Sie sind auf Seite 1von 7

LAMPIRAN 4

PEKELILING PEPERIKSAAN DALAMAN – Bil. 2/2008

I PERINGATAN UNTUK GURU

1.0 Pengawasan Peperiksaan Dalaman

1.1 Pada waktu terakhir sehari sebelum peperiksaan bermula, sila pastikan semua
meja disusun dengan laci menghadap ke depan. Pastikan jarak di antara meja
cukup jauh supaya dapat mengelakkan kes peniruan berlaku. Tempat duduk
pelajar hendaklah disusun mengikut abjad atau angka giliran.

1.2 Pada setiap hari peperiksaan, semua beg mesti disusun di belakang kelas.

1.3 Semua kertas soalan mestilah diambil dari Bilik Urus Setia Peperiksaan
pada jam 7.25 pagi (sesi pagi).

1.4 Kertas soalan hendaklah disemak bersama-sama pelajar terutamanya mata


pelajaran, kertas dan bilangan halaman yang bercetak.

1.5 Kertas jawapan hendaklah dikutip mengikut abjad dan diserahkan bersama
dengan label kertas soalan kepada guru yang mengajar mata pelajaran
berkenaan melalui S/U Peperiksaan. Sila serahkan kertas jawapan untuk guru
yang tidak hadir ke sekolah kepada Setiausaha Peperiksaan (sesi pagi) dan
Penyelaras Peperiksaan Dalaman (sesi petang).

1.6 Guru yang memulakan kertas dan guru yang menamatkan kertas hendaklah
mengisi Borang ISO : Pengesahan Penerimaan Kertas Soalan Dan
Penyerahan Kertas Jawapan. Guru pemeriksa kertas jawapan hendaklah
mengisi Borang ISO : Borang Pengesahan Penerimaan Kertas Jawapan

1.7 Sekiranya masa peperiksaan mengambil masa waktu rehat, guru mata pelajaran
waktu ke-5 harus masuk mengawas.

1.8 Guru-guru diminta jangan meninggalkan kelas sebelum guru waktu berikutnya
sampai.

1.9 Bahan/alat tulis yang berlebihan seperti kertas objektif dan kertas soalan
hendaklah dikumpul pada akhir setiap ujian dan diserahkan kepada Guru
Penyelaras Peperiksaan Dalaman. Benang berlebihan dikumpul selepas habis
seluruh peperiksaan.

1.10 Guru-guru tidak dibenarkan menyemak kertas jawapan peperiksaan semasa


mengawas.

1.11 Pelajar-pelajar dibenarkan membuat ulang kaji sebelum peperiksaan bermula


tetapi semasa peperiksaan dijalankan, pelajar-pelajar tidak boleh mengeluarkan
sebarang buku rujukan untuk mengulangkaji walaupun telah selesai menjawab.
1.12 Hanya alat tulis dan kertas jawapan RPS (helaian yang mencukupi) sahaja
dibenarkan berada di atas meja.

1.13 Kalkulator saintifik dibenarkan untuk semua mata pelajaran kecuali


Matematik Kertas 2 Tingkatan 1, 2, dan 3.

1.14 Sekiranya peperiksaan dijalankan bagi sesi pagi dan sesi petang pada tarikh-
tarikh yang sama, peperiksaan sesi pagi akan dijadualkan tamat sebelum jam
1.00 petang, dan pelajar sesi pagi dibenarkan balik pada jam 1.00 petang.
(Bulan Puasa – 12.30 ptg) Ini adalah untuk membolehkan peperiksaan sesi
petang bermula pada jam 1.15 ptg.

2.0 Koleksi Soalan

2.1 Guru penggubal soalan perlu menyediakan soalan-soalan bersdasarkan JSU.

2.2 Guru penggubal soalan juga perlu menyediakan skema pemarkahan dan ‘Content
Skills’. Soalan, ‘Content Skills’ dan JSU hendaklah disemak dan disahkan oleh
Ketua Bidang / Ketua Panitia sebelum di hantar untuk cetakan. Borang Maklumat
Percetakan mesti diisi untuk memohon percetakan dan borang ini akan difailkan.
Guru-guru yang memfotostatkan kertas soalan juga perlu mengisi Borang
Maklumat Percetakan yang mesti diluluskan oleh Ketua Bidang dan menyerahkan
borang ini kepada S/U Peperiksaan sebelum membuat tuntutan bayaran.

