Sie sind auf Seite 1von 3

FUNGSI-FUNGSI PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM (PPKA)

1)

Pemantauan dan analisa situasi kesihatan


a)

b)
c)
d)

e)

Membuat penilaian kesihatan berkaitan dengan masalah kesihatan dalam komuniti


dan kumpulan tertentu serta membuat semakan dan ulasan berkaitan dengan reten dan
laporan berkala yang berkaitan.
Membuat analisa tren penyakit berdasarkan sosio-demografi dan faktor predisposisi.
Mengenalpasti masalah kesihatan serta membantu membuat rancangan bagi
mengatasinya.
Terlibat dalam mengenalpasti sumber dan asset dalam komuniti atau sector lain
(kerajaan dan bukan kerajaan) untuk meningkatkan penglibatan komuniti dalam
pencegahan dan pengawalan penyakit.
Menyedia dan menyebar maklumat di atas untuk kegunaan kakitangan atau orang
awam menerusi pembelajaran berterusan (CME), laporan dan laman web.

2)

Surveilans epidemiologi, pencegahan dan pengawalan penyakit/ masalah Kesihatan Awam


a) Menjalankan pengawasan/ surveilans epidemiologi penyakit berjangkit dan / atau
tidak berjangkit. Berfungsi sebagai pakar perubahan kesihatan awam dalam
menjalankan surveilan epidemiologi penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
b) Pencarian kes, pencegahan dan pengawalan terhadap penyakit yang penting dalam
kesihatan awam.
c) Menyiasat, membuat diagnosis serta merawat kes semasa wabak.
d) Menjalankan praktis klinikal dari segi nasihat, kaunseling dan pendidikan kesihatan
mengenai kesihatan awam di klinik-klinik komuniti (klinik warga sihat, klinik
berhenti merokok).
e) Mencadang/ melaksana mekanisme untuk memperbaiki sistem survelans serta
pencegahan dan pengawalan penyakit.

3)

Pembangunan Polisi dan Perancangan dalam Kesihatan Awam.


a) Membantu membangun program atau projek yang merangkumi penggubalan dasar,
perancangan dan pelaksanaan.
b) Membantu perancangan dan pengurusan sumber bagi membangun program/ projek
dalam kesihatan awam.
c) Membantu membangun strategi dan pelan untuk menyokong dan memelihara
kesihatan awam.

4)

Melaksanakan pengurusan strategik dalam sistem kesihatan.


a) Mencadangkan pengenalan atau perluasan skop perkhidmatan/ aktiviti.
b) Terlibat dalam usaha meningkatkan taraf kemudahan perkhidmatan kesihatan
(peralatan, kepakaran, infrastruktur dan lain-lain).
c) Memantau, menilai dan memberi input teknikal ke atas program Kepastian Kualiti
(QAP)
d) Bertindak secara kompeten dalam pengurusan bencana dan situasi kecemasan, jika
ada.

5)

Peraturan dan penguatkuasaan untuk memelihara Kesihatan Awam.


a) Membantu dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan
yang berkaitan.
b) Membuat promosi berkaitan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang
berkaitan.
c) Menyumbang input dalam kajian semula, mendraf atau mengemaskini undangundang dan peraturan yang berkaitan
d) Memantau, menilai dan menteri maklumbalas tentang pencapaian undang-undang dan
peraturan yang berkaitan.

6)

Pembangunan dan perancangan sumber manusia dalam Kesihatan Awam


a) Menilai dan memantau keadaan semasa berkaitan sumber manusia berdasarkan
kuantiti, kategori, keyakinan, kebolehan dan taburan kakitangan.
b) Mengenalpasti dan mengunjurkan keperluan tenaga kerja berdasarkan kuantiti dan
kualiti.
c) Memastikan kakitangan memperolehi pengetahuan dan latihan yang mencukupi.
d) Merancang dan melaksana latihan dalam perkhidmatan (inservice training) bagi
tenaga kesihatan awam serta menggalakkan pendidikan professional berterusan
(continuing professional edication).
e) Memantau dan menilai kualiti dan kuantiti latihan/ kursus yang dijalankan.

7)

Promosi kesihatan dan penglibatan social


a) Terlibat dalam merancang dan mengendali kempen atau aktiviti promosi kesihatan di
peringkat Kebangsaan, negeri atau daerah dalam meningkatkan kapasiti dan
kebolehan masyarakat dalam mengurangkan risiko penyakit.
b) Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan berisiko tinggi serta
melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup semua peringkat
masyarakat.
c) Terlibat dalam jawatankuasa, mesyuarat atau aktiviti bagi menggalakkan kerjasama
antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga individuindividu tertentu dalam memastikan program promosi kesihatan menjadi lebih efektif.
d) Menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan pada peringkat komuniti melalui
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

8)

Memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada individu dan masyarakat.


a) Mengenalpasti indicator kualiti berdasarkan perkhidmatan kesihatan.
b) Memberikan nasihat/ input teknikal serta membantu melaksanakan mekanisme untuk
manambahbaik kualiti yang berkaitan.
c) Melaksanakan mekanisme penambahbaikan.
d) Memantau dan menilai aktiviti inisiatif kualiti.

9)

Penyelidikan, perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian Kesihatan Awam yang


inovatif.
a) Melakukan penyelidikan dan seterusnya menerbitkan laporan mengenai masalah
kesihatan awam.
b) Terlibat menggalakkan penglibatan kakitangan kesihatan awam dalam penyelidikan
pada semua peringkat.
c) Menyebarkan maklumat hasil kajian kepada agensi (kesihatan ataupun bukan
kesihatan) melalui pelbagai saluran seperti penulisan dalam jurnal, persembahan
dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan sebagainya.
d) Menggalakkan kerjasama dan pendekatan bersama antara agensi kesihatan dan
organisasi lain untuk tujuan penyelidikan.

Das könnte Ihnen auch gefallen