Sie sind auf Seite 1von 19

1

KURSUS:
HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL,
PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

TAJUK:
ISU PELAKSANAAN GST DAN PENYELESAIANNYA

PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. MUHD NAJIB BIN ABDUL KADIR

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYARFATIN BINTI AZHAR
(A144840)
NURUL SYAZLINI BINTI SAMRI
(A144849)
NURUL AFIFAHTUL HUSNA BINTI ANUAR (A144850)
TUAN NOORASIKIN BINTI TUAN MAMAT
(A144885)

JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
1.0

PENDAHULUAN

2.0

HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI

4-6

3.0

TARJIH PANDANGAN

7-8

4.0

ISU CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)

8-10

5.0

CADANGAN PENYELESAIAN ISU CUKAI BARANG


DAN PERKHIDMATAN (GST)

10-11

6.0

TINJAUAN LITERATUR

11-15

7.0

KESIMPULAN

15-16

1.0

PENDAHULUAN

Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa kerajaan tetap akan melaksanakan


Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun kerajaan memerlukan
masa yang lebih panjang.Cukai GST ini dikatakan mahu menambahkan
pendapatan negara yang sekarang ini banyak bergantung kepada royalti
minyak yang dibekalkan oleh Petronas. GST diwar-warkan sebagai cara
sumber pendapatan kerajaan terbaik dan dilihat lebih adil kepada semua
tidak kira kepada golongan kaya, pertengahan mahupun kelompok
bawahan.Namun adakah rakyat Malaysia faham mengapa GST perlu
dilaksanakan walaupun telah dimaklumkan sebelum ini. GST atau dalam
bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa
sahaja

barang

dan

perkhidmatan yang digunakan

oleh

pengguna

mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai


kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh
lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada
sekarang.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai
ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh
organisasi

perniagaan

yang

berdaftar

dengan

pihak

berkuasa

cukai.Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip


GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang
dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.GST diambil kira dalam
setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan
(dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh
organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang
dicukai.Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara
berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal
(atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada

pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain
seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST.
Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST
yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan
mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai "kredit cukai
input''.Akhirnya

pengguna

Bagaimanapun,

penyerahan

akan

menanggung

GST

kepada

kos

pihak

GST

tersebut.

berkuasa

adalah

tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.

2.0

HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI

Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam
menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Pendapat pertama
menyatakan bahawa hukumnya adalah haramnya cukai secara
mutlaq. Mereka berhujjah berdasarkan dalil berikut:
a. Firman

Allah

swt

dalam

surah

Al-Baqarah

ayat

188

yang

mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil.


Oleh yang demikian, pungutan cukai dianggap tergolong dalam
pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak.









Maksudnya: dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orangorang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula
kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim
kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

b.

Sabda Nabi sallaallahu alaihi wasallam yang menyebut




,




Ertinya : Janganlah kamu menzalimi dan tiada halal harta seseorang
muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya.
( Riwayat Ahmad : hadis sohih)
Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan
pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal.

c.

Sabda Nabi sallaallahu alaihi wasallam

!






Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang
ingin dilaksanakan hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab,
Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita itu telah
bertaubat yang sekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan
diampunkan baginya. ( Riwayat Muslim : Sohih)
Oleh itu, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi
menyebut bertaubat menunjukkan ianya berdosa.

d.

Nabi bersabda :






Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan Maks (sebahagian
menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka. ( Riwayat
Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti)

Pendapat kedua ialah harus secara sementara waktu ke atas si


kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan.

a. Dalil mereka : Sabda Nabi ;








Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat
(Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani, )
b. Berlandaskan Siyasah Syariiyyah yang digubal berdasarkan keperluan
semasa. Sebagaimana fatwa Imam Malik yang berkata :
Ertinya: Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka
walaupun mereka terpaksa menggunakan harta mereka sendiri (Ahkam
al-Quran, Ibn Arabi, 60/1). Imam Al-Qurtubi juga menguatkan hal ini
dengan katanya Sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum
muslimin dalam sesebuah Negara iaitu selepas digunakan wang zakat dari
baitul mal maka wajib pula dibantu dengan menyalurkan wang (dari cukai
rakyat). ( Tafsir Al-Qurtubi, 2/223). Hal ini juga ditegaskan oleh Imam AlSyatibi dalam kitabnya al-Itisom. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan
yang sama apabila dia menyebut:Ertinya Apabila sudah kosong milikan Negara dari harta, dan tiada lagi
harta awam yang boleh memenuhi keperluan tentera, sehingga jika
tentera

terpaksa

bekerja

lain

bagi

mendapatkan

pendapatan

dan

meninggalkan tugasan tentera, maka dibimbangi masuknya musuh ke


neraka umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah bagi
pemerintah mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi
keperluan tentera. ( Al-Mustasfa, 1/426)
Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia
kerana negara kita masih tidak sampai ke tahap tersebut.