2.3 Guru penggubal soalan perlu mengepilkan 4 set kertas soalan tambahan (untuk
koleksi soalan) bersama-sama dengan set-set soalan untuk kelas untuk
diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan

3.0 Murid Yang Tidak Hadir

3.1 Tidak ada ‘close paper’ bagi murid yang tidak hadir. Guru-guru mata pelajaran
boleh membincang soalan-soalan dengan kelas masing-masing selepas
peperiksaan tamat.

3.2 Pelajar yang tidak hadir untuk peperiksaan dicatatkan TH dalam slip keputusan.

3.3 Pelajar yang mewakili sekolah semasa ujian atau peperiksaan TIDAK AKAN
diberi peluang menduduki semula ujian atau peperiksaan dan akan dicatatkan TH
dalam slip keputusan (kecuali ada permohonan bertulis dari ibu bapa pelajar).

4.0 Kes Meniru

4.1 Pelajar yang ditangkap meniru dengan bukti jelas diberi markah 0 untuk kertas
tersebut.
5.0 Format Kertas Soalan Ujian / Peperiksaan Dalam

5.1 Untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan


Peperiksaan Percubaan , format peperiksaan awam mesti diikuti.

5.2 Helai pertama kertas soalan peperiksaan mesti mengikut format seperti Lampiran
1 dan 2.

5.3 Soalan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains mesti digubal dalam Bahasa
Inggeris .

6.0 Slip Keputusan Peperiksaan

6.1 Jumlah kehadiran dicatat dalam slip keputusan secara :

jumlah hari hadir / jumlah hari persekolahan

Jumlah hari persekolahan dikira hingga ke hari terakhir bulan peperiksaan


berkenaan.

6.2 Pelajar hendaklah dinasihatkan supaya menyimpan Slip Keputusan Peperiksaan


dengan baik. Bayaran RM 5.00 dikenakan untuk salinan kedua bagi pelajar yang
hilang slip keputusan asal.

7.0 Keselamatan Kertas Soalan Ujian / Peperiksaan

7.1 Perhatian : Bilik Urus Setia Peperiksaan hendaklah sentiasa dikunci jika
tiada guru di dalam bilik itu.

7.2 Selepas mengelipkan kertas soalan, guru-guru diminta menyusun kertas soalan
mengikut kelas, mengisikan dan mengepilkan borang Label Kertas Peperiksaan
pada set-set kertas soalan, dan menyerahkan kertas soalan beserta 4 set kertas untuk
koleksi soalan, kepada penyelaras peperiksaan berkenaan.

7.3 Pelajar dilarang masuk ke Bilik Urus Setia Peperiksaan pada bila-bila masa dan
dilarang masuk ke Bilik Guru sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan.

8.0 Penyerahan Markah

8.1 Markah pelajar mesti diserahkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Tempoh masa ini
akan dipercepatkan apabila bahagian Penilaian dan Peperiksaan dikehendaki
mematuhi arahan daripada JPN/PPD.

9.0 Hal-hal lain


9.1 Buku-Buku Panduan Peperiksaan PMR, SPM dan STPM
Satu set buku-buku ini disimpan di Bilik Gerakan untuk rujukan semua guru.
Buku-buku ini disimpan dalam fail kotak.
II PERINGATAN UNTUK PELAJAR

Hal-Hal Berkaitan Dengan Peperiksaan Dalaman

1.1 Pada waktu terakhir sehari sebelum peperiksaan bermula, sila pastikan semua
meja disusun dengan laci menghadap ke depan. Tempat duduk pelajar
hendaklah disusun mengikut abjad atau angka giliran.

