Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan
dan habitat haiwan) musnah.
Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.
Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.
Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakan
di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers).
Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak
terhad)
Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin
panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.
Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun
terjejas.
Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh
lampu isyarat)
Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol
Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna – jalan sehala,
tempat rehat dan solat serta lain-lain.
Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi – susur
keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).
Lebuh raya memperkembang ekonomi – menyingkatkan masa pengangkutan untuk
pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan
Lepas ke Kuala Lumpur.
Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas
Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan
adanya kemudahan perhubungan.
Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang
perancangan.
Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih
daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang
kekerapan untuk ke kedai.
Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali
seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.
Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada
20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.
Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah
daripada kedai runcit.
Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.
Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi
membeli-belah.
Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih
banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.
Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada
tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti
ini.
Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli
terlebih dahulu sebelum membelinya
© shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006