Sie sind auf Seite 1von 9

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Menerusi Sains Awal

-Cara mengeksplorasi sesuatu menerusi eksperimen

Menurut Nani Menon dan Prof.Madya Dr. Rohani Abdullah(2006) kognitif merujuk pada
intelek atau pemikiran individu(Spodek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif adalah
memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Atau dengan kata lain
ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Menurut Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004) dalam Sikap & keyakinan
guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal , terdapat enam komponen pembelajaran
dalam kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara bersepadu. Salah satu daripadanya ialah
perkembangan kognitif. Komponen perkembangan kognitif mengandungi konsep-konsep awal
sains dan bertujuan untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan memupuk sikap positif
terhadap sains. Antara objektif komponen perkembangan kognitif ialah bagi membolehkan
kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains, memperkembangkan
sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Tambahan pula, dapat memperkembangkan kemahiran
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, proses sains dan penyelesaian
masalah. Kemahiran proses sains membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan
fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Membuat pemerhatian atau
pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains. Kemahiran proses yang lain ialah
seperti berkomunikasi, membuat inferens dan membentuk hipotesis. Kefahaman konsep asas
serta penguasaan kemahiran proses diperoleh melalui interaksi dan penglibatan kanak-kanak
dalam aktiviti-aktiviti seperti bermain dengan blok, air dan pasir serta bahan-bahan manipulasi
dan aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi, berlakon dan mendengar atau menonton cerita kanakkanak.

Cara Mengeksplorasi Sesuatu Menerusi Eksperimen


Eksperimen bukanlah perkara baru bagi kanak-kanak. Kanak-kanak sudah mula terlibat
dengan proses eksperimen sejak mereka kecil lagi. Contohnya, kanak-kanak bermain dengan
buih sabun semasa mereka mandi ataupun membaling mainan yang diberikan kepadanya.
Eksperimen ini dijalankan secara tidak sengaja. Apa yang diperoleh ketika itu adalah
keseronokan dan pengalaman. Mereka tidak pernah sedar bahawa mereka sedang terlibat dengan
sesuatu aktiviti eksperimen. Kejadian yang berlaku secara semula jadi inilah seharusnya
digunakan sebagai pendekatan pembelajaran sains. Dalam keadaan ini, pengetahuan saintifik
diperoleh secara tidak sedar serta menyeronokkan. Aktiviti eksperimen dapat dijalankan sama
ada di dalam ataupun di luar kelas. Ia bergantung pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang.
Sebagai seorang guru, kita jangan sesekali menyempitkan pemikiran di mana setiap kali
timbul perkataan eksperimen bermaksud memerlukan radas, balang dan bahan kimia.
Sebaliknya, semua bahan di persekitaran kita dapat dijadikan bahan eksperimen bersama-sama
kanak-kanak. Contoh yang paling mudah ialah membuat play doh. Proses menguli dan
pertukaran tepung menjadi doh juga adalah suatu eksperimen. Apa yang penting bagi
memastikan kanak-kanak terlibat secara langsung dalam proses sains dan disedari oleh mereka
guru perlu menyoal, dan membincangkan apa akan berlaku dan yang sedang berlaku dalam
proses membuat doh tadi. Minta kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah contohnya
jika air yang digunakan terlalu banyak apa akan berlaku dan sebaliknya jika air terlalu sedikit
juga apa yang akan berlaku? Minta cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut daripada
mereka.
Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan
mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan
deria mereka. Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau
inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan
mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka.

Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak hands-on yang mana ia dapat
melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran.
Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan,
rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Pengetahuan sains awal yang
diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran
sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan
bantuan guru.

Kaedah Cadangan Aktiviti


1. Menamakan objek
Letakkan di dalam karung kecil sentuhan, bau dari sentuhan, memperkenalkan pelbagai objekobjek yang berbeza rupa, bau dari pelbagai objek yang berbeza dan bentuk seperti kunci, sikat,
berbeza bentuk dan bunyi yang berbeza tin dan lain-lain.
Minta kanak-kanak memasukkan tangan ke dalam karung tersebut meneka dan menamakan
objek berdasarkan tekstur, bentuk, bau tanpa melihatnya.
2. Mendengar
Ajak kanak-kanak meneroka kemahiran deria, dengan menerokai melalui mendengar setiap
bunyi dan menumpukan perhatian dan pengalaman langsung yang dihasilkan. Agar lebih
pengamatan dan menarik, dalam keadaan mata tertutup teka bunyi apa yang dihasilkan atau
bunyi yang tidak terdengar.
Meneka bunyi objek yang hilang boleh mempertingkatkan daya kemahiran deria dan fokus.
3. Bermain pasir / air
Sediakan bekas diisi dengan air. Kemahiran deria rasa dari pelbagai atau pasir yang berlainan
tekstur dan suhu, warna / tekstur yang berlainan.
Biarkan kanak-kanak bermain dengan selesa mengikut kehendak mereka. Boleh sediakan bekas
yang berbagai bentuk untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak menerokainya.

