Sie sind auf Seite 1von 6

KELOMPANGAN DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN

NEGARA
Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Sejauh manakah falsafah pendidikan mencapai matlamatnya? Satu sorotan terhadap


pelaksanaan dan kesan sistem pendidikan negara dalam membina jati diri ummah hari
ini.
Pendidikan menjadi suatu aspek penting yang perlu diutamakan dalam pembinaan sebuah
negara dan bangsa. Di dalam sejarah negara sendiri aspek pendidikan berkembang sejajar
dengan arus peredaran dan zaman. Pada awalnya kebanyakan sistem pendidiksn banyak
dipelopori oleh golongan yang berautoriti dalam bidang agama Islam ataupun Kristian. Arus
pendidikan di Malaysia yang mulanya bermula dari cara tradisional seperti sistem pondok
berkembang kepada sistem yang lebih tersusun. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun
1957, pelbagai perubahan telah dibuat bagi memastikan semua rakyat mendapat pendidikan
yang sempurna. Namun begitu, sejak kebelakangan ini isu pendidikan hangat diperkatakan
setelah rakyat dan pemimpin masyarakat terutamanya pejuang bangsa melihat sistem
pendidikan kendalian kerajaan semakin huru-hara.
Tidak dinafikan sistem yang sedia ada telah banyak melahirkan golongan yang berintelektual,
tetapi mutakhir ini akibat campur tangan politik dan orang berkepentingan dalam sistem dan
dasar pendidikan negara, kelesuan terserlah malah satu persatu kelemahan pentadbiran
Kementerian Pelajaran diperlihatkan dengan isu-isu yang timbul. Hakikat ini diperakui
kebanyakan ahli Parlimen tidak kira pembangkang mahupun daripada BN yang berbahas
mengenai Kementerian Pelajaran hari ini di Dewan Rakyat.
Keciciran Membimbangkan Dan Kelesuan Dalam Pendidikan Negara
Isu keciciran dan kelesuan dalam pendidikan negara bukanlah suatu isu yang asing sejak dari
dahulu sampai sekarang. Di dalam persidangan anggota parlimen di Dewan Rakyat pada bulan
November tahun 2006, ahli parlimen Tebrau(BN) iaitu Teng Boon Soon mendedahkan bahawa
kadar keciciran pelajar dari setahun ke setahun kini meningkat kepada 37%dan kini berada
pada situasi amat membimbangkan. Menurut Teng, ramai di kalangan pelajar yang tidak dapat
menyempurnakan pelajaran mereka hingga kepada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
hanya mampu pada tahap Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah
Rendah (PMR).Beliau berkata, pada tahun 2006 terdapat 120,000 murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran 3M dan malah ia menyumbang kepada keciciran yang amat serius.

