Sie sind auf Seite 1von 16

1.

0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan
agama kepercayaan yang dianuti oleh setiap masyarakat. Ciri seperti ini menyebabkan
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan agak sukar bagi para pemimpin untuk
memacu pembangunan negara. Untuk mengekalkan kesepaduan dalam masyarakat berbilang
kaum ini, kerajaan telah mengambil langkah mekanisme iaitu dengan memperkenalkan
integrasi nasional bagi seluruh masyarakat di negara ini bagi memperkuatkan hubungan di
antara masyarakat di Malaysia . Integrasi nasional merupakan usaha kerajaan untuk
memupuk kesefahaman dan perpaduan masyarakat antara pelbagai kaum. Sesebuah negara
tidak akan mencapai kemajuan jika masyarakatnya tidak bersatu. Hal ini kerana dengan
adanya kestabilan sosio-politik serta kerjasama antara semua kaum dapat memastikan semua
kerja berjalan dengan lancar dan kemajuan negara dapat ditingkatkan tanpa ada sebarang
permasalahan antara kaum dalam masyarakat. Semangat integrasi nasional ini harus di pupuk
dan ditingkatkan lagi bermula dari peringkat rendah iaitu sekolah dan peringkat pengajian
tinggi. Hal ini penting untuk mengukuhkan lagi integrasi nasional dalam masyarakat kini dan
akan datang.
Pendidikan adalah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan
integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang
paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh yang demikian, perancangan
yang rapi dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut. Sistem
pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi
kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang
berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai
wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan
tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

1.1 DEFINISI

PERPADUAN,

INTEGRASI

DAN

INTEGRASI

NASIONAL

Menurut sumber dari Kamus Dewan Edisi Keempat, 2002, perpaduan bermaksud
penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud penggabungan atau
pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan. Integrasi
pada asalnya adalah perkataan dari bahasa Inggeris "integration" yang bermaksud
kesempurnaan atau keseluruhan. Integrasi sosial didefinisikan sebagai proses
penyesuaian di antara unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat
sehingga menghasilkan pola kehidupan masyarakat yang memilki keserasian fungsi.
Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia membawa
maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional.
Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan
politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010: 62)
Manakala mengikut pada konsep integrasi nasional pula ia adalah penyatuan
kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu
entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai
unsur penting iaitu anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun
berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu
kelompok yang sama (a sense of belonging). Integrasi sebegini merupakan satu proses
yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah
proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan dalam mana akhirnya
berlaku perkongsisn pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan
kumpulan etnik. Integrasi nasional lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu
proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011:
179-180).

1.2 INTEGRASI NASIONAL MELALUI PENDIDIKAN

Pendidikan adalah satu usaha yang berterusan sistematik yang disengajakan


dan dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap
dan kemahiran kepada ahlinya. Hasilnya, usaha ini telah diperkembangkan dan
mengalami peningkatan oleh individu menjadi lebih baik dan disampaikan lagi untuk
generasi akan datang. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi
meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari
segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Ianya juga selaras dengan matlamat negara
bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.
Di Malaysia pendidikan sekolah rendah dan menengah adalah wajib untuk
diikuti oleh semua masyarakat tidak mengira kaum dan agama bermula dari kanakkanak hingga peringkat remaja. Justeru itu, adalah penting integrasi nasional perlu
dipupuk dengan awal melalui pendidikan kepada masyarakat dalam kalangan generasi
muda.
Sistem pendidikan yang telah dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah
satu usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan
meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di
negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan negara, maka tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting
dalam pembinaan dan pembentukan negara.

1.3 DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dasar Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap perkembangannya.