Pendapat ketiga menyatakan harus mengenakan cukai pada


sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara.

Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra,


hlm 116), begitu juga Sheikh Abu ala al-Mawdudi yang menyatakan,
harus

dikenakan cukai

jika

wang bayaran

cukai

itu

adalah bagi

kemaslahatan awam. (Nazariyat al-Islam, hlm 313). Sheikh Dr. Yusuf AlQaradawi juga berijtihad harus dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam
sambil mengatakan perkataan Maks di dalam hadis ancaman neraka itu
oleh Nabi s.a.w itu membawa maksud khusus iaitu:

Ertinya : iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah


untuk bersenang-senang mereka dengannya dan penyokong mereka
walaupun menyempitkan rakyat mereka.

(Fiqh al-Zakat, Qaradawi,

2/987)
Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi menyatakan ini juga merujuk
kepada sebahagian cukai yang dikenakan di zaman pemerintahan awal
Islam seperti AL-KHARRAJ (cukai tanah), AL-'USHUR ( cukai perniagaan 10
% ke atas perniagaan non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai individu) .
Kesemua cukai ini digunakan sebaikanya untuk kepentingan dan kebaikan
rakyat.

3.0

TARJIH PANDANGAN

Penulisan ringkas ini tidak mampu untuk membuat tarjihan pendapat


yang terkuat secara komprehensif, namun secara umumnya perbincangan
hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang di antara
maslahat

kebaikan

dan

kemudaratan

darinya.

Walaupun

sewaktu

wujudnya dalil-dalil berkaitan cukai, namun menurut majoriti ulama, nas


yang berkait dengan urusan siyasah dan pentadbiran mesti dilihat kepada
illah atau sebab utamanya ianya disebutkan oleh Nabi s.a.w. Melhat

kepada

objektifnya

iaitu

membawa

lebih

kebaikan

berbanding

kemudaratan. Beberapa jenis hukum dalam urusan muamalat boleh


berubah dengan berubahnya masa dan zaman serta keperluan.
Namun apapun, kaedah fiqh ada menyatakan Menolak Keburukan
didahulukan dari Membawa Kebaikan (tambahan). Justeru, jika benar
tanpa GST atau cukai jualan dan servis, maka ini ekonomi negara bakal
terancam, kelangsungan Negara menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh
berubah menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke semasa.
Sebahagian

ahli

ekonomi

menyimpulkan

cukai

GST

mampu

membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan


pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari
sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri
dari membayar cukai.
Manakala

sebahagian

yang

lain

menyatakan

cukai

hanya

menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga dalam


majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada hampir
semua

kelas

pendapatan

rakyat

khususnya

yang

berpendapatan

sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa


beli dan nilai matawang menjadi turun.Cukai seperti ini mungkin sangat
releven

bagi

sesebuah

negara

yang

belum

memperkenalkannya

khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya. Namun,


memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan negara masih
utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan,
sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia
bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.
Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak
beberapa puluh tahun lepas, namun untuk meniadakannya secara drastik
bakal menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan
negara berada dalam kesukaran yang dibimbangi membawa lebih
mudarat berbanding manfaat. Jika hukum haram yang ingin dipegang
sebagai terkuat, maka sejak berpuluh tahun sebelum ini cukai ini sudah

haram dan patut ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan dibayar.
Bukanlah

sekarang

masanya

untuk

terus

menolak

cukai

secara

sepenuhnya.
Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan
semula metode cukai dan seterusnya mampu diurus dengan lebih baik,
telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem percukaian cukai
jualan dan khidmat sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh disokong
pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh iaitu mengambil
yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan.
Secara teorinya, namun bergantung kepada pengawasan terhadap
para peniaga, GST boleh sama ada menaikkan harga, menurunkan harga
atau kekal pada harga biasa. Illustrasi dari pihak savemoney ini mungkin
boleh memudahkan gambarannya.

