Sie sind auf Seite 1von 3

MINIT MESYUARAT PANITIA

PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI PERTAMA, 2016

Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

: 11/1/2016
: 1.35 tengah hari
: Makmal ICT SK KAMPONG TENGAH
:
1. Pn. Asmah bt.Taib( GPK 1 )
2. Pn. Hajjah Ramlah bt.Yahya( GPK HEM )
3. En. Jasmi b. Rahman ( GPK KOKU )
4. En. Amir bin Basirun (KP)
5. En. Muwahhidid bin Moktie
6. Pn. Nurul Atiqah bt. Shakor
7. Cik Norrizah bt Berahim
8. En. Mohd Rashid bin Yaakub

1. Ucapan Pengerusi
1.1
Pengerusi merangkap Ketua panitia memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul
1.2

Kitab Al-Fatihah.Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.


Pengerusi juga memaklumkan lantikan Pn. Nurul Atiqah bt Shakor sebagai setiausaha Panitia
TMK 2016
Tindakan :Makluman

2. Penerangan Subjek TMK Tahun 4,5 dan 6


2.1

Pengerusi menerangkan bahawa TMK ini diajar berselang seli dengan RBT.
Namun TMK tidak boleh diajar secara 6 bulan TMK 6 bulan RBT kerana boleh
Mendatangkan masalah kepada murid-murid apabila bertukar sekolah.

2.2

Pengerusi menyatakan bahawa keputusan sekolah adalah membuat giliran 1 minggu


TMK dan 1 minggu RBT. Subjek TMK akan diajar 1 jam seminggu.

2.3

Pengerusi juga menyatakan bahawa AJK TMK ini dianggotai oleh guru ICTL dan
guru DST Tahun 1, 2 dan 3.

2.4

Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 4,5 dan 6 mengenai komputer. Tahun
6 hanya ada satu tajuk sahaja iaitu pengaturcaraan.
Tindakan : Makluman

3. Penyelarasan Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Tahunan


3.1
Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar ditulis dalam
3.2

Bahasa Malaysia .
Perkara-perkara yang perlu ada semasa penulisan rancangan harian TMK seperti
berikut:Modul
STD Kandungan
STD Pembelajaran

Objektif/Hasil pembelajaran
Aktiviti
EMK
Refleksi
Tindakan : Semua Guru TMK
4. Perancangan Tahun 2016
4.1
Ketua panitia menyatakan terdapat maklumat tentang perancangan aktiviti yang
4.2

diarahkan oleh JPN dan akan mewujudkan aktiviti penyelarasan di peringkat sekolah.
Pelancaran komuniti maya panitia TMK peringkat sekolah samada dalam VLE-Frog
bentuk Blog , Portal atau Penggunaan Google+ yang disokong oleh 1Bestarinet dan
pertandingan membina laman blog oleh pelajar tahun 5

5.2

Ketua Panitia menekankan bahawa TMK merupakan satu subjek baru dan perlu
mempunyai satu panitia yang berdiri sendiri sama seperti subjek elektif yang lain di
mana semua pekeliling berkaitan panitia adalah terpakai. Segala yang berkaitan
dengan pengurusan panitia adalah tertakluk kepada Arahan Perkhidmatan dan Surat
Pekeliling Ikhtisas berikut:
Arahan Perkhidmatan Bab 4 : Fail Memfail
SPI Bil. 4/1986
PKPA Bil. 2/1991
SPK Bil 5/2002
SPI Bil. 2/2013
Tindakan : Semua Guru

5. Peruntukan Kewangan
5.1
Peruntukan kewangan bagi TMK KSSR bagi tahun lepas masih berbaki dan guru
TMK yang ingin membeli bahan bantu mengajar boleh kemukakan kepada ketua
5.2

panitia
Anggaran peruntukan yang akan digunakan pada tahun ini ialah sebanyak RM600
iaitu untuk pembelian peralatan BBM dan sebagainya yang boleh digunakan dalam
peruntukan sebenar.
Tindakan : Guru TMK

6. Hal-hal lain
6.1
Ketua Panitia memohon kerjasama daripada guru-guru DST dan ICTL dalam proses
6.2

pengajaran dan pembelajaran kerana TMK saling berkait dengan 2 subjek tersebut.
Ketua panitia menyatakan format peperiksaan kertas TMK adalah sebagaimana tahun
2015 iaitu berbentuk objektif, dua kali peperiksaan manakala ujian formatif yang

berterusan bolehlah dijalankan sepanjang tahun untuk diisi ke dalam modul


6.3

perekodan offline TMK.


Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan

6.4

dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada tahun 2016.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan ditangguhkan pada pukul 2.15
petang.

Disediakan oleh,
--------------------------(
)
Setiausaha Panitia TMK
SK KAMPONG TENGAH
KUALA SUNGAI BARU
MELAKA

Das könnte Ihnen auch gefallen