You are on page 1of 6

SJK (T) MUKIM PUNDUT

KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN MANJUNG


LUMUT,PERAK

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL MUKIM PUNDUT


KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN
32200 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN
LAPORAN KARNIVAL SAINS 2014

Panitia Sains telah mengadakan Karnival Sains 2014 pada 11 April 2014, hari Jumaat.
Karnival Sains diadakan sempena Minggu Sains 2014. Minggu Sains ini dijalankan selama seminggu
iaitu bermula pada 7 April hingga 11 April. Pertandingan buku skrap, pertandingan kuiz, pertandingan
melukis poster dan juga pertandingan pameran sains diadakan sepanjang minggu sains ini.
Pertandingan buku skrap diberi tempoh selama 2 minggu untuk menyiapkannya. Semua
murid dari tahap satu diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini. Murid murid tahun satu diberi
tajuk Tumbuhan. Murid tahun 2 pula diberikan tajuk yang sama iaitu Tumbuhan dengan konsep yang
berlainan. Murid murid tahun tiga pula diberi tajuk Haiwan. Seramai 7 orang murid dipilih sebagai
pemenang dari setiap kelas.
Pertandingan Kuiz diadakan sepanjang minggu sains. Pertandingan ini dijalankan pada
waktu matapelajaran sains. Seramai 7 orang murid dipilih sebagai pemenang dari setiap kelas
berdasarkan markah yang diperolehi. Pertandingan melukis poster telah didakan untuk murid-murid tahun
6 sahaja. Sebanyak 24 penyertaan diterima dan seramai 4 orang murid telah dipilih sebagai pemenang.
Pertandingan pameran sains pula disertai oleh 6 kumpulan murid dari tahun 4 dan tahun 5.
Pameran ini didakan pada hari Jumaat, jam 9.30 pagi. Sebelum itu, kumpulan kumpulan yang terlibat
diadili oleh 3 orang hakim iaitu Pn.Rahmathunisha, Pn. Padmini dan Pn. Akhnes Mary. Selepas itu,
pameran sains, pameran buku- buku skarap dan juga pameran poster dibuka untuk semua guru, murid
dan juga ibubapa.
Majlis penyampaian hadiah bermula pada pukul 10.35 pagi. Majlis penyampaian hadiah
bermula dengan ucapan aluan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. A. Subramaniam. Selepas itu, Guru
Besar memberikan ucapan beliau. Acara penyampaian hadiah bermula dengan pertandingan buku skrap,
pertandingan kuiz diikuti dengan pertandingan melukis poster. Akhir sekali, pemenang bagi pameran
sains diumumkan. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Earth (Acidic and Alkaline), tempat kedua
dimenangi oleh kempulan Ocean (Salt and egg) dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Venus
(Series circuit and Parallel circuit. Kumpulan Jupiter (breathing of yeast), kumpulan Solar sistem (water
energy) dan kumpulan Mercury(soil and observation) mendapat hadiah saguhati. Semua guru sains
diberikan cenderahati sebagai penghargaan. Program ini ditamatkan pada pukul 12.35 tengahari.

Dilaporkan oleh,
..
(T.DEIVAMALAR)
PENYELARAS KARNIVAL SAINS 2014
SJKT(T)MUKIM PUNDUT

Tarikh : 14 APRIL 2014

PAMERAN BUKU SKRAP

PAMERAN POSTER

PAMAREN SAINS

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH