Sie sind auf Seite 1von 17

BAB 10

OMBUDSMAN

OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Mendefinisikan dan memahami maksud ombudsman.
2. Membincangkan tujuan dan sebab ombudsman diperlukan.
3. Menghuraikan ciri-ciri ombudsman.
4. Membezakan ombudsman di Malaysia dan beberapa negara
lain.
10.1

PENGENALAN

Ombudsman adalah bermaksud pembela atau wakil. Ia ditubuhkan


di Sweden pada abad ke 18 oleh Raja Charles XII bagi tujuan
menyelia perlaksanaan undang-undang. Selepas perlembagaan
Sweden digubal, kuasa untuk melantik ombudsman telah berpindah
dari Raja kepada parlimen Sweden yang dipanggil Risdag.
Ombudsman ini kemudiannya telah ditubuhkan di Finland pada
tahun 1919, di Denmark pada tahun 1953, di Norway pada tahun
1963, di New Zealand pada tahun 1962, di Amerika pada tahun
1960an dan di England pada tahun 1967.
Ombudsman di Amerika dikenali dengan nama Civil Advisory dan
di England ia dikenali sebagai Pesuruhjaya Parlimen (Parlimentary
Commission). Walaupun setiap negara memanggil ombudsman
dengan nama yang berbeza tetapi fungsi kewujudan ombudsman
adalah sama.
10.2

TUJUAN PENUBUHAN OMBUDSMAN

Di kebanyakan negara pada hari ini, pentadbir banyak diberikan


kuasa terutamanya kuasa budibicara dalam membuat keputusan,
khasnya yang melibatkan hak orang awam. Apabila terlalu banyak
kuasa diberikan tanpa pemantauan yang cukup, boleh menyebabkan
penyalahgunaan
dan
ketidakcekapan
pentadbiran
(maladministration) berlaku. Ini termasuklah kecuaian, kelambatan
169

dalam proses pentadbiran, tidak memberikan perhatian yang


sepenuhnya pentadbiran, keputusan yang berat sebelah, niat jahat,
tidak berkelayakan dalam pentadbiran, dan sebagainya.
Walaupun pemantauan dilakukan oleh mahkamah, badan eksekutif,
dan badan perundangan, masalah ketidakcekapan dalam pentadbiran
ini masih berlaku dengan berleluasa. Untuk menolong mengatasi
masalah ini dengan lebih berkesan lagi, institusi yang dipanggil
ombudsman ini telah diwujudkan di beberapa buah negara.
Ombudsman ini adalah satu mekanisme untuk menyalurkan atau
mengadu ketidakpuasan dan rungutan orang awam terhadap
tindakan pentadbir yang dirasakan tidak adil, berat sebelah, tidak
cekap dan sebagainya untuk diperbetulkan.
SOALAN DALAM TEKS 10.1
1. Apakah objektif penubuhan ombudsman dan
bagaimanakah ia berfungsi?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
10.3

SEBAB-SEBAB OMBUDSMAN DIPERLUKAN

Ombudsman diperlukan untuk memantau ketidakcekapan


pentadbiran yang berleluasa oleh pentadbir kerana badan-badan
yang memantau ketidakcekapan pentadbiran seperti mahkamah,
badan perundangan dan badan eksekutif tidak mampu untuk
membuat pemantauan yang cukup ke atas badan pentadbiran.
1.

Mahkamah tidak dapat mengawal sepenuhnya badan


pentadbiran kerana
(i)

Hanya kes-kes yang penting sahaja di bawa ke


mahkamah. Kes-kes yang remeh seperti
kelambatan pekerja dikaunter atau kes-kes yang
melibatkan jumlah kerugian yang kecil tidak akan
di bawa ke mahkamah walaupun menimbulkan
ketidakpuasan hati kepada orang awam yang
berurusan.
170

(ii)

(iii)

(iv)
2.

