkin. Keadaan ini diburukkan lagi apabila pihak pentadbir sendiri kurang
memberi perhatian terhadap hal-hal begini.

Sesetengah sekolah pula kadangkala tidak mempunyai sumber kewangan


yang mencukupi terutama sekolah-sekolah gred B atau Sekolah Kurang Murid
(SKM). Keadaan ini akan menimbulkan masalah jika sekolah ingin mengadakan
aktiviti perkhemahan yang menelan belanja yang agak banyak. Keadaan ini
selalunya berlaku bagi sekolah-sekolah yang terdapat di luar bandar. Sebarang
kutipan daripada murid tentunya akan membebankan ibu bapa.

Faktor tempat tinggal pelajar juga turut menyumbang kepada permasalahan ini di
samping masa pelaksanaan kokurikulum itu sendiri. Ramai pelajar yang tinggal
berjauhan dengan sekolah memberikan alasan bahawa mereka gagal menghadiri
aktiviti kokurikulum kerana menghadapi masalah pengangkutan apabila aktiviti
dijalankan pada waktu petang. Mereka juga terpaksa pulang agak lewat terutama
bagi yang tinggal jauh dari sekolah dan ini akan mengundang bahaya ketika dalam
perjalanan. Oleh itu, sebagai jalan tengah, mereka mengambil keputusan untuk
terus tidak menghadiri aktiviti tersebut.
Kurang galakan daripada ibu bapa juga menjadi pendorong terhadap permasalahan
guru-guru melaksanakan aktiviti kokurikulum. Menurut Mustafa Kamal (2000),
dalam kajiannya mendapati ibu bapa kurang mendorong anak-anak untuk bergiat
dalam aktiviti kokurikulum. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa akademik lebih
penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka berbanding kegiatan
kokurikulum. Di samping itu ramai juga ibu bapa yang ragu-ragu dengan fungsi
kokurikulum yang dianggap tidak dapat membantu anak-anak mereka.

7.0

Cara-cara penyelesaian permasalahan kokurikulum

Terdapat pelbagai cara yang dapat digunakan untuk mengurangkan bebabanan


guru-guru mengatasi permasalahan yang timbul dalam menjalankan aktiviti
kokurikulum. Faktor utama yang dilihat mendorong kepada kurangnya penglibatan
pelajar
ialah
penyertaan
guru-guru
semasa
mengendalikan
aktiviti
tersebut. Menurut Abu Bakar (1991), penyertaan guru adalah sangat penting bagi
memastikan aktiviti kokurikulum berjalan

dengan lancar. Penyertaan dan peranan yang dimainkan oleh guru dalam aktiviti
kokurikulum akan menggalakkan para pelajar hadir serta melibatkan diri dalam
aktiviti tersebut. Di samping itu guru-guru pula haruslah kreatif ketika menjalankan
aktiviti supaya para pelajara tidak berasa bosan dengan aktiviti yang stereotaip
sahaja.
Selain itu, para pelajar haruslah diberi kebebasan untuk memilih aktiviti
yang diminati oleh mereka kerana ini akan mendorong mereka menjalankan aktiviti
dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga akan mendapat kepuasan daripada
aktiviti yang diminati dan tidak berasa seolah-olah dipaksa oleh guru. Melalui
aktiviti yang diminati, para pelajar akan dapat memperkembangkan potensi diri

yang ada pada mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar. Seterusnya mereka
akan mendapat pendedahan dengan bermacam-macam cabaran, dugaan dan
sebagainya. Mereka juga akan dapat menonjolkan bakat yang ada pada mereka
secara optima kerana mereka melakukan aktiviti yang mereka minati. Segala
aktiviti yang dilakukan pastinya lahir daripada hati mereka yang ikhlas.
Bagi sekolah-sekolah yang menghadapi masalah kelengkapan dan peralatan
yang tidak mencukupi, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah memberi
bantuan yang sepatutnya kepada sekolah berkenaan. Selain itu pihak sekolah juga
patut berusaha mencari sumber-sumber lain untuk membeli peralatan
baharu. Antara sumber-sumber yang boleh diusahakan ialah melalui sumbangan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, orang perseorangan, syarikat-syarikat yang
membekalkan barangan kepada sekolah dan lain-lain lagi. Pihak sekolah juga boleh
mengadakan aktiviti Hari Kantin atau

