Sie sind auf Seite 1von 19

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM PRAKTIKUM
NAMA
NO. KP
UNIT

:
:
:

Program praktikum saya telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2.


Sekolah ini mula dibina pada bulan April, 2015dan mula beroperasi sepenuhnya pada 5 januari
2004 dengan bilangan murid 453, 12 orang guru, seorang pembantu tadbir dan 3 orang pekerja
Am sambilan. Sekolah ini merupakan sekolah pertama saya menjalani praktikum.
Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Negeri Sembilan, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 1 bulan
yang bermula pada 9 April 2015 hingga XX April 2013. Praktikum ini adalah untuk subjek major
iaitu XXXXXXXX. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah
ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi
taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 08 Januari 2013 di
Unit Latihan dan Perkhidmatan. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh En. Mohd Izan Hj
Yusof bagi sesi pertama dan sesi kedua En. Muhammad Bin Sulaiman. Untuk taklimat
praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan
tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan
perlaksanaan kokurikulum di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan
sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.
Pengalaman semasa menjadi guru sandaran tidak terlatih selama 4 tahun sebelum ini diharap
sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan
sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan
untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak.
Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan
baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Wawasan . Untuk persediaan dari segi fizikal
pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang
tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa adalah dalam 12 km, saya
akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal.
Sepanjang tempoh praktikum ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini
portfolio praktikum dan semua buku rancangan pengajaran harian setiap hari dan minggu tanpa
bertangguh. Perkara ini penting agar dapat mendidiplinkan diri selepas tamat praktikum kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu akan dapat diterima oleh guruguru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra
terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah.
Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan
sekolah. Hubungan profesional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Sebagai bakal guru, azam dan harapan
saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina dan meningkatkan jati diri seorang guru.
Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai
bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah
khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya berharap akan dapat memahami dan
mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah
sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru
nanti.
Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat
dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia

Penyataan Profesional Praktikum Fasa 1 2011


Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun
praktikum selama 4 minggu untuk fasa 1. Praktikum untuk sesi ini ialah opsyen major
Sains. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Taman Aman untuk menjalankan
praktikum pada kali ini bermula 20 Mac 2011 sehingga 14 April 2011. Latihan praktikum
ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yeng telah ditetapkan oleh Institut
Pendidikan Guru.
Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah
untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu
memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan
pendidikan Sains di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat
memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta
suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya
ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada
bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat
mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat
digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh
guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan
sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan
warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan
guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan
bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid. dan sekolah.
Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang
pendidikan terutama bidang Sains.
Ilmu yang dipelajari sepanjang 4 semester sebelum akan saya cuba
mempraktikkan bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang
sama, saya boleh merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama muridmurid. Dalam masa yang sama, saya boleh mengaplikasikan teori-teori pengajaran
yang telah saya pelajari sebelum ini.
Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK Taman Aman dapat menerima
kehadiran saya di sekolah dengan menimba banyak perkara berguna di situ sebagai
persediaan untuk bergelar guru.
Pernyataan Profesional Praktikum
PERNYATAAN PROFESIONAL
Semester 7 tahun 2014 merupakan kesinambungan program praktikum yang telah saya
lalui pada semester lepas dan praktikum fasa tiga ini dan yang terakhir sebagai guru
pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) diharapkan dapat mengukuhkan lagi
kompetensi saya dalam bidang ini . Praktikum fasa satu dan dua yang lepas telah
memberikan pengalaman yang berharga kepada saya terutama dalam pengurusan bilik
darjah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah terutama sekali dalam konteks
Pendidikan Jasmani (PJ). Justeru, tanggal 27 Januari sehingga 25 April 2014 saya akan
menjalani praktikum fasa ketiga di SK Sibu Jaya, Sibu diharapkan dapat mengukuhkan
lagi kemahiran pedagogi saya.