Mahkamah hanya boleh mengarahkan pentadbir


melaksanakan kuasa yang berbentuk mandatori
sahaja tetapi tidak boleh mengarahkan pentadbir
untuk mematuhi kuasa direktori walaupun hak
seseorang individu itu terjejas apabila kuasa
direktori itu tidak dipatuhi.
Mahkamah tidak boleh membuat pemeriksaan ke
atas semua dokumen atau fail rahsia atau fail sulit
kerajaan.
Pihak
pentadbir
mempunyai
keistimewaan untuk tidak mengemukakan
dokumen berkenaan kepada mahkamah. Ini
menyebabkan mahkamah tidak boleh membuat
keputusan berdasarkan semua bukti-bukti yang
diperlukan.
Tidak semua pihak mampu membawa kes ke
mahkamah kerana perbelanjaannya adalah mahal.

Badan perundangan menghadapi masalah dalam mengawal


tindakan pentadbiran dengan berkesan disebabkan
(i) Dalam konsep negara moden sekarang, pihak
eksekutif atau pentadbiran banyak mengawal
perundangan kerana mereka banyak diberi kuasa
untuk
membuat
undang-undang
kecil.
Ini
menyulitkan badan perundangan untuk membuat
undang-undang yang boleh mengawal badan
eksekutif.
(ii) Badan perundangan terpaksa menyelesaikan masalahmasalah lain yang lebih besar yang melibatkan
kepentingan negara, jadi mereka kesuntukan masa
untuk mengawal tindakan pentadbiran. Ini kerana
proses untuk membuat undang-undang oleh badan
perundangan memakan masa yang lama dan perlu
melalui banyak prosedur.
(iii) Pihak eksekutif juga menyediakan kawalan ke atas
tindakan pentadbiran tetapi ianya tidak mencukupi.
Lagipun, institusi yang mengawal adalah institusi
yang setaraf dengan institusi yang bertindak. Keadaan
ini boleh menyebabkan keputusan yang adil tidak
dapat dicapai.

171

10.4

CIRI-CIRI OMBUDSMAN

Terdapat beberapa ciri yang sepatutnya ada pada sesebuah


ombudsman
bagi
membolehkannya
mengatasi
masalah
ketidakcekapan pentadbiran (maladministration) dengan lebih
berkesan, iaitu
(i)

(ii)

(iii)

(iv)
(v)

(vi)

Ombudsman hendaklah diwujudkan melalui


perlembagaan supaya ia boleh menjadi satu
institusi untuk menyiasat dengan bebas dan
berkecuali dari pengaruh pihak eksekutif.
Perlantikannya hendaklah dibuat oleh badan
perundangan. Pegawai ombudsman hendaklah
bertanggungjawab dan menyediakan laporan
kepada badan perundangan.
Ia diberi kuasa untuk meminta dan melihat
dokumen kerajaan walaupun ianya sulit dan
rahsia bagi membolehkannya membuat sesuatu
keputusan dengan teliti dan adil jika aduan adalah
berkaitan dengan dokumen berkenaan.
Ia juga diberi kuasa untuk menjalankan siasatan
berdasarkan aduan bernas yang diterima ataupun
atas inisiatif sendiri.
Ombudsman juga sepatutnya diberi kuasa
menegur dan mengkritik pegawai dan institusi
pentadbiran yang membuat kesalahan dan
meminta mereka membetulkan kesalahan.
Ia juga dibenarkan untuk mendedahkan kepada
orang ramai keputusan penyiasatan berkaitan
ketidakcekapan pentadbiran.
SOALAN DALAM TEKS 10.2
1. Mengapa Mahkamah tidak dapat mengawal
sepenuhnya badan pentadbiran?
2. Nyatakan ciri-ciri ombudsman.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