mengadakan Jogathon untuk mencari dana bagi membeli peralatan kokurikulum


seperti peralatan untuk perkhemahan dan juga untuk aktiviti sukan.
Seterusnya masalah pengangkutan dan masa yang turut menjadi
penghalang kepada para pelajar untuk menjalankan aktiviti kokurikulum dapat
diatasi dengan mengubah masa pelaksanaan. Pihak pentadbir haruslah peka
dengan masalah ini kerana ia melibatkan keselamatan pelajar jika waktu tamat
aktiviti agak lewat. Oleh itu adalah dicadangkan pihak sekolah dapat menyusun
penjadualan dan memulakan aktiviti kokurikulum seawal jam 3.00 petang dan
berakhir 5.00 petang.
Selain itu, ibu bapa juga haruslah diberi kesedaran tentang kepentingan
aktiviti kokurikulum dalam usaha memperkembangkan potensi dan sahsiah anakanak mereka agar menjadi insan yang seimbang selaras dengan falsafah
pendidikan kebangsaan. Mereka haruslah diberikan cermah motivasi atau kursus
keibu bapaan agar mereka dapat faham sebaik mungkin fungsi kokurikulum
terhadap anak-anak mereka.

8.0

Penutup

Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah mempunyai amat penting


dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang seperti yang dihasratkan
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Aktiviti kokurikulum sebenarnya
merupakan lanjutan daripada aktiviti yang dipelajarai dalam bilik darjah. Misalnya
aktiviti sukan dan permainan merupakan lanjutan daripada mata pelajaran
Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam bilik darjah. Penglibatan pelajar secara
menyeluruh terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan para pelajar
mengahayati falsafah

sebenar kokurikulum tersebut seterusnya dapat membantu mereka untuk bergaul


dan berhadapan dengan masyarakat pada masa hadapan.
Pengelolaan aktiviti kokurikulum yang teratur dan sistematik akan memberi
keberkesanan dalam mencapai hasrat FPK. Aktiviti yang teratur dan menarik akan
menyebabkan para pelajar memberi tumpuan seperti mana yang berlaku terhadap
bidang akademik. Hal ini adalah kerana penyertaan dan penglibatan para pelajar
untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Di samping itu, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan para
pelajar untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang dirancangkan. Guru-guru
penasihat juga seharusnya mempunyai kemahiran untuk mengelolakan aktiviti agar
dapat menarik minat para pelajar. Para pentadbir haruslah menghantar guru-guru
yang tidak berpengalaman untuk berkursus. Begitu juga dengan ibu bapa dan
masyarakat yang harus bersama-sama menggerakkan aktiviti kokurikulum dengan
pihak sekolah bagi melahirkan insan yang benar-benar seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan juga sahsiah.

Rujukan

Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum


Lumpur: Penerbitan Pustaka.

perspektif

dan

perlaksanaan. Kuala

Ab. Halim Abdul Rahim. 2004. Kursus perguruan lepas ijazah: pengurusan gerak
kerja kokurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. 1995. Pendidikan sebagai suatu proses asas pendidikan 1. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamus Dewan. (Edisi Ketiga). 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku panduan pengurusan gerakerja


kokurikulum sekolah menengah, Bhg. Sekolah-sekolah. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Lim Yen Yen. Remaja mengabaikan sukan. Dewan Siwa, hlm. 19, Jun 1991.
Mok
Soon
Sang. 2011. Pengurusan
Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

kokurikulum. Selangor

Darul

Mustafa Kamal Ali. (2000). Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar Melayu
tingkatan empat dalam aktiviti kokurikulum di rancangan Felda Daerah Segamat
Selatan. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Teknologi Malaysia.

Ramlan Abdul Wahab. 2004. Panduan pengurusan kokurikulum di sekolah. Kuala


Lumpur: Banter Sdn. Bhd.