Sebelum menjejakkan kaki ke IPG ini juga saya pernah terdengar dan
mendengar berkaitan latihan mengajar di mana guru pelatih akan pergi ke sekolah
dalam tempoh masa tertentu untuk latihan mengajar sebelum ditauliahkan. Sebelum
menjalani praktikum ini juga saya pernah bertanya kepada guru pelatih senior
berhubung pandangan dan pengalaman mereka semasa menjalani praktikum di
sekolah ini. Mereka berpendapat bahawa praktikum yang mereka jalani membawa
pengalaman yang menyeronokkan dan seolah-olah sudah bekerja. Selain itu, berbagai
ragam murid dapat mereka kenali dan belajar bagaimana mengatasinya. Oleh sebab
itu, teori-teori yang dipelajari melalui kuliah-kuliah yang diberikan misalnya kursus
profesional seperti Murid dan Alam Belajar, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku,
Perkembangan Kanak-kanak dan Budaya & Pembelajaran, Kurikulum dan Pedagogi PJ
dan PK diharapkan dapat saya gunakan semasa pengajaran kelak. Saya akan
berusaha mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari misalnya teori Mosston dan
Ashworth dalam pengajaran major saya yakni PJ.
Selain itu juga, perhubungan yang positif dalam sesebuah organisasi amat
penting dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi.
Justeru, melalui praktikum ini saya akan membawa diri saya dengan menonjolkan
perwatakan yang positif, menampilkan citra guru yang baik tanpa berpura-pura di
hadapan mereka. Ini kerana kepura-puraan di hadapan orang hanya menyeksa diri dan
tidak menampakkan keikhlasan. Oleh itu, apa yang baik dalam diri saya akan saya
tonjolkan dan berikan dalam organisasi sekolah ini dan apa yang buruk saya atasi.
Melalui praktikum ini juga saya harapkan saya mempu untuk mengenali anakanak didik saya secepat yang mungkin misalnya mengetahui nama-nama mereka.
Selain itu, saya berharap agar saya dapat belajar pengurusan dan pentadbiran di
sekolah ini. Misalnya, pengurusan aktiviti kokurikulum terutama dalam mengendalikan
aktiviti, kehadiran murid, pengurusan alatan sukan dan lain-lain. Saya juga berharap
agar dapat membuat seberapa banyak bimbingan daripada guru pembimbing
pengajaran major dan elektif saya berhubung pengurusan bilik darjah dan
pengendaliannya. Ini kerana dalam pengajaran Pendidikan Jasmani kawalan dan
pengelolaan pengajaran ini sukar untuk diuruskan sekiranya guru tidak peka dan mahir.
Tidak seperti mata pelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan di dalam bilik darjah
adalah mudah untuk mengawal murid kerana faktor keluasan bilik darjah yang kecil dan
terhad jika dibandingkan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang luas ruang
lingkupnya. Oleh sebab itulah, saya harap saya dapat membuat pemerhatian
bagaimana guru mengajar dan menemubual bersamanya, misalnya bertanya berkaitan
tingkah laku dan maklumat umum murid-murid agar saya dapat mengenali murid-murid
yang saya akan ajar nanti.
Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberikan saya
nilai tambah dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang berjiwa guru sebenar
guru dan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam apa bentuk sekalipun.
praktikum fasa 2 : PENYATAAN PROFESIONAL
Assalamualaikum..
aku akan menggunakan kata ganti diri SAYA..sebab aku nak copy paste bende yang aku dah tulis dalam
belog nie masuk folder PORTFOLIO PRAKTIKUM/AMALAN PROFESIONAL....harus lah membahasakan diri
dengan sopan kenn..hahaha...aku harap korang tak muntak hijau lah lepas bace...kalo nak muntah pun ADA
AKU KESAH...hahahhaha
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------Saya merupakan pelajar PISMP Pengajian Sosial Sem 6 dan akan menjalani praktikum fasa 2 die SK Nanga
Machan. Pada semester yang lepas juga, saya turut menjalani praktikum di sekolah yang sama. Setelah