172

10.5

KEBAIKAN OMBUDSMAN

Terdapat beberapa kebaikan yang dikenal pasti, iaitu


(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

Orang yang membuat aduan tidak perlu memberi


memberi keterangan yang lengkap sebagaimana di
mahkamah kerana ombudsman akan membuat
penyiasatan berkenaan aduan tersebut sama ada
menasabah atau tidak. Ini akan memudahkan
orang awam untuk membuat pengaduan.
Ombudsman akan membuat penyiasatan sendiri
dalam menentukan sesuatu aduan itu menasabah
atau tidak. Jika aduan didapati menasabah, maka
ombudsman akan meneruskan siasatan terhadap
pegawai dan institusi berkenaan.
Semua aduan yang dibuat tidak akan didedahkan
kepada umum untuk membolehkan ombudsman
membuat penyiasatan secara senyap tanpa
diketahui pegawai dan institusi berkenaan. Ini
penting supaya pegawai berkenaan tidak cuba
melindungkan
kesalahannya
dengan
memusnahkan
bukti-bukti
ketidakcekapan
pentadbiran yang ada.
Ombudsman diberi kuasa untuk memeriksa
semua dokumen kerajaan walaupun ianya adalah
sulit yang tidak dapat diminta oleh mahkamah.
Perkara ini penting bagi meneliti semua bukti
yang ada dan membuat sesuatu keputusan dengan
adil.
Oleh kerana perlantikannya adalah di bawah
badan perundangan, maka ia adalah satu institusi
yang bebas dari pengaruh pihak eksekutif. Ini
akan memberi keyakinan kepada orang awam
untuk meggunakan perkhidmatan ombudsman
dalam menyelesaikan masalah pentadbiran.
Orang yang membuat aduan berkenaan
ketidakcekapan pentadbiran tidak akan dikenakan
apa-apa bayaran. Perkhidmatan ombudsman
adalah percuma. Ini dapat membantu pihak yang
teraniaya atau terjejas haknya disebabkan
tindakan pentadbir tanpa perlu mengeluarkan
perbelanjaan.
173

(vii)

(viii)

(ix)

(x)

(xi)

(xii)

(xiii)

Penyiasatan yang dibuat oleh ombudsman tidak


akan memakan masa yang lama seperti di
mahkamah kerana ia tidak perlu mematuhi
prosedur yang ketat yang diamalkan oleh
mahkamah.
Sistem ombudsman ini juga dapat mengurangkan
beban mahkamah untuk menyelesaikan kes yang
sememangnya banyak dan tertunggak. Ini kerana
tidak semua kes akan dibawa ke mahkamah bila
ada kemudahan aduan kepada ombudsman.
Ombudsman mempunyai peguamnya sendiri
kerana ia dilantik oleh badan perundangan dan
pegawai ombudsman mempunyai pengetahuan
dalam bidang perundangan.
Ombudsman dapat mengawal etika dan moral
pihak pentadbiran kerajaan dengan memastikan
ketua jabatan dan pekerja bawahannya
menjalankan tugas mengikut peraturan yang ada
berdasarkan siasatan terhadap aduan oleh orang
awam.
Dengan membuat siasatan ke atas pihak pentadbir
kerajaan dan menyediakan laporan berkaitan
kepada pihak berkenaan, ombudsman dapat
memperbaiki perlaksanaan tugas pentadbiran
dengan cadangan yang diberikan dalam laporan
tersebut.
Ombudsman juga dapat merapatkan hubungan di
antara kerajaan dan orang awam. Ini dapat
dilakukan bila aduan diterima dari orang awam
dan ombudsman menyiasat dan mencadangkan
tindakan pembetulan yang patut dilakukan oleh
pihak pentadbir kerajaan.
Apabila ombudsman menyiasat aduan orang
awam berkenaan penyelewengan pentadbiran
pihak kerajaan, ia dapat menjamin supaya hasil
dan perbelanjaan dijaga dengan betul untuk
kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
Keadaan ini dapat menjamin keadilan dan
membersihkan rasuah, penyelewengan kuasa, dan
kecuaian di dalam pentadbiran kerajaan.