4.0

ISU CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)

IBNU KHALDUN dalam Mukaddimah telah menyebut berkenaan dengan


pengenalan cukai terhadap barang-barang di kota yang dikenakan oleh
pemerintah

sebagai

sumber

pendapatan

dalam

negara.

Dengan

mengaitkan pernyataan ini, sesungguhnya terdapat persamaan peristiwa


yang ditulis oleh ilmuwan terkemuka ini yang berlaku secara lumrahnya
dalam sejarah peradaban dengan konteks semasa hari ini. Usaha kerajaan
untuk memperkenalkan Good and Service Tax (GST) atau Value Added Tax
(VAT) merupakan salah satu usaha untuk menjana pendapatan negara
dengan lebih teratur dan efektif.
Konsep ini telah diperkenalkan oleh Dr Wilhem von Siemens,
seorang ahli industri Jerman pada tahun 1918. Perancis merupakan
negara yang pertama melaksanakan GST pada

1954. Sehingga kini,

sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST. Selain itu, semua negara
di Asean telah melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar .

10

Menariknya, Indonesia dan Filipina lebih awal memperkenalkan GST pada


tahun 80-an, lebih awal berbanding Singapura pada 1994.
Pengenalan GST melalui pengurusan yang baik akan memberi
impak besar kepada pendapatan negara melalui peningkatan kadar
pematuhan cukai. Namun, dalam konteks semasa, apakah GST relevan
untuk dilaksanakan sekarang? Menjawab persoalan ini, terdapat tiga
penyataan masalah yang harus diteliti. Pertama, adakah ekonomi
Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST?
Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST?
Ketiga, adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan
inflasi: antara persepsi dan realiti.
Dalam sistem percukaian yang dilaksanakan ketika ini, golongan
berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai. Namun begitu, selepas
pelaksanaan GST, golongan ini bakal dikenakan cukai secara tidak
langsung yang dipindahkan melalui barangan dan perkhidmatan. Keadaan
ini akan membebankan mereka tetapi tidak kepada golongan kaya yang
mendapat kelebihan kerana tidak perlu membayar cukai yang tinggi serta
beberapa cukai yang dikecualikan. Semua golongan juga dikatakan
bimbang apabila GST dilaksanakan akan menyebabkan berlaku kenaikan
harga yang melambung bagi barangan dan perkhidmatan. Sehubungan
itu, kertas kerja ini ingin mengkaji sama ada kebimbangan yang dirasai
oleh setiap golongan ini disebabkan mereka masih belum faham
mengenai GST atau belum bersedia untuk melibatkan diri dalam
pelaksanaan GST nanti.
Ketiga-tiga masalah ini harus diperhalusi dalam usaha untuk
mengimplimentasi GST secara menyeluruh, malah kajian terperinci harus
dilakukan supaya pelaksanaannya mencapai objektif. Merujuk kepada
masalah pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia
untuk

menerima

pelaksanaan

GST,

Emran

dan

Stiglitz

(2005)

mencadangkan bahawa menggantikan VAT bagi cukai yang lebih luas


mungkin untuk mengurangkan dan bukannya memperbaiki kebajikan
kerana negara membangun seperti Malaysia mempunyai sektor tidak

11

formal yang besar.Mereka juga berhujah bahawa masalah utama dengan


kesusasteraan yang menyokong penggunaan VAT di negara membangun
adalah ia mengabaikan bahawa negara-negara ini mempunyai sektor
tidak formal yang besar.
Bagi masalah kedua pula, menyentuh mengenai masa sesuai untuk
kerajaan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan
terlebih dahulu termasuklah penyediaan sistem terancang serta reformasi
sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha mengurangkan
kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa
kepada kegagalan pelaksanaan. Begitu juga, dalam tempoh sekarang,
tahap ketersampaian maklumat yang lemah menyebabkan kegagalan
masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif dan membawa
kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman.
Masalah ketiga pula mengenai adakah GST akan menyebabkan
kenaikan harga barang dan inflasi, secara realitinya menurut Singh
(2007), pengenalan GST boleh membawa peningkatan satu masa dalam
kos sara hidup, kebarangkalian membawa kepada inflasi yang tidak tinggi.
GST boleh membawa kepada peningkatan dalam harga pengguna pada
peringkat awal pelaksanaan tetapi GST tidak akan mempunyai kesan
besar ke atas inflasi. James dan Zheshi (2004) menegaskan bahawa
apabila VAT diperkenalkan di China pada 1994, ia tidak menyebabkan
inflasi apa-apa berbanding pembaharuan cukai pada 1994, perubahan
yang dicadangkan VAT jauh kurang kompleks.
Adakah Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan menjejaskan
golongan miskin dan sederhana? Implementasi Cukai Perkhidmatan dan
Barangan

