Sie sind auf Seite 1von 2

Pengenalan:

Perancangan kewangan telah didefinasikan sebagai pengurusan strategik terhadap sumber


kewangan pelanggan, manakala proses perancangan kewangan pula merupakan proses
perancangan strategik yang digunakan untuk sumber kewangan dan ekonomi individu atau
keluarga (Otes & Bacon, n.d.).
Kandungan :
Bagi memastikan sumber kewangan yang ada dapat diurus dengan baik dan digunakan pada
masa hadapan, khidmat nasihat daripada pakar perancang kewangan diperlukan. Pastikan
perancang kewangan yang dipilih merupakan pemegang CFP (Certified Financial Planner)
bagi mengelakkan penipuan dan mengalami kerugian. Penilaian semula semua asset yang
sedia ada juga merupakan salah satu perkara yang perlu diambil perhatian semasa melakukan
perancangan kewangan. Perancang kewangan juga akan memastikan penjagaan kesihatan
pelanggan terjamin melalui pemilikan insuran untuk bantuan dan persediaan jangka masa
panjang. Disini dapat kita lihat betapa pentingnya menguruskan kewangan bagi menjamin
kesihatan dan kesihatan pada masa hadapan.
Kos perkhidmatan perubatan dan kesihatan telah meningkat dengan drastik sejak
kebelakangan ini dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Situasi ini telah mendesak
masyarakat untuk melakukan persediaan awal dengan memiliki insuran, seperti insuran
kesihatan dan insuran hayat bagi menampung kos rawatan dan menjamin kelangsungan hidup
diri dan keluarga apabila keadaan yang tidak dapat diduga berlaku. Malangnya, di negara
berpendapatan rendah, 90% daripada populasi penduduk tidak memiliki atau mempunyai
akses yang terhad terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan berbanding masyarakat Barat
Eropah yang menikmati hampir 100% perlindungan. (Botos, 2014).
Menyertai kelab atau persatuan yang menjalankan program kesihatan seperti menjadi ahli
gymnasium, menyertai aktiviti riadah dan marathon juga satu langkah yang bijak dalam
penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Dengan kemudahan teknologi masa kini, amat mudah
untuk mendapat informasi berkenaan program-program yang berjalan diseluruh negara.
Kesimpulan :
Mentaliti masyarakat yang terlalu bergantung kepada perkhidmatan kesihatan sektor awam
perlu diubah berdasarkan statistik diatas (Botos, 2014). Pendedahan berkenaan kepentingan
penjagaan kesihatan perlu dilakukan secara berterusan bagi mengubah pandangan masyarakat.

Rujukan :
Botos, K. (2014). Finances and Life Cycles. Lifelong Financial Planning, 413423. Retrieved
from http://www.asz.hu/public-finance-quarterly-articles/2014/finances-and-life-cycles1/a-botosk-2014-4.pdf
Otes, E. D. S. N., & Bacon, W. a. (n.d.). Journal of Personal Finance Tools , Techniques ,
Strategies , and Research to Aid Consumers and Professional Financial. Personal
Finance, 3(1), 1115.

Das könnte Ihnen auch gefallen