Sie sind auf Seite 1von 21

Mendepani 3 isu utama bagi

mengatasi masalah kewangan


dan ekonomi dunia :-

1. Perkhidmatan awam
2. Liberalisasi perdagangan; dan
3. Spekulasi kewangan.

Universiti Kebangsaan Malaysia


Fakulti Undang-undang
Sarjana Undang-undang Perniagaan

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )

1
Krisis kewangan yang bermula mulai 2008 telah kini semakin
parah dan telah menjadi topik perbincangan dunia tanpa batas
sempadan, bahasa, bangsa maupun intelektual.
Negara maju dalam Kumpulan G7 dan juga Kumpulan G20
telahpun bertemu dalam beberapa pusingan bagi mencapai
jawapan kepada krisis dan mendapatkan resolusi penyelesaian
namun telah tidak kesampaian.

2
Daripada fakta dan angka yang ada
menyentuh persoalan kejatuhan ekonomi
dunia masa kini maka terdapat 3 isu utama
pada pandangan penulis yang wajib
diperbincangkan sebagai elemen-elemen yang
telah menyumbang kepada krisis kewangan
dan seterusnya kegawatan ekonomi dunia :-
1.Perkhidmatan Awam termasuk
perkhidmatan kewangan yang punyai fungsi
awam,
2.Liberalisasi perdagangan, dan
3.Spekulasi kewangan.

3
1.Perkhidmatan awam

Perkhidmatan awam perlu bebas daripada rasuah dan bebas daripada


penyalahgunaan kuasa.

Perkara 13 di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mendefinisikan


perkhidmatan awam sebagai Angkatan Tentera Malaysia, Kehakiman dan
Undang-undang, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Polis , Perkhidmatan
Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan Perkhidmatan Pelajaran.

Milakovich dan Gordon (1995:6) menyatakan pentadbiran awam adalah


segala proses, organisasi dan individu yang terlibat dalam pelaksanaan
undang-undang dan peraturan yang diputuskan atau dikeluarkan badan
perundangan, eksekutif dan kehakiman di samping terlibat dalam proses
pengubalan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

4
Institut Tadbiran Awam ( INTAN )
(1991:831) menegaskan bahawa “perkhidmatan
awam adalah tunggak yang dapat menentukan
jatuh bangunnya sesebuah negara”.
Pentadbiran awam yang cekap adalah
pentadbiran awam yang bebas daripada rasuah.
Malangnya perkhidmatan awam amat terbuka
kepada rasuah. Rasuah dilakukan oleh anggota
perkhidmatan awam yang tergamak untuk
mengadaikan kuasa awam yang diamanahkan
kepada mereka untuk memperolehi kepentingan
peribadi.

5
Rasuah membawa kepada penyalahgunaan kuasa .
Di dalam proses itu pembangunan rakyat terabai
manakala sumber bocor ke pihak lain. Perry (1997:30)
menghuraikan kewujudan rasuah di dalam pentadbiran
awam serta lanskap politik setempat.

6
Rasuah adalah jenayah dan menurut Syed Hussein Al-Atas (1995:
viii – xiv ) menyifatkan rasuah sebagai pengkhinatan awam yang
membawa implikasi buruk kepada pemerintah, pembangunan,
kesejahteraan masyarakat, institusi swasta dan masyarakat umum.
Sebelum itu Tun Mahathir Mohamed (1980:181) menyatakan
bahawa rasuah itu boleh membawa keruntuhan kepada kerajaan.
Boniolo & Elberto (2005:3) . Rasuah telah memusnahkan
demokrasi di Amerika Latin kerana kesannya terhadap prestasi
institusi ekonomi di negara-negara terbabit dan kerana rasuah telah
menyebabkan rakyat di negara-negara terbabit hilang keyakinan
kepada institusi kerajaan mereka.