selesai menjalani praktikum fasa 1 dahulu, saya merasa lebih yakin untuk menjalani praktikum kali ini. Ini
kerana, banyak pengalaman yang telah saya kutip dan pelajari semasa menjalani praktikum fasa 1 dahulu.
Jika praktikum fasa 1 dahulu, saya hanya mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Kajian
Tempatan, praktikum fasa 2 saya akan mengajar satu lagi subjek untuk elektif saya iaitu Pendidikan Jasmani.
Saya akan menjalani praktikum di SK Nanga Machan, Kanowit selama 8 minggu. Praktikum bermula pada 23
Julai sehingga 21 September. Ini bermakna, saya akan menjalani praktikum semasa bulan puasa dan
selepas hari raya. Sedikit sebanyak, situasi ini akan memberi cabaran kepada saya terutamanya untuk
menjalankan kelas Pendidikan Jasmani pada bulan puasa. Nama saya noorvina binti wahi. call me maybe!
Namun begitu, saya sentiasa positif dan menganggap cabaran ini akan menjadikan saya guru lebih baik
pada masa hadapan.
Saya mengharapkan segala teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan dalam
situasi kelas yang sebenar. Saya yakin dan percaya, bahawa saya dapat mempraktikkan teori dengan lebih
berkesan berdasarkan pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani praktikum fasa 1 dahulu.
Disamping itu juga, saya merasakan mendapat satu kelebihan, apabila saya mendapat tempat praktikum di
sekolah yang sama. Saya tidak berasa kekok kerana saya telah mengenali kebanyakkan staf akademik dan
staf sokongan di sini. Saya tidak merasakan sesuatu kekurangan apabila saya ditempatkan di sekolah yang
sama, kerana saya yakin kekurangan itu muncul disebabkan oleh sikap dan sifat individu tersebut.
Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SK Nanga Machan dapat menerima kehadiran saya dengan
tangan terbuka dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Amat besar harapan saya, supaya pengalaman yang
saya kutip sepanjang praktikum nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang akan berbakti kepada
agama, bangsa dan negara saya.
-----------------------------

Penyataan Semasa dan selepas Praktikum Last Fasa ..


Assalamualaikum..
kalau di tanya seronok tak jadi cikgu? hurm saya jawab dengan yakin YA, tak macam sorang kawan saya.. dia jawab TIDAK.. kenapa? ini sebab
saya..sebab minat. Lagi? sebab budak-budak yang suwit kelakuannya walaupun agak anoyying di mata orang lain..

kalau artis biasanya diserbu peminat minta sign, hari ni saya merasa jadi artis hehehe..

Honestly ini praktikum yang beri saya sangat banyak pengalaman untuk melangkah ke bidang keguruan..
banyak benda kami belajar..
di sini kami habiskan masa hampir 8 jam di sekolah. datang jam 7 balik jam 3..
di sini saya di panggil ustazah oleh murid2.. <---- eheheh.. ada gaya nampak!.. ustazah = guru perempuan..

kali ini saya sangat3 berpuas hati..


saya dapat student yang semangat untuk belajar..
means, saya juga semangat sediakan pembelajaran untuk mereka...

di kelas pemulihan saya ada Uda, Aminah, Jenn, Monica dan Rafizh..
masing2 ada kelebihan mereka..
BlUUUrrrr but sweet.. haahhaha

saya sempat ajar 4 kemahiran sepanjang 3 bulan..

nak tahu sapa mereka? .. nah, saya syer gamba mereka..

Jennifer..
Sweet orangnya..
still simpan surat yang dia bagi hari tu..
walaupun surat tu pendek, but still i am proud of u Jenn..

ini monica..
saya sedih tengok dia nangis last day saya ajar mereka
the next day, Monica tak hadir..

Aminah : unik..
tengok nama pun unik apa..
masa awal2 dulu aminah ni pelalu dia tahap dewa..
will be missed her smile!!

Uda n dara..
unik dari segi tulisan..
rajin. doakan uda jadi pelajar bijak n berjaya dalam bidang yang baik2 next time..

