Sie sind auf Seite 1von 62

MAT RODI & AZWAN OMAR

#TPPA

BANGI
2016

MAT RODI

Radzi Tajuddin atau nama penanya Mat Rodi merupakan


seorang arkitek muda berumur 26 tahun. Beliau juga mempunyai
kelulusan sarjana dalam bidang Kewangan Islam dari INCEIF.
Mat Rodi menulis di matrodi.my dan kini lebih aktif di page
facebook beliau. (facebook.com/matrodi.my)
Buku pertamanya Saring Sebelum Mereng terbitan DuBook
Press membincangkan isu-isu semasa seperti polisi BR1M, GST,
Negara berpendapatan tinggi serta hal-hal korporat berkenaan
dengan KLIA 2, AirAsia dan Petronas.
Mat Rodi bukanlah penulis sepenuh masa kerana baginya
menulis adalah hobi, bukan karier. Baru-baru ini beliau telah
menyepi selama 4 bulan. Tetapi seperti kata pujangga, blogger
tidak pernah berhenti, mereka sekadar offline.

AZWAN OMAR

Azwan Omar merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM)


bagi negeri Selangor.
Beliau lebih mesra dikenali sebagai Roy oleh teman rapat dan
sahabat handai.
Berkelulusan rojak dari Kejuruteraan Elektrik Kuasa, ke Sarjana
Pentadbiran Perniagaan (MBA) Kewangan Korporat kepada
Pengurusan Perakaunan Profesional.
Beliau mempunyai pengalaman dari sektor awam dan swasta.
Sebagai APBM, beliau berada di Jawatankuasa Hubungan
Antarabangsa dan Diplomatik. Beliau meletakkan dirinya
sebagai peminat ASEAN dan Perdagangan Antarabangsa.

KANDUNGAN
MAT RODI
TPPA Dan Rashid

TPPA Jual Negara?

TPPA: Antara Anggapan Dan Rundingan


- Bahagian 1

14

TPPA: Antara Anggapan Dan Rundingan


- Bahagian 2

19

Harga Ubat - Harga Naik Atau Obama Tipu?

24

TPPA, Qu Puteh Dan TRW

28

Syarikat Mengawal Kerajaan?

33

AZWAN OMAR
Menjawab 10 Dakwaan Isma

38

Bolehkan Gaji Pekerja Meningkat Di Bawah TPPA?

47

Memilih TPPA Untuk Terus Memilih

51

Potensi TPPA+ ACC+ RCEP Kepada Malaysia

56

TPPA DAN RASHID


MAT RODI

TPPA JUAL
NEGARA?

TPPA dikatakan sebagai sebuah perjanjian yang bakal menjual


negara Malaysia. Dakwaan ini dibuat kerana ia melibatkan
Amerika Syarikat.
Benarkah?
Untuk melihat sama ada TPPA menjual negara atau menggugat
kedaulatan negara, ia perlu dilihat dalam pelbagai aspek.
Pertama dari sudut sejarah TPPA.
Sedikit latar belakang: TPPA bermula pada tahun 2005 melalui
negara P4 iaitu Singapura, Chile, Brunei dan New Zealand.
Maknanya ia bukanlah sebuah inisiatif AS.
Namun, ia masih tidak menafikan kemungkinan AS akan
menjajah negara-negara TPPA.
Jadi perkara kedua yang perlu dilihat adalah bagaimana kerangka
perjanjian TPPA dibuat.
Sedikit pemahaman: TPPA menggunakan konsep konsensus
iaitu kesemua perkara dalam perjanjian mestilah mendapat
persetujuan bersama. Jika sebuah negara tidak bersetuju,
perkara tersebut tidak akan dimasukkan.
9

Jadi berbeza dengan anggapan orang ramai, ia bukanlah


perjanjian di mana AS sudah menetapkan syarat dan memaksa
kesemua 11 negara lain untuk bersetuju.
Sebab itu tempoh rundingan telah mengambil masa sehingga 5
tahun walaupun proses rundingan dijalankan secara controlledsecrecy. Jika rundingan dibuat secara terbuka dengan setiap
butiran perlu mendapat persetujuan awam, ia mungkin
menjadikan TPPA lebih telus, tetapi besar kemungkinan,
tempoh rundingan menjadi sangat lama.
Perkara ketiga untuk menentukan sama ada TPPA adalah alat
AS menjajah negara adalah dari segi struktur keahlian negara
yang terlibat dengan TPPA.
Jika TPPA adalah alat AS untuk menjajah negara-negara TPPA,
kemungkinan besar Vietnam awal-awal lagi telah menarik diri.
Sedikit sejarah: Vietnam telah berperang dan bermandi darah
dengan AS dalam Perang Vietnam selama 20 tahun. Adalah
tidak logik bagi generasi Vietnam sekarang (yang hanya satu
generasi ke hadapan) sudah bersedia merelakan negara mereka
dijajah oleh AS.
Negara yang begitu tinggi semangat kebangsaannya seperti
Jepun juga tidak mungkin membiarkan negara mereka dijajah
kuasa luar, khususnya AS.
Malahan negara jiran AS sendiri iaitu Mexico yang sudah
menyertai NAFTA bersama AS pasti enggan melibatkan diri
jika perjanjian perdagangan seumpama ini tidak memberikan
manfaat ataupun telah menindas mereka.
Sedikit fakta: Apabila Mexico menyertai NAFTA, terdapat
10

kerisauan dalam sektor automotif yang ketika itu dilindungi


oleh duti import yang tinggi, lesen dan kuota. Mexico hanya
menghasilkan 6% daripada jumlah kereta di Amerika Utara.
Selepas NAFTA dilaksanakan, saiz pasaran kereta yang dipasang
dan dieskport oleh Mexico adalah 19% dengan 1.69 juta
kenderaan sahaja dieksport ke pasaran AS.
Jika TPPA adalah perjanjian untuk negara pro-AS, mengapa
negara yang diketahui mesra AS seperti Korea Selatan, Taiwan
dan Hong Kong tidak dimasukkan sekali?
Jika TPPA adalah perjanjian untuk mengawal negara-negara
yang begitu kritikal terhadap AS, mengapa marsyal AS di rantau
ini seperti Singapura dan Australia turut sertai?
Jika TPPA adalah perjanjian untuk menjajah, mengapa Thailand,
Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan berminat untuk
menyertai TPPA selepas perjanjian ini dimuktamadkan?
Komposisi negara-negara TPPA serta kesediaan negara-negara
lain menyertai TPPA tidak mencerminkan bahawa TPPA adalah
alat AS untuk menjajah atau membeli kedaulatan mana-mana
negara termasuklah Malaysia.
Keempat adalah perkembangan politik dalam negara AS sendiri.
Memandangkan AS dikatakan sebagai negara penjajah, maka
adalah wajar bagi kita melihat perkembangan terkini mengenai
calon-calon Presiden AS. Baik Donald Trump mahupun Hillary
Clinton, kesemua calon Republikan dan Demokrat menentang
TPPA.
Mereka merasakan TPPA akan mengeksport peluang pekerjaan

11

rakyat AS kepada negara TPPA dan standard perjanjian TPPA


tidak mencapai gold standard kerana tidak memberikan
kebenaran AS untuk menyekat manipulasi mata wang (currency
manipulation).
Ini sekaligus membuktikan kebenaran bahawa isi kandungan
TPPA bukanlah ditetapkan oleh AS semata-mata. Jika tidak,
mengapa sang penjajah tidak dapat apa yang dikehendaki?
Lebih menarik, sekalipun 11 negara TPPA lain menandatangani
perjanjian tersebut dan kongres AS menolaknya, TPPA akan
tetap dilaksanakan walaupun tanpa penyertaan AS.
Jika ini berlaku, siapa pula yang menjajah?
Kelima, yang terakhir, adalah isi kandungan teks TPPA.
Dalam apa-apa perjanjian, isi kandunganlah yang paling
penting. Perjanjian Pangkor, walaupun 12 helai telah menjajah
Tanah Melayu beratus tahun lamanya. Ini kerana isi kandungan
perjanjian berat sebelah itu yang mengikat tanah air kita.
Berbeza dengan Perjanjian Pangkor, teks TPPA telah memberikan
begitu banyak pengecualian kepada Malaysia. Antaranya adalah
pengiktirafan dasar Bumiputera, perolehan syarikat milik
kerajaan, persaingan SME, label halal dan sebagainya.
Namun di akhirnya, TPPA memberikan Malaysia hak untuk
menarik diri dari TPPA dengan memberikan notis bertulis
dalam masa 6 bulan. (Chapter 30: Final Provision, Article 30.6:
Withdrawal)

12

Ini cukup berbeza dengan Perjanjian Pangkor yang tidak


mempunyai klausa tersebut.
Persoalan akhir- perjanjian penjajahan mana yang memberikan
jalan keluar?

13

TPPA: ANTARA
ANGGAPAN DAN
RUNDINGANBAHAGIAN 1
Saya 100% bersetuju bahawa TPPA menggugat kedaulatan
negara.
Saya juga percaya TPPA menghapus keistimewaan Bumiputera.
Saya yakin TPPA akan menyebabkan negara muflis.
Saya bantah TPPA kerana ia adalah perjanjian berat sebelah
yang menindas.
Noktah.
Namun, kesemua pegangan di atas hanya terpakai sekiranya
TPPA yang dipersetujui 3 bulan lepas adalah TPPA yang
menghapuskan dasar Bumiputera, yang mempunyai tribunal
saman yang pro-syarikat, yang membuka kesemua perolehan
kerajaan dan GLC tanpa sebarang kriteria dan yang tidak ada
exemption untuk Malaysia dalam perjanjian perdagangan ini.
Jika inilah TPPA yang ingin ditandatangani, maka benarlah
kebimbangan yang sering dimainkan oleh sesetengah pihak.

