Sie sind auf Seite 1von 6

PENGENALAN

Mata pelajaran Dunia Seni Visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Dunia Seni Visual juga bertujuaan untuk
memberi peluang memupukkan minat, memperkembangkan keperibadian, memberikan
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan
mata pelajaran lain.

Definisi Diorama

Diorama ialah sejenis binaan 3 dimensi yang mengandungi pelbagai objek untuk mengambarkan
situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam sebuah kotak atau
bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan ataupun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didirikan atau dilekat pada tapak dan
dinding kotak tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan
situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan
bahan-bahan yang sesuai untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Tema
diorama yang dipilih ialah tentang kehidupan haiwan. Tajuk diorama yang dipilih ialah Haiwan
Ternakan.

MSH 3103
_____________________________________________________________________________________

Aspek Utama Dalam Seni Visual

Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang penting iaitu pemerhatian secara
aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah
dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Dalam proses membuat diorama ini
proses tersebut akan dihuraikan seprti berikut:

i). Pemerhataian Secara Aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus


dan terperinci dapat menajamkan perpesi individu. Aspek ini juga melibatkan pancaindera lain
melalui perbandingan. Pemerhatian yang dapat dilihat dalam diorama yang dipersembahkan
ialah pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia.

ii). Interaksi Kritis dan Kreatif Dengan Alat dan Bahan.

Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Alat dan bahan yang
digunakan untuk membuat diorama ini ialah gunting, kotak, gam, kertas warna, haiwan mainan,
rumput, pohon dan bentuk 3D yang dipamerkan secara tidak langsung. Proses membuat diorama
ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap ahli kumpulan akan menggunakan alat dan bahan yang
disediakan mengikut krativiti masing-masing.

MSH 3103
_____________________________________________________________________________________

iii). Apresiasi Seni Visual Secara Mudah

Apresiasi Seni Visual memberi pengalaman kepada individu mengenali aspek


pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi. Diorama yang dipersembahkan oleh kumpulan kami memperlihatkan
tentang kehidupan haiwan ternakan yang biasa dipelihara oleh petani di kampung. Hasil diorama
ini boleh diaplikasikan sebagai bahan untuk diceritakan, dilakonkan, dinyanyikan serta dibuat
karangan dan puisi.

iv). Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek.

Selain mendapat pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, nilai
menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan turut
dipupuk dalam setiap individu. Termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Diorama yang dipersembahkan menerapkan nilainilai murni seperti menghargai alam sekitar, kehidupan haiwan ternakan dan mensyukuri nikmat
kurniaan Allah s.w.t.

MSH 3103
_____________________________________________________________________________________

6
Huraian Tentang Diorama Yang Telah Dibina.

i). Pemilihan Tema Diorama

Tema diorama yang dipilih ialah tentang kehidupan haiwan ternakan yang
dipelihara dikampung-kampung. Kebiasaannya petani-petani disawah bendang memelihara
haiwan ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik. Pada zaman dahulu kerbau yang
dipelihara untuk membajak sawah. Tetapi pada masa kini kerbau dipelihara bertujuaan untuk
mengangkut barang serta hasil-hasil kebun. Haiwan ternakan lain yang dipelihara bertujuaan
untuk makanan.

Tajuk diorama yang dipilih oleh ahli kumpulan kami lebih memfokuskan haiwan
ternakan. Kami memilih tajuk ini bertujuaan untuk mengimbau kembali zaman kehidupan masa
lalu dipersekitaran sawah bendang serta keseronokkan memelihara haiwan ternakan yang tak
lekang diingatan kami.

ii). Haiwan Ternakan

Haiwan ternnakan yang kami gunakan dalam diorama ini ialah lembu, kambing, kuda
ayam dan itik. Haiwan ternakan yang dipamerkan lebih kepada haiwan ternakan yang bertujuaan
untuk makanan dan digunakan untuk mengangkut barang-barang. Disamping itu kami juga
menerapkan haiwan ternakan kehidupan di air secara tidak langsung.

MSH 3103
_____________________________________________________________________________________

7
iii) Pemilihan Warna

Pemilihan warna yang sesuai amat penting untuk menghasilkan diorama yang menarik.
Ahli kumpulan telah bersetuju untuk memilih warna yang kontra, cerah dan lembut sebagai latar
belakang diorama bersesuaiaan dengan tema diorama yang dipilih. Kelembutan warna bertambah
ceria apabila tapak diorama diselaputi oleh rumput hijau serta ditambah pula dengan warna
haiwan terakan yang cerah.

iv). Pemilihan Bahan dan Alat

Pemilihan alat dan bahan juga perlulah bersesuaian dengan tema serta tajuk diorama yang
dipilih. Kami menggunakan alat seperti gunting, pisau dan pensel. Bahan yang digunakan ialah
gam, kertas warna, kotak, haiwan mainan, rumput mainan, gambar pemandangan air terjun,
pohon mainan serta bahan-bahan lain yang digunakan dalam penghasilan diorama. Dengan
pemilihan bahan dan alat yang sesuai dapatlah kami menghasilkan diorama mengikut tema dan
tajuk yang dipilih.

v). Pemilihan Latar Belakang

Pemilihan latar belakang yang berkonsepkan air terjun menampakkan lagi keaslian
diorama yang telah dibina. Kehijauan hutan serta bunyi deruan air terjun seakan-akan
memberikan ketenangan kepada haiwan-haiwan ternakan mengikut tema diorama yang dipilih.
Ahli kumpulan kami memilih latar belakang berkonsepkan air terjun bertujuaan untuk
memberikan ketenangan kepada sesiapa yang menghayatinya.

MSH 3103
_____________________________________________________________________________________

8
Rumusan

Kerjasama dan komitmen yang disumbangkan oleh setiap ahli kumpulan telah dapat
menghasilkan diorama yang menarik ini.

Diorama kami bertemakan Kehidupan Haiwan

Ternakan dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penghasilan diorama ini
memerlukan daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Penggunaannya tidak terhad kepada
Pendidikan Seni Visual malah mata pelajaran lain boleh menggunakan diorama ini sebagai
Bahan Bantu Mengajar seperti subjek Bahasa Malaysia, Dunia Sains, Bahasa Inggeris dan lainlain. Tambahan pula, murid sememangnya meminati objek maujud seperti ini semasa belajar.
Suasana pembelajaran bukan sahaja menyeronokkan malah dapat menambahkan pemahaman
murid tentang sesuatu tajuk.

Das könnte Ihnen auch gefallen