Rafizh..
Masa masuk awal2 dulu dia masuk, dia tak pedulikan saya,.. hahaha..
ajak main pun sik mok..
n last2 rafizh join semua main yang saya sediakan.. ^_^

ni jadual token..
kura2 tu menas diaorang selalu buat kerja cepat dan betul.
anak murid saya kata " Cikgu nak Kura2 1 Malaysia".. hehehe

n of course ni untuk hadiah token mereka.. ^_^


Selain kelas ni, kali ni saya punya anak murid yang lebih sporting daripada biasa..
murid2 kelas tahun 5..
saya ajar matematik untuk kelas ni..
masa last day tu sedih gilak diat cdaknya nangis.. sebab sebenarnya saya sayang mereka..
hehehe

bersama hampir semua but not smua lah anak2 5T

sik nampak muka saya.. hahaha

SuperP!!!

Very gOoD!!

Well dOne!.. tapi sik semua ada ctok..

Great!!

Nice wOrk!

Terrific!

Dalam Kelas

ni jer yang mampu saya bagi..


ehehe.. but still saya puas hati sebab saya buat sendiri..
nyaris2 tak tido malam dew.. hehehe

hari ini saya kembali ke batu lintang lagi..


sure i akan rindu mereka..
saya sayang mereka..
sporting giler

Contoh Lengkap Jurnal Praktikum


MINGGU PERTAMA

Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani latihan praktikum selama 12 minggu pada
semester kedua hati saya terasa seakan berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid
sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang unutk melaksanakan proses pengajaran tetapi
rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di Insititut Perguruan Bahasa
Melayu Malaysia selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat
murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik darjah.
Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani latihan praktikum di sekolah selama 3 bulan.
Saya cuba gagahi dan kuatkan semangat saya untuk lebih bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga
demi negara. Hari ini merupakan hari pertama saya dan juga kawan saya datang ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai guru
pelatih dalam menjalani latihan praktikum setelah setengah tahun kami didedahkan dengan ilmu dan juga teori-teori pengajaran
perguruan di IPBMM. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama satu semester yang lepas di IPBMM akan diuji sejauhmana
saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang
sebenar di sekolah.
Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi dan saya terus menuju ke arah pejabat sekolah. Nasib saya baik kerana sebelum ini
saya telah menjalani latihan pengalaman berasakan sekolah selama dua minggu di sekolah ini pada bulan Mac yang lalu. Namun
begitu hati saya turut berasa berdebar kerana pertama kali saya akan berjumpa dengan guru besar yang baru. Setelah melaporkan
diri di pejabat dan memperkenalkan diri kepada guru besar dan juga guru penolong kanan, saya dan juga kawan saya telah diminta
untuk menhadirkan diri di majlis perhimpunan mingguan di Dataran Bestari.
Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah menerima memo untuk meggantikan kelas yang ketiadaan guru
sementara menunggu guru penolong kanan menyusun jadual untuk saya nanti. Pertama kali saya telah diarahkan untuk memasuki
kelas secara tiba-tiba merupakan bagai satu peluang kepada saya untuk berdepan dengan murid-murid. Terdetik juga di hati
bagaimana agaknya keadaan murid kelas ketika itu... Saya kuatkan semangat untuk berdepan dengan karenah murid yang
pelbagai.
Saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu tidak terkawal. Dengan pelajarnya yang berlari-lari, membuat
bising, bergurau dan sebagainya memerlukan saya untuk bertindak lebih tegas dengan murid-murid. Ternyata ianya berkesan.
Sukarnya seorang guru seperti saya yang tiada pengalaman dan ditambah lagi dengan masalah suara saya yang kurang kuat
menyebabkan beberapa kali saya cuba untuk memberi arahan kepada murid-murid agar diam. Terasa betapa peritnya keadaan
untuk mengawal murid-murid yang mempunyai pelbagai karenah. Kelas pada hari tersebut saya hanya mengadakan sesi
perkenalan antara saya dengan sesama murid.
Pada hari tersebut saya telah menerima tiga kelas untuk menggantikan guru yang tidak hadir. Lain kelas lain kerenah muridmuridnya. Kelas yang kedua yang saya masuk pula lebih gemar bertanya dan bersaing. Malah mereka juga lebih suka untuk saya
mengadakan sesi teka teki. Semua soalan yang ditanya kebanyakkannya semua dapat dijawab dengan banyak jawapan. Terlintas
difikiran...bijak juga murid-murid kelas ni....
Manakala kelas yang ketiga pula, merupakan kelas Tahun 4. Dalam hati berkata bagaimana pula dengan murid-murid dari tahun 4
pula? Macamana aku nak kawal murid-murid dari tahun 4? Tahun 5 pun boleh tahan dengan bisingnya...ini apatah lagi Tahun 4 kelas
yang dikategorikan tahap sederhana. Bagi mengawal kelas dari terus membuat bising saya telah mengarahkan agar murid-murid
membersih dan mengemas meja mereka mengikut susunan yang betul. Akhir sekali saya telah mengajak mereka bersama untuk
menyanyikan lagu Goreng Pisang bersama-sama. Ternyata mereka semua terhibur.
Pada jam 1.15 tengahri kami pulang setelah mendapatkan dokumen yang diperlukan.
MINGGU KEDUA

