Sie sind auf Seite 1von 7

Teori Kognitif

3.0 PENGENALAN TEORI KOGNITIF


Kognitif pada diri manusia membezakan manusia dengan haiwan serta makhluk lain di dunia.
Kognitif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan minda dan akal. Menurut kamus elektronik
Besta kognitif ialah perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses penerimaan
maklumat, pemahaman dan penggunaan pengetahuan. Bagi Haliza Hamzah dan Joy N Samuel
(2009:42) kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami, mengingat, mengkategorikan, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Menurut mereka lagi perkembangan kognitif kanak-kanak
memberi penekanan terhadap pemikiran kanak-kanak. Ini bermakna perkembangan kognitif
merupakan corak perubahan pemikiran yang berlaku daripada zaman kanak-kanak. Bagi Mok
Song Sang (2008:75) kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses
memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Atan Long (1982:261) pula
menyatakan kognitif adalah melibatkan proses penanggapan, pembinaan, konsep, penakulan,
penilaian dan penyelesaian masalah.
Pembinaan daya pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh pnekanan terhadap perkembangan
kognitif kanak-kanak. Bagi Mok Song Sang (2008:42) lagi kemahiran kognitif membolehkan
individu itu memberi pendapat, memahami, dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling. Jelaslah disini bahawa perkembangan kognitif sebenarnya melabangkan proses
mental. Semakin berkembang mental individu semakin berkembang kemahiran minda mengikut
kadar umur bagi kanak-kanak normal. Bagi kanak-kanak yang tidak normal kognitif mereka
berkembang dengan corak yang sama tetapi pada kadar yang berbeza.
Kajian tentang kognitif ini di pelopor oleh dua tokoh terkenal iaitu Jean Piaget ahli psikologi
Switzerland dan Lev Vygotsky ahli psikologi Russia. Jean Piaget melahirkan teori yang dikenali
sebagai Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget manakala Lev Vygotsky pula
memperkenalkan teori perkembangan kognitif yang dikenali dunia sebagai Teori
Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky.
Teori-teori yang dikemukana selepas kajian mereka ini memudahkan guru-guru menjalankan
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kerana teori ini membantu guru memahami
pemikiran kanak-kanak serta memahami kognitif kanak-kanak. Setiap proses P&P perlulah
sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak supaya proses P&P adalah berkesan dan
membuahkan hasil

3.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget dan Implikasinya


3.1.1 Latar Belakang Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan pada 9 september 1896. Beliau dilahirkan di Neuchatel (Switzerland).
Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan Aurthur Piaget dan Rebecca Jacen.
Bapanya merupakan seorang professor sastera pada zaman pertengahan. Pada usia 10 tahun
beliau menulis notis pendek berkenaan dengan pipit yang albino albino sparrow. Jean Piaget
sangat berminat dalam bidang moluska. Sewaktu kecil beliau bercita-cita untuk menjadi
seorang Moluskalogis yang terkenal. Setelah tamat sekolah menengah beliau melanjutkan
pelajaran dalam bidang sains persekitaran di Universiti Neuchatel. Di university tersebut beliau
memperoleh Ph.D. Dalam tempoh tersebut juga beliau menerbitkan dua buah artikel berkenaan
dengan falsafah.
Beliau berminat terhadap bidang psikoanalisis di Universiti Zurich. Beliau meninggalkan
Switzerland untuk ke Perancis dan bekerja selama setahun di Ecole de Larue de la Grangeaux-Belles, sebuah institut pendidikan bagi pelajar lelaki. Di sana beliau memulakan kajian dan
eksperimen berkenaan kognitif. Di sana juga beliau telah menyelaraskan kajian tahap
kecerdikan dan melakukan eksperimen pertama mengenai perkembangan kognitif.
Pada tahun 1921 beliau menjadi pengarah pendidikan di Institut J-J Rousseau yang terletak di
Geneva. Pada tahun 1923 beliau berkahwin dengan Valentine Chatenay dan dikurniakan tiga
orang Jacqualine, Lucienne dan Laurent yang menjadi bahan uji kaji beliau sejak usia anakanak beliau masih kecil. Anakanak beliau juga menjadi bahan uji kaji untuk ujian
perkembangan bahasa kanak-kanak.
Beliau melakukan banyak eksperimen dan melahirkan beberapa teori serta menjawat beberapa
jawatan dan menerima beberapa anugerah.
3.1.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Bagi Piaget proses pemikiran berubah secaramenyeluruh bermula selepas lahir hingga
mencapai tahap kematangan. Setiap individu pasti mencuba untuk memahami dan
mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. (Mok Song Sang
2009:42)
Piaget menyatakan terdapat empat faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu.
Faktor tersebut adalah faktor kematangan biologi yang secara amny gen yang diwariskan
merupakan pengaruh proses pemikiran. Faktor kedua adalah faktor perseketaran, faktor ini
melibatkan interaksi antara individu dengan persekitaran. Proses pemikiran akan menjadi luas,