akan

memberikan

kesan

kepada

golongan

miskin

dan

sederhana di Malaysia. Negara yang lebih membangun seperti Singapura


mampu menyerap cukai ini kerana pendapatan yang lebih tinggi. Cukai
Perkhidmatan sudah diguna pakai di Britain, India, Hong Kong, Jepun dan
Singapura,

namun,

Malaysia.Status

ia

bukan

ekonomi

dan

sebab
cara

untuk

penguatkuasaannya

bagaimana

memperoleh pendapatan berbeza dari Malaysia.

negara

di

tersebut

12

5.0 CADANGAN

PENYELESAIAN

ISU

CUKAI

BARANG

DAN

PERKHIDMATAN (GST)
Menjawab persoalan ini, terdapat tiga penyataan masalah yang harus
diteliti. Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk
menerima pelaksanaan GST? Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk
kerajaan melaksanakan GST? Ketiga, adakah GST akan menyebabkan
kenaikan harga barang dan inflasi: antara persepsi dan realiti.
Antara penyelesaian yang harus difikir dan digerakkan ialah
meningkatkan

kesedaran

dan

kefahaman

rakyat

berkenaan

kepentingan pelaksanaan GST, menubuhkan badan bebas dan


berkecuali untuk mengkaji kesan menyeluruh terhadap rakyat
apabila GST dilaksanakan dan mengkaji tahap penerimaan rakyat
terhadap

pelaksanaan

GST

dari

sudut

kesediaan

dan

kebolehpercayaan. Dicadangkan pihak yang bertanggungjawab perlu


memainkan peranan yang lebih di dalam menyampaikan maklumat
tentang keperluan negara melaksanakan GST kepada rakyat Malaysia.
Tahap penyampaian maklumat seiring dengan pembebasan unsurunsur negatif dalam pentadbiran dengan penghasilan pengurusan yang
telus dan efektif akan mewujudkan kerjasama erat antara kerajaan
dengan rakyat. Hal ini disebabkan

rakyat selaku pendukung suara

demokrasi yang meletak kepercayaan penuh terhadap kerajaan untuk


menguruskan wang yang disalur melalui cukai kepada kerajaan melalui
pengurusan telus dan efektif. Sekurang-kurangnya mereka dapat menilai
wang yang disalur itu membawa kehidupan yang lebih baik.
Kerajaan juga harus memfokus isu kenaikan kos sara hidup dan
memperkenal langkah khas untuk membantu golongan berpendapatan
sederhana dan rendah bagi mengurangkan kesan buruk GST ke atas
mereka.
gst/)

(http://bm.selangorku.com/42128/turun-tangguh-pelaksanaan-

13

Secara keseluruhan, sistem GST dianggap berkesan kerana ia boleh


meningkatkan jumlah hasil kerajaan. Bagaimanapun, pelaksanaannya
memerlukan satu sistem yang dirancang memandangkan tanpanya
sistem GST yang komprehensif tidak akan tercapai. Malaysia mestilah
terlebih dahulu mencapai status berpendapatan tinggi atau high income
seperti yang diuar-uar Perdana Menteri. Meningkatkan kadar cukai tanpa
meningkatkan pendapatan rakyat hanya membebankan rakyat. Oleh
demikian, kerajaan perlu menangguh pelaksanaan dan mengkaji semula
kadar permulaan GST kerana ia pasti akan membebankan pengguna.
Kerajaan harus memfokus isu kenaikan kos sara hidup dan memperkenal
langkah khas untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan
rendah bagi mengurangkan kesan buruk GST ke atas mereka. Namun
begitu, GST tetap juga dilaksanakan bermula April hingga kini. Sama ada
mahu atau tidak, rakyat tetap perlu menerimanya. Pasti ada kebaikan dan
keburukannya untuk semua pihak sama ada kerajaan, negara dan rakyat.
Walaupun, pada awal pelaksanaan GST ini banyak rungutan dan keluhan
kedengaran daripada rakyat, tetapi kelihatan ia semakin lama semakin
hilang keluhan tersebut dek kerana mahu atau tidak, suka atau tidak
suka, rakyat terpaksa menerimanya. Boleh jadi ini adalah cara kerajaan
dan negara untuk menstabilkan semula kewangan negara.