14

Persoalannya- benarkah TPPA sedemikian? Adakah hasil


rundingan selama 5 tahun membawa kepada TPPA yang benarbenar menakutkan?
Kata orang- the devil is in the detail. Maksudnya kejahatan
berselirat dalam butiran.
Sebenarnya frasa Inggeris ini berasal daripada the God is in the
detail. Jadi kesimpulan daripada kedua frasa ini adalah, butiran
adalah segalanya. Dan ia boleh membawa kepada perkara yang
baik (God) mahupun tidak baik (devil).
Mari kita lihat teks perjanjian TPPA yang telah dipersetujui
bersama oleh 12 buah negara.
Pertama, TPPA tidak mengubah kuasa kerajaan. Malaysia bebas
menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dan perdagangan
dengan mana-mana negara di dunia. Sebab itu walaupun TPPA
ditandatangani, ia tidak menghalang Malaysia untuk menyertai
RCEP* mahupun FTA dengan Kesatuan Eropah (EU)**.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang lepas,
Pimpinan Tertinggi negara-negara RCEP bersepakat untuk
memuktamadkan rundingan RCEP pada penghujung tahun
2016. Ini jelas bahawa Malaysia komited untuk berdagang
dengan rakan-rakan dari seluruh dunia.
Penggubalan undang-undang, pengenalan dasar kerajaan serta
pemberian subsidi melalui program kebajikan dan sara hidup
juga akan berjalan seperti biasa. Kerajaan berhak menambah
atau mengurangkan subsidi.
Lantikan hakim, gabenor,ketua polis dan penjawat awam kanan
di agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM, ATM dan lain-lain
terus kekal di bawah kuasa kerajaan.
15

Ini sama sekali berlainan dengan anggapan bahawa TPPA


menjadikan kerajaan di bawah telunjuk Amerika Syarikat.
Kedua, kerajaan masih mempunyai kuasa untuk
memperkenalkan langkah-langkah bagi mengawal aliran modal
tidak menentu (volatile capital flow) di samping mengekalkan
kestabilan kewangan dan menjaga makroekonomi negara.
(Rujuk Bab 11: Perkhidmatan Kewangan, Artikel 11.11)
Katakan Malaysia dilanda kegawatan ekonomi, kita dibenarkan
untuk menggunakan perolehan kerajaan sebagai salah satu
langkah di bawah pakej rangsangan ekonomi di mana peraturan
TPPA tidak terpakai. (Rujuk Bab 15: Perolehan Kerajaan,
Lampiran 15-A: Jadual untuk Malaysia, Seksyen J, Perkara 2)
Pada masa yang sama, bank-bank asing yang ingin beroperasi di
Malaysia tertakluk kepada undang-undang Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 khususnya dalam mendapatkan lesen. TPPA
tidak memberikan mereka lesen automatik untuk masuk ke
Malaysia. (Rujuk Bab 11: Perkhidmatan Kewangan)
Butiran-butiran ini sekaligus menunjukkan terdapat perbezaan
di antara anggapan terhadap TPPA dengan hasil rundingan
TPPA.
Ketiga, Malaysia telah mendapat pelbagai bentuk pengecualian
sama ada secara kekal mahupun secara tempoh peralihan.
Dasar Bumiputera Malaysia telah diberi pengecualian kekal di
bawah TPPA. (Rujuk Bab 17: SOE & Designated Monopolies,
Annexe 4)

16

Had (threshold) nilai perolehan (baca: kontrak) bagi Malaysia


adalah yang paling tinggi di kalangan negara anggota TPP iaitu
sebanyak RM315 juta bagi 5 tahun pertama dan akan turun
secara berperingkat bagi 15 tahun berikutnya. Had negara lain
hanyalah sekadar RM70 juta. (Rujuk Peraturan GP TPP untuk
Perolehan Kerajaan, Annexe 15A: Jadual Untuk Malaysia)
Ini bermaksud, projek-projek di bawah nilai RM 315 juta boleh
diagihkan mengikut amalan sekarang tanpa tertakluk kepada
Peraturan GP TPP. Kontraktor Melayu UMNO, PKR, PAS dan
Bumiputera Sabah Sarawak tidak perlu risau.
Tidak cukup dengan itu, bagi projek bernilai lebih RM315 juta,
kerajaan dibenarkan memberi kontrak perolehan sehingga 30%
dari jumlah perolehan kepada Bumiputera yang layak. Syarikat
gergasi Bumiputera turut diberikan keistimewaan.
Dalam perolehan bekalan dan perkhidmatan, Bumiputera
masih diberikan keutamaan harga.
Jika ini masih tidak mencukupi, projek di bawah inisiatif PPP
(Public-Private Initiative) dikecualikan daripada peraturan
Perolehan Kerajaan. Maknanya, syarikat Malaysia boleh
mencadang dan melaksanakan projek-projek strategik dengan
bantuan kerajaan tanpa perlu tertakluk kepada TPPA. Untuk
rekod, sebanyak 698 projek PPP bernilai RM211.3 bilion
dilaksanakan sejak 1983-2014)
TPPA juga tidak menyekat kerajaan untuk terus menubuhkan
agensi berstatus Bumiputera seperti Ekuinas, MARA dan Teraju
dalam meneruskan agenda Bumiputera.

17

Ironinya, Amerika Syarikat yang (kononnya) terkenal dengan


meritokrasi telah mengiktiraf dan menerima kesemua
pengecualian ini bersama-sama 10 negara lain. Untuk rekod,
tidak ada negara lain yang mendapat keistimewaan sebagaimana
Malaysia.
Bagaimana pula dengan status halal, tribunal saman, nasib
pekerja dan harga ubat? Ia akan dikupas pada artikel seterusnya.
Tetapi setakat apa yang ditulis, TPPA yang ditakutkan oleh
sesetengah pihak kemungkinan hanya berdasarkan pada
anggapan tanpa merujuk kepada rundingan sebenar TPPA itu
sendiri.
*Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP)
adalah perjanjian perdagangan bebas yang dianggotai oleh
10 negara ASEAN bersama China, South Korea, Jepun, India,
Australia dan New Zealand. Blok perdagangan bebas ini akan
mempunyai akses pasaran sehingga 4 bilion penduduk.
**Perundingan Malaysia EU FTA kini ditangguhkan buat
sementara waktu untuk memberi laluan kepada perkara-perkara
yang lebih penting.

18

TPPA: ANTARA
ANGGAPAN DAN
RUNDINGANBAHAGIAN 2
Seperti yang diketahui, terdapat beberapa kebimbangan lain
mengenai TPPA. Dan kebimbangan ini ada asasnya.
Namun, kita akan terus berasa bimbang dan mungkin berasa
takut jika kita tidak membaca apa yang telah dirundingkan di
antara 12 buah negara TPPA.
Ada yang sinis menyindir- mana mungkin teks setebal 6350
muka surat dibaca dalam masa 3 bulan.
Tahukah mereka ini bahawa teks rundingan hanyalah setebal
595 muka surat. 5350 ms yang lain adalah 4 bahagian Annexes.
Bagi Jadual (Annexes) Untuk Malaysia, ia mempunyai 82 muka
surat. 20 side-letter di antara Malaysia dan negara TPP lain
adalah 42 muka surat.
Pada masa yang sama, terdapat ringkasan (terjemahan) bagi teks
rundingan 595 ms tersebut yang sekadar 256 ms. Jika dicampur
256 + 82 + 42, jumlah yang perlu dibaca adalah 380 muka surat.
Ini jumlah yang munasabah. Bukankah rakyat Malaysia rajin
membaca dan mempunyai masa lapang yang banyak?
19

Ada juga yang membangkitkan isu kononnya teks-teks ini boleh


dipersetankan. Jika kita boleh bersetuju dengan mereka bahawa
terdapat elemen geo-politik dalam TPPA, bolehkah mereka
ini pula bersetuju bahawa as far as the text is concerned, hasil
rundingan TPPA adalah berbeza dengan idea mereka mengenai
TPPA?
Kita rujuk kepada isu Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).
Antara yang menjadi kerisauan adalah kebolehan SME Malaysia
untuk bersaing dengan syarikat luar. Hanya 18-19% SME
Malaysia yang memperoleh hasil jualan dari luar negara. 88%
SME pula adalah Bumiputera dan rata-ratanya bergantung
kepada kontrak kerajaan dan menjadi vendor GLC.
Saya tidak akan menafikan sama sekali bahawa TPPA
memberikan SME Malaysia cabaran kerana mereka perlu
bersaing.
Namun, persaingan harus dilihat dalam konteks semasa. Ketika
ini 65% produk dan perkhidmatan di Malaysia telah pun
diklasifikasi sebagai non-tariff measure (NTM). Dalam bahasa
lain, SME sudah pun bersaing.
TPPA ingin menjadikan kadar NTM sebanyak 85% iaitu
peningkatan 20%.
Dari segi perolehan kerajaan dan keistimewaan Bumiputera,
Malaysia telah diberikan pengecualian seperti kuota 30% dan
had (threshold) yang tinggi sebagaimana yang diterangkan
panjang lebar dalam artikel sebelumnya.
Sebenarnya, bukan Malaysia sahaja yang ingin melindungi
SME mereka. Negara lain seperti Jepun, Mexico dan Australia
20

juga berasa bimbang. Ini kerana SME adalah enjin ekonomi


bagi kebanyakan negara. maka fokus memperkasakan SME
adalah penting untuk negara-negara TPPA. (SME Malaysia
menyumbang 33.1% kepada KDNK dan 57.5% kepada
pekerjaan)
Atas sebab itu, TPPA adalah perjanjian perdagangan yang
pertama yang mempunyai satu bab khas berkenaan SME.
Kesemua FTA sebelum ini tidak ada. (Rujuk Chapter 24: Small
and Medium Enterprise)
Ada beberapa perkara yang wajar diketahui mengenai SME
dalam bab ini.
Pertama, TPPA akan menubuhkan sebuah jawatankuasa
SME yang dianggotai oleh setiap negara TPP bagi menyemak
perkembangan SME dan membincangkan keperluan SME
bagi negara masing-masing. (Rujuk Bab 24, Artikel 24.2 SME
Committee)
Ini bermaksud, agenda SME akan sentiasa dikemas kini,
ditambah baik dan diubah mengikut kehendak semasa.
Kedua, sebuah laman web interaktif khusus untuk SME
diwujudkan bagi menyenaraikan kesemua SME yang ada. Ia
bagi tujuan pemasaran dan networking. (Rujuk Bab 24, Artikel
24.1.2, Information Sharing)
Ketiga, segala proses perundangan, imigresen, dan kastam
akan didigitalkan bagi memudahkan urusan perniagaan
dan mengurangkan kos SME. (Rujuk Bab 24, Artikel 24.1.2,
Perkongsian Maklumat dan Bab 14, E-Commerce)