tajam serta bertambah sekiranya berlaku interaksi antara individu dengan persekitaran dan
impaknya ialah, penerokaan, pengujian,pemerhatian dan penyunsunan dalam diri kanak-kanak
apabila mendapat maklumat baru. Faktor seterusnya ialah faktor sosial. Faktor sosial ialah
pergaulan kanak-kanak dengan ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Semakin
banyak kanak-kanak bersosial, semakin banyak input yang diperoleh maka semakin bagus
perkembangan kognitif kanak-kanak. Faktor terakhir ialah keseimbangan. Keseimbangan di sini
bermaksud kebolehan mengadaptasi situasi baru dalam kehidupan.
Jean Piaget membahagikan peringkat perkembangan kognitif kepada empat peringkat iaitu
peringkat peringkat sensorimoto yang berlaku sebaik sahaja selepas lahir hingga ke usia 2
tahun, peringkat pra operasi yang bermula pada usia dua hingga tujuh tahun, peringkst operasi
konkrit yang bermula pada usia tujuh tahun dan berakhir pada usia sebelas tahun dan akhir
sekali peringkat operasi formal iaitu perkembangan kognitif yang berlaku pada usia sebelas
tahun keatas,
Pada peringkat sensorimotor pergerakan fizikal dan penggunaan deria merupakan elemen
penting dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak. Kebanyakkan skema yang dibina
adalah berdasarkan komunikasi fizikal bayi dengan persekitaran. Sebenarnya selepas lahir bayi
dapat membezakan objek di persekitaran. Pada usia 4 hingga 8 bulan kanak-kanak mempunyai
daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. (Mok Song Sang 2008:82). Mulut
merupakan alat untuk berinteraksi dengan persekitaran kerana kanak-kanak menggungunakan
mulut untuk mengisap objek yang diminati. Pada peringkat ini juga kanak-kanak memulakan
menunjkan pemikiran yang logic. Setiap aktiviti yang dilakukan ada matlamatnya dan pada
peringkat ini juga kanak-kanak boleh mengulang proses asal secara fizikal. Peniruan (imitasi)
mudah berlaku dalam peringkat ini juga kanak boleh menggambarkan objek dalam memori.
Antara aktiviti yang dapat dilakukan pada peringkat ini untuk membantu perkembangan kognitif
kanak-kanak pada peringkat ini ialah menggunakan objek yang berbunyi terutama objek yang
mengeluarkan lagu kanak-kanak untuk menarik perhatian mereka supaya mereka mempunyai
koordinasi yang baik dan deria motor yang tajam. Ibu bapa pula boleh membeli puzzle yang
berbentuk konkrit (Rujuk Lampiran) kerana ianya merupakan satu permainan yang bermatlamat
dan melatih pemikiran logic kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak haruslah sentiasa positif
kerana telah dinyatakan pada peringkat ini kanak-kanak suka meniru, jadi model yang terbaik
diperlukan untuk memastikan perkembangan kognitif kanak-kanak itu positif. Setiap pengajaran
yang dilakukan dengan cara meniru mestilah betul.
Peringkat seterusnya iaitu peringkat pra operasi yang berlaku pada usia dua hingga tujuh tahun.
Pada peringkat ini akan menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru.

