Sie sind auf Seite 1von 6

PEYALAHGUNAAN DADAH

Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak
dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya
tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk
kepuasan dan keseronakan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli
atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah
fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah
peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan,
seseorangn itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut.
Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman
setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya, kesibukkan ibu bapa dengan
kerja telah menyebabkan anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anakanak akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.
Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah.
Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif
penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak
waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut.
Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana,
rakan merupakan orang terdekat kepada remaja selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama
berbanding dengan ahli keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan perkara
yang dilakukuan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah. Terdapat juga kes
apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.
Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan faktor penyalahgunaan dadah. Mereka yang kurang
didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana
dengan adanya pegangan agama yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan.
Faktor kurangnya didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang dalam
kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti menghisap dadah.
Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam kalangan generasi muda.
Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan negara semakin tidak menyedari tanggungjawab
yang diamanahkan kepada mereka hanya disebabkan penyalahgunaan dadah. Telah banyak usaha yang
dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus
mengembleng tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi membendung masalah ini dari terus
membelenggu masyarakat.
Semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam membasmi gejala dadah, tanpa mengharapkan pihak
berwajib sahaja. Golongan belia pula diharapkan dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan dan
sentiasa berfikiran rasional agar tidak terjebak dengan dadah. Perangi dadah habis-habisan.

PENDERAAN KANAK KANAK


Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka
merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang
Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah
tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada
ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang
semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera
ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa
kandung kepada mangsa.
Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu
bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja
dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat
anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa.
Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana
perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang
ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka
sehingga diperlakukan sebegitu.
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh
sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka
bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya
anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak
sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan.
Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara
yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.
Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti
pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi
lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya
pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama
di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang
terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan
kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap
umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga
telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik
seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini
kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan
datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat
suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau
sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka
akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan
kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat
nanti.

PMERDAGANGAN ORANG
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu masalah yang kian
membimbangkan masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan manusia. Isu yang semakin berleluasa ini
sering melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Namun begitu, pendedahan pihak Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) baru-baru ini menunjukkan bahawa golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan
manusia. Hal ini sungguh membimbangkan kerana situasi tersebut mampu menyebabkan gejala negatif yang
lain turut menjadi serius. Misalnya, mangsa jenayah pemerdagangan manusia sering dijadikan sebagai pelacur,
buruh paksa, hamba seks dan pengemis upahan. Malah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, sebanyak
dua puluh tujuh sindiket pemerdagangan manusia yang bergiat aktif di Malaysia berjaya ditumpaskan sepanjang
enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan sindiket-sindiket tersebut telah menyelamatkan ratusan individu
yang menjadi mangsa mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia
sememangnya semakin serius dan perlu diatasi dengan segera. Hakikatnya, jenayah pemerdagangan manusia
hanya boleh diatasi jika kita memahami faktor-faktor berlakunya jenayah tersebut.
Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyebabkan jenayah
ini sukar ditangani. Sindiket pemerdagangan manusia sering memanfaatkan kewujudan pegawai kerajaan yang
mudah dirasuah untuk memudahkan pelaksanaan modus operandi mereka. Misalnya, pegawai imigresen yang
menjaga sempadan negara boleh dilepasi dengan mudah oleh ejen-ejen sindiket pemerdagangan manusia
bersama mangsa mereka hanya dengan menghulurkan beberapa helai wang kertas lima puluh ringgit kepada
mereka. Keadaan kini bertambah keruh apabila pegawai-pegawai kerajaan sendiri bertindak membantu sindiket
pemerdagangan manusia. Contohnya, mereka mencari individu yang berpotensi untuk diperdagangkan dan
menyerahkan insan-insan yang tidak berdosa itu kepada ejen pemerdagangan manusia. Hal ini amat
menyedihkan kerana pihak yang patut memainkan peranan untuk mengatasi jenayah pemerdagangan manusia
bertindak sebaliknya ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Maka, jenayah tersebut pasti sukar
ditangani jika wujud pegawai-pegawai kerajaan yang berkorupsi.
Selain itu, jurang ekonomi antara negara-negara jiran turut menjadi faktor jenayah pemerdagangan manusia.
Rakyat negara yang miskin sudah tentu ingin menambah baik taraf hidup mereka dengan apa jua cara yang
mudah. Oleh itu, mereka memilih untuk bekerja di negara jiran yang lebih kaya tetapi kekurangan tenaga kerja.
Namun begitu, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka dengan menaburkan
janji-janji manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih baik. Malangnya, selepas individuindividu tersebut dibawa ke luar negara, mereka dijual kepada pihak lain dan dijadikan hamba seks dan buruh
paksa. Situasi ini terbukti berlaku apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menunjukkan hampir
kesemua individu yang berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam dan Laos. Keadaan ini
membuktikan bahawa jurang ekonomi antara negara-negara serantau turut menjadi faktor wujudnya jenayah
pemerdagangan manusia.
Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga
menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap seperti katak di bawah tempurung
menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah merentasi sempadan. Masyarakat kini sering
bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di
sekeliling mereka. Umpamaanya, terdapatkah individu pada hari ini yang melihat pengemis kanak-kanak cacat
sanggup bersikap proaktif dan membawanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Keengganan masyarakat
untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan situasi seperti ini berlaku. Lebih membimbangkan
lagi apabila masyarakat mendiamkan diri meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di
kawasan tempat tinggal mereka. Misalnya, pihak PDRM berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah rumah
bersama tiga puluh orang wanita warganegara Vietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik. Siasatan lanjut

mendapati lelaki itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia sejak lima tahun yang lalu dan
menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan urusan sindiketnya itu. Sekiranya masyarakat di kawasan
perumahan itu bersikap proaktif, pasti sindiket tersebut terbongkar lebih awal. Malangnya, sikap mereka yang
kurang peka terhadap situasi di sekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan sindiketnya selama
separuh dekad. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang mendiamkan diri akan menyebabkan
jenayah pemerdagangan manusia terus melarat.
Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan pelbagai
langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah tersebut. Namun begitu, langkah-langkah tersebut
hanya akan membuahkan hasilnya jika pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita
dapat menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di
dunia.

Das könnte Ihnen auch gefallen