21

Keempat, Malaysia diberikan kebenaran untuk membantu


pembangunan SME (dalam bentuk polisi, kewangan dan
subsidi) di dalam dan untuk ke luar negara.
Kesemua ini adalah antara langkah yang diambil untuk
membantu SME apabila TPPA dilaksanakan. Tetapi bagaimana
pula halnya dengan perolehan dari GLC (SOE) untuk SME?
Berkenaan dengan isu State-Owned Enterprise (SOE), hasil
rundingan TPPA telah membawa kepada beberapa kriteria dan
fleksibiliti.
Antaranya, SOE yang tertakluk kepada TPPA adalah SOE
milik kerajaan pusat yang menjalankan aktiviti komersial
sahaja. (Rujuk Bab 17, Artikel 17.1 Definisi, Annex 17-D (e),
Application to Sub-Central State-Owned Enterprises)
SOE ini mestilah mempunyai pendapatan tahunan sebanyak
RM 1.2 bilion setahun. Dalam kes Malaysia, had yang diperolehi
adalah RM3 bilion.
Oleh itu, SOE seperti KWSP, KWAP, PNB, LTAT, SOE milik
kerajaan negeri serta SOE bukan komersial (MARA, Ekuinas,
Teraju) tidak tertakluk kepada Peraturan SOE TPPA. (Rujuk
Annex 17-F Malaysia)
Khazanah sebagai dana kekayaan negara mendapat beberapa
pengecualian. Antaranya, hak untuk menetapkan sebarang
syarat dalam pelupusan aset sektor strategik. (Rujuk Bab 17,
Artikel 17.13 Exception)
Felda Global Venture (FGV) dibenarkan membeli hasil daripada
peneroka atas tujuan komersial. (Rujuk Annex IV, Schedule for
Malaysia (5))
22

Institusi pembangunan kewangan seperti SME Bank, Exim


Bank hanyalah untuk rakyat Malaysia sahaja dan tidak dibuka
kepada luar. (Rujuk Annexx IV, Schedule for Malaysia (6))
Dengan kriteria-kriteria tersebut, sebenarnya tidak begitu
banyak SOE yang bakal dibuka perolehannya kepada negaranegara luar. Dan SOE yang tertakluk pada Peraturan SOE
TPPA pula dibenarkan untuk memberi sehingga 40% perolehan
kepada SME, Bumiputera dan syarikat Sabah Sarawak. (Rujuk
Annex IV, Schedule for Malaysia)
Sememangnya terdapat kos atau trade-off dalam perjanjian ini.
Namun ia adalah controlled-trade off dan bukannya membuka
membabi buta.

23

HARGA UBATHARGA NAIK ATAU


OBAMA TIPU?
Sesiapa sahaja pasti berasa marah jika harga barang naik. Apatah
lagi kenaikan tersebut melibatkan harga ubat.
Kita diberitahu bahawa TPPA akan menaikkan harga ubat
sehingga 80% di Malaysia. Ini berikutan di bawah TPPA, isu
paten dan hak cipta akan menjadi lebih ketat dan dipanjangkan.
Hasil daripada pemanjangan tempoh perlindungan paten dan
perubahan dasar perlindungan data klinikal akan menyebabkan
kelewatan ubatan generic yang lebih murah harganya untuk
memasuki pasaran Malaysia.
Jika dilihat dari apa yang dirundingkan, TPPA sememangnya
meletakkan standard yang tinggi kepada hak cipta dan paten.
Namun, perlindungan paten dalam TPPA tidak berbeza dengan
peraturan sedia ada di Malaysia. Baik TPPA mahukan undangundang paten Malaysia, kedua-duanya memberi perlindungan
paten selama 20 tahun. (Rujuk Akta Paten 1983 dan Bab 18
Harta Intelek)
Jika berlaku kelewatan pemberian paten, negara TPPA perlu
melanjutkan tempoh perlindungan. Walau bagaimanapun
proses mendapatkan paten ubat di Malaysia adalah efisien
24

dengan purata 245 hari. (Rujuk Bab 18 Artikel 18.46 Pelarasan


Tempoh Paten kerana Kelewatan Pejabat Paten)
Isu yang menjadi tunjang terhadap ketakutan orang ramai
adalah berkenaan perlindungan data klinikal (data exclusivity).
Data ini adalah maklumat uji kaji yang akan digunakan oleh
pengusaha ubat generik untuk menghasilkan ubat sama yang
lebih murah.
Adakah berlaku perbezaan di antara TPPA dan sekarang?
Jawapannya, tidak. Dasar sedia ada di Malaysia melindungi data
ujian klinikal ubatan berasaskan kimia selama 5 tahun. TPPA
tidak mengubah tempoh tersebut. Jadi, ubat generik masih boleh
dihasilkan seperti biasa selepas TPPA berkuat kuasa. (Rujuk Bab
18 Harta Intelek)
Dalam TPPA, Malaysia berjaya mendapatkan access window)
yang mewajibkan syarikat farmaseutikal untuk memfailkan
permohonan kebenaran memasarkan ubat di Malaysia dalam
tempoh 18 bulan selepas ubat tersebut memasuki pasaran
pertamanya.
Ini bermaksud, tempoh perlindungan paten dan data
exclusivitiy) akan berjalan serentak dan memastikan ubat yang
lebih murah (generik) lebih cepat memasuki Malaysia.
Untuk pengetahuan juga, TPPA memberikan fleksibiliti kepada
kerajaan ketika menghadapi epidemic dan krisis wabak penyakit.
Kerajaan dibenarkan untuk mengarah syarikat farmaseutikal
membekalkan ubat dengan segera untuk menangani wabak yang
berlaku. (Rujuk Bab 18, Artikel 18.6 Persefahaman Mengenai
Langkah-Langkah Keselamatan Awam)

25

Memandangkan duti import akan dimansuhkan untuk ubatubat daripada negara TPP, kemungkinan besar ubat-ubat
tersebut akan menjadi lebih murah. Perkara ini juga disahkan
oleh Barack Obama ketika menjawab soalan di Kuala Lumpur
baru-baru ini. (Yang mana ucapan beliau telah diputar belit oleh
Mkini yang kemudiannya memohon maaf.)
Pengkritik TPPA mungkin tidak akan menerima penjelasan
ini. Mereka akan berkata semua ini hanyalah teks yang tidak
membawa sebarang makna.
Lalu mereka akan memberikan fakta tentang apa yang berlaku
di Jordan selepas negara tersebut menandatangani FTA pada
tahun 2000. Mereka akan menunjukkan bahawa harga ubat di
Jordan telah meningkat sebanyak 20% dan industri ubat generik
telah mati sama sekali dengan kedatangan FTA.
Namun mereka bersikap selektif dan tidak menceritakan hal
sepenuhnya. Jika tidak mereka akan memberitahu bahawa
sebanyak 80 ubat inovatif yang baru telah dihasilkan di Jordandi mana kadar ini adalah sekali ganda lebih tinggi daripada
penemuan ubat berasaskan dadah. Apa maknanya di sini?
Maknanya adalah, rakyat Jordan mendapat akses ubat yang
lebih berkualiti dan ini menjelaskan mengapa harga ubat
yang berasaskan dadah menjadi lebih mahal (kerana kurang
sambutan).
Menyuarakan kebimbangan orang ramai berkenaan isu kos
penjagaan kesihatan dan harga ubat adalah suatu perkara yang
murni. Mana-mana perjanjian perdagangan tidak seharusnya
menjadikan kesihatan dan ubat-ubatan sebagai instrument
untuk mengaut keuntungan berlebihan.
26

Memandangkan TPPA mempunyai klausa yang tidak membawa


kepada perkara tersebut, adalah lebih bertanggungjawab bagi
golongan yang membantah TPPA untuk tidak menjadikan hal
ini sebagai asas utama bangkangan.
Memainkan ketakutan orang ramai melalui aspek kesihatan
bukan sahaja tidak bermoral, malah tidak sihat. (Literally).