Pembentukan Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama merupakan tahap
awal kepada terbentuknya Dasar Pendidikan di negara ini. Parti Perikatan yang
mencapai kemenangan dalam pilihanraya pada tahun 1995 di bawah pimpinan Yang
Berhormat Dato Tun Abdul Razak Hussien telah menubuhkan satu Jawatankuasa
Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Laporan ini
dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan penyata ini termaktub
dalam Ordinan Pelajaran (1957). Penyata Razak ini mempunyai tujuan utama iaitu
untuk menyatupadukan kaum di Malaysia yang mana pada waktu itu terpisah oleh
bahasa dan budaya yang berbeza-beza. Antara matlamat utama Penyata Razak ini
ialah :

Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan yang sama.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan


bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah rendah dan
menengah

Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu

Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan kaun dapat


dikurangkan.

Mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan


progresif.

Terdapat pelbagai reaksi yang diperolehi dikalangan kaum termasuk parti politik
kesan daripada Penyata Razak. Orang Melayu tidak berpuas hati dan syahk wasangka
terhadap kedudukan Bahasa Inggeris di sekolah. Selain itu juga Kesatuan Guru
Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 iaitu objektif akhir adalah untuk
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Manakala
Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahawa kemajuan
Sekolah Tamil akan terencat. Akibat terlalu banyak penentangan terhadap Penyata

Razak maka satu jawatankuasa pula ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan
Razak. Hasil semakan dan kajian semula yang dijalankan terhadap Laporan Razak,
maka terhasillah Laporan Rahman Talib pada tahun 1960.
Secara umumnya Laporan Rahman Talib bersetuju dan menyokong hampir
kesemua dasar yang dicadangkan oleh Laporan Razak, dan terhadap beberapa usul
tambahan. Dalam mencapai matlamat menyatupadukan kaum, Laporan Rahman Talib
mengsyorkan supaya pendidikan di peringkat sekolah rendah diberikan secara
percuma, dan membolehkan kanak-kanak menikmati alam persekolahan dalam sistem
pendidikan. Semua sekolah yang menerima bantuann kerajaan ditukar menjadi
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan ini perlbagai kaum
dapat memelihara bahasa dan budaya masing-masing. Manakala untuk mewujudkan
dan mengeratkan perpaduan kaum, peperiksaan juga telah diadakan dalam satu bahasa
iaitu sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Melalui laporan Razak dan
Laporan Rahman Talib ini terbentuklah Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran ini
dibentuk bertujuan untuk mencapai perpaduan kaum di Malaysia melalaui sistem
Pendidikan. Akta Pelajaran 1961 telah menggariskan tiga asas utama iaitu
keseragaman sistem persekolahan, penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama, dan kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi
kandungan dan bercorak kebangsaan.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia.
Peristiwa rusuhan kaum memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan untuk
mengatasi masalah pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia. Pada tahun 1970,
kerajaan memperkuatkuasakan dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar
Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk
perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi teras penting
untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu mencapai
perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian Dasar Pendidikan untuk
mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa
Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad
yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam
laporan itu menyatakan tujuan jawatankuasa ini :

Mengkaji semula matlamat dan kesannya sisitem pendidikan termasuk


kurikulumnya, dalam rangka Dasar Pendidikan Kebangsaan yang wujud, dengan
tujuan memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada
dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk
memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah
melahirkan masyarakat yang bersatu padu berdisiplin dan terlatih (Mohamad Rodzi
Abd Razak, 2009: 100).
Laporan jawatankuasa ini adalah sama seperti laporan-laporan yang terdahulu
iaitu untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961.
Menjadikan pendidikan sebagai alat utama untuk mencapai perpaduan di negara ini.
Oleh tiu aspek b