Menggambar dan merancang aktiviti pergerakan membantu memperkembangkan kognitif


kanak-kanak pada peringkat ini. Pada peringkat inimereka menggunakan konsep simbol dalam
bahasa. Kanak-kanak mula melambangkan objek dengan simbol (bahasa). Proses
perlambangan dikenali sebagai fungsi semiotik.Pada peringkat ini kanak-kanak mula bermain
permainan membanyangkan (pretend play). Mereka akan mengambil watak-watak yang
menarik pada mereka untuk ditiru dalam permainan membanyangkan ini. Menurut Haliza
Hamzah dan Joy N. Samuel (2009:48) kanak-kanak turut memberi kualiti atau ciri benda hidup
kepada benda bukan hidup contohnya kilat terjadi kerana bumi marah. Pemikiran kanak-kanak
pada masa ini bergantung kepada benda-benda yang konkrit. Kanak-kanak juga belum boleh
berfikir secara logik dan rasional. Kanak-kanak pada peringkat ini mampung menceritakan
semula pengalaman mereka dengan ayat yang mudah dan mengingati segala arahan yang
pendek dengan mudah dan tepat. Pada masa ini kanak-kanak tiada keupayaan untuk
menggambarkan proses transformasi diamana kanak-kanak tidak boleh melihat perubahan
yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi dan dalam keadaan ini kanak-kanak hanya
boleh memerhati satu keadaan pada satu-satu ketika sahaja (Mok Song Sang 2008:83). Pada
peringkat ini juga kanak-kanak tidak berkeupayaan untuk menghayati operasi songsang. Ini
bermakna kanak-kanak tidak boleh membezakan proses yang telah diubah dengan proses asal.
Kanak kanak pada peringkat ini juga belum menguasai konsep pengabadian diaman mereka
menganggap bilangan dan panjang adalah sama. (Contoh Ketidakupayaan:Rujuk Lampiran).
Pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai egosentrik yang tinggi.
Implikasi terhadap P&P pada perigkat pra operasi ini ialah penggunaan bahan bantu mengajar
yang konkrit. Contohnya sekiranya seorang guru bahasa ingin menambah perbendaharaan kata
dalam tema alatan sukan, maka guru tersebut boleh membawa alatan sukan seperti bola, bad
pingpong, raket tenis, net dan lain-lain kedalam kelas untuk mengaplikasi fungsi semiotic. Untuk
mengembangkan kemahiran dalam bidang matematik pula guru boleh menggunakan guli atau
batang ais krim untuk nmenyelesaikan masalah matematik. Arahan yang diberikan kepada
kanak-kanak ini haruslah pendek dan mudah difahami kerana dengan cara ini mereka boleh
mengingat arahan yang diberikan, jadi sekiranya guru ingin melaksanakan aktiviti untuk
muridnya sama ada di dalam kelas ataupun diluar kelas, arahan yang pendek dan jelas adalah
penting. Nasihat dan nilai yang ingin diajar kepada murid harus disampaikan dalam ayat yang
mudah.Untuk mengajar nilai-nilai yang baik lakonan boleh diaplikasikan dengan menggunakan
watak-watak yang digemari contohnya Ultraman. Guru-guru dan ibu bapa mesti mengaja anakanak menggunakan perkataan yang sesuai dengan ayat. Perkataan dan frasa yang kurang
sesuai boleh menyebabkan kekeliruan apabila berkomunikasi. Pengajaran luar kelas juga boleh

dilakukan untuk memperkuatkan daya ingatan mereka.