174

10.6

OMBUDSMAN DI MALAYSIA

Pada tahun 1967 Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri


Malaysia telah menjemput ombudsman yang pertama di negara
Komanwel, iaitu Sir Guy Powles dari New Zealand untuk
mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penubuhan
ombudsman di Malaysia.
Sir Guy Powles kemudiannya telah menyerahkan Powles Report
iaitu cadangan bagaimana sistem ombudsman boleh dilaksanakan
dengan cara paling baik di Malaysia. Pada 23 September 1970,
apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, beliau
menyatakan cadangan kerajaan untuk menubuhkan sebuah unit
ombudsman di bawah penyeliaan Ketua Setiausaha Negara.
Kemudiannya pada 23 Julai 1971, Tun Abdul Razak telah
mengumumkan penubuhan ombudsman di Malaysia yang dipanggil
dengan nama Biro Pengaduan Awam (BPA) yang diletakkan di
bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada permulaan penubuhannya,
fungsi BPA hanyalah untuk menerima aduan dari orang awam dan
menyalurkannya kepada kementerian yang berkenaan. Aduan
adalah berkenaan dengan kelambatan, ketidakcekapan, keputusan
yang tidak adil, rasuah, tiada kerjasama, sikap negatif dan kasar oleh
pegawai awam. BPA ini juga adalah tempat untuk orang awam
memohon nasihat dan meminta bantuan berkaitan dengan undangundang atau jika mereka memerlukan maklumat berkaitan dengan
kerajaan dan Biro Bantuan Guaman (BBG) untuk tindakan yang
selanjutnya.
Pada tahun 1978, Pekeliling Am Bilangan 1 telah dibuat, dan
ditubuhkan Jawatankuasa Tetap. Tujuan ia ditubuhkan adalah
untuk memastikan penyaluran aduan sampai ke peringkat jabatan
atau kementerian yang berkenaan. BPA juga akan menjalankan
siasatan dan mengikuti perkembangan tindakan yang selanjutnya
diambil oleh jabatan atau kementerian berkenaan. Walau
bagaimanapun, BPA ini tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat
aduan-aduan yang berkaitan dengan polisi kerajaan dan sektor
swasta.
Kemudiannya, Pekeliling Am Bilangan 1 1978 telah dibatalkan dan
diganti dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4
175

pada tahun 1992. Antara peruntukan dalam pekeliling ini adalah


membenarkan orang awam untuk membuat aduan jika mereka tidak
berpuashati dengan tindakan pihak pentadbiran kerajaan, iaitu
termasuklah agensi-agensi yang telah diswastakan dan institusi
berbentuk monopoli. Antara aduan yang boleh dikemukakan ialah
hal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam yang tidak adil atau
tidak mengikuti undang-undang, atau jika berlaku penyelewengan,
salah laku, salah guna kuasa, dan sebagainya yang menyebabkan
berlakunya
ketidakcekapan
dalam
pentadbiran.
Walau
bagaimanapun, BPA masih tidak mempunyai kuasa untuk
menyiasat aduan berkaitan dasar kerajaan dan perkara di bawah
bidang kuasa Badan Pencegah Rasuah, Biro Bantuan Guaman,
Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pengurusan kerajaan, dan
Jawatankuasa Kira-kira Awam.
Secara ringkasnya, tugas BPA adalah seperti berikut:
(i)

Menerima aduan dari orang awam berkenaan dengan


ketidakpuasan terhadap tindakan pentadbiran kerajaan
dalam perkara-perkara yang dinyatakan pada peraturan
satu, Pekeliling 1992.
(ii) Menyiasat adauan-aduan yang dianggap menasabah dan
berasas.
(iii) Memperakukan hasil siasatan mengenai aduan-aduan dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa Tetap
Pengaduan Awam dan pihak berkuasa yang berkenaan.
(iv) Menyampaikan
keputusan
Jawatankuasa
Tetap
Pengaduan Awam kepada kementerian, Jabatan
Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan, pihak
berkuasa tempatan, atau agensi berkenaan.
(v) Memberi maklumbalas pihak-pihak yang berkenaan
kepada Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam.
(vi) Mengawasi tindakan pembetulan yang diambil oleh
pihakpihak yang berkenaan dan memberikan
maklumbalas kepada Jawatankuasa Tetap Pengaduan
Awam.

Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam boleh dari semasa ke semasa


menurunkan kuasa siasatan melalui arahan pentadbiran kepada BPA
untuk menjalankan penyiasatan secara terperinci terhadap adauan
yang melibatkan pihak-pihak di atas tadi. Kuasa penyiasatan ini
termasuklah:
176

(i)

Meminta dan mendapatkan maklumat dari pihak-pihak


berkenaan.
(ii) Memeriksa rekod, dokumen, dan fail yang berkaitan.
(iii) Mendapatkan penjelasan dari pegawai yang berkenaan.