ahasa telah menjadi penekanan utama untuk mencapai hasrat

kerajaan. Dalam laporan ini, matlamat pendidikan Bahasa Malaysia ( Bahasa


Melayu ) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk
menyatukan rakyat (Mohd Yazid Yusoff et al.,2002: 4-5). Melalui laporan
Jawatankuasa Kabinet juga, Pusat Perkembangan Kurikulum telah memperkenalkan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1983. Kerajaan juga memperkenalkan
Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 untuk membentuk individu murid yang
menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani, emosi dan
jasmani (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101).
Menjelang tahun 1995, kerajaan telah meluluskan Akta Pendidikan 1996. Akta
ini menggantikan Akta Pendiidkan 1961, tetapi masih menyokong matlamat
menyatupadukan kepelbagaian kaum di Malaysia menerusi pendidikan. Akta ini
menampilkan beberapa perubahan besar terhadap dasar pendidikan negara dan
dianggap sebagai dasar yang sangat liberal. Ia dianggap membayangkan perubahan
sikap masyarakat Melayu dan memenuhi beberapa impian masyarakat Cina(Mohamad
Rodzi Abd Razak, 2009: 101). Akta ini juga memberi penekanan kepada peningkatan
pendidikan prasekolah, pendidikan swasta, pendidikan keguruan, pendidikan teknikal
dan pendidikan khas. Dalam seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan
bahawa bahasa kebangsaaan adalah abahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Gurnam Kaur Sidhu et al., 2005: 75).

Terdapat 3 fokus utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu yang


pertama ialah perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Kedua adalah perpaduan rakyat dan yang ketiga pendidikan sepanjang hayat ke arah
membina masyarakat yang aman dan makmur. Melalui Falsafah Pendidikan
Kebangsaan kerajaan mewajibkan murid tahap 2 di sekolah-sekolah rendah terlibat
dan menyertai aktiviti unit beruniform, persatuan dan sukan. Penglibatan murid dalam
aktiviti sebegini boleh memupuk semangat perpaduan dikalangan murid yang terlibat
jika dipupuk dari peringkat kecil lagi.
Perkembangan kurikulum pendidikan juga mengikut arus dan kesesuaian
semasa. Pada tahun 2010 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
dilaksanakan di prasekolah menggantikan kurikulum lama. Manakala di peringkat
sekolah rendah pula, diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mana mula
dilaksanakan pada tahun 2011 untuk Tahun 1.
Pada tahun 2011 juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin
telah melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dari segi rasionalnya, dasar ini
menyumbang kepada pertandingan yang sihat, semangat muhibbah, kesefahaman,
toleransi dan meningkatkan nilai-nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan
yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumulan etnik kepada satu bangsa yang
bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara (Buku Panduan Perlaksanaan
Dasar Satu Murid Satu Sukan, 2011: 2).
Kesimpulannya pelbagai Dasar Pendidikan telah dilaksanakan bermula daripada
saat negara bebas daripada penjajahan British sehinggalah ke hari ini. Antara fokus
utama dasar-dasar ini di samping untuk memberi pendidikan kepada rakyat ianya jelas
menjadi alat terpenting untuk menyatupadukan dan mengintegrasikan etnik yang
pelbagai di negara ini. Dasar-dasar ini berkembang dan berubah dari masa ke masa
untuk memenuhi kehendak dan keadaan semasa. Walaupun dasar ini seringkali
berubah, namun ia tidak lari daripada misinya yang asal iaitu membangunkan
sesebuah negara di mana rakyatnya berbilang kaum, bersatu padu untuk memacu
negara ke arah kegemilangan dan mampu bersaing dalam arus golbalisasi yang
semakin mencabar.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1

INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DIPERINGKAT


RENDAH HINGGA TAHAP PENGAJIAN TINGGI

2.1.1 OBJEKTIF

Membentuk perpaduan antara pelajar berbilang bangsa dan agama


Mengkaji peranan subjek mata pelajaran di peringkat rendah dan
menengah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai

etnik
Memberi kesedaran kepada semua pelajar kepentingan semangat
bersatu padu melalui modul hubungan etnik di institusi pengajian tinggi

2.1.2 PERINGKAT PENGAJIAN


Tiga peringkat pengajian yang penting dilalui oleh masyarakat di Malaysia
adalah :