21 Julai 2008 (Isnin)


Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.25 pagi 1.15 petang
Hari ini merupakan hari yang kedua aku akan diselia oleh guru pembimbingku iaitu En. Suzili bin Mohamed. Walaupun pernah
melalui pengalaman diselia kali pertama namun aku tetap berdebar juga sehingga berpeluh-peluh terutamanya semasa

melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah. Aku cuba mententeramkan diriku agar sentiasa bertenang dan alhamdulilah aku
dapat melaksanakan segala aktiviti pengajaran dengan lancar.
Namun disebabkan aku terlalu leka dengan memberi penerangan pada langkah pertama menyebabkan pengurusan masaku untuk
langkah-lanagkah seterusnya terpaksa dipendekkan. Walaupun begitu objektif yang dirancangkan tetap tercapai dengan jayanya.
Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid sepanjang proses p&p berjalan.
Setelah selesai penyeliaan aku sempat bertemu dengan guru pembimbingku untuk mendapatkan komen-komen dari beliau.
Ternyata anggapanku tepat iaitu kelemahan dari segi pengurusan masa.
Aku akan cuba menepati setiap masa yang telah aku ranacangkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi akan datang.
22 Julai 2008 (Selasa)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.15 pagi 1.15 petang
Sepatutnya pada hari ini akau juga akan diseliakan oleh guru pembimbingku bagi kali pertama bagi opsyen minorku iaitu mata
pelajaran Bahasa Melayu. Seperti biasa aku menuggu guru pembimbingku masuk ke kelas tetapi guru pembimbingku tidak masuk
juga. Aku meneruskan sesi pengajaranku seperti biasa walaupun persediaan telah dibuat.
Pada sesi p & p pada hari ini aku telah meracangkan pengajaran tajuk yang baru bagi unit yang ke sembilan iaitu Tema Kebudayaan.
Murid-murid begitu berminat dan seronok mendengar aku memberikan penerangan tentang kepelbagaian jenis tarian yang terdapat
di Malaysia. Objektif pengajaranku pada hari ini adalah untuk mengajar murid-murid menyatakan isi tersurat dan juga isi tersirat
berdasarkan gambar rajah yang terdapat di dalam buku teks.
Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan pencapaian murid-murid yang dapat mencapai hasil pembelajaran pada akhir sesi
p & p. Sebagai menguji kefahaman mereka aku telah memberikan tugasan kepada mereka untuk membuat ayat berdasarkan
gambar yang dipaparkan dalam buku teks.
Aku pulang pada jam 1.30 petang.
23 Julai 2008 (Rabu)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.25 pagi 1.15 petang
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu hari ini merupakan hari pertama aku akan diseliakan oleh pensyarah pembimbingku
iaitu Dr. Rashidah bt. O.A Rajak. Takut, gementar, malu dan semuanya berkecemuk dalam diriku. Tak tergambar dalam hatiku
seakan mahu terluruh jantungku...
Aku cuba menguatkan diriku..beristighfar kepada Allah Taala agar dapat menenangkan diriku. Mungkin disebabkan aku tidak
yakinkan diri untuk melaksanakan pengajaranku terutamanya semasa dalam kelas 5 Gigih yang aku rasakan susah untuk aku
mengawal keadaan kelas tersebut. Ternyata pada permulaan pengajaran aku begitu gugup dalam memberikan penerangan kepada
murid-murid.
Satu kesilapan yang aku lakukan adalah semasa pembahagian tugasan kepada murid-murid di mana aku telah meletakkan terlebih
awal kad tugasan di dalam kotak menyebabkan murid-murid tidak lagi mendengar arahan dariku..Ini merupakan percubaan
pertamaku dalam pembahagian kad tugasan kepada setiap kumpulan. Sebelum ini tidak aku lakukan pada mana-mana kelas.
Namun pada kelas ini ku lakukan sebagai menjimatkan masa dan dalam mengawal keadaan murid agar tidak bergerak ke sana ke
mari bertanya apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Harapanku pada kelas ini agar mereka tidak membuat bising dan merebutrebut untuk mendapatkan kad soalanku.. Ternyata rancanganku menjadi sebaliknya..
Komen-komen dari pensyarah pembimbingku aku jadikan pedoman dan panduan kepada rakan seperjuanganku yang akan
diseliakan pada keesokan harinya agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman pertama diselia oleh pensyarah dan juga
nasihat yang diberikan akan aku terapkan bagi mengatasi segala kelemahanku sebelum ini dan akan kujadikan segala komenkomen yang membina dari pensyarah pembimbingku sebagai panduan untuk aku merancang dan melaksanakan p &p pada sesi
pengajaran yang akan datang.

