Sie sind auf Seite 1von 1

Refleksi kepentingan Deria dan Kaitannya dalam P&P Matematik

Kepekaan

deria

adalah

penting

kerana

ia

dapat

membantu

kita

membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan.


Untuk itu, pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, lidah dan kulit
akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsanga dalam persekitaran.
Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan lagi
perkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi dengan persekitaran sosial
yang mendorong akan menjadi seorang pelajar sentiasa bermotivasi. Jika tidak,
sebaliknya akan berlaku. Oleh itu, guru haruslah bertanggungjawab untuk
menyediakan

sebuah

bilik

yang

mempunyai

suasana

yang

baik

untuk

perkembangan pelajar serta menarik minat pelajar untuk belajar. Sebagai


seorang guru matematik, semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk
menajamkan lagi pengalaman deria pelajar agar rangsangan untuk belajar wujud
dalam diri pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran juga, seorang guru
haruslah

mengintegrasikan

berbagai-bagai

kemahiran

dan

aktiviri

untuk

menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh terutama sekali


dalam subjek matematik. dengan mengintegrasikan berbagai kemahiran dan
aktiviti dalam proses pembelajaran, ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap
subjek matematik. Sebagai contoh, aktiviti pecahan boleh dilakukan dengan
memberikan pelajar tersebut sekeping kertas dan membahagikan kertas
tersebut kepada beberapa bahagian. Aktiviti ini mungkin ringkas tetapi mampu
mendorong pelajar untuk menggunakan deria- deria mereka seperti sentuhan
dan penglihatan. Aktiviti mencipta lagu sifir juga boleh dijalankan untuk
menajamkan lagi deria pendengaran pelajar dan penglihatan pelajar dan serba
sedikit menyentuh deria rasa pelajar iaitu pelajar mengikut kata hatinya dan
imaginasinya untuk mencipta lagu dan irama. Dengan adanya aktiviti seperti ini
p&p akan menjadi lebih menarik dan penerimaan murid terhadap isi pelajaran
akan lebih berkesan.

Das könnte Ihnen auch gefallen