Sekolah rendah
Sekolah menengah
Institusi pengajian tinggi dan kemahiran (IPTA/IPTS)

2.2

INTEGRASI NASIONAL BERMULA PERINGKAT RENDAH


(SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH)
Integrasi nasional dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah adalah satu
proses di mana satu ikatan batin terhasil. Ia adalah satu ikatan perasaan antara
sesama pelajar sendiri. Melalui proses ini, spritual yang terhasil daripada
penghayatan antara pelajar yang berlainan bangsa, kaum dan agama akan terhasil.
Usaha pemupukan semangat integrasi di peringkat rendah amat penting bagi
memupuk semangat kekitaan dalam kalangan murid-murid sejak kecil lagi. Ia akan
membuahkan hasil dimana mereka kanak-kanak akan hidup bersatu bersama kaumkaum yang lain. Malahan, masalah antara kaum tidak akan wujud pada masa akan
mendatang dimana mreka dewasa.
Di samping itu, integrasi nasional di peringkat sekolah rendah juga berfungsi
untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di kalangan murid-murid yang mana
terdapat berbagai-bagai kaum dan bangsa serta latar belakang. Malahan, mereka
akan akan dapat mengamalkan sikap tolak ansur sesama masyarakat di samping
menghormati antara etnik-etnik yang lain.
Terdapat banyak sebab-sebab lain mengapa integrasi nasional diperingkat
sekolah rendah perlu dipupuk antaranya adalah untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai nilai insan yang harmoni dan positif. Selain itu, nilai moral dalam
kalangan pelajar dan murid dapat dibina melalui mereka akan sentiasa menghormati
adat dan agama yang lain malah sahsiah terpuji dalam kalangan pelajar dapat
dihasilkan. Seperti mana dalam islam, menghormati agama lain adalah salah satu
ciri-ciri yang disanjung serta dipuji di dalam Islam.
Disamping itu, peranan integrasi nasional ini juga akan membentuk generasi
yang tidak akan mementingkan dan mengagungkan bangsa mereka sendiri. Maka,
perkara sensitif antara kaum tidak akan terbangkit yang mana menyebabkan sakit
hati antara kaum.

2.2.1 CARA-CARA UNTUK MEMUPUK INTEGRASI NASIONAL DALAM


KALANGAN PELAJAR DI PERINGKAT RENDAH DAN MENENGAH

1. JADIKAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR


UTAMA

Apabila Bahasa Malaysia dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama,


satu masyarakat yang bersatu padu dan berintegrasi tinggi dalam kalangan

pelajar dapat dihasilkan.


Bahasa Malaysia akan digunakan di semua sekolah jenis kebangsaan
sebagai mata pelajaran wajib, sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina(SJKC) dan Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pula akan menggunakan
bahasa ibunda mereka sebagai bahasa utama juga mesti mewajibkan untuk

pelajar mereka belajar Bahasa Malaysia.


Maka, komunikasi antara lain lain kaum tidak akan menjadi cacat kerana
kekurangan kefasihan antara mereka dalam Bahasa Malaysia.

2. KO-KURIKULUM SEKOLAH YANG SAMA

Kurikulum memainkan peranan yang penting dalam pembelajarn pelajar


di mana untuk melahirkan pelajar yang lengkap dari segi rohani dan
jasmani mereka. Malaahn, ia juga berperanan untuk menghasilkan pelajar
yang mendokong cita-cita negara dan sekolah untuk menghasilkan dan

mewujudkan perpaduan yang berprinsip Rukun Negara.


Disamping itu,di dalam ko-kurukulum sendiri terkandungnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan unsur kebudayaan yang

menjadi pilihan pelajar untuk mempertahankannya.


Apabila pelajar melakukan aktivit ko-kurikulum bersama sama, secara
tidak langsung mereka akan mewujudkan satu semangat berpasukan
antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.

