Sie sind auf Seite 1von 2

Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkan nya

########################################################################## "Samp
aikan dariku walau pun satu ayat" (Bukhari dan Tarmizi) ########################
#######################################
Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., sel
awat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat
serta tabiin sekalian.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperint
ah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap
orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para si
ddiqin (orang-orang yang benar.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang
yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang mem
erangi hawa nafsunya."
Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksia
t itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan
nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah d
iberikan kepada nya.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua aka
n ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.
Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.
Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh sega
la lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat
(di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.
"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kep
ada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terha
dap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65
.
1)Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempu
an yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pan
dangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
2)Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-
perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan o
rang lain.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang
mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata i
tu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."
3)Menjaga lidah Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri da
n juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedala
m api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap deng
an satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab pe
rcakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan d
irinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Ti
rmizi daripada Abu Hurairah R.A.
Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, me
ngumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sen
diri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / me
mperolok atau mengejek orang lain.
4)Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang s
yubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.
5)Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah
S.W.T.
Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali te
rhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jari
ah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.
6)Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan
daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah
atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
7)Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan
atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan
kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh k
ita berpaling daripada orang yang zalim.
Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, n
anti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.
Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lai
n daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufu
r)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.
Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitun
gkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yan
g Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak b
erangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat
dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirm
izi.
Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan
Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disenga
ja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadika
n panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah,
Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - - "Aku tinggalkan dikalangan ka
mu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang tegu
h kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Mali
k)

Das könnte Ihnen auch gefallen