7
Johnston (2005:42-46) memberikan perspektif baru kepada dunia
dengan membahagikan rasuah kepada 4 katogeri :-
Rasuah mempengaruhi pasaran yang membabitkan pemimpin
politik untuk memperolehi sumbangan sah atau sebaliknya.
Rasuah kartel elit yang melibatkan sesetengah pihak dengan
pelbagai sumber kuasa seperti tentera, birokrasi, perniagaan dan
parti politik.
Rasuah oligarki dan kelompok yang menjurus kepada pertarungan
antara golongan politik yang berkuasa dengan pihak yang
berpengaruh untuk mengadakan kuasa bagi memperolehi kekayaan
peribadi.
Rasuah tokoh resmi yang mengfokus kepada sesetengah pihak yang
mempunyai pertalian politik untuk menghalalkan jenayah rasuah.

8
Impak daripada rasuah adalah :-

1.Rakyat yang tidak berpendidikan akan


terpinggir.
2.Pembangunan negara menjadi lembab.
3.Pasaran kerja dikuasai oleh tenaga mahir
asing.
4.Nikmat kemajuan ekonomi dimonopoli
oleh pihak yang kaya.
5.Rakyat yang miskin dinafikan keselesaan
hidup di tanahairnya sendiri.

9
Perkembangan terbaru di lingkungan syarikat
multinasional sepertimana Siemens A.G telah didakwa
di Munich kerana dana untuk rasuah. Siemens
disabitkan serta didenda 2 Billion Euro. Adakah amalan
rasuah menjadi amalan MNC dunia?
Menurut William (2007:199) fenomena korupsi
sistemik kini digunakan oleh penjenayah untuk
menyogok jentera kerajaan daripada pembuat dasar,
sektor pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang
sehingga anggota kehakiman sendiri bagi memudahkan
operasi jenayah rentas sempadan di sesebuah negara.
Rasuah di Malaysia dan negara lain di dunia mungkin
terjadi di dalam bentuk di atas khususnya
pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan
transmigrasi haram ?

10
2.Liberalisasi Perdagangan

World Trade Organisation menaja liberalisasi perdagangan


yang merangkumi barangan, perkhidmatan, harta intelek
termasuk liberalisasi sektor perbankan.
Sektor perbankan dibuka di peringkat antarabangsa dan kita
dapati undang-undang perbankan tidak menetapkan samada
perlu mematuhi undang-undang negara asal (home) atau
negara operasi (host) . Kedudukan dan fakta ini telah timbul
melalui kes Libyan Arab Foreign Bank v. Bankers Trust
Company (High Court, Commercial 1987, Lloyd’s Report
Vol. 1988)

11
Seperti dinyatakan oleh Milton Friedman (1970)
matlamat perniagaan adalah keuntungan. Begitu
jugalah amalan perbankan antarabangsa ; akhirnya
bank antarabangsa seolah hanya bermotifkan
keuntungan maksima.
Klien mereka adalah mereka yang punya nama dan
mendatangkan keuntungan besar kepada bank. Ini
menyebabkan liberalisasi terencat kerana tiada pemain
baru dalam pasaran disokong oleh pihak bank. Kerana
sikap terlalu memilih klien ini maka tujuan liberalisasi
dunia telah gagal.

12
Di samping itu apabila Kerajaan Malaysia
sendiri melaksanakan liberalisasi pemilikan
ekuiti, pasaran saham dan perbankan maka kita
kenalah terima hakikat dan kemungkinan
bahawa akan ada syarikat tempatan yang jatuh
ke tangan asing.

13
Bagi pelabur asing khususnya daripada negara maju adalah
amalan biasa bagi mereka hanya suka melabur dalam
syarikat –syarikat strategik seperti makanan dan pertanian,
infrastruktur, telekomunikasi dan tenaga. Mereka tahu
kerajaan tidak akan membenarkan syarikat strategik ini
muflis atau digulung. Jadi pelaburan mereka selamat dan
mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam
ekonomi tuan rumah.
Inilah erti sebenar dan nyata liberalisasi dan globalisasi
ekonomi.