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA

KANDUNGAN

PENDAHULUAN
2

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA

OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Keberkesanan
Sekolah

Kurikulum

di
3

Pengurusan
pendidikan

Kesediaan
globalisasi

guru

dalam

menghadapi

era

Cabaran
dasar

dalam

menghadapi
5

arus

perubahan

Cabaran
politik

dalam

mengekalkan
6

kestabilan

Cabaran
ekonomi

dalam

mengekalkan
6

kestabilan

Cabaran
sosial

Cabaran
desa

Cabaran
kaum

Cabaran
agama

dalam

menanangi

isu
7

untuk

merapatkan
7

untuk

dai

jurang

pendidikan

antara

mengekalkan
7

Bandar

dan

perpaduan

segi

pemantapan
9

Cabaran
baru

alaf
9

a.
Pembinaan
ilmu

budaya
10

b.
Pembudayaan
Malaysia

masyarakat
10

PERANAN
PENDIDIK
10

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN

A.
Sistem
aliran

B.
Pengajaran
(PPSMI)
15

C.
Pengisian
kurikulum

D.
Merealisasi
2020

sekolah

pelbagai
13

Pendidikan

Sains

dan

Matematik

kurikulum

dalam

dank

Bahasa

Inggeris

ko-

16

wawasan
16

PENUTUP
17

RUJUKAN
19

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman,
maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan
tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem
pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti
dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru.
Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh
meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi
dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya
dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas.
Kemajuan dalam teknologi maklumat member kesan secara langsung atau tidak
langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan
yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan
kita.

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi,


budaya dan

politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh
menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan
persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi
pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad,
dalam ucapan sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40
baru-baru ini, telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi
menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut,
dari ilmu
pengetahuanyang
berasaskan
teknologi
tinggi
sehingga
memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika
rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan
mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan
negara mestilah seiringdengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan
antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani.
Kerap juga Perdana Menteri dalamu capannya memberi ingatan "kita mahu menjadi
negara maju dalam acuan kita sendiri".

Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara kita Malaysia juga
tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam
menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.

Keberkesanan kurikululum di sekolah

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial.


Kebanjiran maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah
bahan-bahan lucah atau porno melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi
trend masyarakat dan juga program tv banyak menyiarkan filem-filem, drama yang
berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma mahupun swasta serta yang menjadi
kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif
di masyarakat kini.

Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat
fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang
kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah
untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut.
Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan di Malaysia perlu
dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan
pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing
persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

2.

Pengurusan Pendidikan

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam
perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi
telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam
pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi
meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Contohnya adanya
aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak
pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:

1. Membantu dan mempermudahkan pentadbir sekolah membuat keputusan.

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.

4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan


menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar dan sebagainya.

6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.

7. Penempatan pelajar dalam kelas.

8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.

9. Pembinaan jadual waktu guru.

10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.

11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan
rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

3.

Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan
inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya
dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan
beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan
iaitu:

1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di


sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan,
lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah
daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan
pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa


amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang
diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi
mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru
kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru
dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru
berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.

3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan


bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini
menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana
pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka
terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti kerja-kerja
pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti
berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi
"jenis hari".

4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan


perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan
sokongan iaitu dari segi:

a) kewangan

b) motivasi dan dorongan

c) pengiktirafan

d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan

e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri


terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan
memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah
kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak
dari melibatkan diri secara proaktif.

4. Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan Dasar

Pembagunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting


dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan
Negara maju. Pemerintah berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan
Negara. Ini kerana melalui pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju
terutamanya dari segi pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan
Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah akan lahir
warga yang berilmu dan ientelektual bagi memacu Negara kearah hasrat murni
Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara berperanan dalam
pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang bahawa
pendidikan merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan.
Pemerintah yang sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor
pendidikan dengan meperkenalkan pelbagai dasar dasar demi pembangunan
pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan pemerintah yang pentingkan
soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran untuk mengekalkan
suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal pendidikan cuba
diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh.

Mengambil kesempatan kepada warga pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan


peribadi.seperti contoh warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak tertentu demi
kepentingan individu. Mereka tidak segan sanggup memberontak seperti
berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan buruk. Namun apa yang jelas suasana
pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu gugat sistem politik sedia ada hasrat
pencaturan dasar dasar kerajaan yang telah ditentukan dari saban tahun yang
dikaji dan digubal demi memantantapkan suasana pendidikan Negara akan terjejas,
kerana kita masih kabur tentang bawaan suasana baru sistem politik yang akan
mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar untuk kita
berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri tidak tahu
kesannya.

5.

Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Politik

Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia


pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untk memacu arus
kemajuan dunia pendidikan. Suasana Negara yang aman, dengan penuh hrmoni
dan muhibbah, menjadikan segala perancangan-perancangan pendidikan dapat
dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan. Sebagai pedoman, kita
lihat suasana politik dunia sekarang. Contohnya Negara negara yang bergolak
pada hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar. Apabila suasana
politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak berlakunya kekacauan,
pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah dibakar, dari hal
ini apa yang Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang
terpaksa ditangung.kita lihat Negara kita hari ini. Sudah ada tanda-tanda negatif
kearah itu. Hal ini perlu dibendung dengan segara demi msasa depan pendidikan
Negara.

