Sie sind auf Seite 1von 10

SURAH NUH

TILAWAH ALQURAN
NDWF 1011

TAJUK:
TERJEMAHAN, KISAH DAN PENGAJARAN DARIPADA SURAH NUH

PENSYARAH:
PN NORAINI BINTI MOHAMMAD

DISEDIAKAN OLEH
MUHAMMAD LUQMANUL HAKIM BIN MOHD YUNUS
NO. MATRIK : 1534279
MUHAMMAD AMAL BIN ABDUL AZIZ
NO MATRIK : 1534266

DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


SEMESTER 1 SESI 2 2015/16

KANDUNGAN

NO
1
2
3
4
5

1.0

TOPIK
Terjemahan Surah
Sejarah Surah
Pengajaran
Hukum Tajwid
Rujukan

TERJEMAHAN (SURAH NUH)

MUKASURAT
3
6
7
8
10

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Ayat
Terjemahan
1
Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan
berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu
sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".
2

dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini
diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata.

"Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu
kepadaku.

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan
memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang
tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang
telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan;
kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai
Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya
mereka beriman).

"Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada
menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).

"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau
mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari
masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan
keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.

"Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang.

"Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai


dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan
perlahan-lahan.

10

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu,
sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

11

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat


mencurah-curah, kepada kamu.

12

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anakpinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta
mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

13

"Mengapa

kamu

berkeadaan

tidak

menghargai

kebesaran

Allah

(dan

kekuasaanNya).
14

Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang


berperingkat-peringkat?

15

"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan


tujuh petala langit bertingkat-tingkat.

16

"Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari


sebagai lampu (yang terang-benderang).

17

"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari
bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna.

18

"Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan


mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal
kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?

19

"Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan.

20

"Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".

21

Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka
telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya
dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).

22

"Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang
amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku).
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu
meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd,
dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.
"Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat
manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku)
menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua".
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan
banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka;
maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang
dapat memberikan pertolongan).
Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau
biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!

23

24

25

26

27

"Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan
menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan
yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.

28

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi
sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi
sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman);
dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"

2.0

SEJARAH SURAH
Surah Nuh diturunkan di Mekah oleh kerana itu ia dipanggil surah Makkiyah. Ia
mengisahkan tentang Nabi Allah Nuh yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk
meninggalkan segala amalan kufur dan kembali menyembah Allah S.W.T .
Selepas beberapa tahun dari kematian Nabi Allah Adam maka manusia kembali
melupakan ajaran ilahi yang dibawa oleh nabi Adam dan Nabi Idris . ini dinyatakan
dalam ayat ke 23 dimana Allah berfirman;
Dan mereka berkata:Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan)
tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan)
wadd, dan jangan pula suwaa, yaghuts, yauq dan nasr
Ini kerana selepas kematian Nabi Allah Adam, manusia mula membuat patung-patung
manusia serta menyembah patung-patung tersebut sebagai memperingati kematian
mereka. Perbuatan musyrik ini disambung oleh anak serta cucu mereka. Sehinggalah
timbulnya khurafat yang mengatakan bahawa patung-patung tersebut mempunyai
kekuatan yang khusus.
Pada saat inlah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh A.S. untuk mengajak kaumnya
kembali menyembah Allah SWT. Nabi Nuh A.S. merupakan seorang yang kuat
mindanya serta tidak terpengaruh dengan apa yang terjadi disekelilingnya. Maka
itulah Allah SWT mengutuskan seorang lelaki dikalangan kaum tersebut untuk
menjelaskan bahawa adalah mustahil wujudnya tuhan selain Allah SWT yang Maha
Esa.
Nabi Allah Nuh AS menyatakan kepada kaumnya bahawa mereka telah lama ditipu
oleh dunia serta kini tibalah masanya untuk menghentikan segala penipuan tersebut
memandangkan Allah SWT telah mencipta dan memuliakan manusia,
menganugerahkan akal dan tubuh yang sihat ekpada mereka. Dakwah Nbi Allah Nuh
AS ini telah berjaya menggoncangkan jiwa umatnya.
Sifat Nabi Allah Nuh AS yang bijaksana, tegas serta lemah lembut Berjaya
menyampaikan dakwah dengan cara berbisik atau cara terbuka. Walau bagaimana
pun, hanya segelintir sahaja umatnya yang kembali ke jalan yang benar. Ada riwayat
yang menyatakan hanya sekadar 83 orang sahaja dalam dakwah selama hampir 950
tahun.

