Sie sind auf Seite 1von 2

Pengenalan :

Pada masa kini, masyarakat dunia mula sedar akan pentingnya penjagaan kesihatan.
Kesihatan bukan sekadar bermaksud terhindar daripada penyakit, malah merangkumi 3 aspek
lain iaitu kesempurnaan kesihatan mental, fizikal dan kesejahteraan sosial seperti mana yang
dinyatakan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (Poullier & Mosseveld, 2013). Amalan
pemakanan dan aktiviti tidak sihat yang dilakukan juga memberi kesan pada kesihatan tubuh
badan samada untuk tempoh yang singkat atau panjang.
Kandungan :
Masa usia muda yang berlalu tidak mungkin akan diulang semula,malah dalam kitab AlQuran Nur Karim tafsiran surah Al-Asr ayat 1 dan 2 telah menyebutkan yang bermaksud
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Apabila usia meningkat, sistem
petahanan tubuh semakin merosot disebabkan beberapa faktor asas seperti amalan
pemakanan yang tidak seimbang dan tidak melakukan aktiviti senaman atau riadah ekoran
daripada kesibukan kerja seharian. Peningkatan kes obesiti dikalangan masyarakat semakin
membimbangkan dan ianya merupakan antara masalah yang dihadapi disetiap negara
membangun. Sumber nutrisi yang kurang boleh menyebabkan masalah pada gusi dan gigi
malah boleh mengundang kepada masalah kesihatan lain yang lebih serius. Mengawal
pemakanan untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang boleh dilakukan dengan merujuk
kepada piramid makanan yang disediakan oleh kementerian kesihatan.
Selain daripada menjaga pemakanan, menggerakkan tubuh badan dengan melakukan aktiviti
senaman dan riadah juga amat digalakkan. Senaman aerobik bertujuan untuk kesihatan
jantung dan paru-paru manakala latihan fleksibiliti pula dapat membantu otot dan sendi
berfungsi dengan lancar. Sebelum memulakan aktiviti yang melibatkan pergerakan otot
lakukan regangan untuk mengelakkan kekejangan otot dan kecederaan. Jadikan aktiviti ini
sebagai rutin, dan lakukan sebanyak 3 kali seminggu selama 30minit setiap sessi bagi
mendapatkan kesan yang terbaik.
Kesimpulan :
Pembangunan pesat dalam pelbagai sektor menyebabkan masyarakat berkerjaya seringkali
menjadikannya alasan untuk mengabaikan aktiviti kesihatan. Adalah wajar bagi kerajaan dan
majikan di sektor swasta menyediakan kemudahan seperti mini gimnasium supaya para
pekerja dapat mencuri masa untuk melakukan aktiviti riadah selepas daripada waktu bertugas.

Poullier, J. P., & Mosseveld, C. J. M. Van. (2013). Bulletin of the World Health Organization,
(7), 120840.

Das könnte Ihnen auch gefallen