Sie sind auf Seite 1von 4

Assalamualaikum, dan salam sejahtera

Yang Berusaha Pn Zarina binti Awang, Pengetua; SMK


Bandar Sri Damansara 1
Puan Tan Mui Kim, Penolong Kanan;
Puan Noor Hayati binti Embong, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid;
Puan Tong Chooi Fong, Penolong Kanan Kokurikulum;

Yang dialu-alukan para ibu bapa, guru-guru dan hadirin


sekalian.
Selamat datang ke Program Hari Terbuka Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) SMK Bandar Sri Damansara
1. Selaku pengacara majlis , saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan tahniah dan
terima kasih khasnya, kepada para ibu bapa kerana
sudi melapangkan masa untuk bersama-sama
mendengar taklimat berkenaan PBS dan seterusnya
pihak sekolah amat berharap agar melalui program ini,
kefahaman ibu bapa terhadap pelaksanaan PBS di
sekolah akan dapat dipertingkatkan.

Tanpa membuang masa, majlis dengan ini


mempersilakan Yang Berusaha Pn Zarina binti Awang,
Pengetua SMK Bandar Sri Damansara 1 untuk
memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan ini
mempersilakan.

Demikian tadi, ucapan oleh Tuan Pengetua. Majlis


mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tadi.
Sekarang tibalah masa untuk kita mendapatkan
informasi berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, terdapat
tiga bidang pentaksiran yang akan diberi penerangan
iaitu
Yang pertama, Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran
Sekolah yang akan disampaikan oleh Pn Tan Mui Kim,
Yang kedua , Pentaksiran psikometrik yang akan
disampaikan oleh Pn Noorhayati binti Embong dan
Taklimat ketiga ialah Pentaksiran PAJSK yang akan
disampaikan oleh Pn Tong Chooi Fong.

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya,


mempersilakan Pn tan Mui Kim bagi menyampaikan
taklimat Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah.
Dipersilakan

(pause)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat
itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat yang kedua iaitu


berkenaan dengan Pentaksiran psikometrik yang akan
disampaikan oleh Pn Noorhayati binti Embong , selaku
Penolong Kanan HEM. Dipersilakan.

(pause)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat


yang telah disampaikan itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Tong Chooi


Fong, selaku Penolong Kanan Kokurikulum untuk
memberikan taklimat yang berkaitan dengan
Pentaksiran PAJSK . Dipersilakan.
(pause)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat
itu tadi.
Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada barisan penolongpenolong kanan yang telah menyampaikan taklimat
sebentar tadi
Seterusnya, majlis dibuka untuk sesi dialog atau soal
jawab.Para ibu bapa yang mempunyai soalan atau
kemusykilan dipersilakan tampil ke hadapan.

Dengan sesi soal jawab itu tadi, maka berakhirlah


program kita pada pagi ini.
Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bagi menjayakan Program Hari
Terbuka Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) SMK
Bandar Sri Damansara 1.

Para ibu bapa serta hadirin sekalin dijemput untuk


menikmati jamuan ringan yang disediakan di
.

Sekian, terima kasih. Majlis mohon bersurai.


Disediakan oleh, Faizah Sarbini

Das könnte Ihnen auch gefallen