Walaupun ombudsman telah ditubuhkan di Malaysia, tetapi ia


masih mempunyai banyak kelemahan-kelemahan. Antara
kelemahannya ialah
(i)

Malaysia adalah satu negara yang terdiri dari berbilang


kaum, pendedahan yang keterlaluan mengenai tindakan
seseorang pentadbir kerajaan boleh menyebabkan
berlakunya eksplotasi perkauman.
(ii) Ahli badan perundangan di Malaysia adalah juga ahli
badan eksekutif. Walaupun ombudsman adalah di bawah
badan perundangan, ia masih lagi boleh dipengaruhi oleh
pihak eksekutif secara tidak langsung.
(iii) Pihak kerajaan sukar untuk mengawal dokumendokumen dan maklumat rahsia kerajaan terutamanya
yang digunakan untuk tujuan keselamatan, keamanan,
dan kepentingan awam. Ini boleh menjejaskan kelicinan
perjalanan pentadbiran negara.
(iv) Ombudsman hanya boleh memberi cadangan
pembetulan kepada pihak pentadbiran kerajaan tetapi
tidak boleh memaksa pihak berkenaan untuk mengikut
dan melaksanakan cadangan atau saranan yang diberikan.
(v) Perbelanjaan perjalanan ombudsman adalah tinggi
kerana ia melakukan penyiasatan sendiri, mengupah
peguam sendiri, dan tidak mengenakan apa-apa bayaran
terhadap aduan yang diterima.
(vi) Bidangkuasa ombudsman adalah terhad, iaitu ia tidak
mempunyai kuasa untuk menyiasat aduan berkaitan
dengan dasar kerajaan dan apa-apa perkara di bawah
bidangkuasa Badan Pencegah Rasuah, Biro Bantuan
Guaman, Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai
pengurusan kerajaan dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam.

177

SOALAN DALAM TEKS 10.3


1. Siapakah yang mengambil inisiatif untuk
menubuhkan ombudsman di Malaysia dan
bilakah ianya ditubuhkan?
2. Nyatakan bentuk kuasa penyiasatan yang ada
pada BPA.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
10.7

OMBUDSMAN DI NEGARA-NEGARA KOMENWEL


LAIN

Untuk melihat perbandingan, kita akan meneliti dan membezakan


ombudsman di negara-negara Komenwel seperti England, Australia
dan New Zealand.
10.7.1 Ombudsman di England
Ombudsman di England dikenali sebagai Pesuruhjaya Parlimen
(Parliamentary Commission) dan ditubuhkan di bawah Akta
Pesuruhjaya Parlimen 1967. Selepas berlakunya skandal Crichel
Down, pihak kerajaan England sedar wujudnya ketidakcekapan
pentadbiran di negara tersebut. Pada tahun 1960, International
Commission of Jurist telah menjalankan siasatan ke atas pihak
pentadbiran dan kemudiannya membuat laporan yang perlu
dipertimbangkan iaitu
(i)
(ii)

Berkaitan keputusan salah yang menjejaskan hak


individu; dan
Aduan
terhadap
ketidakcekapan
pentadbiran
(maladministration).

Hasil dari laporan tersebut, Akta Pesuruhjaya Parlimen 1967 telah


digubal dan ombudsman ditubuhkan dengan nama Pesuruhjaya
Parlimen. Seorang Pesuruhjaya Parlimen adalah dilantik oleh
kerajaan dan boleh dipecat oleh kedua-dua Dewan Perundangan.
Umur persaraannya adalah pada 65 tahun.
178