27

TPPA, QU PUTEH
DAN TRW
Ini bukanlah analisa berkaitan dengan Dato Vida.
Ia juga bukan berkisar kepada Pamoga Qu Puteh, jersi merah
jambu mahupun proses pemvidaan pasukan bola Kelantan.
Ia adalah berkenaan dengan isu TPPA.
Jangan salah faham, artikel ini bukanlah bertujuan untuk
menjadikan diskusi TPPA semudah perbincangan Qu Puteh.
Sebaliknya, ia bertujuan memberikan gambaran mudah
mengapa Malaysia perlu menyertai TPPA.
Antara persoalan yang dibangkitkan oleh gerakan Bantah TPPA
adalah tidak bolehkah jika Malaysia sekadar menghapuskan tarif
import/eksport tanpa TPPA? Adakah selama ini pengeksport
kita menghadapi masalah berdagang dengan negara-negara
TPPA sehinggakan kita memerlukan perjanjian seumpamanya?
Jika selama ini kita boleh menjadi negara dagang ke 17 terbesar
di dunia tanpa TPPA, mengapa perlunya ada TPPA?
Kesemua persoalan asas ini menuntut penjelasan.
Sedikit latar belakang: Dalam dunia yang semakin terbuka di
mana negara berdagang antara satu sama lain, setiap negara

28

menjadi semakin kompetitif. Jika dahulunya negara yang kaya


dengan sumber asli mungkin boleh menjadi self-sustainable.
Tetapi dengan kewujudan negara-negara yang mahir dalam
menambah nilai kepada sumber asli dan kemudiannya menjual
kembali ke negara-negara lain, negara yang kaya dengan sumber
asli terpaksa akur dan mempelajari dari negara mahir dengan
cara membuka pasaran mereka.
Jika mereka tidak membuka pasaran, mereka akan ketinggalan.
Mereka tidak boleh mengharapkan menutup pasaran mereka
tetapi pada masa yang sama ingin menjual produk mereka ke
serata dunia.
Apabila mereka membuka pasaran, mereka terpaksa bersaing
dalam mendapatkan tenaga buruh, kepakaran dan pelaburan.
Maka lama kelamaan, hampir setiap negara berdagang antara
satu sama lain kerana itulah cara ke hadapan. Bahkan China
yang diketahui mengamalkan konsep pasaran tertutup sudah
menjadi sebahagian daripada komuniti perdagangan dunia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pasaran
terbuka walaupun masih melindungi beberapa industri strategik
sensitif. Namun begitu, kita masih menjadi di antara negara
yang kompetitif dalam perdagangan.
Tetapi keadaan ini tidak akan kekal selamanya. Dahulunya
Malaysia dikenali kerana tenaga buruh yang cekap tetapi murah.
Kestabilan politik juga menjadi faktor. Akan tetapi negaranegara serantau sudah boleh mencabar negara kita. Vietnam
semakin kompetitif dengan kos tenaga buruhnya. Kestabilan
politik Indonesia menjadikan negara tersebut sebagai pesaing
kita. Suatu hari, Malaysia pasti ketinggalan jika sesuatu tidak
dilakukan.
29

Apabila inisiatif TPPA digerakkan, ia adalah satu peluang yang


boleh meningkatkan daya saing Malaysia sekaligus menjadikan
negara lebih kompetitif. Namun TPPA hadir dengan kosnya
tersendiri. Ada beberapa perkara yang perlu dikorbankan untuk
kita menikmati faedah dalam TPPA.
Situasi ini, jika boleh diibaratkan, adalah seperti pasukan The
Red Warrior yang dipinang oleh Qu Puteh.
Liga super boleh diibaratkan seperti ekonomi dunia sekarang
yang bersifat global dan kompetitif.
Kita semua tahu liga super adalah liga yang amat kompetitif.
Kelantan adalah pasukan yang hebat tetapi sejak dua tiga musim
ini telah dicabar oleh pasukan-pasukan yang mempunyai poket
yang tebal seperti JDT.
Dalam konteks ini, JDT adalah negara membangun yang telah
menggugat TRW (Malaysia).
Oleh itu, kesediaan Qu Puteh membiayai TRW berupaya
menjadikan pasukan tersebut lebih kompetitif untuk bersaing
dalam Liga Super.
Jika tajaan Qu Puteh membolehkan TRW membayar tunggakan
gaji pemain, mendapatkan pemain berkualiti dan menyusun
kembali pengurusan kelab, TPPA memberikan Malaysia akses
pasaran baru khususnya di 4 buah negara iaitu AS, Kanada,
Mexico dan Peru.
Antara produk negara yang bakal mendapat pemansuhan tarif
di negara-negara ini adalah produk elektrikal (RM 103.29 bn),
kimia & petrokimia (RM 56.09 bn), kayu-kayan (RM 9.96 bn)
dan getah (RM 6.95 bn).
30

Jumlah eksport yang diberikan adalah jumlah semasa ke pasaran


negara-negara TPP. Sudah tentu jumlahnya akan meningkat
kerana mendapat akses ke pasaran baru.
Berbalik kepada analogi Qu Puteh - sudah tentu pembiayaan
hadir dengan syarat. Sebagaimana TPPA yang menetapkan
setiap negara membuka sesetengah perkara, begitu jugalah Qu
Puteh yang mahu mengubah nama TRW, warna jersi, warna
stadium dan menetapkan berbelas syarat lain.
TRW boleh menolak pinangan Qu Puteh sebagaimana Malaysia
tidak dipaksa untuk sertai TPPA. TRW boleh kekal dengan jersi
berwarna merah, nama tidak diubah dan stadium tidak dicat
merah jambu. Namun, Liga Super tetap berjalan dan TRW
masih perlu bersaing.
Dalam hal ini, bolehkah TRW bersaing sama hebat dengan
pasukan JDT, Selangor, Terengganu dan Felda Utd?
Demikianlah nasib yang dialami Malaysia sekiranya tidak sertai
TPPA. Kita tidak perlu berubah dan status quo dapat dikekalkan.
Business as usual.
Walau bagaimanapun, TPPA akan tetap dilaksanakan tanpa
Malaysia. Tidak berapa lama dari sekarang, Vietnam akan
mengejar kita, Kemungkinan syarikat Malaysia sendiri akan ke
sana kerana negara tersebut menjadi lebih kompetitif.
Singapura akan terus meninggalkan kita dan pelaburanpelaburan berkualiti akan ke sana.
Kita juga boleh mengucapkan selamat tinggal kepada akses
pasaran baru seperti AS, Kanada, Peru dan Mexico.

31

Jika pada waktu itu kita mahu sertai TPPA, kita tidak akan
menikmati first-mover advantage. Lebih teruk, kita terpaksa
mengikut apa terma-terma yang telah ditetapkan. Pengecualian
dan fleksibiliti yang diperolehi mungkin tidak sama sebagaimana
sekarang.
Bayangkan TRW menolak pinangan Qu Puteh hari ini. Tetapi
selepas 2-3 musim, mereka pula meminang Qu Puteh. Tidak
mustahil di waktu itu syarat yang dikenakan lebih dahsyat. Silap
hari bulan Tan Sri Anuar Musa dan Piya terpaksa minum jus
pamoga dan disiarkan secara langsung ketika konsert Gegar
Vaganza musim keenam.
(Untuk makluman, dalam analogi ini Dato Vida bukanlah
Amerika Syarikat)

32

SYARIKAT
MENGAWAL
KERAJAAN?
Antara ketakutan terbesar orang ramai apabila berbicara soal
TPPA adalah kemungkinan syarikat-syarikat gergasi luar negara
akan menguasai kerajaan.
Kita diberitahu, TPPA akan menjadikan syarikat-syarikat
ini kebal dari segi undang-undang. Kemahuan mereka perlu
dituruti, kemahuan mereka harus dipenuhi. Pelaburan mereka
tidak boleh disentuh atau kerajaan bakal jatuh.
Tribunal ISDS (Investor-State Dispute Settlement) boleh
mengheret kerajaan.
Tribunal ini dikatakan sebagai pro-syarikat dan bersedia
mengenakan denda yang tinggi kepada mana-mana kerajaan
yang dilihat mengganggu pelaburan syarikat-syarikat tersebut.
Kerajaan bakal muflis.
Benarkah?
Pertama sekali yang perlu diketahui adalah ISDS bukanlah
perkara baru untuk Malaysia. ISDS sudah lama wujud dan
diguna pakai dalam 74 bilateral investment treaties dan 8 FTA
yang ditandatangani Malaysia.

33

Malahan, terdapat beberapa kes sebelum ini yang berkaitan


Malaysia di dalam ISDS yang mana tidak ada satu pun
melibatkan ganti rugi berbilion ringgit. (Rujuk kes Philippe
Gruslin vs Malaysia 2000 dan Malaysian Historical Salvors Sdn
Bhd vs Malaysia 2006)
Syarikat-syarikat Malaysia juga mengguna pakai ISDS untuk
membuat tuntutan berkaitan pelaburan mereka di luar negara.
Antaranya adalah MTD Equity Sdn Bhd vs Chile 2001 dan
Telekom vs Ghana 2003.
Oleh itu, ISDS bukanlah untuk syarikat luar semata-mata. Ia juga
diperlukan bagi melindungi kepentingan pelaburan syarikat
Malaysia di luar khususnya di negara TPPA.
Untuk rekod, setakat 2015 - jumlah pelaburan syarikat Malaysia
ke luar adalah RM601.6 bilion berbanding dengan jumlah
pelaburan asing ke Malaysia sekitar RM500.2 bilion.
Walau bagaimanapun sekadar menyatakan ISDS diperlukan
untuk kepentingan syarikat Malaysia tidak cukup untuk
membuktikan bahawa ianya mampu memufliskan negara.
Jadi perkara kedua yang harus diberikan perhatian adalah
perbezaan ISDS di bawah TPPA berbanding dengan ISDS
sebelum ini.
Perbezaan terbesar adalah kuasa ISDS tidak tertakluk
kepada tafsiran arbitrator semata-mata. TPPA memberikan
kuasa kepada kerajaan (melalui suruhanjaya TPPA) untuk
mengeluarkan tafsiran bagi peruntukan di bawah bab pelaburan.
(Rujuk Bab 9, Artikel 9.24 Governing Laws )

