Sie sind auf Seite 1von 5

Apakah kaunseling kelompok

1. DEFINISI KAUNSELING KELOMPOK

Adalah satu himpunan/ koleksi individu yang saling


berinteraksi secara bersemuka dimana setiap ahli
perlu sedar akan kehadiran / kewujudan ahli di
dalamnya. Proses interaksi ini adalah berasaskan
kepada prinsip psikologikal yang dibantu oleh
kaunselor yang berkesan (terlatih). Hasil / arah
kelompok adalah untuk membantu dan membawa ahli
kepada pemahaman diri dan kemudian berusaha
untuk membantu diri sendiri dengan bantuan
(maklumbalas) ahli yang lain.

-Adalah satu proses perhubungan antara individu


secara berkelompok yang melibatkan seorang
kaunselor dengan beberapa orang ahli yang
mencermin diri mereka serta situasi yang
dialami.
CERMIN DIRI bermaksud maklum balas secara
lisan dan tanpa lisan yang spontan dan benar
yang dilahirkan oleh seorang ahli dan kemudian
dibuat refleksi diri oleh ahli yang ingin kepada
perubahan.
Corey, G (1995) Tujuan Kaunseling kelompok ialah
pencegahan dan pengubatan. Ianya mempunyai
matlamat tertentu seperti pembelajaran, kerjaya,
masalah peribadi atau sosial. Ianya mementingkan
perhubungan individu yang menekankan tentang
kelakuan, fikiran dan perasaan secara sedar. Isi dan
fokus perbincangan ditentukan oleh peserta yang terdiri
daripada individu yang normal.


1.

APAKAH KAUNSELING
KELOMPOK?

1- Mencegah, memulih
2- Fokus spesifik (pendidikan, vokasional
sosial, personal)
3- Proses interpersonal yang melibatkan
pemikiran,perasaan dan perlakuan secara
sedar.

4- Berorientasikan masalah
5- Isi dan fokus ditentukan oleh ahli well-functioning
6- Berorientasikan perkembangan / pertumbuhan Krisis,
konflik, sokongan, empati, kepercayaan, sekolah,
universiti, klinik kesihatan mental, agensi-agensi
perkhidmatan perhubungan manusia.