Seksyen 5 Akta tersebut memperuntukkan bahawa Pesuruhjaya


Parlimen boleh menyiasat apa-apa tindakan yang dilakukan oleh
atau bagi pihak jabatan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa
atau jabatan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua Akta. Tindakan
yang boleh disiasat ialah tindakan yang diambil dalam melaksanakan
tugas pentadbiran jabatan atau pihak berkuasa berkenaan.
Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Parlimen tidak ada kuasa untuk
menyiasat perkara-perkara yang melibatkan perlaksanaan kuasa
berkaitan kepentingan awam, keselamatan negara, perkara yang
diisytiharkan Menteri menjejaskan hubungan dengan negara lain,
pemberian anugerah dan kebebasan, pentadbiran jajahan, kuasa
pengampunan, tindakan kontraktual atau perdagangan, dan
perlantikan atau pemecatan dalam ketenteraan atau perkhidmatan
awam.
Aduan hanya boleh dibuat oleh mereka yang ada locus standi atau
oleh badan atau individu yang haknya terjejas. Prosedur untuk
membuat adauan diperuntukkan dalam seksyen 5(1), iaitu aduan
hendaklah dibuat kepada ahli House of Common dahulu, barulah
dirujuk pada Pesuruhjaya Parlimen dan aduan tersebut mestilah
dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh tindakan diambil.
Seksyen 7(1) memperuntukkan Pesuruhjaya Parlimen hendaklah
memberi peluang kepada pihak pentadbir yang berkenaan untuk
menerangkan kedudukan berkaitan dengan tuduhan yang dikenakan
dan penyiasatan ini dijalankan tanpa pengetahuan orang awam.
Seksyen 10 pula menyatakan Pesuruhjaya Parlimen perlu memberi
laporan kepada menteri apabila menjalankan siasatan atau memberi
penerangan jika tiada siasatan dijalankan. Pesuruhjaya juga perlu
memberi laporan kepada parlimen tentang perlaksanaan tugasnya.
Laporan berkenaan dengan kesalahan pihak pentadbir akan dibuat
selepas siasatan dijalankan. Pesuruhjaya tidak ada kuasa untuk
memaksa pihak pentadbir membetulkan kesalahan, tetapi hanya
boleh membuat cadangan untuk memperbetulkan kesalahan
tersebut. Laporan ini juga dihantar kepada ketua pentadbiran yang
bertanggungjawab untuk mentadbir jabatannya dengan betul dan
dihantar juga kepada parlimen di mana menteri berkenaan
bertanggungjawab ke atas salahlaku jabatan di bawahnya.

179

10.7.2 Ombudsman di Australia


Ombudsman di Australia
Commonwealth Act 1976. Ia
disetiap negeri yang mana
Commonwealth, tiga orang
Ombudsman Pertahanan.

ditubuhkan melalui Ombudsman


terdapat diperingkat pusat dan juga
terdiri dari seorang Ombudsman
timbalan ombudsman dan seorang

Perlantikan ombudsman dibuat oleh Gabenor General dan tempoh


jawatan sebagai ombudsman adalah tujuh tahun tetapi boleh dilantik
semula. Umur persaraan seorang ombudsman ialah 65 tahun.
Ombudsman tidak boleh dipecat kecuali mendapat persetujuan dari
dua dewan di parlimen atas alasan salahlaku atau tidak upaya dari
segi fizikal dan mental.
Tugas utama ombudsman ini adalah untuk menyiasat aduan yang
diterima dari orang awam mengenai salahlaku pentadbir. Walau
bagaimanapun, ombudsman tidak boleh menyiasat sebarang
tindakan yang telah diambil oleh Menteri tetapi boleh menyiasat
jika tindakan dibuat oleh wakil atau jabatan yang memberi nasihat
kepada Menteri.
Akta Ombudsman 1976 menyenaraikan keadaan-keadaan yang
dianggap sebagai kecacatan tindakan pentadbiran, iaitu
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Bilamana tindakan itu bertentangan dengan undangundang.


Tndakan yang tidak menasabah, tidak adil,
diskriminasi atau menekan.
Tindakan berdasarkan kesilapan undang-undang dan
fakta.
Tindakan dalam keadan yang salah.