4. Mengawal neurologi jari dan daya fokus dengan menjahit


Sediakan tali sederhana halus dan objek yang berlubang di tengahnya. Dimasukkan tali di
tengahnya. Koordinasi tangan dan mata.
Ajar kanak-kanak memasukkan tali ke dalam lubang objek dengan perlahan, jelas dan
berulang-ulang.
5. Mendedahkan kanak-kanak dengan pengalaman memasak, merasa dan mengimbangi
tangan dan jari secara tidak langsung.
a. Ajar dan ajak kanak- kanak kemahiran memasak dan menyediakan masakan ringkas gabungan
warna, atau minuman yang pelbagai rasa dan bentuk.
b. Ajak mereka merasa makanan/ minuman yang mereka sediakan.
c. Berbual dengan kanak- kanak tentang perbezaan rasa, tekstur bentuk dan warna bahan
masakan/ minuman.
6. Menyediakan persekitaran
a. Sediakan replika/ permainan menarik yang menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif
dan menggunakan strategi dengan memberi pengalaman membuat dan membina (Mini World
Play Materials ).
b. Mengasingkan replika papan imaginasi bertemakan binatang safari mengikut kumpulan.
Penggunaan bahasa dan perkataan yang sesuai semasa pengasingan dibuat.
c. Belajar untuk mencuba menyelesaikan masalah menggunakan bahan replika di atas papan
imaginasi contohnya binatang-binatang safari dan binatang buas (dalam hutan), ikan
(sungai/laut), burung (pokok).
d. Bermain Lego, tanah liat dan
Galakkan pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasalahan.
Berbual dengan kanak-kanak tentang puzzle dan analisis sifat bahan.
e. Bereksperimen dengan air.
Sediakan permainan pelbagai jenis tekstur dan material yang boleh direndamkan dalam bekas
yang berisi air. Anak patung, ikan, span, tali, bekas plastik dan lain-lain.
Ajar kanak-kanak menggunakan alat permainan.

Tunjuk contoh hasil kerja diikuti dengan galakkan dan pujian yang selari dengan pencapaian
hasil kerja.
Galakkan pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasalahan.

7. Memahami kemahiran melabel objek/situasi


Ajak kanak-kanak membantu penggunaan objek tertentu di dalam kelas atau rutin harian sekitar
sekolah, faham makna dan melabel. Contohnya tinggi, rendah, besar, kecil meja, kerusi, bunga,
bulat, panjang dan lain-lain.
Sambil melabel, ajak mereka berbual tentang objek atau situasi tersebut, reka cerita fantasi
untuk lebih menarik.

Kesimpulan
Pembelajaran sains melalui eksperimen mendidik kanak-kanak mencintai sains, malah
membantu mereka mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui kaedah
hands-on seterusnya merangsang pemikiran kanak-kanak menjadi lebih berdaya saing.
Pernyataan ini dapat digambarkan melalui gambar rajah di bawah, melalui subjek-subjek
sains yang diajar secara eksperimen, merangsang kanak-kanak untuk lebih berkeyakinan
melakukan sesuatu yang baru.

Kanak-kanak di peringkat prasekolah didedahkan dengan eksperimen


mudah dan menyeronokkan sambil dibantu oleh guru.

Melalui eksperimen juga, kanak-kanak diajar supaya bekerjasama sebagai satu pasukan dan
ini dapat mengembangkan lagi kemahiran sosial dan komunikasi antara mereka. Mereka juga
akan lebih seronok bereksperimen bersama-sama dan saling bantu membantu menyelesaikan
masalah.
Kaedah hands-on turut membantu merangsang kemahiran motor/pergerakan, di mana
kanak-kanak menjadi mahir dalam pergerakan kesan daripada latihan dan menyebabkan
perubahan tingkah laku dalam prestasi kemahiran atau dalam domain psikomotor. Selain itu, ia
membantu mereka mempelajari dan menguasai sesuatu bahasa.

Sains menjadi lebih mudah dan menyeronokkan

Melalui eksperimen, kanak-kanak di peringkat awal persekolahan akan terdedah dengan


aktiviti yang bersifat eksplorasi dan penemuan-penemuan baru, kerana umumnya kita
mengetahui mereka suka mencuba sesuatu yang baru. Keindahan dan keunikan dunia sains
dapat ditunjukkan dengan cara yang menyeronokkan.
Pemikiran kanak-kanak akan berkembang sehingga tercetusnya kreativiti, pengembangan
idea-idea dan imaginasi serta cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Dengan cara
begini, mereka akan mampu membentuk kemahiran baru dalam setiap subjek yang diajar
khususnya sains.

Kerjasama dalam kumpulan membentuk komunikasi yang


baik antara rakan sebaya.
8

RUJUKAN
Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Bentong,
Pahang. PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.
Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). Sikap & keyakinan guru- guru
prasekolah dalam pengajaran sains awal, 156 & 159.Universiti Sains Malaysia.
Aminah Ayob, Mastura Badrzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin &Mahani
Razali.
2008. Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanakkanak 0-4 Tahun. Tanjong
malim. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara .

Abruscato, J. (2000). Teaching children science: A discovery approach (5th ed.). Boston: Allyn
& Bacon. CURRICULUM 507 229
Harlan, J. D. & Rivkin, M. S. (1996). Science experiences for the early childhood
years:
An integrated approach (6th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Merrill Curriculum 507 375

Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Ampang,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selangor.

Rohani Abdullah. 2004. Bayi Cerdik. Bentong, Pahang. Publication & Distributor Sdn.Bhd.

Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. 2008. Pendidikan Prasekolah. Shah Alam.
Darul Ehsan.

Selangor

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. 2008. Psikologi Pendidikan.
Shah Alam, Selangor. Oxford fajar Sdn.Bhd.

Das könnte Ihnen auch gefallen