Sie sind auf Seite 1von 6
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia KEMENTERIAN ARAS 8, BLOK EB MALAYSIA toae uence IOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E SSreramart Comoe Poca : SUSHTPENTADBIRANKERAIAAN PeRseKuTUAN T6038 6077 Federal Government Administrative Centre (canes PUTEAGMA Laman Web: wwwmoe.govimy KP/KPPMV/6 Jid. 2 (1%) Tarikh 4 Disember 2015 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 11 TAHUN 2015 PENUKARAN TEKS BAHARU KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 5 MULAI TAHUN 2016 TUJUAN 1 Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan semua sekolah menengah tentang penggunaan teks baharu dalam komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 mulai tahun 2016. LATAR BELAKANG 2. KOMSAS telah diperkenalkan dalam kurikulum sekolah menengah sejak tahun 2000 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2000 bertarikh 18 Februari 2000) Komponen ini wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah menengah. KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid serta memperkukuh kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, pengajaran KOMSAS dalam mata pelajaran ini diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi murid serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya PELAKSANAAN 3. Penggunaan teks baharu KOMSAS hendaklah dilaksanakan di sekolah menengah mulai bulan Januari 2016 secara berperingkat-peringkat seperti berikut TAHUN TINGKATAN 2016 Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 2017 Tingkatan 3 4. Teks baharu ini digunakan untuk: i Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2016. i, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun 2017. GENRE DAN BILANGAN TEKS 5. Genre dan bilangan teks baharu KOMSAS dalam Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 adalah seperti yang berikut: a. Puisi - Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 b. Cerpen - Tingkatan 2 c. Drama - Tingkatan 2 d. Novel - Tingkatan 5 (Sila Rujuk Lampiran 1 untuk judul-judul yang ditetapkan bagi tingkatan yang dimaksudkan). ‘SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 6. Teks baharu KOMSAS dalam bahasa Inggeris ini diletakkan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pengagihan novel akan dijalankan mengikut zon seperti yang telah ditetapkan oleh Bahagian Buku Teks (BBT), PERUNTUKAN WAKTU 7. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, satu (1) waktu daripada lima (5) waktu diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. TARIKH KUAT KUASA 8. Surat Pekeliling Ikhtisas ini berkuat kuasa pada tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan, PEMBATALAN 9. Dengan berkuatkuasanya surat pekeliling ikhtisas ini, maka Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2010 bertarikh 14 Oktober 2010 dibatalkan, TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 10. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian-bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pengetua di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk. 10. YB Menteri Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan | YB Timbalan Menteri Pendidikan II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia LAMPIRAN 1 SENARAI TEKS BAHARU KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN 2 1.1 Puisi Semua murid Tingkatan 2 akan menggunakan puisi yang disenaraikan seperti yang berikut: TAJUK ANTOLOGI Poetry For Pleasure — Selected by: RK. Sadler & TAS. Hayllar PUISI YANG WAJIB DIPELAJARI 4. My Hero — Willis Hall | 2. What is Red - Mary O'Neill 1.2 Cerpen Semua murid Tingkatan 2 akan menggunakan cerpen yang disenaraikan seperti yang berikut: TAJUK ANTOLOG! CERPEN YANG WAJIB DIPELAJARI Short Story Arena — edited by Cheat ! — Allan Baillie Walter McVitty 1.3 Drama ‘Semua murid Tingkatan 2 akan menggunakan drama yang disenaraikan seperti yang berikut: TAJUK DRAMA YANG WAJIB DIPELAJARI One Thousand Dollars and Other | A Night Out—O. Henry Plays — Oxford University Press TINGKATAN 5 24 Puisi Semua murid Tingkatan 5 akan menggunakan puisi yang disenaraikan seperti yang berikut: TAJUK ANTOLOGI PUISI YANG WAJIB DIPELAJARI ‘A Poison Tree — Selected by: Lie Corbett & Valerie Bloom 4.A Poison Tree — William Blake 2.What Happened to Lulu? — Charles Causley 2.2 Novel Semua murid Tingkatan 5 ak an menggunakan novel yang disenaraikan seperti yang berikut mengikut zon pembekalan buku teks yang telah ditetapkan oleh Bahagian Buku Teks: | TAJUK ZON 4. Dear Mr. Kilmer — Anne Schraff Perlis, Kedah, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka | 2. Captain Nobody — Dean Pitchford Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Labuan | 3. Sing To The Dawn — Minfong | Ho "Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan

Das könnte Ihnen auch gefallen