34

Perkara ini sekaligus mengurangkan kuasa syarikat yang selama


ini dikatakan berupaya mendapatkan arbitrator yang pakar
untuk memihak kepada mereka.
Perbezaan seterusnya adalah kewujudan klausa yang mewajibkan
pelabur asing yang terjejas dengan sebarang tindakan kerajaan
untuk menyelesaikan pertikaian dalam tempoh 6 bulan melalui
proses mediasi. (Rujuk Bab 9, Artikel 9.17, Consultation and
Negotiation)
Ini untuk memastikan sebarang pertikaian tidak semestinya
perlu berakhir di tribunal ISDS.
Berbeza dengan ISDS sebelum ini, TPPA mewajibkan pelabur
membuktikan kerugian yang dialami akibat pelanggaran
kewajipan dalam Bab Pelaburan. Ini bermaksud, beban untuk
membuktikan tuntutan jatuh kepada pelabur. Sebelum ini,
beban tersebut di bahu kerajaan. (Rujuk Bab 9, Artikel 9.22
Conduct of Arbitration)
Pelabur juga hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan yang
melibatkan pelaburan asal dan bukannya bergantung kepada
keuntungan masa hadapan (future projected profit). (Rujuk Bab
9, Artikel 9.28 Awards)
Oleh itu, kerajaan tidak akan muflis sekalipun disabitkan
kesalahan kerana jumlah pampasan telah dihadkan.
Pertikaian yang ingin dibawa juga mestilah perkara yang
berlaku tidak lebih daripada 3 tahun. Selepas tempoh tersebut,
ianya tidak sah dan tidak boleh dibawa ke tribunal ISDS. (Rujuk
Bab 9, Artikel 9.20 Conditions and Limitations on Consent of
Each Party)

35

Prosiding ISDS di bawah TPPA juga lebih telus kerana


perbicaraan terbuka kepada orang awam dan notis timbangtara,
pembelaan, penyerahan ganti rugi diumumkan kepada orang
awam. (Rujuk Bab 9, Artikel 9.23 Transparency of Arbitral
Proceedings)
Baru-baru ini seorang profesor telah berkata bahawa di bawah
TPPA, syarikat yang melakukan pencemaran melalui aktiviti
bauksit tidak boleh diganggu kerajaan. Kononnya jika kerajaan
berbuat demikian, kerajaan boleh disaman.
Hakikatnya tidak. TPPA tidak menghalang kerajaan untuk
mengawal selia, menguatkuasakan undang-undang serta
melakukan sesuatu dalam perkara-perkara yang melibatkan
kesihatan awam, keselamatan negara dan alam sekitar. (Rujuk
Bab 29, Artikel 29.1 General Exceptions)
Dalam hal ini, bukan sahaja bauksit, perniagaan vape juga boleh
diharamkan atas faktor kesihatan awam.
Jadi, di manakah aspek kerajaan akan dikawal oleh ISDS
sebagaimana digembar gemburkan?
Apa yang jelas adalah, hasil rundingan TPPA telah membawa
konsep ISDS yang ternyata jauh berbeza dan lebih banyak
menitik beratkan kepentingan kerajaan berbanding syarikatsyarikat gergasi.
Memang benar TPPA akan mengubah cara kita berdagang,
berniaga dan mengurus tadbir. Tetapi untuk menakut-nakutkan
orang ramai yang mudah terpengaruh bahawa TPPA merupakan
alat AS untuk menjajah dan membeli kedaulatan negara adalah
sesuatu yang tidak tepat, malah keterlaluan.

36

Dahulunya ketika WTO ingin diwujudkan (yang juga diketuai


oleh AS), ketakutan dan isu kedaulatan ini turut dimainkan.
Tetapi Malaysia tetap bersetuju menjadi ahli WTO pada 1995.
Hasilnya, pada suatu ketika, kita menjadi negara dagang ke 17
terbesar dunia.
Kita tidak tahu apa yang terjadi hari ini sekiranya kita tunduk
kepada ketakutan pada masa itu dan tidak menyertai WTO 20
tahun yang lepas.
(Saya mungkin dilabel sebagai pro-AS atau ahli keluarga
Rockefeller or whatever, tetapi saya menulis bukanlah kerana
sayangkan negara Uncle Sam tersebut. Sebaliknya saya menulis
berkenaan TPPA kerana mahu orang ramai memahami isi
kandungan yang telah dirundingkan oleh pasukan Malaysia.
Sama ada mahu terus membantah, itu adalah hak kalian.)

37

MENJAWAB 10
DAKWAAN ISMA
AZWAN OMAR

Baru-baru ini ISMA telah mengeluarkan risalah berkenaan 10


ancaman TPPA kepada Malaysia. Berikut merupakan jawapan
kepada 10 perkara tersebut:
1) Penindasan terhadap usahawan Bumiputera
Perolehan Kerajaan (GP) di dalam TPPA diterangkan secara
terperinci di Bab 15 dan Annex yang berkaitan. Dasar Bumiputera
telah diiktiraf oleh negara-negara anggota TPP serta Perolehan
Kerajaan masih mengambil kira usahawan Bumiputera.
Pihak Kerajaan telah berjaya merundingkan nilai perolehan
threshold (had) yang paling tinggi di kalangan negara anggota
TPP.
Sebagai contoh, di dalam Peraturan GP TPP untuk Perolehan
Kerajaan berasaskan perkhidmatan pembinaan (Construction
Services), nilai had untuk 5 tahun pertama adalah RM 315 Juta,
dan secara berperingkat di dalam tempoh 20 tahun ke nilai had
umum iaitu RM 70 Juta pada tahun ke 21.
Ini bermaksud, projek-projek di bawah RM315 juta boleh
diagihkan secara amalan biasa dan tidak tertakluk dengan
peraturan GP TPP.
38

Malah, Dasar Bumiputera terjamin apabila Perolehan Kerajaan


di atas nilai had, Kerajaan masih boleh memberikan kontrak
perolehan sehingga 30% dari jumlah perolehan kepada
Usahawan Bumiputera yang layak berdasarkan Peraturan GP
TPP.
Ini bermakna Dasar Bumiputera dikekalkan dan diiktiraf.
Tempoh peralihan yang diberikan kepada Malaysia adalah
untuk memberikan tempoh peralihan yang selesa (20 tahun)
kepada usahawan-usahawan Bumiputera untuk membiasakan
diri dengan peraturan GP TPP.
Selepas tahun ke 21, Usahawan Bumiputera masih menikmati
hak pemberian 30% keutamaan seperti yang dijanjikan oleh
Perlembagaan Malaysia. Namun, mereka haruslah berubah dan
bersedia dengan Peraturan GP TPP yang lebih telus dan terbuka.
2) Keselamatan makanan negara terancam
Pengimportan dan pengedaran Beras masih dikekalkan kepada
Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) di dalam TPP. BERNAS
akan tetap meneruskan kaedah pengimportan semasa dan tidak
terjejas dengan TPP.
Walaupun Duti Import produk Beras akan dihapuskan, Beras
keluaran Amerika Syarikat (AS) amatlah tidak bersesuaian
dengan citarasa dan menu masakan rakyat Nusantara.
AS mengeluarkan Beras Calrose yang lebih mahal (harga
semasa sebelum TPP, RM 12++/kilogram). Beras Calrose
mempunyai tekstur seperti Beras Sushi di Jepun. Berapa ramai
rakyat Malaysia yang menggunakan jenis beras tersebut dalam
masakan?
39

BERNAS kini mengimport beras dari negara-negara rakan


ASEAN seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam dengan kadar
kurang dari RM 5.00/kilogram. Maka dakwaan ISMA bahawa
keselamatan makanan negara terancam adalah tidak berasas.
3) Penghapusan Sijil Halal
Dakwaan ISMA mengenai isu ini adalah tidak tepat dan
mungkin tidak merujuk kepada teks rundingan sebenar TPPA.
Dalam teks rundingan, persijilan Halal tidak dikira sebagai
Non-Tariff Barrier (NTB), (Halangan Bukan Tarif) di dalam
TPP. (Bab 7, Artikel 7.3 Sanitari dan Fitosanitari)
Persijilan Halal dikekalkan bagi mana-mana produk dan
perkhidmatan yang keluar masuk ke pasaran Malaysia. Ini
jelas menunjukkan persijilan Halal diiktiraf oleh Perdagangan
Antarabangsa kerana potensi dari pasaran dunia islam yang
meluas pada masa akan datang.
Ada suara-suara yang mengatakan kita tidak mampu menyekat
kemasukan produk Genetic Modifed Organics (GMO). Namun
TPPA memberi jaminan bahawa negara anggota berhak untuk
mengekalkan peraturan kawal selia sedia ada bagi pengimportan
Produk berasaskan bioteknologi. (Rujuk Bab 2, Artikel 2.29
Perdagangan Berkenaan Produk Bioteknologi Moden)
Malaysia bertuah kerana Brunei telah sepakat untuk bersamasama dalam rundingan untuk memperjuangkan persijilan Halal.
Ini kerana ia bukan sahaja atas tuntutan agama bahkan sijil halal
telah menjadi satu keperluan bagi pasaran negara Muslim kini
dan masa akan datang.

40

4) Kedaulatan Undang-Undang Negara Dicabar


Dakwaan ISMA adalah mengelirukan orang ramai. Kerajaan
Persekutuan dan Parlimen Malaysia tetap berkuasa untuk
merangka, membahas, melulus dan meminda apa-apa sahaja
undang domestik untuk kepentingan rakyat.
Mekanisma Penyelesaian Pertikaian (ISDS) telah dirangka
berhati-hati oleh pasukan perunding Malaysia dan negaranegara TPP yang lain untuk memastikan tiada kes-kes tidak
munasabah seperti yang berlaku dalam FTA-FTA sebelum ini.
Hakikatnya, tidak ada FTA yang mempunyai mekanisma ISDS
sama seperti ISDS dalam TPP. Contohnya, tiada lagi kuasa tanpa
had diberikan kepada Penimbang Tara Pihak Ketiga (Arbitrator),
sebaliknya peranan kerajaan untuk mentafsir undang-undang
tersebut dimasukkan di bawah ISDS TPP.
Pasukan Perunding telah belajar dari kelemahan ISDS terdahulu
dan memastikan ISDS TPP adalah lebih adil bagi kedua-dua
Kerajaan dan Pelabur.
5) Tanah Rizab akan Tergadai
Hal berkaitan Tanah Rizab Melayu adalah di bawah pentadbiran
dan kuasa Kerajaan Negeri seperti yang dijamin oleh
Perlembagaan Persekutuan.
Aktiviti Ali Baba yang menjual tanah rizab Melayu banyak
dipelopori oleh golongan peniaga bumiputera/Melayu yang
tidak bertanggungjawab. TPP tidak ada kaitan di dalam amalan
yang korup ini kerana ianya telah berlarutan sejak sekian lama.

