Sie sind auf Seite 1von 15

DOSA BESAR DAN DOSA KECIL

Dosa besar ialah dosa dan perbuatan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta
akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Menurut
az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam bukunya Al-Kabaair, ada
dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:
1 Empat jenis di hati iaitu syirik, terus-menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa
aman daripada seksa Allah.
2.. Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita
baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
3.. Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
4.. Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
5.. Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
6.. Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
7.. Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.
Manakala dosa kecil ialah dosa-dosa yang tidak tersebut di atas. Walau bagaimanapun,
dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan secara berterusan. Menurut Imam Hasan
al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan secara berterusan dan tidak ada dosa
besar apabila disertai dengan istighfar.
ANTARA DOSA BESAR
1.. Syirik
2.. Membunuh Manusia
3.. Sihir
4.. Tinggal Sembahyang
5.. Tidak Mengeluarkan Zakat
6.. Tidak Berpuasa
7.. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8.. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9.. Memutuskan Silatulrahim
10.. Berzina
11.. Homosex
12.. Memakan Riba
13.. Memakan Harta Anak Yatim
14.. Mendustakan Allah SWT dan Rasul
15.. Lari dari Medan Perang
16.. Sombong
17.. Saksi Palsu
18.. Meminum Arak

19.. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam


20.. Berjudi
21.. Menuduh orang baik melakukan Zina
22.. Menipu harta rampasan Perang
23.. Mencuri
24.. Merompak
25.. Sumpah Palsu
26.. Berlaku Zalim
27.. Pemungut cukai yang Zalim
28.. Makan dari kekayaan yang Haram
29.. Bunuh Diri
30.. Berbohong
31.. Hakim yang Tidak adil
32.. Rasuah
33.. Wanita yang menyerupai Lelaki
34.. Tidak Cemburu
35.. Cina Buta
36.. Tidak Suci Hadas kecil
37.. RIAK Mempamerkan Diri
38.. Ulamak Dunia (jahat)
39.. Khianat
40.. Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.. Mangingkari Takdir
42.. Mencari Kesalahan Orang lain
43.. Menabur Fitnah
44.. Mengutuk Umat Islam
45.. Mengingkari Janji
46.. Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.. Derhaka kepada Suami
48.. Gambar pada Baju
49.. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.. Mengganggu Orang lain
51.. Berbuat Zalim terhadap yang lemah
52.. Mengganggu Tetangga
53.. Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.. Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
55.. Melabuhkan Pakaian
56.. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.. Hamba Lari dari Tuan
58.. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
59.. Menjadi Pak Sanggup
60.. Berdebat dan Bermusuh
61.. Enggan Memberi Kelebihan Air

62.. Mengurangkan Timbangan


63.. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah SWT
64.. Putus Asa Dari Rahmat Allah SWT
65.. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
66.. Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.. Mengurangi Wasiat
68.. Menipu
69.. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.. Mencela Nabi dan Sahabat Baginda
Allah berfirman, maksudnya,
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri
sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan
siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
(Surah Ali Imran ayat 135)
Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah
bersabda maksudnya,
Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada
di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam
melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir
begitu saja.
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Orang yang bergembira dengan dosanya, Allah berfirman maksudnya,
Dan apabila dikatakan kepadanya: Bertakwalah kepada Allah, bangkitlah
kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya)
neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburukburuknya. (Surah al-Baqarah ayat 206)
Mereka yang berasa aman daripada azab Allah, Allah berfirman maksudnya, Apakah
tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia,
kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan
perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan
apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan
memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka
mengatakan pada diri mereka sendiri: Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan
apa yang kita katakan itu? Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka
masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah al-Mujadalah
ayat 7)

Perbuatan maksiat secara terang-terangan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,


Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terangterangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang
melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah
menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata:
Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi
dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit. (Hadis
riwayat al-Bukhari & Muslim)
Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi tauladan. Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya, Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan
contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya
selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit sedikitpun.

http://www.mohdzaid.com/about-2/tazkirah-senarai-70-dosa-besar

http://petaibududurian.blogspot.com/2011/04/gambaran-hari-kiamat-haripembalasan.html

Gambaran Hari Kiamat, Hari Pembalasan Yang Sebenar.

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang
memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain.
Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya
sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya Kepunyaan


siapakah kerajaan hari ini? Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab
dengan keagunganNya Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Ini
menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal
Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala


untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang
Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut Ajbuz Zanbi yang
berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang
kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka
tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang
nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah
mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang
kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu
akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib
mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan


cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara
yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah
malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz
malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga


dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama
berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya
seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau
tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka
berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan
haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu
dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan
yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata Aku takut
pada Allah.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).


- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana
takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak
tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara
pergilah berjumpa dengan para Nabi. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka
gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan
Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.)
dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu
diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah
arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak
perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga
Arasy itu tiba dibumi.

Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang
mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan
gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang
menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang
malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin ditengah
padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan


timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari
bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga
mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /
Raqib & Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang
kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada
tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan
adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan


mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan
kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca


Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2
daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang
dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh
amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki
akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah
Taala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk
menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh
makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap
seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi
jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya
neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih
tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000
tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang
melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.
Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.
Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada
sahabat yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3
perkara yang akan dibawanya bersama:
1.

Sedekah/amal jariahnya.

2.

Doa anaknya yang soleh.

3.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tanda-Tanda Dan Ciri_ciri Orang Beriman menurut Al-Qur'an


Saudaraku yang seiman,

Peringatan Allah SWT telah jelas dan sangat menakutkan, karena kebalikan atau
lawan kata dari orang beriman adalah orang kafir.
Masih ada satu lagi sebenarnya yang lebih menakutkan, yaitu musuh dalam
selimut, orang munafik.

Kelompok orang munafik ini adalah orang-orang yang berpura-pura


menunjukkan perilaku keislaman, namun hatinya tidak ada sama sekali rasa
iman.
Surah Al-Baqarah ayat 8 di bawah ini.


Artinya:
Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari
kemudian, padahal mereka itu Sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman."

Sangat jelas sekali bahwa Allah SWT mengetahui isi hati setiap insan, terbukti
Allah SWT membantah dengan keras pernyataan orang-orang munafik itu.

Lalu apa tanda-tanda orang beriman yang disebutkan dalam Al-Qur'an.


Berikut tanda-tanda orang yang beriman kepada Allah SWT.

1. Sangat mencintai Allah SWT.


Ketahuilah bahawa orang apabila mencintai pasti akan sangat trengginas,
cekatan dan aktif, dan dalam hal ini melakukan pelbagai kebajikan sebagai bukti
cintanya.

Dalilnya, Suarat Al-Baqarah ayat 165.

Artinya:
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka
mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang
beriman cintanya kepada Allah dan jika seandainya orang-orang yang berbuat
zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahwa
kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah Amat berat seksaanNya (nescaya mereka menyesal).

2. Menjadi Ketua Perjuangan Islam.


Dalil SUrat Al-Anfaal ayat 64-65



Artinya:
64. Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan Dia dan orangorang yang bersamanya dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang
yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang
buta (mata hatinya).
65. dan (kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Hud. ia
berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sememngnya tidak ada Tuhan bagimu
selain dari-Nya. Jadi, mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?"

3. Sering beribadat .
Dalil Surat Al-Fath ayat 18

Artinya:
18. Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka
berjanji setiakepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada
dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi
Balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).

4. Setiap Pekerjaannya Berdasarkan Ilmu.


Dalil Surat Al-Isar' ayat 36



Artinya:
36. dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,
semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

5.Mematuhi Peraturan.
Dalilnya Surat AN-Nisa' ayat 60, 65.
Surat An-Nur ayat 51
Surat Al-Ahzab ayat 36.

6. Hidup Berjemaah
Surat An-Nisa' ayat 59.


Artinya:
59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti
(penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah
berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), Maka jadilah Dia.

7. Sentiasa Bersyukur.
Dalinya SUrat Saba ayat 13.

Atinya:
13. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakiNya dari gedunggedung yang Tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti
kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah Hai keluarga

Daud untuk bersyukur (kepada Allah). dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu
yang berterima kasih.

Allah SWT telah menggambarkan di dlam al-Quran tentang beberapa ciri orang
yang bertaqwa. Di antaranya firmanNya

Maksudnya;

Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, yang


mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan
kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab al-Quran yang telah
diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta
mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat, Mereka itulah yang
mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beroleh
kejayaan.
(al-Baqarah : ayat 2-5)

Firman Allah lagi;

Maksudnya;

Bukanlah dianggap kebajikan itu hanya sekadar menghadapkan wajahmu ke


arah timur dan barat, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman
kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan
memberikan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orangorang miskin, musafir yang memerlukan pertolongan, dan orang-orang yang
meminta-minta dan memerdekan hamba sahaya, mendirikan solat dan
menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janji apabila dia berjanji dan
orang-orang yang sabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan di
dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar keimanan mereka dan
mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
(al-Baqarah : ayat 177)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa di antara sifat-sifat


orang yang bertaqwa yang ada hubungkaitnya dengan keimanan dan amal
ibadah adalah seperti berikut;

Beriman dengan perkara-perkara ghaib, iaitu percaya kepada perkara-perkara


yang telah diberitahu oleh Allah melalui lidah rasulNya SAW, di mana perkaraperkara tersebut tidak mampu difikirkan oleh akal dan pancaindera manusia,
seperti zat Allah Azza wa Jalla, Alam Akhirat, Malaikat, Syurga, Neraka, Alam
kubur, Alam Mahsyar, Titian Sirat, Jin-jin, Siksaan Kubur, Arasy Allah dan lain-lain
lagi.
Mendirikan solat dalam ertikata yang sebenar, dengan memenuhi rukun-rukun
dan syarat-syarat sahnya, termasuk mendirikannya dengan penuh kekhusukan.