3. PROGRAM SAMBUTAN PATRIOTISME

Sudah menjadi satu program wajin di peringkat sekolah apabila tibanya


hari patriotisme seperti Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan, pihak
sekolah akan mengadakan program sambutan di sekolah.
Program seperti amat penting dalam melahirkan pelajar yang mempunyai

integrasi nasioanal. Hal ini kerana, mereka sebagai pelajar akan


menghayati dan mengenang kembali pelbagai sejarah daripada bagaimana
keamanan dalam negara kita terhasil. Secara tidak langsung, iktibar dapat
diambil bagi memastikan keamanan dalam kalangan pelajar dapat diterap
dan keamanan dalam negara dapat diamalkan.

4. PRINSIP RUKUN NEGARA DITERAPKAN DALAM KALANGAN


PELAJAR

Melalui cara ini, para pelajar akan menghormati antara kaum kaum yang
lain. Malahan mereka akan menghormati kebudayaan kaum dan agama

yang lain.
Selain itu, pembelajaran secara aman dan muhibah dapat diterap dalam
diri mereka. Malah, mereka akan dapat mengamalkan prinsip rukun
negara yang meletakkan perpaduan antara kaum salah satu aset penting
dalam memupuk integrasi nasional antara kaum.

5. MENGADAKAN PERAYAAN SETIAP KAUM DI SEKOLAH

Bagi sekolah yang mengandungi berbagai kaum pelajar, pihak sekolah


boleh mengadakan perayaan untuk setiap kaum bagi menghormati kaum
mereka dan menunjukkan sifat kasih sayang antara kaum yang ada di

Malaysia
Dengan cara ini, pelajar yang berlainan kaum dapat mempelajari sendiri

bagaimana adat resam dan kepercayaan kaum lain yang ada di Malaysia.
Malahan, dengan cara ini dapat melahirkan kesefahaman antara pelajar
yang berlainan kaum. Dan, mereka akan melahirkan rasa hormat
terhadap pelajar lain walaupun berlainan kaum dan bangsa.

6. PROGRAM PENUKARAN PELAJAR ANTARA SEKOLAH

Program penukaran pelajar dapat meningkatkan kesefahaman dan


perpaduan anatar pelajar yang berbilang kaum dan beridentitikan sekolah
yang berbeza. Ia dapat dilakukan melalui pelajar ditukar dengan tinggal
dan belajar di sekolah yang lain selama seminggu bagi menghasilkan

persekitaran yang berbeza.


Persekitaran yang berbeza dalam pembelajaran akan menghasilkan
keputusan yang lebih baik dalam perlajaran selain perpaduan yang aman.

2.3 INTEGRASI

NASIONAL

DI

PERINGKAT

INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI

Di peringkat IPTA/IPTS, pelajar difokuskan terhadap pembelajaran serta


pemahaman tentang kebudayaan yang berbeza seperti contoh pengenalan kursuskursus yang memfokuskan kepada pembelajaran dan pemahaman budaya yang
berbeza di institusi pengajian tinggi pula cuba menimbulkan perasaan menghargai
dan kefahaman yang lebih dalam kalangan mahasiswa kepada budaya dan tamadun
yang berbeza yang ada di sekeliling mereka. Ini dilakukan dengan pengenalan
kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan seterusnya pengenalan konsep Islam
Hadari tidak lama dulu di peringkat nasional. Kursus Hubungan Etnik yang
diperkenalkan sejak tahun 2006 di pusat pengajian tinggi pula adalah satu usaha
untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam
pembangunan negara. Ianya bukan hanya memberi pendedahan kepada konsepkonsep hubungan etnik, malah pelajar diberikan peluang untuk melakukan aktiviti
bersama untuk membolehkan kefahaman yang lebih mendalam bagaimana
masyarakat pelbagai etnik dapat bekerjasama dan berinteraksi.
Sebagaimana yang diamalkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM),
mahasiswa dididik untuk bekerjasama serta berinteraksi antara satu sama lain
dalam menjalankan aktiviti di kampus sama ada aktiviti berkaitan kurikulum atau
kokurikulum tanpa mengira budaya serta suku kaum yang berbeza. Di IPT

bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan dan kelab juga telah menggalakkan
aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan
mahasiswa. Sebagai contoh, aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan
mahasiswa Cina dan India, tetapi turut disertai mahasiswa Melayu. Dalam aspek
kepemimpinan pelajar, ternyata tidak didominasi oleh sesuatu etnik sahaja, malah
dianggotai oleh pelbagai etnik seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT sebagai
usaha menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik dengan
menggalakkan mahasiswa menganggotai kelab berkenaan. Pelajar juga digalakkan
mempergiatkan dan mempertingkatkan aktiviti kokurikulum seperti dalam program
sukan, kelab, persatuan, pameran dan ceramah. Aktiviti kokurikulum sedemikian
merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan
diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif.
Di luar sistem akademik pula, para mahasiswa dilibatkan dalam aktiviti
pelbagai etnik seperti menyertai program keluarga angkat, persatuan dan badan
beruniform. Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek perkhidmatan
masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat dan mahasiswa balik kampung. Hal
ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami kehidupan
rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya.
Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan penting
dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara etnik. Lantaran
itu, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu menyokong sepenuhnya aktiviti
berkenaan. Para pensyarah juga perlu diterapkan dan didedahkan dengan sikap
perpaduan antara kaum yang positif. Para pensyarah dan mahasiswa berperanan
sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonian. Mereka merupakan agen
integrasi dan perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan
lebih banyak interaksi melalui tugasan dan projek akademik. Justeru itu, integrasi
nasional mampu dicapai di peringkat IPTA/IPTS di negara ini sekaligus melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, dengan wujudnya integrasi nasional ia menunjukkan


persefahaman antara kaum yang timbul sendiri dalam kalangan penduduk yang berbilang
kaum tanpa paksaan. Keharmonian yang berpanjangan dapat dinikmati oleh masyarakat.

Jadi setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha ke arah integrasi
nasional. Peranan semua pihak amat diperlukan dalam mencapai integrasi nasional.
Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk memupuk,
memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa ini.
Justeru, tugas seorang guru sememangnya sangat penting dalam menjayakan agenda
pembangunan negara ke arah mencapai Wawsan 2020 yang dihasratkan. Seseorang guru
perlulah menjadi penjana transformasi pendidikan negara. Hal ini bertepatan dengan
pemilihan tema Hari Guru tahun 2011 iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan
Negara. Tanpa guru, sudah tentu tidak akan lahir ramai cendakiawan, golongan
profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi
sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan serta keharmonian negara kita
selama ini. Muhyiddin Yassin (2011) semasa menyampaikan ucapan sempena Sambutan
Hari Guru 2011 meletakkan harapan yang tinggi kepada guru untuk melihat kualiti
pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, sekaligus memastikan sistem
pendidikan negara sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah serta
ipta/ipts dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi
negara ke tahap yang lebih tinggi. Akhir sekali, melalui integrasi nasional, negara
mampu mencapai kesejahteraan, kemakmuran serta keharmonian yang berpanjangan.

4.0 RUJUKAN

http://www.slideshare.net/varinisbessh/s-lide-etnik
http://www.slideshare.net/kalaishan/integrasi-nasional-perlu-dipupuk-di-peringkat-

pendidikan-rendah-hingga-ke-tahap-pengajian-tinggi
Asmadi Yaakob (2016), Sejarah Hubungan Etnik di Malaysia
http://eprints.utm.my/6527/4/RasidahRashidMFPCHAP1.pdf

http://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/mencapai-perpaduan-melalui-sistem-

pendidikan-cemerlang-0
Buku Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996

Das könnte Ihnen auch gefallen