41

TPP ataupun tidak, isu tanah rizab bergantung kepada jati diri
dan perangai bangsa melayu sendiri.
6) Filem-Filem Lucah Tidak boleh dihalang
Kerajaan masih mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan untuk kepentingan Rakyat.
Dalam hal ini, peraturan kawal selia (censorship) masih terpakai
demi menjaga moral awam public moral. (Rujuk TPPA Bab 18
Artikel 18.37 Perkara yang boleh dipatenkan dan Bab 29 Artikel
29.1 Pengecualian Awam serta Akta Penapisan Filem 2002
Seksyen 5 Filem Lucah)
Di samping itu, pihak berkuasa moral bagi orang Islam iaitu
Jabatan-Jabatan Agama Negeri tidak termasuk di bawah
peraturan dan klausa TPP kerana urusan hal ehwal Islam adalah
bidang kuasa Kerajaan Negeri berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan.
7) Peningkatan Harga Ubat sehingga 80%
ISMA tidak menerangkan bagaimanakah kenaikan sehingga
80% berlaku. Apakah asas kepada angka ini?
Harga ubat tidak dipengaruhi oleh Paten semata-mata.
Harga ubat semasa dipengaruhi oleh kos penyelidikan dan
pembangunan ubat, kadar tukaran wang asing, kos pemasaran
dan lain-lain.
Regim paten Malaysia adalah kekal berdasarkan Akta Paten
1983.
Kebiasaannya, ubat-ubat paten lambat masuk ke pasaran
Malaysia. Akan tetapi, regim pengawalan ubat Malaysia
42

mempunyai mekanisma untuk mendaftarkan ubat-ubat baru


ini dengan cepat dan efisien. Oleh itu, tidak ada kelewatan
yang timbul untuk memungkinkan syarikat-syarikat farma
memanjangkan tempoh paten ubat mereka.
Ubat-Ubat generik yang sedia ada juga tidak terjejas. Bahkan
terdapat kemungkinan ubat-ubat generik yang diimport dari
negara-negara anggota TPP akan mengalami penurunan harga
disebabkan oleh penghapusan duti import kemasukan ke
Malaysia.
8) Penindasan Terhadap Pekerja Tempatan
TPP mengguna pakai Deklarasi International Labour
Organisation (ILO) 1983, yang mengharamkan buruh paksa,
buruh kanak-kanak dan diskriminasi dalam pekerjaan.
Regim peraturan buruh TPP adalah lebih adil dan mengambil kira
kebajikan pekerja-pekerja. Kemudahan gaji minima, kebebasan
untuk berpersatuan dan lain-lain. Aspek penguatkuasaan
deklarasi ini juga diperkukuhkan. (Rujuk Bab 19, Artikel 19.5
Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh)
Dakwaan bahawa TPP akan membawa kepada lambakan pekerja
asing di Malaysia adalah tidak berasas.
Ini kerana kemasukan pekerja asing di Malaysia masih tertakluk
kepada dasar-dasar negara yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Tiada kemasukan besar-besaran tanpa kawalan kerana undangundang Imigresen Malaysia tetap terpakai dan dikuatkuasakan.

43

9) Agenda Syarikat Gergasi Amerika-Yahudi


Syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) sudah lama
beroperasi di Malaysia seperti Intel, Freescale, Western Digital
ExxonMobil dan lain-lain. Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (MIDA) menyatakan sehingga tahun 2012, jumlah
Pelaburan Langsung Dalam Negeri (FDI) dari AS adalah RM
47.36 bilion atau 10.2% dari jumlah FDI negara.
Sebahagian daripada syarikat-syarikat sudah bertapak di
Malaysia berdekad lamanya. Adakah ini bermaksud sudah lama
Malaysia dikawal oleh mereka?
Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan
menggalakkan pelaburan luar negara (FDI) yang bertujuan
untuk menambah peluang pekerjaan, meningkatkan gaji, serta
menggalakkan pemindahan teknologi dan lain-lain.
Jepun, China, Korea Selatan dan negara-negara Kesatuan Eropah
juga telah melabur di Malaysia. Bolehkah ini juga dikatakan
sebagai satu bentuk penjajahan?
Melalui TPP, ia akan memberikan persepsi dan keyakinan
kepada pelabur-pelabur luar, walaupun bukan dari negara
anggota TPP, bahawa Malaysia mempunyai tahap tadbir urus
yang tinggi dan komitmen untuk menggalakkan perdagangan
dan pelaburan yang berimpak tinggi.
10) Mengapa Dirahsiakan?
Rundingan TPP membabitkan 12 negara yang secara amnya
akan membawa kepentingan nasional masing-masing.
Rundingan yang bermula dari 4 negara sahaja telah berjalan
selama 10 tahun.
44

Negara-negara anggota rundingan bersetuju menggunakan


kaedah Controlled Secrecy bagi memudahkan perundingan
berjalan dengan lancar dan cepat. Keadah ini membolehkan
negara anggota untuk berkongsi dengan rakyat masing-masing
mengenai posisi negara masing-masing di dalam rundingan
dan tidak mendedahkan kandungan teks perjanjian yang
sering berubah-berubah (Fluid) berdasarkan kemajuan proses
rundingan.
Konsep ini digunapakai selepas kegagalan Pusingan Doha
(Doha Round) yang masih tidak berjaya dimuktamadkan.
Disamping itu, dakwaan bahawa Ahli-Ahli Parlimen tidak
terlibat di dalam proses rundingan adalah sangat mengelirukan.
Parlimen telah bersetuju menubuhkan Kaukus Ahli Parlimen
mengenai TPPA yang dicadangkan sendiri oleh Ahli Parlimen
Lembah Pantai. Jawatankuasa bi-partisan ini dianggotai
oleh 6 orang Ahli Parlimen BN dan 5 orang Ahli Parlimen
Pembangkang dan telah didedahkan dengan hasil rundingan
TPPA.
Sejak 15 Julai 2013 sehingga 30 November 2015, Kaukus ini telah
bersidang sebanyak 25 kali ini tidak termasuk bilangan sideline
meetings yang diadakan dengan stakeholders.
Sejak Malaysia menyertai rundingan, lebih 150 pertemuan,
dialog dan perbincangan dibuat dengan persatuan peniaga,
NGO, ahli akademik dan institut pemikir bagi memberi
penerangan dan mendapatkan maklum balas.
Di samping itu, Malaysia menggunakan konsep Cleared
Advisor (CA) dimana pakar-pakar dijemput dan diberikan

45

akses untuk menelaah teks perjanjian yang fluid itu dan


menasihati Kerajaan. Malaysia mempunyai lebih dari 20 CA
yang ikhlas membantu, cumanya mereka harus menandatangani
Non Disclosure Agreement (NDA) untuk tidak mendedahkan
teks kepada umum.
Ironinya, ada kononnya pejuang ekonomi melayu dan
bumiputera mengambil posisi untuk tidak bersama pasukan
perunding hanya kerana alasan yang mudah. Kerajaan tidak
melaksanakan permintaan kami. Apa itu ikhlas?
Ia bukanlah suatu proses yang dirunding dengan penuh
kerahsiaan tanpa mendapatkan pandangan pihak-pihak
berkepentingan.

46

BOLEHKAN GAJI
PEKERJA
MENINGKAT DI
BAWAH TPPA?
Selepas kerajaan, SME merupakan majikan terbesar di negara
kita. Lebih 95% syarikat merupakan SME dan SME menggaji
53% tenaga kerja di Malaysia.
Kita sedia maklum bahawa gaji purata di Malaysia adalah agak
stagnant dengan kenaikan sekitar 2% setahun. Jumlah ini
adalah lebih rendah daripada kadar inflasi negara iaitu 3-4%.
Antara sebab mengapa perkara sedemikian berlaku berikutan
kebergantungan majikan SME kepada buruh asing yang bersedia
dibayar rendah dan sanggup melakukan pekerjaan bahaya, kotor
dan tidak glamor.
Oleh itu, pengusaha SME memperoleh keuntungan hasil
daripada kos perniagaan yang rendah. Model perniagaan ini,
walaupun ada meritnya, tetapi akan terjejas di bawah TPPA.
Namun, perubahan tidak semestinya membawa kepada
keburukan. Perubahan struktur atau model perniagaan SME
kemungkinan akan membawa kepada kenaikan gaji pekerja.
47

Kita lihat bagaimana industri minyak dan gas yang telah


diliberalisasikan dan dibuka atas desakan pemindahan teknologi
dan persaingan. Apabila pemain-pemain antarabangsa masuk
ke Malaysia dan memulakan operasi, mereka bersaing untuk
mendapatkan bakat terbaik dalam industri untuk bekerja
dengan mereka. Pelbagai insentif lumayan termasuk gaji pokok
yang tinggi serta elaun-elaun yang lain.
ExxonMobil, Schlumberger, Halliburton, Hess, Murphy adalah
nama-nama besar yang telah lama menjadi partner di dalam
rangka operasi Petronas. Mereka mempunyai kapasiti yang
cukup untuk menggegar pasaran bakat tempatan
Hal ini telah memaksa pemain tempatan (Petronas) untuk
merombak pakej pekerja mereka supaya mereka kekal
kompetitif. Di akhirnya, purata gaji di sektor minyak dan gas
kini adalah yang tertinggi di Malaysia. Yang mendapat manfaat
adalah rakyat Malaysia sendiri. Hays Group, perunding kerjaya
ternama global di dalam Global Salary Guide 2013 menyatakan,
purata gaji tahunan bagi bagi pekerja tempatan bagi sektor ini
adalah sebanyak USD 47,900 atau lebih RM 150,000.
TPPA juga akan melakukan perkara yang sama apabila pasaran
kita dibuka untuk produk-produk dan perkhidmatan dari
negara-negara TPP.
Malaysia adalah pintu masuk pasaran ASEAN. Ini berikutan
sumber manusia dan tenaga kerja kita adalah mesra pelabur
kerana kebolehan rakyat Malaysia bertutur dalam bahasa
Inggeris di samping mempunyai budaya kerja yang tidak
hostile seperti di sesetengah negara maju. Ini adalah resipi yang
baik untuk pelabur.

