Sie sind auf Seite 1von 3

Perisian aSc TimeTables

Dalam membina jadual waktu, pelbagai cara dan kaedah akan digunakan untuk
menyusun jadual waktu kelas serta matapelajaran supaya jaudal waktu tersebut mengikuti
standard yang telah ditetapkan serta memastikan jadual waktu tersebut tidak
bertembung dengan guru-guru lain dalam satu kelas yang sama. Itu adalah tugas yang
amat rumit dan memerlukan pemerhatian serta kecekapan yang tinggi. Apatah lagi kalau
jumlah guru yang sedikit dan pembahagian mata pelajaran tidak adil. Tentu amat
menyulitkan.
Namun, masalah ini dapat dikurangkan dan pembinaan jadual waktu menjadi lebih
terancang dan mudah dengan menggunakan perisian aSc Time Tables. Perisian ini boleh
digunakan dengan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Ini akan memudahkan
penguna memahami cara mengunakan perisian ini. Bagi pengguna baru, tutorial juga ada
disertakan. Tutorial ini akan mengajar pengguna menggunakan perisian ini dengan betul.
Perisian aSc TimeTables boleh dimuat turun secara percuma. Perisian versi percuma
ini sudah cukup bagi membina jadual waktu. Jika mahu perisian yang lebih lengkap, ia
boleh dibeli.
Pembinaan Draf Jadual Waktu
Terdapat beberapa langkah awal yang perlu dilakukan secara manual. Antaranya ialah:
1. Penentuan guru-guru kelas.
2. Penelitian terhadap prasyarat-prasyarat khas yang ditentukan seperti di dalam
pekeliling khususnya KSSR dan KBSR.
3. Prasyarat khusus untuk GB, GPK, Guru Penyelaras Bestari, Guru Data, Guru
Media/Sumber, Guru Disiplin dan yang berkaitan.
4. Prasyarat pembahagian susunan dan berapakah waktu single dan double.
5. Prasyarat dalaman seperti menggabungkan 2 kelas Pendidikan Moral menjadi 1
kelas sahaja pada waktu Pendidikan Islam.

6. Menentukan guru yang berpasangan, seperti guru jQAF dan guru pemulihan.
7. Mentiadakan waktu PJ pada hari Isnin kerana perhimpunan rasmi.
8. Menjadikan kelas PJ tahap 2 serentak 3 atau 2 kelas dengan diajar oleh guru lelaki
dan guru perempuan supaya memungkinkan pengasingan murid L/P jika
diperlukan.
9. Menjadikan kelas B.Cina 1 kelas dan B.Tamil 1 kelas pada waktu serentak dengan
waktu B.Arab.
10. Penetapan kelas ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains.
11. Menyediakan draf induk secara manual atau dlm microsoft excell yang
mengandungi
1. Kolum 1: Kelas-kelas dari darjah 1 hingga 6
2. Kolum 2: Guru kelas masing-masing
3. Kolum 3: Guru-guru utk subjek BM
4. Kolum 4: Guru-guru utk subjek BI dan subjek-subjek seterusnya.
Pembinaan Jadual Waktu Menggunakan Perisian aSc TimeTables
1. Download aSc software di sini (free unlimited trial!)
2. Install
3. Mulakan software
4. Semak tutorial
5. Mulakan satu jadual baru (creat new)
6. Isikan data asas
7. Isikan data semua matapelajaran
8. Isikan data semua kelas
9. Isikan data semua bilik khas spt makmal, bilik media dll
10. Isikan data semua nama guru
11. Isikan data pengajaran (lessons)
12. Semak semua data mengikut peruntukan KBSR dan KSSR.
13. Test & Generate
14. Jadual pun siap. ( jadual boleh dimurnikan lagi secara manual)
Perincian Data Input
Isi penting
1. Bagaimana saya boleh menyusun data guru, kelas, matapelajaran dan bilik
khas mengikut susunan abjad?
2. Time-off, iaitu waktu rehat guru yang boleh ditetapkan secara khusus.

Data Mata Pelajaran (SUBJECTS)


1. Menentukan waktu: single, double atau mungkin triple period.
2. Menentukan sesuatu matapelajaran di Bilik Khas spt Makmal Sains dll

3. Menentukan Time-off bagi sesuatu matapelajaran seperti menghalang P.Jasmani


(PJ) yang tidak sesuai pada hari Isnin kerana murid diwajibkan berpakaian rasmi
pada hari Isnin. Manakala P.Kesihatan dibolehkan.
Data Kelas
1. Menentukan Time- off iaitu waktu rehat kelas terutamanya perbezaan bagi tahap 1
dan tahap 2.
2. Menentukan Division, iaitu pembahagian murid di dalam kelas kepada beberapa
kumpulan spt murid P.Islam dan Murid P.Moral, mungkin juga murid pemulihan.
3. Menentukan Joint kelas, iaitu penggabungan 2 division menjadi satu kelas, spt
menggabungkan dua atau tiga kelas P.Moral menjadi satu kelas yang berasingan
pada waktu yang sama.
Data Guru
1. Menentukan Time- off iaitu waktu rehat guru terutamanya GB, GPK dan guru
tahap 1 dan 2.
2. Menentukan guru-guru kelas.
3. Menyemak jumlah waktu mengajar setiap guru dalam seminggu.
4. Menentukan jumlah waktu mengajar maksima guru dalam sehari supaya tidak
lebih 8 waktu.
5. Menentukan nama ringkas guru.

Das könnte Ihnen auch gefallen