14
3.Spekulasi Kewangan

Pada 1997 Tun Mahathir Mohamed telah hadir ke Hong Kong


dan beliau mencadangkan kepada IMF agar mengharamkan
spekulasi kewangan. Ini kerana menurut beliau ianya penuh
dengan unsur riba dan ketidaktentuan (gharar) serta
mengakibatkan krisis ekonomi.
Berikutan itu beliau telah ditertawakan oleh ramai ahli kewangan
dan ekonomi Barat.

15
Apabila Lehman Brothers jatuh 10 tahun kemudian dan
isu Repo 150 telah terkehadapan yang telah digunakan
bagi melindungi fakta kerugian RM 165 billion dalam
bentuk sekuriti kewangan maka kebenaran Tun
Mahathir mohamed telah dilihat dunia. Kes ini juga
telah menarik bersamanya firma Ernst and Young
sebagai menyalah guna kuasa.
Di Eropah pula Goldman Sachs cuba kembali dengan
derivatif kewangan yang disebut Currency Swap bagi
membantu Kerajaan Greek telah ditahan oleh European
Union.

16
Spekulasi kewangan bermula pada 1973 apabila Dolar Amerika
dicetak tidak lagi menggunakan sandaran emas. Matawang dunia
kini yang menggunakan Dolar Amerika adalah satu penggunaan
matawang yang agak rapuh.
Menurut Bank for International Settlement (BIS) jumlah global
international trade pada tahun 2008 adalah sekitar US$ 32 Trillion .
Daripada jumlah itu global foreign exchange market adalah 45 kali
ganda lebih besar daripada jumlah perdagangan antarabangsa.
Ini bermakana hanya 2 % daripada pertukaran matawang benar-
benar didasari oleh permintaan sebenar oleh kerajaan dan peniaga.
Baki 98% global foreign exchange market adalah merupakan
pasaran kewangan.Pasaran ini adalah merupakan spekulasi
kewangan yang menyebabkan inflasi di seluruh dunia dan menjadi
punca ketidakstabilan ekonomi dunia pada 1930an, 1987, 1997 dan
kegawatan hari ini sejak 2007.

17
18
Cadangan bagi kaedah mengatasi kegawatan ekonomi
Dengan kedudukan sebagaimana di atas maka bagi mengatasi kegawatan
kewangan dan ekonomi dunia maka tindakan di bawah adalah dicadangkan
oleh penulis :-
1.Haramkan spekulatif kewangan.
2.Tidak menggunakan Dolar Amerika sebagai matawang tunggal bagi
perdagangan antarabangsa.
3.Ketelusan dan integriti diperkukuhkan dalam perkhidmatan awam di seluruh
dunia dengan fokus kepada isu rasuah.
4.Tindakan menyeluruh atau holistik perlu dilaksanakan secara bersama
di peringkat dunia.
5.Liberalisasi perdagangan perlu dirubah supaya mengutamakan kepentingan
rakyat dan bukannya golongan peniaga khususnya pihak bank.
6.Terapkan nilai Islam dalam sistem kewangan dan ekonomi melalui
penghapusan riba, gharar, masyir dan komoditi haram.

19
Dengan sinergi perkhidmatan
awam yang rasuah, liberalisasi
perdagangan yang terlalu
memihak kepada pelabur dan
negara maju serta spekulasi
kewangan dunia yang pincang
maka ianya telah menyumbang
kepada kegawatan kewangan dan
ekonomi yang terbesar dalam
sejarah dunia.

20
Dengan jangkaan bahawa lebih kurang 20 lagi negara
besar yang akan dilanda masalah kegawatan kewangan
dan ekonomi maka dunia akan berhadapan dengan
keadaan yang tidak pernah dialami dalam sejarah
manusia sebelum ini.
Tindakan perlu dilakukan bersama sebagaimana tagline
“Think Global,Act Locally” bagi mengatasi kegawatan
ini dengan kaedah cadangan mengatasi yang dinyatakan
di perenggan atas.
Insyallah selepas berusaha maka kita wajib berdoa
kepada Allah s.w.t semuga kehidupan manusia di dunia
kembali aman membawa ke akhirat.

Musbri Mohamed
Ramadan 2010

21

Das könnte Ihnen auch gefallen