24 Julai 2008 (Khamis)


Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi 2.15 petang
Kelasku pada hari ini bermula pada jam 12.35 tengahari iaitu waktu terakhir sekali sebelum sesi pembelajaran pada hari tersebut
tamat. Pada waktu pagi yang senggang itu aku cuba menambah sedikit sebanyak dalam penyediaan bahan-bahan sumber yang
akan digunakan pada sesi p & p di dalam kelas nanti.
Murid-murid begitu seronok untuk berlakon. Berebut-rebut mereka apabila aku meminta beberapa orang murid untuk melakonkan
watak yang telah aku rangkakan. Boleh dikatakan secara keseluruhannya objektif pengajaran pada hari ini mencapai objektif yang
diingini.
Pada hari ini juga selepas waktu sekolah aku telah dijemput untuk menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang akan diadakan di
bilik gerakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan berkenaan dengan peranan dan tugas-tugas ahli jawatankuasa sempena
sambutan Israk Mikraj yang akan diadakan pada 30hb Julai ini dan juga Khemah Ibadah dan Motivasi Anak Soleh yang akan
diadakan pada 2hb Ogos sehingga 3hb Ogos ini. Keterlibatan semua guru termasuk aku dan rakanku juga perlu dalam menjayakan
lagi program ini.
Aku pulang jam 2.15 petang setelah mesyuarat tamat.
26 Julai 2008 (Sabtu)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi 1.15 petang
Hari ini kelas ganti diadakan bagi menggantikan hari persekolahan yang diambil sempena cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri pada
bulan Oktober nanti. Kelas ganti pada hari ini akan menggunakan jadual pada hari Isnin. Kelas pada hari berjalan seperti biasa
walaupun ada segelintir murid-murid yang seakan tidak bersemangat untuk belajar pada hari cuti minggu. Pengajaranku pada hari
ini adalah di kelas 5 Gigih bagi mata pelajaran Kajian Tempatan dan kelas 5 Harmoni bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Pencapaian objektif menjadi keutamaanku bagi kedua-dua kelas tersebut. Walaupun masa yang singkat bagi pengajaran Kajian
Tempatan bagi kelas 5 Gigih lantaran kelas bermula selepas waktu rehat dan murid-murid mengambil masa yang lebih sebelum
masuk ke kelas. Masa pengajaran hanya tinggal cuma 15 hingga 20 minit sahaja. Namun begitu aku cuba juga untuk membolehkan
murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang diajar.
Manakala kelas 5 Harmoni merupakan kelas yang tiada masalah bagi diriku untuk mengawal keadaan kelas. Kerana mereka
semuanya agak berdisiplin semasa di dalam bilik darjah. Pengajaranku berjalan dengan lancar dan semua aktiviti yang telah aku
rangka dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
1. Masalah
Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah di mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang
melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu,
masalah ini mungkin juga berpunca dari p & p yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid
menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas
juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah
bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan
menggangu proses pembelajaran mereka.
3. Cadangan untuk memperbaiki
Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:
(a) Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik darjah.
(b) Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.
(c) Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid-murid belajar dan terus
seronok mengikuti sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.

