Sie sind auf Seite 1von 3

Soalan Tugasan

1.

Campur tangan pihak British dalam urusan pentadbiran negeri telah


membawa tindak balas dan penentangan daripada masyarakat tempatan.
Bincangkan.

2.

Sistem Residen yang diperkenalkan oleh Inggeris telah membawa impak


yang besar terhadap senario politik di Tanah Melayu. Bincangkan.

3.

Semangat nasionalisme berperanan penting dalam usaha mendapatkan


kemerdekaan Tanah Melayu. Bincangkan pernyataan tersebut beserta
contoh-contoh yang sesuai.

4.

Darurat yang berlaku di Tanah Melayu (1948-1960) merupakan


persengketaan yang wujud antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan
kerajaan British. Bincangkan.

5.

Badan eksekutif merupakan salah satu antara tiga badan dalam sistem
pemerintahan kerajaan persekutuan di negara ini. Huraikan sistem
eksekutif Malaysia dan masalah-masalah yang mungkin boleh dicetuskan
oleh sistem birokrasinya.

6.

Sebagai sebuah negara persekutuan, hubungan erat dan persefahaman


antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri amat perlu untuk
menjamin kelancaran pentadbiran dan keharmonian. Bincangkan.

7.

Salah satu konsep penting dalam sistem pemerintahan di Malaysia ialah


Raja Berperlembagaan.
Bincangkan konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita.

8.

Badan legislatif dan eksekutif memainkan peranan yang berbeza dalam


sistem pemerintahan sesebuah negara. Sungguhpun demikian,
pembahagian peranan yang terlalu teliti mungkin akan mengugat
kelancaran pemerintahan.
Berlatar belakangkan hubungan antara badan eksekutif dan legislatif
Malaysia, sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?
9. Ideologi kebangsaan Malaysia ialah Rukun Negara. Ia telah dibentuk pada
31
Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas
berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta
yang berkaitan.
10. Institusi mahkamah menjalankan kuasa badan kehakiman di negara
ini.

Bincangkan institusi mahkamah dalam menjaga keadilan dan sebagai badan yang bebas di
negara ini.
11. Rakyat perlu memahami kepentingan pilihan raya untuk memastikan
kewujudan ekologi yang sesuai bagi pengamalan demokrasi yang matang.
Jelaskan kepentingan pilihan raya dan cadangkan langkah-langkah yang
sesuai untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap tanggungjawab
mereka sebagai pengundi.
12. Pematuhan terhadap perlembagaan serta memahami peruntukanperuntukan tertentu perlembagaan adalah penting untuk menjana
hubungan etnik yang erat dan harmoni di negara ini. Bincangkan.
13. Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk yang berjaya.
Sejauh manakah kebenaran penyataan tersebut?
14. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian
etnik, budaya dan agama. Bincangkan secara kritis kedudukan hubungan
etnik dalam negara kita pada masa kini.
15. Antara cabaran besar yang dihadapi dalam proses memantapkan
perpaduan adalah membina rakyat Malaysia yang mempunyai personaliti
berjiwa Malaysia. Bincangkan.
16. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan
dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia yang telah menjadi
teras utama negara menuju kecemerlangan sejak kemerdekaan dicapai.
Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk
merealisasikan gagasan 1Malaysia.
17. Program Transformasi Kerajaan yang dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd
Najib pada bulan Januari 2010 amat penting untuk pembangunan negara.
Jelaskan langkah-langkah yang akan diambil melalui program tersebut
dan kemukakan penilaian anda terhadap kerelavanannya dalam
pembangunan negara.
18. Sebagai Pegawai Diplomatik Utama, Perdana Menteri diberi
tanggungjawab untuk menguruskan hubungan Malaysia dengan negaranegara lain.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira oleh
beliau untuk memastikan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain
berada pada kedudukan yang positif.
19. Sejak merdeka, Malaysia melaksanakan dasar ekonomi yang tersendiri
bertujuan membangunkan negara. Bincangkan keberkesanan dasar-dasar
ekonomi tersebut dalam usaha membentuk Malaysia menjadi sebuah
negara maju.
2

20. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diwujudkan bagi membantu


mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara di samping menjadi
lambang identiti negara. Berikan penilaian anda terhadap penyataan
tersebut.

Das könnte Ihnen auch gefallen