Tahap keciciran pelajar sebanyak 37% ini amatlah membimbangkan dan nilainya yang dilihat
semakin meningkat saban tahun dijangka akan memberi kesan yang besar kepada soal masa
depan pendidikan negara. Baru-baru ini juga ada dipaparkan di dalam sebuah akbar mingguan
perdana pada Februari 2009 juga mendedahkan bahawa hampir 300000 pelajar akan
menghadapi risiko keciciran sekiranya pelaksanaan PPSMI tetap diteruskan oleh pihak
kerajaan.
Selain itu, sistem pendidikan di negara hari ini sebenarnya terlalu mementingkan aspek
peperiksaan dan belajar secara menghafal dengan mengabaikan pemikiran kreatif di samping
mengenepikan aspek kebudayaan telah mengakibatkan masalah kelesuan yang teruk dalam
sistem pendidikan negara. Pelajar dimomokkan dengan igauan kecemerlangan dalam
peperiksaan tanpa menghiraukan dan menggunakan sepenuhnya potensi sebenar yang ada
pada diri seseorang pelajar. Hal ini berbeza sekali dengan kaedah pendidikan di luar negara
terutama di negara maju yang sangat menekankan kepada pembudayaan aplikasi seharian dan
penonjolan terhadap potensi diri terhadap sesuatu bidang. Malah, hal ini bukan sahaja
dilaksanakan oleh pihak kerajaan, bahkan syarikat-syarikat mega dan besar banyak
menyokong hasrat kerajaan ini dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti bagi
menjana idea kretiviti pelajar. Sesetengahnya membantu dengan memberi tajaan dalam aktiviti
penyelidikan bagi meningkatkan lagi produktiviti dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Selain itu, penekanan kepada aspek peperiksaan juga telah menyebabkan ramai golongan
pendidik mahupun rakyat lebih menumpukan kepada golongan pelajar cemerlang dan cerdik
sahaja dengan sedikit sahaja perhatian ditumpukan kepada golongan pelajar yang lemah. Hari
ini, kebanyakan institusi pendidikan lebih mengejar kepada status kecermelangan dan masingmasing berlumba-lumba untuk menjadi sekolah terbaik dengan menjadikan keputusan
peperiksaan sebagai ukuran. Guru-guru cemerlang banyak ditempatkan di sekolah elit dan
terbaik contohnya di sekolah berasrama penuh dan sekolah di kawasan bandar sahaja.
Manakala di sekolah-sekolah yang mungkin lebih rendah tarafnya dan jauh di pendalaman di
mana keputusan peperiksaannya agak rendah dan para pelajarnya banyak terdiri dari pelajar
yang lemah dibiarkan tanpa diberi penekanan dan bantuan yang sewajarnya. Sistem
pendidikan yang rigid ini serta sikap tidak prihatin pihak berwajib pada masalah ini telah
menampakkan ketidakadilan dalam sistem pendidikan negara. Hasilnya, pelajar yang lemah
mulai hilang minat untuk belajar sehingga membawa kepada keciciran dalam pelajaran.
Hilangnya nilai mentarbiah dalam pembelajaran

Pendidikan dan pembelajaran merupakan aspek terpenting dalam pembinaan modal insan yang
berkualiti. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, susutnya nilai moral dan akhlak yang melanda
golongan muda-mudi hari memungkinkan persoalan sejauh manakah aspek pendidikan atau
tarbiyah ditekankan dalam pembelajaran hari ini. Tidak dinafikan pihak kementerian dan
berwajib telah merangka pelbagai sukatan dan pendekatan yang terbaik dalam menjana
pendidikan negara terutamanya dalam soal pembentukan nilai dan jati diri seorang pelajar.
Namun begitu adakah pendekatan yang diamalkan oleh guru-guru dan pensyarah benar-benar
diamalkan sebagaimana yang telah dirancang.
Sebagaimana yang dimaklumi di dalam konteks pendidikan, persoalan pembentukan moral dan
akhlak sebenarnya lebih rumit dari yang sangkakan. Pendidikan memerlukan tarbiyyah atas
asas-asas pemikiran yang benar. Ia bergantung kepada sukatan pelajaran yang rasmi dan tidak
rasmi. Ia memerlukan prasarana, lingkungan budaya, politik dan ekonomi yang kondusif. Lebih
jauh dari itu, usaha mendidik manusia memerlukan tarbiyah dan bimbingan dari ALlah. Manusia
tidak dapat bebas darimasyiatullah yang mengimbau dan menguasai alam ini dengan
segala Qudratnya yang tidak terbatas.Allah berfirman :
Maksudnya:
23. dan janganlah Engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa
Aku akan lakukan Yang demikian itu, kemudian nanti".
24. melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". dan ingatlah serta
sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku
memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
Menghayati

atau

mengamalkan

saranan

pendidikan

Islam

memanglah

suatu

yang

mencabar. Ini kerana ruang lingkup ajaran Islam itu begitu luas dan berkaitan antara satu sama
lain. Urusan pendidikan Islam wujud dalam tiap aspek kehidupan iaitu bermula dari dalam
rumah ke dalam masyarakat, negara, ekonomi, politik, budaya dan lain-lain. Keseluruhannya
membawa kesan atau semangat yang bersifatpendidikan.
Jadi untuk melaksanakan atau menghayati pendidikan Islam memerlukan kita menghayati Islam
itu secara komprehensif. Setiap sendi dan sektor masyarakat harus mengamalkan ajaran dan
semangat Islam dan setiap pemimpin dan institusi mesti menyalurkan nilai-nilai ajarannnya. (Hj.
Abd. Ghani Shamsuddin, 9 Disember 1991) Malah, media massa juga turut berperanan dalam
membantu para pendidik dalam menerapkan nilai-nilai yang mungkin tidak didapati melalui
pendidikan formal di institusi pendidikan
Persoalan inilah yang menjadi kebimbangan apabila melihat situasi masyarakat pada hari ini.
Walaupun terdapat kajian terhadap keberkesanan proses pendidikan dalam pembelajaran hari

ini, namun begitu ianya terhad kepada kepada sesetengah golongan sahaja. Sepatutnya, di
dalam usia kemerdekaan negara yang sudah melebihi usia 50 tahun sudah sepatutnya pihak
kementerian terutamanya membuat kajian menyeluruh bagi memastikan kesan pembelajaran
yang didapati golongan pelajar adalah di peringkat terbaik dan bukannya terhad kepada
sesetengah golongan sahaja.

Ke mana arah tuju pelajar aliran agama?


Tidak

dinafikan

pencapaian

akademik

pelajar

aliran

agama

adalah

sungguh

memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Disamping itu juga, keperibadian akhlak pelajar aliran
agama juga adalah baik. (Berita Harian, Mac 1997). Namun begitu, tahun 2020 mengundang
pembangunan negara Malaysia berasaskan teknologi mengikut acuan budaya tersendiri. Ianya
juga menuntut kepada pengislaman ilmu dalam mata pelajaran bukan agama. Adakah negara
kita sudah bersedia dengan generasi yang menguasai kedua-dua bidang ini. Ianya penting
dalam memberikan tasawur yang betul untuk menghasilkan golongan profesional Islam seperti
jurutera, akauntan dan doktor mengikut acuan Islam.
Rang Undang-Undang 1995 membincangkan isu pendidikan Islam yang mana ianya akan
diperluaskan disemua kategori sekolah termasuk sekolah swasta. Jika sebelum ini, ianya hanya
diwajibkan disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan apabila terdapat 15 atau lebih pelajar
Islam. Subseksyen 18(2) pula menjadikan Pendidikan Islam sebagai matapelajaran teras.
Resolusi Seminar Pendidikan Islam Kebangsaan 1995 telah dibuat berhubung dengan
penyusunan semula kurikulum, pendidikan guru dan strategi pengajaran akan dilaksanakan
untuk memberi pendekatan baru terhadap pendidikan Islam (Rang Undang-Undang Pendidikan,
1995)
Banyak perubahan yang perlu dilakukan dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita untuk
melahirkan lebih ramai lagi teknokrat Islam. Malaysia, yang bercita-cita untuk menjadi pusat
ilmu serantau seharusnya melakukan reformasi dalam pendidikan Islam. Di dalam Seminar
Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam satu resolusi telah diambil iaitu:
"Berdasarkan kehendak masa kini, Kurikulum Pendidikan Islam yang sedia
adasudah lengkap dan mampu menanggani masalah masyarakat kini, jika
semua kehendak dan ketetapan dipatuhi, terutama aspek perkaedahan,
kesepaduan dan penilaian"
(Utusan Malaysia 27 Jun 1997)