Ianya adalah kuasa budibicara ombudsman untuk menerima atau


menolak sesuatu aduan. Ombudsman boleh menolak aduan yang
dirasakan ada remedi alternatif lain yang boleh dipohon oleh
pembuat aduan.
Walaupun siasatan dijalankan, ombudsman tidak boleh
membatalkan keputusan salah yang dibuat oleh pihak pentadbir
tetapi hanya boleh membuat cadangan untuk membetulkan
kesalahan tersebut. Antara cadangan yang boleh dibuat ialah
180

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Kecacatan tindakan pentadbiran dirujuk kepada pihak


berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Memberi cadangan sama ada tindakan pentadbiran
yang salah itu sepatutnya dibatalkan ataupun diubah.
Sebarang keputusan pentadbiran perlu diubah bila
berlaku kecacatan walaupun ianya adalah mengikut
undang-undang.
Mencadangkan pihak pentadbir memberi alasan
untuk setiap keputusan yang dibuat.
Perkara-perkara lain yang sepatutnya dilakukan
berkaitan kecacatan keputusan pihak pentadbiran.

Ombudsman hendaklah membuat laporan kepada Menteri dan


laporan tahunan hendaklah dibuat kepada parlimen.
10.7.3 Ombudsman di New Zealand
Di New Zealand, tugas ombudsman adalah untuk menyiasat
sebarang tindakan keputusan, cadangan atau semua aspek
pentadbiran kecuali perkara yang melibatkan polisi kerajaan.
Ombudsman berhak untuk menyemak tindakan pentadbiran yang
salah, walaupun akta memperuntukkan tindakan pentadbir adalah
muktamad.
Hanya seseorang yang mempunyai locus standi sahaja yang boleh
membuat aduan berkaitan salahlaku pentadbiran kepada
ombudsman. Ombudsman mempunyai kuasa budibicara, sama ada
untuk menerima atau menolak aduan yang dibuat. Biasanya
ombudsman akan menolak aduan yang dirasakan pengadu dapat
mencari remedi lain ataupun boleh membuat rayuan di bawah
undang-undang.
Ombudsman menjalankan siasatan secara senyap untuk
mengelakkan pentadbir yang membuat kesalahan memusnahkan
bukti yang ada atau melindungi kesalahannya. Apa saja keputusan
yang dibuat oleh ombudsman tidak boleh dicabar di mahkamah
kecuali atas alasan berlakunya kesilapan undang-undang. Jika
berlaku keraguan terhadap keputusan pentadbir, ianya boleh
dirujuk kepada Mahkamah Agong New Zealand.
Ombudsman tidak boleh memaksa pentadbir mengikut cadangan
yang diberikan, tetapi kebiasaannya pihak pentadbir akan mengikut
181

cadangan tersebut. Ombudsman boleh membuat laporan kepada


parlimen, terhadap perkara-perkara berikut:
(i)

(ii)
(iii)

(iv)
(v)

(vi)

(vii)

Menyarankan prosedur pentadbiran yang perlu


didedahkan kepada orang awam supaya mereka tahu
keputusan dibuat berdasarkan prosedur yang adil.
Mengkritik pekeliling yang mengelirukan maklumat
salah yang diberikan oleh pentadbiran.
Mengkritik pentadbir yang membuat keputusan
tanpa fakta yang lengkap atau kelambatan membuat
keputusan.
Mengkritik cara perlaksanaan kuasa budibicara
pentadbir yang salah.
Mencadangkan pembayaran ex-gratia atau gantirugi
yang menasabah kepada pengadu yang haknya terjejas
akibat
keputusan
pentadbir
yang
tidak
bertanggungjawab dari segi moral. Contohnya,
pekerja di kaunter yang memaki hamun dan
menjatuhkan maruah orang yang berurusan
dengannya.
Pentadbir hendaklah membayar gantirugi bila
seseorang teraniaya akibat tindakan kecacatan
pentadbiran yang dilakukannya.
Menyatakan keputusan kuasa budi bicara pentadbir
yang tidak adil, tidak mengikut undang-undang,
menekan atau berlakunya diskriminasi.

SOALAN DALAM TEKS 10.4


1.
2.