Peringkat seterusnya iaitu peringkat operasi konkrit berlaku pada usia tujuh hingga dua belas
tahun. Pada peringkat ini mereka telah menguasai prinsip identiti iaitu prinsip yang menekankan
jmlah, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga
berkeupayaan untuk menguasai proses pengelasan dan proses penyusunan secara bersiri (dari
kecil ke besar atau sebaliknya atau bilangan menaik kepada menurun atau sebaliknya).
Pemikiran kanak-kanak pada usia ini mula mengubah pemikiran mereka iaitu daripada
pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered (memahami persepsi orang lain). Kanakkanak ini juga mula bersosial dan masih tidak dapat berfikir secara abstrak.
Pada peringkat ini proses P&P menggunakan bahan yang konkrit boleh diteruskan tetapi
menggunakan bahan yang lebih menarik. Sebagai contoh sekiranga sesorang guru bahasa itu
ingin mengajar tajuk haiwan, haiwan-haiwan mainan plastik boleh diguanakan. (RUJUK
LAMPIRAN). Dalam matapelajaran sains eksperimen boleh dilakukan supaya kanak-kanak
pada usia ini dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Kanak-kanak harus diberi peluang untuk
bercerita untuk memsatikan penigkatan dalam bidang bahasa. Selain ini bahan bacaan
haruslah ringkas dan tersusun. Kaitan antara pengalaman harian dengan proses P&P boleh
dilaksanakan. Soalan-soalan berbentuk analik dan logic serta jalan penyelesaian juga dapat
diaplikasi dalam P&P.
Pada peringkat operasi formal (12 tahun keatas) kanaka-kanak ini boleh berfikir secara
sistematik untuk memberi idea terhadap beberapa kemungkinan enyelesaian, boleh membuat
hipotesis dan mencari alternatif untuk menyesalkan masalah. Mereka juga mula menerima
konsep induktif dan deduktif dalam P&P dan egosentrik remaja mula muncul dalam peringkat
ini.
Implikasinya guru boloeh menggunakan bahan konkrit untuk mengajar contohnya dalam
matapelajaran sains. Sekiranya guru hendak menerangkan tentang organ dalaman. Haiwan
seperti katak boleh digunakan. Guru sebenarnya patut memberi peluang kepada pelajar untuk
membuat hipotesis atau ramalan awal supaya mereka dapat mengembangkan lagi kognitif
mereka serta menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Guru juga sepatutnya memberi
peluang kepada pelajar untuk menjana idea. Dalam penulisan karangan berpandu misalnya,
guru sepatutnya membiarkan pelajarnya membina idea sendiri dan memberi galakan. Fungsi
guru hanya memerhati dan membetulkan sekiranya salah.

3.2 Teori Pembelajaran Jean Piaget


Menurut Mok Song Sang (2008:87) dalam teori perkembangan kognitif kanak-kanak Piaget
menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam
perkembangan individu. Beliau perpendapat pembelajaran berlaku sekiranya individu mendapat
pengalaman baru daripada persekitaran akibat daripada interaksi pengalaman tersebut dengan
orang lain, persekitaran atau benda yang terdapat dalam sekitar. Dalam buku Perkembangan
Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda karangan Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel
(2009:43) Piaget menyatakan setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran. Individu
cenderung untuk memahami situasi tertentu dan menyelesaikan kekusutan. Menurut beliau lagi
ketidakselesaan timbul dalam keadaan yang tidak dijangka, maka ketidakselesaan ini
mendorong manusia mencari penyelesaian atau keseimbangan.
Proses keseimbangan atau penyelesaian masalah ini bermula dengan SKEMA. Skema dalam
individu bermula apabila individu memperoleh pengalaman baru, menyusun pengalamanpengalaman tersebut di dalam minda dan kemudiannya membentuk suatu sistem.
ORGANISASI merupakan proses penyusunan pengalaman-pengalaman baru.
Skema-skema yang terbentuk ini akan digunakan untuk menyelesaikan masalah. Pembentukan
skema bermula dengan skema yang ringkas kemudian ke skema yang kompleks. Skema yang
sedia ada biasanya akan sentiasa berdepan dengan situasi yang baru, oleh itu penukaran
skema adalah perlu.
Proses penukaran skema lama kepada skema baru disebut adaptasi. Adaptasi melibatkan dua
proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi terjadi apabila individu cuba memahami
pengalaman baru dan menyesuaikannya dengan pengalaman lama, manakala akomodasi ialah
penukaran skema lama kepada skema baru. Proses mengorganisasi, asimilasi, adaptasi dan
akomodasi merupakan proses untu mencapai keseibangan. Individu hanya akan berjaya
menelesaikan masalah apabila berjaya memenuhi kesemua proses ini.
Proses-proses ini penting untuk diketahui oleh bakal-bakal guru kerana proses ini membantu
guru untuk memahami cara muridnya berfikir dan mengajar serta menerangkan dengan tepat
input-input yang hendak disampaikan.
Proses keseimbangan diringkaskan dalam rajah seperti berikut: Contoh:
Dalam matapelajaran matematik Izlam menyatakan bahawa priamid segi empat mempunyai
empat permukaan. Gurunya membetulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan model
yang konkrit agar Izlam tahu bahawa pyramid segi empat mempunyat lima permukaan

Das könnte Ihnen auch gefallen