(d) Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising
ketika di dalam bilik darjah.
4. Tempoh masa
Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P
& P saya pada minggu-minggu yang seterusnya.

5. Penilaian kejayaan
Saya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dan juga melaksanakan aktiviti p & p dengan lebih
menarik minat murid-murid dari sebelumnya.

6. Tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumatmaklumat untuk mendapatkan ide yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi
lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

MINGGU KETIGA
28 Julai 2008 (Isnin)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi 1.30 petang

Proses p & p pada hari ini berjalan seperti biasa di kedua-dua kelas iaitu kelas 5 Gigih dan kelas 5 Harmoni. Bagi kelas 5 Gigih
objektif yang dirancangkan sesuai dengan masa yang dirangka. Boleh dikatakan objektif yang ingin dicapai telah tercapai dengan
jayanya, walaupun tidak banyak aktiviti berkumpulan dapat dilaksanakan ekoran masa yang singkat iaitu tidak sampai setengah
jam ekoran kelambatan murid-murid yang masuk lambat ke kelas selepas waktu rehat.
Manakala bagi kelas 5 Harmoni sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan menyeronokkan di mana kedua-dua
objektifnya tercapai. Suasana dan keadaan murid yang cerdik dan mudah mendengar arahan memudahkan aku untuk mengawal
keadaan bilik darjah dan ini sekaligus melancarkan lagi proses p & p berjalan dengan lancar.
Boleh dikatakan saya berpuas hati dengan sesi p & p pada hari ini.

29 Julai 2008 (Selasa)


Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi 1.30 petang

Pada hari ini saya tidak mempunyai rancangan p & p ekoran aku telah menukarkan jadual dengan guru pembimbingku, cikgu Suzili
kerana bagi memudahkan kepada pensyarah pembimbingku untuk datang menyeliaku bagi matapelajaran minorku iaitu Bahasa
Melayu. Biasanya matapelajaran Bahasa Melayu pada hari Selasa, kali ini aku telah menukarkannya pada hari Khamis.
Namun begitu, masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk merangka rancangan pengajaran pada keesokkan harinya.