6.

Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Ekonomi

Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo
ekonomi Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi
Negara yang pesat dpat membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara.
Banyak
kemudahan-kemudahan pendidikan
dapat
dibangunkan
seperti
insfrastsruktur seperti banguan banguan yang selesa, dan sebagainya. Dengan
tahap ekonomi yang baik program-program boleh dirancang untuk kepentingn
pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun 2007, apabila berlaku krisis ekonomi,
banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut, banyak
peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik
balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.

7.

Cabaran Menangani Isu Sosial

Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita
sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka
yang menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial
yang kita dengar hari, antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat
merupakan pelajar sekolah, isu ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman keras
dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor pendidikan ,
yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara positif.
Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari kesehari
ia membiak bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan. Andai
ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan
keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain
peperti ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah
seperti juga diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.

8.
Desa

Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan

.
Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan
tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan
menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu
jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta
Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk
menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk
mencapai
matlamat
itu
memandangkan
pola
tempat
tinggal
yang
berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai,
kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladangladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Sabah
dan serawak.masih ada diantara murid murid disana masih ketinggalan dari segi
kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini jurang pendidikan antara
desa dan Bandar masih ketara.

9.

Cabaran Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum

.
Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada
perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan
warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu perpaduan masih rapuh,

kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih berlakunya kerengangan
hubungan antara kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama
mengekalkan perpaduan Negara.

Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung
dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan
penghayatan kurikulum yang bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk
menjamin perpaduan antaranya penggunaan bahasa pengantar dan sistem
peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu
pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat
membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi
memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan
memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan
Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang


berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa
mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah
berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan
yangsama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung
antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.Perlaksanaan
sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi peluang yang lebih
luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara
langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk
mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan
latar belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai
aliran untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

10.

Cabaran Dari Segi Pemantapan Agama

Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa:


"Pendidikan
di
Malaysia
adalah
suatu
usaha
berterusan
ke
arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk
memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum

ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai
tahun1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah,
Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk
tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.
Dengan menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP).

11.

Cabaran Alaf Baru

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya


dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat
Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabarancabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat
dan kritikal dengan sumbangan teknologi baru yang serba canggih. Masalah yang
timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains
dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997
yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru
ialah ledakan ilmu yang berbentuk global danmasalah sosial yang perlu ditangani
dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting
untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama
ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.

a. Pembinaan Budaya Ilmu

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu


dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan
minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan
indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya
menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan
satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara
langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap
kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu,
apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu
pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang
meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala
kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa
depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita
hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global,

kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer


sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu
lahirkan
generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta
berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia

Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna
jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan
jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah
remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku
perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran
ini sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah
pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat
madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

Peranan Pendidik

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan
Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia
berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri
telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf
baru akan datang iaitu:

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)

kekuatan minda (krestif dan proaktif)

nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)

semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan

ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,


maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri
berikut pula:

menguasai subjek (kandungan kurikulum)

mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

memiliki kemahiran kaunseling

menggunakan teknologi terkini

dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan

memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21,
ialahSekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi
dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian,
pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan
persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciriciri guru bestariialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan
Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari

antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan


sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan
menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat
ketahanan anak bangsa,

sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk
terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di
atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut
secara komited dan ikhlas:

1.

Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan

perkembangan semasa, seperti:

a . Teknologi dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang


untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan
teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi
maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.

b. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda


untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai
modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan
pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

c.

Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan


domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran
secaradevelopmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk
mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang
untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara,
perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal
melalui Four Pillars of Learning iaitu:

@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)

@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)

@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)

@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

d.

Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak

nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan


dalam

hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam
usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian negara.

e.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri

melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar


Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan
sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba
boleh dan responsive kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan
daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan
masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan
jauh ke hadapan.

f.

Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang


dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni.
Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak
masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek
teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan
ketahanan diri diberikan perhatian serius. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita
sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk
masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara
mesti diberi perhatian:

o Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara


kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat

o Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi,


alam sekitar dan teknologi

o Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan


mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu

o Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani Usaha mewujudkan masyarakat


madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras
keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa
Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif,
citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN

A.

Sistem persekolahan Pelbagai Aliran

Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak


seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah
disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih
meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan
Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan system persekolahan dibincangkan dan
diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi
mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan
merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,
kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada
masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.

Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat,
dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum
mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan
mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil
dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini
masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajarpelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik
sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul,
bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan hubungan
silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah
menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk
diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara
masyarakat Malaysia akan semakin pudar.

Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia


yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk
mewujudkan hanya satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat
Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan
dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu
timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat
Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja.
Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan system sekolah
pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin
hak-hak mereka.

Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana


melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan
sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu,
malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan
masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh
mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang

sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan muridmurid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan.
Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina,
dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu,
Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara
masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak
diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu
bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering
berlanjutan sehingga kini.

B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris


(PPSMI)

Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu
dasar baru pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk
memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia.
Namun begitu pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa
PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalahmasalah. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah
memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.

Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat
tentangan daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia
mendapat bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan
Perlembagaan Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi
pelajar-pelajar Melayu terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3)
kurangnya guru yang terlatih; dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa
Melayu, para cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atau Non
Governmental Organization yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi. Ada sesetangah pihak mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia
dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkin kah ianya sejajar dengan
kehendak masyarakat yang telah merasai kesan daripada pelaksanaan dasar
tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka? Sememangnya, murid-murid dan
pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan keputusan yang merosot kerana
ternyata sehingga kini mereka masih lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan
bahasa Inggeris. Masyarakat luar bandar terutamanya masih belum bersedia
sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan kerana bimbang

dengan masa depan.

C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum

Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum
dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid
dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi
kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri
dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut
keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana
wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi
yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah
kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek
wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar
anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Bagi mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara. Mukriz Mahathir
(2008) memberi pandangan supaya satu sistem persekolahan sahaja diwujudkan
dengan menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib diambil
oleh
murid-murid
Cina
dan
India
(kenyataan
dalam Utusan Online di
http://www.utusan.com.my, 2/12/2008). Murid-murid Melayu boleh mengambil
bahasa Mandarin dan Tamil sebagai salah satu subjek pilihan. Secara tidak
langsung, orang Melayu akan dapat menguasai bahasa Mandarin dan Tamil yang
akhirnya dapat merapatkan jurang pendidikan antara kaum.

Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem


pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai
negara demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan
menjadikan Malaysia maju ke hadapan. KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan
KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang
diperkenalkan bagi meningkatkan lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat,
tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih
memerlukan penambahbaikan (Shahril @ Charil Marzuki et al., 1995:110-126).

D. Merealisasikan Wawasan 2020

Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Reformasi
yang telah dilakukan dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju
ke arah Wawasan 2020. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, antara sasaran yang
mahu dicapai adalah mengenai perpaduan Negara di mana sektor pendidikan
menjadi peneraju utama. Dalam sektor pendidikan, sistem persekolahan yang
sempurna menjadi pendekatan yang digunakan untuk memastikan perpaduan di
kalangan masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat
dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai Wawasan 2020

dapat direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010), hanya 10 tahun sahaja masa
yang ada untuk negara Malaysia menjadi negara maju.
Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul
persoalan tentang persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan
masyarakat Malaysia kini masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud
tanda-tanda kelemahan dalam hubungan masyarakat. Sistem persekolahan
sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat supaya mereka dapat
disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih wujud permasalahan
dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada sesetengah pihak mahu
mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada, manakala sesetengah pihak lain
mahu perubahan.

Masalah-masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan


negara diringkaskan melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan
bumiputra; (2) Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu
melalui peluang pekerjaan dan pendapatan; (3) Masalah keciciran pelajar-pelajar
Melayu dan bukan Melayu; (4) Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan
bukan Melayu; (5) Kurangnya pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan
Melayu, terutama selepas waktu sekolah; dan (6) Kurangnya pengetahuan dan tidak
memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu
kaum.

PENUTUP

Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah
memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang
sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia
yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap
perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat
pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi.
Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan
pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang
semakin sengit.

Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri
amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir
sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang
berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara
runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan

tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita


terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

Das könnte Ihnen auch gefallen