3.0

PENGAJARAN DARIPADA SURAH NUH


Kisah yang dipaparkan dalam surah Nuh ini memberi pengajaran yang hebat kepada
kita umat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman ini iaitu;
3.1 Selaku Dai atau pendakwah kita hendaklah berusaha menyampaikan dakwah tanpa
rasa putus asa serta kecewa jika usaha kita tidak diterima oleh mereka yang ada
disekeliling kita atau masyarakat kita. Kerana Nabi Allah Nuh AS berdakwah selama
950 tahun dan hanya Berjaya menyelamatkan 83 orang umatnya.
3.2 Dalam usaha menjalankan kerja-kerja nabi di akhir zaman ini kita harus bersedia
menerima dugaan daripada ahli keluarga kita sendiri. Dalam kisah Nabi Allah Nuh
isteri dan anak beliau sendiri kufur kepada Allah serta menentang beliau. Namun Nabi
Allah Nuh yang bijaksana serta sabar meneruskan usaha dakwah seperti yang
diperintahkan oleh Allah SWT.
3.3 Apabila usaha dakwah tidak lagi wujud dan manusia mula melakukan perbuatanperbuatan kufur secara bermaharaja lela maka Allah SWT akan menurunkan azab
serta melupuskan kaum tersebut. Maka kita selaku Dai atau pendakwah hendaklah
terus menerus menjalankan kerja-kerja dakwah tanpa berputus asa. Selain daripada
kaum Nabi Allah Nuh AS kaum-kaum lain selepas era Nabi Allah Nuh juga pernah
dihapuskan oleh Allah SWT seperti kaum Ad.
3.4 Pada masa yang sama, selaku seorang Dai perlu terus berdoa kepada Allah SWT
agar membuka hati-hati mereka agar mereka yang tersesat ini kembali ke pangkal
jalan untuk menjadi hamba Allah yang soleh. Hanya Allah sahaja yang berhak
memberi hidayah kepada mana-mana hambanya serta mendengar dan mengkabulkan
permintaan hamba-hamba yang soleh.
3.5 Di dalam Surah Nuh juga selaku Dai kita perlu yakin dalam melaksanakan perintah
Allah dengan seikhlasnya tanpa mempertikaikan sesuatu keputusan. Ini terbukti di
dalam kisah Nabi Allah Nuh dimana Allah memerintahkan Nabi Allah Nuh untuk
membina kapal yang besar di darat. Semua pengikutnya mempertikaikan perbuatan
Nabi Nuh membina kapal dan mula meninggalkannya serta menempelak bahawa Nabi
Nuh telah gila. Namun setelah kapal tersebut siap, maka turunkan hujan daripada
langir serta air daripada bumi sehingga berlakunya banjir yang besar yang
menenggelamkan umat Nabi Nuh yang kufur termasuk isteri serta anaknya.
Sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Bijaksana serta hakim yang Maha Adil.

4.0

HUKUM TAJWID DALAM SURAH NUH

4.1

Hukum Ikhfa Haqiqi

Iaitu apabila nun yang mati bertemu dengan huruf qof. Ia hendaklah dibaca dengan
dengung iaitu memasukkan huruf qof ke dalam nun.

4.2

Hukum Idgham maal Ghunnah

Iaitu apabila tanwin bertemu dengan huruf mim. Ia hendaklah dibaca dengan dengung
iaitu memasukkan huruf mim ke dalam tanwin

4.3

Hukum Ikhfa Syafawi

Iaitu apabila mim mati bertemu dengan huruf ba. Ia hendaklah dibaca dengan
dengung iaitu memasukkan huruf mim ke dalam tanwin

4.4

Hukum Iqlab

Iaitu apabila nun yang mati bertemu dengan huruf ba. Ia hendaklah dibaca dengan
dengung iaitu memasukkan huruf ba ke dalam nun

4.5

Hukum Idgham Bilal Ghunnah

Iaitu apabila tanwin bertemu dengan huruf ra. Ia hendaklah dibaca dengan
memasukkan huruf ra ke dalam tanwn tanpa dengung

RUJUKAN

1. Sertar: Hukum Tajwid, Kharismathis blogspot.com, November 2011


2. Surah Al-Nuh (Tajweed Quran) by Sheikh MahmoodKhalil Al-Husairy,
freemp3now.net, Januari 2013
3. Tafsir Ibnu Katsir Surah Nuh (1), WordPress.com, September 2013

Das könnte Ihnen auch gefallen