48

Pada masa yang sama pelabur luar mampu untuk membayar


gaji yang tinggi disebabkan kadar tukaran wang mereka yang
tinggi berbanding dengan Ringgit Malaysia. Dalam keadaan
ini, pelabur-pelabur baru pasca TPPA akan bersaing sesame
sendiri untuk mendapatkan bakat tempatan. Sebagaimana apa
yang berlaku dalam industri minyak dan gas, begitu jugalah
keadaannya dengan perusahaan SME Malaysia.
Ada yang berpendapat Malaysia boleh menaikkan kadar
pendapatan pekerja tanpa perlu menyertai TPPA. Pandangan
ini ada kebenarannya.
Namun, bersediakah pengusaha-pengusaha SME di Malaysia
mengubah struktur perniagaan mereka, mengurangkan
kebergantungan kepada buruh asing dan membayar tenaga
tempatan pada kadar yang menarik jika tidak ada faktor
mendesak?
TPPA memberikan faktor desakan untuk mereka berubah
daripada perniagaan berasaskan buruh murah kepada
perusahaan yang bernilai tinggi melalui tenaga kerja yang cekap,
efisien dan berteknologi tinggi.
Jika SME enggan berubah, mereka akan ketinggalan. Apabila
persaingan berlaku, syarikat-syarikat akan melabur dalam
teknologi, inovasi dan bakat. Pada mulanya kos-kos ini akan
merendahkan keuntungan mereka tetapi pada jangka masa yang
panjang, ianya akan lebih menguntungkan.
Itu dari sudut peniaga.
Dari perspektif pekerja, TPPA akan menyebabkan Malaysia
menerima pakai hak-hak yang digariskan dalam Deklarasi ILO

49

1998 yang mengharamkan amalan buruh paksa, buruh kanakkanak dan diskriminasi dalam pekerjaan.
Selain itu, Malaysia juga perlu memastikan bahawa hak
berpersatuan, gaji minima, waktu bekerja dan keselamatan
dan kesihatan pekerja wajib dipelihara dalam undang-undang
perburuhan. Aspek penguatkuasaan juga perlu diperketatkan
supaya negara-negara TPPA tidak boleh mengeksploitasi
pekerja demi ekonomi.
Sekiranya persaingan akan membawa kepada kenaikan gaji
purata yang stabil dan tinggi, mengapa mesti kita tolak?
Perubahan sememangnya memeritkan tetapi dalam dunia
sekarang, satu-satunya perkara yang kekal adalah perubahan.
Saya akhiri tulisan ini dengan melontarkan satu persoalan.
Mengapa pelajar-pelajar perubatan Indonesia kini berebut
untuk bekerja di hospital-hospital Malaysia? Mengapa pelajar
perubatan Malaysia di United Kingdom memilih menetap dan
berkhidmat di sana?

50

MEMILIH TPPA
UNTUK TERUS
MEMILIH
Adakah rakyat Malaysia kini lebih suka meletakkan diri mereka
di antara dua pilihan?
Sebagai contoh, perlukah rakyat Malaysia memilih sama ada
beliau adalah Barisan atau Pakatan? Merah atau Kuning?
Progresif atau Konservatif? Islamis atau Nasionalis? Najib atau
Anwar?
Dari sudut politik, ia mungkin adalah perkara biasa. Tetapi
disebabkan politik di Malaysia sudah ke tahap sama ada aku
atau kau, simptom ini telah merebak ke dalam perkara lain.
Hal ini termasuklah dalam isu TPPA. Jika dilihat, penentangan
dan penerimaan TPPA dilihat dari sudut antara Amerika
Syarikat dan China. Mengapa idea ini timbul? Perlukah rakyat
harus memilih sama ada TPPA dan bukan TPPA? Wajarkan
orang ramai diberitahu bahawa pilihan kita hanyalah AS dan
kumpulan Sino-Russia?
Ada yang menganjurkan pendapat bahawa Malaysia harus
mengelakkan dari mengadakan apa-apa jenis kerjasama politik
dan ekonomi dengan beberapa kuasa besar di dunia ini. Mereka
mahukan Malaysia bersifat neutral.

51

Ada pula yang secara agresifnya mengharapkan pimpinan


negara untuk memilih sama ada US atau China. Lalu dianjurkan
cadangan untuk memilih sama ada TPPA atau RCEP. Mereka
percaya Malaysia perlu memilih kawan.
Tetapi di dalam hubungan antarabangsa, sesebuah negara yang
berdaulat boleh memilih antara dua atau berkecuali. Sebab itu
kita ada gerakan multilateral seperti Non Alligned Movement
(NAM) atau ASEAN yang sememangnya dihormati dunia atas
prinsip jelas dan nyata iaitu rantau yang bebas, berkecuali dan
berdaulat.
Di dalam perdagangan antarabangsa, pokoknya adalah untuk
mendapatkan akses pasaran dan keistimewaan berdagang (tarif
dan bukan tarif) dengan sebanyak negara yang kita mampu.
Ini selari dengan ekonomi Malaysia mengamalkan Open
Ekonomi atau pasaran bebas. Kita akan berdagang secara
langsung dengan mana-mana negara di dunia ini yang
mempunyai hubungan diplomatik dengan kita kecuali kecuali
Israel kerana ia adalah negara haram.
Pada masa yang sama, pasaran ekonomi negara kita boleh
dikatakan kecil dengan hanya mempunyai populasi sekitar 30
juta.
Walaupun negara dilimpahi dengan pelbagai sumber asli,
namun kebergantungan kerajaan kepada sumber asli perlu
dikurangkan. Kita boleh lihat bagaimana ganasnya turun naik
harga minyak dunia.
Oleh itu, negara perlu mempelbagaikan sektor ekonomi supaya
menjadi lebih berdaya saing dan berdaya tahan.

52

Maka kita berdagang kerana inilah yang dilakukan oleh hampir


semua negara di dunia. Tidak ada negara yang boleh terus
makmur dan kaya tanpa berdagang antara satu sama lain.
Perdagangan akan membolehkan kita menghasilkan produk
dan menjualnya ke pasaran luar. Kita juga menerima manfaat
dengan kemasukan pelbagai barangan dari luar.
Mengambil kira hal ini, adalah wajar bagi Malaysia untuk
meluaskan perdagangan seluas mungkin selagi mana ia
membawa kebaikan.
Dunia sekarang seakan-akan sudah menuju kepada dua blok
ekonomi yang besar iaitu blok Amerika Syarikat dan Blok SinoRusia. Kita tidak perlu memilih salah satu atau meninggalkan
kedua-duanya.
Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan berdagang dengan
kedua-dua blok. Ia bukan atas faktor geopolitik semata-mata
tetapi dari sudut ekonomi, ia dapat mengurangkan risiko impak
perubahan iklim ekonomi dunia.
Sebagai contoh, Malaysia memutuskan untuk menyertai TPPA
dan RCEP. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah rakan dagang
yang menjalankan perniagaan bersama Amerika Syarikat dan
sekutunya dan turut berdagang dengan China dan sahabatnya.
Selain daripada akses pasaran di negara-negara kedua blok
tersebut, kita juga mendapat akses kemudahan seperti
kemudahan kredit, teknologi dan kepakaran.
Melalui paksi AS, kita akan terus aktif dalam Bank Dunia dan
juga Asia Development Bank (ADB) kelolaan Jepun yang juga
merupakan negara TPPA.

53

Di paksi yang lain pula, kita akan mempunyai akses kepada


Asia Infratstructure Investment Bank (AIIB) anjuran China. Di
samping itu kita turut berpeluang melibatkan diri dalam inisiatif
China- One Belt One Ring (OBOR).
Tidak keterlaluan jika di masa akan datang, kita juga boleh
menyertai kerjasama ekonomi BRICS (Brazil, Rusia, India,
China dan South Africa) memandangkan hubungan baik kita
dengan China dan Afrika Selatan.
Dengan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
berniaga dengan semua, barulah kita dapat memastikan
kedaulatan Malaysia sebagai negara bebas untuk melaksanakan
apa-apa yang terbaik untuk rakyatnya.
Sekiranya blok niaga AS menghadapi masalah dan kemelesetan,
kita masih mempunyai blok perdagangan China.
Dari sudut geopolitik, sekiranya China masih agresif
melanggar kedaulatan Laut China Selatan, kita mempunyai
Blok AS untuk menampung dan mengekang pengaruh China.
Begitu juga sebaliknya.
Pakar-pakar geopolitik seperti Dr Kuik Cheng-Chwee dari
UKM serta Dr Abdul Razak Baginda juga bersetuju Malaysia
harus menggunakan kelebihan ini untuk hedging pengaruh
politik dan ekonomi kedua-dua blok ini.
Kedudukan Malaysia yang strategik dan merupakan kuasa
penting ASEAN memberikan kita peluang untuk melibatkan
diri dalam kedua-dua blok ekonomi. Sememangnya rantau
ASEAN adalah rantau yang bebas dan berkecuali.

54

Tetapi takrifan berkecuali tidak bermaksud kita mengabaikan


kedua-dua blok tersebut. Sebaliknya, kita harus melibatkan
diri dengan memilih untuk berdagang dengan kedua-dua blok.
Dengan cara ini, konsep berkecuali juga dapat diteruskan dan
lebih penting, kepentingan mereka di rantau ini terjaga.
Maka, kenapa ada suara-suara yang menginginkan Malaysia
memilih antara dua? Mengapa harus kita tinggalkan Sino Rusia
kerana kita ada TPP? Mengapa kita harus tolak TPP kerana kita
ada China- RCEP, dan Sino-Russia- OBOR?