6.0

TINJAUAN LITERATUR

Berbincang mengenai isu GST


membuat tinjauan

( Government Service Tax), kami telah

mengenai hasil karya beberapa penulis dan tokoh

yang menulis berkenaan dengan isu GST ini. Antaranya ialah seperti
berikut:
Terdapat beberapa kajian lepas yang dibuat tentang reformasi
percukaian ini di Malaysia yang menyentuh tentang awal kewujudan
reformasi percukaian ini.Devlin (2009) ada menyebut di dalam kajiannya
tatkala kerajaan mengambil langkah dalam memperkenalkan satu sistem
percukaian

baru

iaitu

cukai

barangan

dan

perkhidmatan

yang

14

menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan perlu diberikan pujian


kerana

usaha

untuk

pelaksanaannya

menguruskan

adalah

sangat

tempoh

peralihan

penting.Objektif

dan

utama

kaedah

reformasi

percukaian ini dibuat adalah bertujuan untuk melindungi sektor barangan


dan perkhidmatan secara meluas dan efektif dan memberi kesan kepada
sumber pendapatan negara yang lebih stabil. Bagaimanapun, untuk
menjadikan sistem baru ini lebih berkesan, suatu pendedahan yang
mendalam dan terperinci berkaitan sistem baru ini harus dibuat kepada
semua sektor, sama ada sektor swasta mahupun sektor awam, ini
bertujuan untuk menghasilkan satu sistem pengurusan yang lebih telus.
Dalam membuat perancangan dan melaksanakan sistem baru ini,
kerajaan boleh mengambil contoh dari negara-negara yang terlebih
dahulu mengamalkan sistem tersebut, seperti contoh United Kingdom,
New Zealand, Australia dan Singapura.
Chan(2010)

mengatakan

bahawa

pada

dasarnya,

GST

boleh

ditakrifkan sebagai satu sistem cukai yang dikutip secara berperingkat


pada setiap peringkat pengeluaran dan pengagihan sesuatu barangan
mahupun perkhidmatan.Ianya juga dikenali sebagai cukai yang terletak
diantara cukai yang dikenakan keatas jualan dan cukai yang dikenakan
keatas belian. GST menggambarkan kepada kita bahawasanya keperluan
kerajaan bagi memastikan peningkatan dalam aliran jumlah hasil bagi
tahun yang akan datang dengan melakukan pengembangan keatas sistem
percukaian. Sistem GST akan dilaksanakan sama seperti apa yang telah
dilaksanakan di negara- negara lain yang telah pun melaksanakan sistem
tersebut. Terdapat dua kadar yang akan digunakan iaitu pertama, cukai
berkadar sifar, dimana kadar ini dikenakan keatas kebanyakan barangan
dan perkhidmatan yang di eksport dari Malaysia. Manakala kadar yang
kedua adalah cukai yang berkadar piawai, setakat ini, kadar cukai piawai
yang ditetapkan oleh kerajaan adalah sebanyak 4%. Kadar GST di
Malaysia secara relatifnya lebih rendah berbanding dua negara lain iaitu
7% di Singapura dan 10% di Indonesia (Getting GST-ready, 2009). Setiap
pembekal yang membekalkan barangan atau perkhidmatan yang boleh
dicukaikan bertanggungjawab untuk memastikan cukai GST tersebut

15

dikutip daripada pelanggan. Setiap perniagaan yang berdaftar yang


meletakkan cukai berkadar piawai mahupun cukai berkadar sifar layak
untuk menyamaratakan cukai GSTnya sekiranya bahan-bahan yang
dibekalkan oleh pengeluar menggunakan input yang telah pun dikenakan
cukai keatas input berkenaan (cukai input), ini juga dikenali sebagai kredit
cukai input. Ini bagi memastikan bahawa, dalam setiap keadaan, GST
tidak sepatutnya menambahkan kos kepada pengeluar sebagaimana yang
sistem cukai sedia ada. Pada dasarnya, GST seharusnya hanya ditanggung
oleh pengguna akhir.
Namun begitu menurut Nor Zahidi Alias (2012), kaedah diatas tidak
diboleh diterima pakai keatas beberapa entiti di dalam ekonomi yang
menyediakan perkhidmatan seperti institusi kewangan, pemaju-pemaju
perumahan, sektor pendidikan dan kesihatan. Bagi entiti- entiti yang
disebutkan

