Sie sind auf Seite 1von 2

Format Surat Rasmi

Suami bin Lelaki


17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..

Isteri binti Perempuan


17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang
telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan
masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan
mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan
setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat
baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita .
Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi
memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini
di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya
dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat
saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua
belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan
mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar.
Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama
insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan
tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan
sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang
selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau
aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak
ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat
berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita
dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di
balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas
yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana
ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas …..
Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma
bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja
bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya
sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita
bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA


BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki

Das könnte Ihnen auch gefallen