Nyatakan tugas utama ombudsman di Australia


dan limitasi terhadap kuasa penyiasatannya.
Di New Zealand, siapakah yang berhak untuk
membuat aduan berkaitan salahlaku pentadbir
dan bilakah masanya aduan tersebut boleh
ditolak oleh ombudsman?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


182

10.8

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, ombudsman adalah satu institusi yang


berguna untuk orang awam menyalurkan ketidakpuasan hati
terhadap tindakan pihak pentadbiran kerajaan. Ia mempunyai
banyak kebaikan untuk memudahkan orang awam berbuat
demikian berbanding untuk membawa sesuatu kes ke mahkamah.
Disebabkan sistemnya banyak memberi manfaat kepada orang
awam dan juga kerajaan, maka ia telah ditubuhkan di banyak tempat
di dunia ini. Walaupun ia masih ada kelemahan tertentu seperti
bidangkuasanya dihadkan untuk tidak boleh menyiasat polisi
kerajaan, tetapi manfaat yang didapati dari sistem tersebut adalah
jauh lebih banyak dan boleh membantu orang awam dan kerajaan
dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kepentingan awam.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1.

Berikan lima perbezaan yang terdapat dalam sistem


ombudsman yang diamalkan di Australai dan England.

2.

Bincangkan fungsi-fungsi yang perlu dijalankan oleh Biro


pengaduan Awam dan berikan pendapat anda sama ada
fungsi tersebut memenuhi ciri-ciri ombudsman yang
sebenarnya.
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 10.1
1.

Ombudsman ditubuhkan untuk memberi pemantauan yang


lebih baik kepada pihak pentadbir supaya masalah
ketidakcekapan
yang
berlaku
dapat
dikurangkan.
Ombudsman berfungsi sebagai satu mekanisme untuk
183

menyalurkan rasa tidak puashati orang awam terhadap pihak


pentadbir yang dirasakan tidak adil, berat sebelah, tidak
cekap dan sebagainya untuk diperbetulkan.
SDT 10.2
1.

Mahkamah tidak dapat memberi kawalan sepenuhnya kerana


(i)
(ii)

Ia hanya mengendalikan kes-kes penting sahaja.


Ia
hanya
boleh
mengarahkan
pentadbir
melaksanakan kuasa yang berbentuk mandatori
sahaja.
(iii) Ia tidak boleh membuat pemeriksaan ke atas semua
dokumen rahsia atau sulit kerajaan.
(iv) Tidak semua pihak mampu membawa kes ke
Mahkamah.
2.

Ciri-ciri ombudsman adalah


(i)

Diwujudkan melalui perlembagaan supaya ia boleh


menyiasat dengan bebas dan berkecuali dari
pengaruh eksekutif.
(ii) Perlantikan dibuat oleh badan perundangan.
(iii) Berkuasa untuk meminta dan melihat dokumen
rahsia kerajaan.
(iv) Berkuasa menjalankan siasatan berdasarkan aduan
atau atas inisiatif sendiri.
(v) Berkuasa menegur dan mengkritik pegawai atau
institusi pentadbiran.
(vi) Dibenarkan untuk mendedahkan keputusan
penyiasatan kepada orang ramai.
SDT 10.3
1.

Inisiatif untuk menubuhkan ombudsman di Malaysia telah


dibuat oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia pada waktu itu dan atas usahanya ombudsman telah
ditubuhkan pada 23 Julai 1971.

2.

Kuasa penyiasatan yang ada pada BPA adalah

184

(i)

Meminta dan mendapatkan maklumat dari pihak


berkenaan.
(ii) Memeriksa rekod, dokumen dan fail berkaitan.
(iii) Mendapatkan penjelasan dari pegawai berkenaan.
SDT 10.4
1.

Tugas utama ombudsman di Australian adalah menyiasat


aduan yang diterima dari orang ramai berkaitah
ketidakcekapan pentadbir. Bagaimanapun, kuasa penyiasatan
ombudsman terhad apabila tindakan penyiasatan telah
dijalankan oleh menteri.

2.

Pihak yang boleh membuat aduan hanyalah orang yang


mempunyai locus standi sahaja. Bagaimanapun, ombudsman
boleh menolak aduan tersebut jika pengadu berkenaan boleh
mendapatkan remedi lain atau membuat rayuan ke
mahkamah.

185

Das könnte Ihnen auch gefallen