30 Julai 2008 (Rabu)


Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi 2.00 petang

Pada hari ini bermula jam 8.00 pagi bertmepat di dewan terbuka Sek. Seksyen 6 Kota Damanasara telah diadakan satu majlis
sambutan sempena Israk mikraj yang jatuh pada hari Rabu bersamaan dengan 27 Rejab 1429 iaitu tarikh berlakunya peristiwa israk
dan mikraj ini. Semua murid dari tahun 1, 4, 5 dan 6 terlibat dalam mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah
jemputan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kelas bagi proses p & p di 5 Gigih tidak dapat dilaksanakan
ekoran murid-murid terlibat dengan majlis tersebut sehingga jam 9.35 pagi.
Namun begitu masa yang tinggal cuma 10 minit aku gunakan untuk mengawal keadaan murid yang tidak terkawal ketika baru
memasuki ke kelas sementara menunggu guru seterusnya masuk ke kelas tersebut. Pada hari itu juga aku telah dijemput oleh anak
muridku untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir dirinya. Terasa diri ini disayangi dan disukai oleh murid kerana sudi
menjemputku dan merupakan antara tiga guru yang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis sambutan kecil harijadi di dalam
kelas sewaktu waktu rehat.
Kelas yang kedua bagi p&p yang seterusnya adalah di kelas 5 Jujur bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Proses p & p berjalan
dengan lancar dengan objektif tercapai dan murid-murid tekun dalam mendengar penerangan dariku berkenaan dengan sejarah
pembukaan Kerajaan Melayu Melaka. Begitu juga dengan aktiviti berkumpulan yang dijalankan ternyata murid-murid seronok
berbincang bersama-sama rakan mereka. Bagiku apa yang penting murid-murid seronok belajar dan objektif dapat dicapai dengan
jayanya.
30 Julai 2008 (Khamis)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi 1.30 petang

Kelasku pada hari ini bermula pada jam 8.15 pagi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5 Harmoni. Pengajaran dan
pembelajaran berjalan seperti biasa. Bagiku perancangan yang dirangka untuk mata perlajaran Bahasa Melayu berbeza dengan
mata pelajaran Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Di mana Bahasa Melayu memerlukan ketig-tiga
kemahiran bahasa diterapkan kesemua bagi satu sesi p & p iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
juga kemahiran menulis. Aku cuba menerapkan kesemua kemahiran bahasa ini dalam kelas 5 Harmoni dan diharapkan kesemua
murid mendapat kesemua kemahiran tersebut. Secara keseluruhannya objektif yang dirangka mencapai objektif yang telah
dirangkakan.
Kelas yang terakhir ialah kelas bagi mata pelajaran Kajian Tempatan di kelas 5 Gigih. Murid-murid seperti tidak dapat dikawal
lantaran mereka tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah maklumlah waktu terakhir pembelajaran menyebabkan keadaan mereka
tidak terkawal. Aku cuba mengawal dan mententeramkan keadaan pelajar. Setelah itu barulah sesi p & p dapat dilaksanakan
walaupun seketika cuma.
Aku pulang pada jam 1.30 tengahari.
1 Ogos 2008 (Jumaat)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi 12.15 Tengahari
Pada hari Jumaat jadual saya tidak mempunyai sebarang kelas pengajaran dan pembelajaran. Masa yang terluang aku ingin
memanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti penyediaan bahan-bahan bantu mengajar yang akan ku gunakan pada
pengajaran yang akan datang.
Pagi itu juga kami berdua berbincang dalam merangka rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk minggu hadapan.
Sesi pembelajaran pada hari Jumaat tamat pada jam 12.00 tengahari bagi memberi laluan kepada guru-guru lelaki untuk
menunaikan solat Jumaat.
1. Masalah
Masalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan semasa sesi p & p berjalan di mana terdapat segelintir murid yang suka
keluar masuk bilik darjah.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya untuk bertemu guru, menghantar
buku dan juga mahu ke koperasi sekolah untuk membeli peralatan alat tulis dan sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh
saya kurang tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid
mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.
3. Cadangan untuk memperbaiki
Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:(a) Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p berjalan.
(b) Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid.

4. Tempoh masa
Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses
p & p saya nanti.

5. Penilaian kejayaan
Di dapati beberapa hari ini kelihatan tingkah laku murid yang kerap meminta izin untuk keluar telah berkurangan semasa saya
sedang menjalankan sesi p & p.

6. Tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang
timbul semasa sesi p & p berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.

kata kunci : contoh refleksi praktikum, bahan pendidikan, contoh sebenar refleksi praktikum, refleksi praktikum pismp dan jqaf,
kertas kerja ipg, ipgm malaysia, cara mengajar, guru mengajar, kaedah pnp berkesan, contoh lengkap jurnal praktikum, jurnal
praktikum

Das könnte Ihnen auch gefallen