Jika diamati resolusi tersebut, kurikulum sains dalam pendidikan Islam tidak menjadi isu yang
diambilkira dalam resolusi tersebut memandangkan ianya sudah lengkap.
Sistem Pendidikan di negara Islam hari ini sebenarnya menggunakan andaian asas dari sistem
pendidikan barat. Ini dapat dilihat melalui pembahagian antara dua bahagian penting iaitu
kehidupan dan keagamaan. Ini tidak diterima oleh Islam dengan membahagikan agama
dengan sains dan teknologi. (Ziauddin Sardar, 1981). Sememangnya Islam tidak pernah
menafikan pembangunan sains dan teknologi asalkan pembangunan itu bertempat dan
membawa manafaat (Dr. Hakimi Ibrahim, 10 Julai 1998). Oleh itu, kesedaran sains di peringkat
sekolah rendah dengan penggunaan sistem pendidikan adalah mesti dijalankan dengan lebih
sistematik dan terperinci supaya kesan yang didapati berpanjangan hingga ke peringkat yang
lebih tinggi.
Pendidikan dijadikan bahan perniagaan
Pendidikan dan pembelajaran merupakan keperluan dan isu yang sentiasa berkembang
mengikut perubahan dan kehendak zaman. Hal ini malangnya telah menyebabkan ia telah
dieksploitasi bagi tujuan keuntungan sesetengah pihak sahaja. Dalam isu kemasukan pelajar
Timur Tengah ke IPT-IPT di Malaysia berikutan kesan dari peristiwa 11 September 2001
kerajaan tidak mengadakan sistem saringan yang ketat bagi memastikan mereka yang layak
memasuki IPT di Malaysia sebaliknya mereka hanya memikirkan poket 'pihak tertentu' untuk
mendapatkan keuntungan
Sedangkan dalam masa yang sama kerajaan telah meminggirkan pelajar bumiputera yang
mempunyaiadvanced diploma atau diploma lanjutan, mereka menghadapi masalah, katanya
tegas. Selain itu, dalam isu sekolah kluster pula dikatakan mirip kepada pentadbiran sekolah
swasta yang akhirnya mementingkan soal keuntungan semata-mata sebaliknya mengenepikan
kualiti pendidikan itu sendiri.(Harakah, 29 Mac 2007)
Hal ini juga menimbulkan kebimbangan rakyat yang melihat bahawa cadangan tersebut akan
mewujudkan kasta-kasta (pemeringkatan yang mewujudkan jurang antara yang miskin dan
kaya) dalam sistem pendidikan Negara.
Selain itu, tidak terkecuali bagi isu para ibu bapa pelajar sekolah yang dihantui dengan bebanan
yuran sekolah yang terkadang tidak munasabah dengan keperluan pelajar. Contohnya, pada
pembentangan Budget Kewangan pada tahun 2008 yang lalu, mantan Perdana Menteri, Tun
Abdullah Badawi telah mengumumkan penghapusan yuran Sekolah mulai tahun 2008.

Namun, pada 1 Januari 2008 ibu bapa diseluruh negara digemparkan dengan caj Yuran
Tambahan yang mencecah hingga RM 500. Antara perkara yang dimasukkan dalam senarai
yuran ini adalah Yuran Tandas, Yuran Tuala Wanita (untuk pelajar perempuan), Yuran pelbagai
dan banyak lagi. Yuran PIBG pula dikenakan sebanyak dua kali, iaitu melalui akaun pelajar dan
satu lagi melalui akaun ibubapa. Ketika rakyat sedang marah dengan penipuan ini, guru-guru
hanya mampu menjelaskan bahawa Yuran Sekolah yang dihapuskan hanyalah yuran asas
sahaja dan ianya bernilai RM 4.50 sahaja. Ditambah pula dengan masalah kemudahan dan
kualiti pembelajaran yang terus tidak seperti diharapkan membuatkan para penjaga tertanyatanya kemanakah sebenarnya menghilang wang yang dibayar kepada pihak sekolah.
Walhal, hal ini seperti ini tidak akan berlaku seandainya pihak-pihak yang bertanggungjawab
tidak menjadikan ia sebagai sumber untuk menjana keuntungan. Ditambah pula masalah social
yang mula menular menyebabkan ibu bapa mula beralih arah dengan mencari alternatif yang
lebih baik dalam soal pendidikan anak-anak mereka.
Menghadapi era baru memungkinkan seribu cabaran dalam mendidik anak bangsa. Pelbagai
isu yang melanda dunia pendidikan khususnya telah membuka mata pelbagai pihak untuk
sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali peranan pendidikan dalam membina generasi
yang intelek, bermoral dan berwawasan. Masih belum terlambat untuk mana-mana pihak
berwajib mengambil pendekatan dan perubahan yang lebih baik. Oleh itu, kerjasama semua
pihak amat diperlukan bermula dari peringkat bawah sehingga ke peringkat yang lebih tertinggi.
Semoga pendidikan Negara akan mampu memacu perubahan yang lebih drastik ke arah
mencapai wawasan dan harapan ummah.

Das könnte Ihnen auch gefallen