Menafkahkan sebahagian rezeki yang Allah telah anugerahkan dalam bentuk


zakat wajib atau zakat sunat (sedekah) kepada kaum kerabat, anak-anak yatim,
orang-orang miskin, musafir ( yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang
yang meminta-minta dan untuk memerdekakan hamba-hamba sahaya.

Beriman kepada kitab al-Quran dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya,


termasuk suhuf-suhuf yang diturnkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul,
melalui perantraan Jibrail A.S.

Mengimani dan meyakini adanya kehidupan di akhirat setelah berakhirnya


kehidupa di duni ini. Di sanalah segala amalan kita akan dinilai dan dihisab
dengan penilaian dan penghisaban yang maha adil, kemudian akan dibalas oleh
Allah dengan balasan yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan didunia ini.
Samada berbahagia dan bergembira dengan mendapat balasan syurga atau
menderita dan tersiksa dengan mendapat balasan neraka.

Menepati janji apabila berjanji, samada jaji tersebut berhubung kait dengan Allah
dan sesama manusia

Bersabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan di dalam peperangan

Selain dari sifat-sifat dan ciri-ciri di atas, terdapat beberapa lagi sifat-sifat dan
ciri-ciri orang yang bertaqwa, di antaranya;

Menahan api kemarahan daripada menguasai diri sehingga akan menyebabkan


dia bertindak di luar kawalan dan batasan

Memaafkan kesalahan orang lain, walaupun ketika itu dia mampu dan
mempunyai kekuatan untuk mengambil tindakan dan membalas terhadap orang
yang menzaliminya, namun maaf kesalahan mereka lebih diutamakan.

Segera mengingati Allah tatkala melakukan perbuatan keji (dosa-dosa besar


yang mudharatnya tidak hanya ke atas dirinya seperti berzina, mencuri,
membunuh, riba, menuduh orang melakukan kejahatan, merompak dan lain-lain
lagi)dan menzalimi diri sendiri (dosa-dosa yang mudharatnya hanya menimpa
dirinya sendiri, samada dosa-dosa besar atau kecil)

Memohon keampunan Allah setelah melakukan perbuatan-perbuatan dosa di


atas dan berazam tidak akan meneruskan perbuatan-perbuatan tersebut.

Kenyataan di atas ini terkandung dalam firman Allah;

Maksudnya;

Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang
bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu senang
ataupun susah dan orang-orang yang menahan api kemarahan dan memaafkan
kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan, dan
orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,
maka mereka segera mengingati Allah, lalu memohon keampunan terhadap
dosa-dosa yang telah mereka lakukan, dan siapakah lagi yang dapat
mengampuni dosa-dosa selain dari Allah?. Dan mereka tidak meneruskan
perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui (hukum dan kesannya).
(Ali Imran : ayat 133-135)

Beriman dan membenarkan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah dan


memperjuangkan kebenaran tersebut.
Kenyataan ini selaras dengan firman Allah;
Maksudnya;

Dan mereka yang membawa (kebenaran) yang dibawa oleh Muhammad dan
membenarkankannya, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. Mereka
memperolehi apa sahaja yang mereka kehendaki dari sisi Tuhan mereka.
Demikianlah balasan kepada orang yang melakukan.
(az-Zumar : ayat 3334)

Berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman di kalangan manusia, sepertimana


yang telah dijelaskan oleh Allah;

Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang


selalu menegakan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan
janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu
untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana berlaku adil itu lebih dekat
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa sahaja yang kamu
kerjakan.
(al-Maidah: ayat 8)

Mengagongkan syiar-syiar Allah, seperti mengagongkan syiar dalam ibadah haji,


korban, solat berjemaah lima waktu, solat hariraya, solat minta hujan, solat
gerhana bulan dan matahari, solat jumaat, menghidupkan Ramadhan,
menghadiri majlis-majlis ilmu dan zikir dan lain-lain lagi berdasarkan firman Allah
SWT;

Maksudnya;

Demikianlah (perintah Allah), dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syira


Allah, maka sesungguhnya itu timbul lantaran hati yang penuh dengan
ketaqwaan.
(al-Haj : ayat 32)

Berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan harta dan jiwa raga. Firman Allah;
Maksudnya;

Orang-orang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin
kepadamu untuk tidak menyertai jihad dengan harta
dan diri (jiwa raga)
mereka. Dan Allah amat mengetahui orang-orang yang bertaqwa.
(at-Taubah : ayat 44)

Tidak bersifat sombong dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini selaras
dengan firman Allah;
Maksudnya:

Negeri akhirat (yang penuh dengan nikmat itu) Kami kurniakan untuk orangorang yang tidak mahu menyombongkan diri dan dari melakukan kerosakan di
muka bumi ini dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa.
(al-Qasas : ayat 83)

Das könnte Ihnen auch gefallen