di

atas,

tidak

akan

dikenakan

sebarang

GST

keatas

perkhidmatan yang disediakan. Mereka juga tidak mempunyai hak untuk


menuntuk kembali cukai yang dikenakan keatas input pengeluaran dalam
proses menyediakan perkhidmatan yang mereka sediakan. Ini bermakna,
cukai input ini akan menjadi kos kepada entiti tersebut, sama ada ianya
menjadi tanggungan kepada entiti ataupun kos berkenaan akan dikenakan
keatas pengguna. Terdapat beberapa negara yang mengamalkan GST,
memberi sedikit kelebihan kepada entiti seperti ini untuk mengenakan
kredit cukai input keatas perkhidmatan yang mereka sediakan. Setakat
ini, kerajaan masih belum menentukan sama ada kelebihan tersebut akan
diberi kepada pembekal perkhidmatan seperti di atas.
Singh(2007) telah membuat kajian bahawa terdapat beberapa
kebaikan pelaksanaan sistem GST ini yang boleh kita pertimbangkan
mengapa GST perlu dan patut untuk dilaksanakan di Malaysia. Salah satu
dari kebaikan mengapa GST perlu dilaksanakan adalah kerana melalui
kaedah ini negara akan mewujudkan sistem cukai yang baru dan stabil,
dimana keadaan ini akan menyumbang kearah kedudukan ekonomi yang
lebih baik dan mapan. Ini sekaligus dapat mengurangkan defisit kewangan
negara,

terutamanya

dengan

jangkaan

yang

dibuat

terhadap

16

pengurangan

hasil

petroleum

dalam

masa

beberapa

tahun

dari

sekarang.Menurut Singh(2007) lagi, kebaikan yang keduanya adalah


dilihat daripada segi pelaksanaan sistem itu sendiri, dimana sistem GST
ini beroperasi menggunakan mekanisma penilaian kendiri dan koleksi,
menurut perspektif kerajaan ini merupakan suatu sistem yang efisien.
Selain itu juga, sistem ini membantu mereka yang terlibat dengan sistem
cukai ini melaporkan maklumat GST mereka dengan tepat. Ini bagi
memastikan bahawa mereka boleh menuntut semula kredit-kredit input
mereka. Oleh itu, pematuhan keatas GST bergantung kepada faedah yang
akan diterima pembayar cukai, bukan semata-mata dikawal oleh penaltipenalti terhalang sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kos
pentadbiran dan kos pematuhan GST yang dikenakan oleh pihak berkuasa
yang perlu dipertimbangkan oleh pengguna.
Menurut

Bhupalan

dan

Renuka

(2011)

dalam

usaha

untuk

merealisasikan pelaksanaan GST ini, kerajaan bermati-matian melawan


persepsi negatif yang dilemparkan oleh pelbagai pihak. Perkara yang
paling penting yang menjadi isu kepada mereka adalah pelaksanaan GST
akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Ini telah
dibahaskan sebelum ini bahawa dengan penetapan kadar GST sebanyak
4% yang mana secara relatifnya lebih rendah berbanding cukai sedia ada
iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) iaitu pada kadar 6% dan 10%
setiap satu (Malaysian Bussiess, 2011). Ini jelas menunjukkan bahawa GST
tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Tambahan lagi, kerajaan telah menggubal Akta Kawalan Harga dan Anti
Pencatutan 2010 (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), 2011) dengan pendekatan mekanisma ini,
cukup untuk menjawab hujah tentang isu yang telah diutarakan oleh
sesetengah pihak berkaitan kenaikan harga akibat pelaksanaan GST.
Dengan kewujudan akta serta penguatkuasaan oleh pihak berwajib boleh
mengembalikan
pelaksanaan GST.