PERKARA

AEC

TPP

RCEP

660 Juta

800 Juta

3 Bilion

2.4 Trilion

30 Trilion

17.23 Trilion

Saiz GDP
Global (%)

3.2%

40%

27%

Malaysia
bersama?

YA

YA

YA

Saiz Populasi
Jumlah KDNK
Terkumpul
(USD)

55

POTENSI TPPA +
AEC + RCEP
KEPADA MALAYSIA
MAT RODI & AZWAN OMAR

Apabila kita bercakap mengenai kebaikan dan keburukan TPPA,


kita haruslah mengelakkan diri dari menilai secara silo (berdiri
sendiri). Kita bersikap terbuka dalam menerima faktor-faktor
lain khususnya pendapat yang berbeza.
Dalam Malaysia berunding berkenaan TPPA, tahukah bahawa
Malaysia juga sedang berunding Perjanjian Perdagangan Bebas
Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP)
diantara negara-negara ASEAN dan rakan-rakan dialog utama
ASEAN iaitu China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan
New Zealand.
Dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke 27 yang lepas, kesemua
pimpinan tertinggi negara-negara RCEP komited untuk
memuktamadkan rundingan menjelang akhir 2016.
Pada masa yang sama, ASEAN Economic Community (AEC)
sudah dilancarkan dan dikuatkuasa awal 2016.
Kedua-kedua RCEP dan AEC ini akan membawa Malaysia
memiliki akses pasaran sehingga lebih 3 bilion populasi
penduduk dunia.
56

AEC sendiri akan meletakkan Malaysia sebagai negara ASEAN


yang paling menarik kerana lokasi geografinya di tengah-tengah
rantau Asia Tenggara.
Potensi dan peluang yang besar ini bagaimanapun dijadikan
modal bagi sesetengah pihak untuk menolak TPPA. Mereka
merasakan kita perlu memilih di antara salah satu bukannya
mengambil kesemuanya.
Kemungkinan mereka tidak melihat sinergi di antara 3 blok
perdagangan tersebut kepada Malaysia.
Melalui TPPA, Malaysia akan menjadi destinasi yang sangat
menarik bagi pemodal-pemodal dari negara TPP seperti
Amerika Syarikat, Australia dan Kanada. Namun perlu
diingat, mereka tidak akan membuat pelaburan dalam sektor
perkilangan atau yang berteraskan buruh murah kerana dari
segi itu, Vietnam adalah destinasi terbaik.
Sebaliknya, Malaysia akan menjadi destinasi pelaburan
untuk pelaburan yang bernilai tinggi seperti kajian dan
pembangunan (R&D), reka bentuk, uji kaji dan prototaip.
Hal ini berikutan struktur demografi Malaysia yang berbilang
bangsa (kepelbagaian sampel), tahap literasi, penguasaan
bahasa Inggeris dan rangkaian Universiti-Universiti Tempatan
serta pusat-pusat kajian dan pembangunan yang banyak. Ini
ditambah lagi dengan kos memulakan perniagaan di Malaysia
yang rendah serta iklim perniagaan yang amat kompetitif
berdasarkan Laporan World Bank Doing Business.
Sektor-sektor yang disebutkan sudah tentulah sektor yang
menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi. Sesungguhnya,
ini merupakan peluang kepada generasi muda Malaysia. Hasil
57

dan produk daripada sektor ini pula akan dihantar ke negaranegara ASEAN lain seperti Vietnam, Kemboja, Myanmar dan
Indonesia yang mempunyai kapasiti pengeluaran yang tinggi
tetapi berkos rendah.
Sebagai contoh Sony EMCS, Intel, IBM, Dell, HP, Petroleum
Geo Services, Panasonic, dan Dyson.
Cuba kita kaji mengapakah gaji tenaga kerja di sektor Minyak
dan Gas amat tinggi? Ini kerana apabila pemain-pemain global
seperti Schlumberger, Murphy Oil, ExxonMobil ini masuk
ke negara kita, mereka menggunakan gaji yang tinggi dan
kompetitif untuk menarik bakat-bakat tempatan.
Untuk tidak ketinggalan dalam pasaran modal insan, pemainpemain domestik harus melabur lebih bagi mendapatkan bakat
yang baik. Ini sekaligus menimbilkan perang gaji yang mana di
akhirnya akan menaikkan purata gaji tenaga kerja sektor ini.
Bayangkan potensi yang wujud ekoran kemasukan pelaburpelabur sektor lain melalui TPPA.
Selain itu, kedudukan strategik ASEAN ditambah dengan
sektor logistik yang berkelas tinggi, Malaysia boleh menjadi hub
logistik pengedaran produk dan perkhidmatan untuk negaranegara pengeluar.
Kecekapan pengendalian kargo di pelabuhan-pelabuhan
seperti Penang Port, West Port, North Port dan Pelabuhan
Tanjung Pelepas (PTP) mendapat pujian ramai. Malaysia juga
mempunyai kepakaran perkhidmatan kargo udara oleh pemain
tempatan seperti MasKargo dan antarabangsa Fedex dan DHL
serta kemampuan Malaysia Airport Berhad (MAHB) untuk
mengendalikan lebih 1.2 juta tan kargo setahun (MAHB).
58

Ini akan membawa kepada pertambahan peluang pekerjaan


dalam bidang logistik, perkapalan dan perkhidmatan kargo
udara.
Integrasi ini hanya menjadi kenyataan melalui AEC yang
menjadikan pergerakan modal, tenaga dan produk lebih bebas
dan mudah.
ASEAN kini adalah blok ekonomi ke-7 terbesar di dunia dan
dijangka akan menjadi kuasa ekonomi ke-4 terbesar di dunia
pada tahun 2050. Rantau ini juga dianggarkan mempunyai
sejumlah 125 juta penduduk kelas menengah pada tahun 2025.
Bermakna kuasa beli penduduk serantau kian meningkat.
Sudah pastilah mereka akan membeli dan dahagakan pelbagai
bentuk barangan dan perkhidmatan.
TPPA akan menjadikan sektor-sektor ini menggunapakai
amalan terbaik dalam meningkatkan keupayaan operasi mereka
untuk jangka masa panjang, dan menjadikan mereka lebih
kompetitif.
Dari segi manfaat ekonomi, TPPA dijangka memberikan
peningkatan KDNK dari USD 107 Bilion kepada USD 211
Bilion sepanjang tempoh 2018 sehingga 2027.
Ini adalah TPPA dan AEC. Bagaimana pula dengan RCEP?
RCEP adalah pelengkap kepada sinergi ulung ini.
Selepas TPPA dan AEC mengubah landskap ekonomi negara,
pemain-pemain tempatan yang sudah kompetitif akan
berpeluang untuk memasuki pasaran RCEP yang lebih besar
dan lebih mencabar.

59

Disebabkan perubahan dan proses persediaan pemain-pemain


Malaysia melalui sinergi TPPA dan AEC. Ia menjadikan
mereka lebih mudah untuk berurusan dengan pasaran kerana
sesetengah negara RCEP adalah ahli TPP juga.
Jadi, Malaysia berupaya mendapatkan nilai terbaik dan
maksimum kepada ekonomi negara khususnya kepada peluang
pekerjaan, akses pasaran dan pilihan barangan.
Kemungkinan besar rakan-rakan TPP di dalam RCEP seperti
Australia dan New Zealand akan memilih Malaysia kerana
keharmonian standard perdagangan dari TPP.
Korea Selatan pula, sebagai sekutu kuat Timur Jauh Amerika
Syarikat yang umum mengetahui mempunyai regim
perdagangan yang sangat terbuka juga akan melihat Malaysia
sebagai pintu masuk AEC yang komited serta menepati standard
emas perdagangan dunia.
Itu dari sudut ekonomi dan perdagangan, bagaimana pula
dengan sudut pandang geo-politik?
Dengan menyertai ketiga-tiga blok perdagangan ini, ia
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar
berkecuali dan berdaulat.
Memang benar kita melibatkan diri dalam inisiatif mereka
tetapi kita melihat kesemua blok-blok ini sebagai masyarakat
antarabangsa dan kita hanya menuai faedah dan nilai melalui
perdagangan dan perniagaan.
Mana mungkin Malaysia dianggap menyebelahi mana-mana
kuasa besar jika ketiga-tiga inisiatif ini melibatkan Malaysia

60

bersama dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jepun


(TPP) dan China, Korea Selatan (RCEP).
Ini adalah salah satu cara Malaysia memposisikan diri secara
selesa tanpa ditekan oleh mana-mana kuasa besar.
Malaysia adalah negara berkecuali dan tidak akan memihak
kepada mana-mana blok politik global masa kini. Dengan
berdagang dan mengukuhkan hubungan ekonomi, Malaysia
dapat menggunakan strategi hedging atau imbang agar kuasakuasa besar ini tidak melampaui batas dalam tindakan seperti
isu Laut China Selatan oleh China dan isu hak asasi manusia oleh
Amerika Syarikat. Hal-hal ini dapat dikawal tanpa mengubah
posisi politik global Malaysia.
Melihatkan kesemua faedah dan sinergi yang wujud, memang
benarlah TPPA tidak wajar dilihat secara silo.
Sesiapa yang berfikiran terbuka, yang tidak taksub terhadap
mana-mana ideologi, pasti akan melihat sesungguhnya TPPA
memberikan kita modal, standard dan amalan terbaik, AEC
memberikan kita akses pasaran serantau, hub pengedaran
logistik dan berangan keperluan yang murah dan RCEP
menyediakan akses kepada 3 bilion penduduk dunia serta
pengharmonian peraturan perdagangan global untuk masamasa mendatang.
Ayuh Malaysia! Ini peluang kita!

61

Das könnte Ihnen auch gefallen