Sie sind auf Seite 1von 2

ELEMEN 3

Aktiviti sukan dan permainan dapat membentuk modal insan yang mempunyai

mempunyai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar bagi melahirkan warganegara yang

baik dalam aspek rohani dan jasmani.

Melalui aktiviti sukan dan permainan dapat melahirkan rakyat yang berbangga

sebagai rakyat Malaysia kerana sebagai rakyat Malaysia dapat bermain, mengekalkan

menghargai dan mengamalkan permainan tradisional yang menjadi warisan sejak zaman

dahulu. Bermain permainan ini akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang

warisan masa silam.

Melalui aktiviti sukan dan permainan juga dapat melahirkan semangat kekitaan

kerana pelajar yang biasa terlibat dalam aktiviti sukan dan permainan akan sentiasa

dipupuk dengan semangat kesukanan yang tinggi, mempunyai semangat sabar, bertolak

ansur, bertoleransi dan bersatu padu. Kita haruslah bersyukur sebagai warganegara

Malaysia kerana berada dalam sebuah negara yang aman dan makmur.

Melalui aktiviti sukan dan permainan juga dapat memupukkan sikap brdisiplin.

Seorang yang berdisiplin akan sentiasa bertindak wajar. Apabila pelajar menghadapi

masalah, dia akan bertenang dan menyelesaikan masalah secara rasional tanpa mengikut

perasaan. Selain itu, dia juga akan bertimbang rasa dan dapat mematuhi peraturan dan

undang-undang yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti dan permainan.

Seorang yang sentiasa bermain permainan tradisional akan dapat menambahkan

ilmu, berfikir dan akan bertindak ketrampilan dengan waras tanpa mengikut perasaan.

Melakukan aktiviti sukan dan permainan terutamanya permainan tradisional

mendatangkan banyak faedah kepada pelajar. Oleh sebab itu, permainan tradisional
haruslah disebarkan supaya anak generasi akan datang terus mengenali dan mengetahui

permainan warisan Melayu ini.

Sebagai rakyat, kita haruslah berganding bahu untuk mengekalkan warisan

Melayu ini. Di samping itu, banyak faedah yang diperoleh hasil daripada permainan ini.

Das könnte Ihnen auch gefallen