semula

keyakinan

pihak-pihak

tertentu

terhadap

17

Kelemahan yang kedua yang menjadi perhatian pelbagai pihak


adalah kadar cukai GST akan meningkat dari masa ke semasa, merujuk
kepada implimentasi yang dilakukan oleh negara-negara yang telah
melaksanakan sistem ini. Singapura salah satu negara yang telah
melaksanakan GST dan kadar GST nya juga meningkat dari tahun ke
tahun, 3% pada tahun 1994, 4% pada tahun 2003, dan 7% pada tahun
2007. Manakala bagi New Zealand, kadar GST pada peringkat pengenalan
adalah sebanyak 10% pada tahun 1986 kadar ini meningkat lebih tinggi
kepada 15% pada tahun semasa (Business and Economics, 2011).
Kelemahan yang ketiga pula dilihat dari sudut pengecualian GST
(GST berkadar sifar) yang diberikan kepada sektor perkhidmatan seperti
perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta. Sektor-sektor yang
terlibat dalam pengecualian ini, pengeluar barangan dan perkhidmatan
seperti ini tidak boleh menuntut balik cukai input yang dikenakan keatas
setiap pengeluaran mereka, oleh itu pada dasarnya memang kita lihat
bahawa sektor yang mendapat pengecualian ini tidak dikenakan sebarang
cukai, namun pada hakikatnya, beban cukai input tersebut kemungkinan
akan dialihkan kepada pengguna.
Seringkali kita meletakkan sepenuh perhatian kita keatas perubahan
turun naik tingkat inflasi, tetapi perlu juga diambil perhatian keatas
eksport Malaysia. Seperti yang kita tahu bahawa, eksport adalah salah
satu daripada item yang diletakkan di bawah cukai berkadar sifar,
menunjukkan bahawa semakin ramai pengeluar- pengeluar yang perlu
untuk menanggung kos cukai yang dikenakan keatas input pengeluaran.
Setiap pengeluar mula menyatakan rasa kebimbangan mereka, kerana
harga mungkin cenderung untuk naik yang akhirnya menyebabkan
permintaan terhadap barang-barang eksport akan berkurangan, jika tidak
pengeluar terpaksa menanggung kos itu sendiri tanpa memindahkannya
kepada pengguna, demi untuk memastikan permintaan keatas barangan
eksport kekal stabil.
Berdasarkan Ahkong dan Alain (1993), pada Jun 1993, persidangan
parlimen Singapura telah mengumumkan bahawa kerajaan Singapura

18

akan melaksanakan GST di negara mereka pada 1 April, 1994. Sebelum


tarikh

pelaksanaan

tersebut,

terdapat

beberapa

badan

yang

bertanggungjawab dalam membuat beberapa penambahbaikan ke atas


perundangan GST. Sementara itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura
(IRAS) telah mula memperkenalkan tentang GST kepada pengguna di
Singapura melalui beberapa seminar berkolaborasi dengan sesetengah
agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Lembaga
Pembangunan Perdagangan dan juga agensi-agensi swasta yang terlibat
serta badan-badan profesional yang berkaitan. Tujuan seminar berikut
dijalankan adalah untuk menerangkan bagaimana GST memainkan
peranan dalam ekonomi dan juga untuk mendapatkan maklum balas
tentang bagaimana GST akan memberi kesan kepada beberapa sektor
dan industri. Dalam tempoh sebelum perlaksanaan itu juga, jawatankuasa
yang dipilih untuk menggubal perundangan GST ini dikehendaki membuat
draf cadangan penambahbaikan terakhir ke atas perundangan tersebut,
dengan

harapan

Jawatankuasa

yang

terpilih

dapat

melengkapkan

perundangan GST sebelum GST benar-benar akan dilaksanakan.

7.0

KESIMPULAN

Setelah

membincangkan

percukaian

merupakan

keperluan dan

isu percukaian menurut

perkara

pembangunan

yang

Islam, didapati

diharuskan bagi menampung

rakyat. Sesebuah

negara memerlukan

dana yang mencukupi bagi mewujudkan pentadbiran dan pengurusan


negara yang baik dan lancar.
Dalam konteks GST pula, ia merupakan bentuk formula percukaian
baharu yang memansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan yang lalu.
GST merupakan satu sistem percukaian komprehensif yang mengambil
kira pelbagai aspek dan selaras dengan ajaran Islam yang menuntut
kepada prinsip keadilan tanpa mendatangkan kemudaratan dan bebanan
kepada masyarakat.

19

Walaupun pengenaan cukai ini adalah lebih menyeluruh dan


bersepadu, namun pelaksanaannya juga perlu mengambil kira kadar
kemampuan golongan pertengahan dan bawahan. Ini kerana golongan
ini akan lebih merasai impaknya berbanding golongan kaya. Pelbagai
inisiatif dan

bantuan

harus

pertumbuhan

ekonomi

negara

masyarakat.

diwujudkan
bergerak

kepada

seiring

mereka agar

dengan

kemajuan

Das könnte Ihnen auch gefallen