1.2 Pada setiap hari peperiksaan, semua beg mesti disusun di belakang kelas.

1.3 Pelajar-pelajar dibenarkan membuat ulang kaji sebelum peperiksaan bermula tetapi
semasa peperiksaan dijalankan, pelajar-pelajar tidak boleh mengeluarkan
sebarang buku rujukan untuk mengulang kaji walaupun telah selesai menjawab.

1.4 Hanya alat tulis dan kertas jawapan RPS (helaian yang mencukupi) sahaja
dibenarkan berada di atas meja.

1.5 Kalkulator saintifik dibenarkan untuk semua mata pelajaran kecuali


Matematik Kertas 2 Tingkatan 1, 2, dan 3.

1.6 Sekiranya peperiksaan dijalankan bagi sesi pagi dan sesi petang pada tarikh-tarikh
yang sama, peperiksaan sesi pagi boleh tamat sebelum jam 1.00 petang, dan
pelajar sesi pagi dibenarkan balik pada jam 1.00 petang. (Bulan Puasa – 12.30
ptg.) Ini adalah untuk membolehkan peperiksaan sesi petang bermula pada jam
1.15 ptg.

1.7 Murid Yang Tidak Hadir


1.7.1 Tidak ada ‘close paper’ bagi murid yang tidak hadir. Guru-guru mata
pelajaran boleh membincang soalan-soalan dengan kelas masing-masing
selepas peperiksaan tamat.

1.7.2 Pelajar yang tidak hadir untuk peperiksaan dicatatkan TH dalam slip
keputusan.

1.7.2 Pelajar yang mewakili sekolah semasa ujian atau peperiksaan TIDAK
AKAN diberi peluang menduduki semula ujian atau peperiksaan dan akan
dicatatkan TH dalam slip keputusan (kecuali ada permohonan bertulis dari
ibu bapa pelajar).

1.8 Kes Meniru

Pelajar yang ditangkap meniru dengan bukti jelas diberi markah 0 untuk kertas
tersebut.

1.9 Format Kertas Soalan Ujian / Peperiksaan Dalam

1.9.1 Untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan


Peperiksaan Percubaan, format peperiksaan awam akan diikuti.
1.9.2 Soalan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains akan digubal dalam
Bahasa Ingerís.

1.10 Kawasan Larangan

Pelajar dilarang masuk ke Bilik Urus Setia Peperiksaan pada bila-bila masa
dan dilarang masuk ke Bilik Guru sepanjang tempoh peperiksaan
dijalankan.

1.11 Slip Keputusan

Slip keputusan peperiksaan mesti disimpan dengan baik. Bayaran RM 5.00


dikenakan untuk salinan kedua bagi pelajar yang hilang slip keputusan
asal.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN,
IPOH

UJIAN SELARAS BERFOKUS __ / 2008


F1ZIK – KERTAS 1 T6 __
NAMA : __________________________________
KELAS : ________________ MASA : 1 JAM
___________________________________________________________________________
Instructions to candidates :
There are fifty questions in……………………………………………………………………………

1. Which of the following is a scalar quantity ?


A gravitationalforce B work done
C torque D angular momentum

2.

1. Saiz font : 12
2. Jenis font : Times New Roman
3. Saiz kertas : A 4
4. Bil. minimum kertas soalan diRISO : 100 salinan. Borang RISO perlu
di t.t. Guru Kanan masing-masing (termasuk untuk kertas soalan yang
difotostat. Bil bayaran fotostat di t.t. S.U. Peperiksaan dan dituntut
terus daripada Pn. Norazlina)
5. Gambar rajah yang ada kawasan hitam yang besar, perlu dilukis
‘outline’ sahaja.
___________________________________________________________________________

{ Di bawah muka surat pertama: }


This question paper consists of 18 printed pages.
__________________________________________________________________________

{ Di akhir kertas soalan }


Prepared by : Checked by : Verified by :

…………… ……………. ………………


( ) ( ) ( )
Ketua Panitia Fizik Guru Kanan Sains
Lampiran 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN,


IPOH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2008


T5
SEJARAH
Kertas 1
Mei/Jun
1 jam 1249/1

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan


2. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.
4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.
5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

(Di bawah muka surat pertama)

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
__________________________________________________________________________
(Di akhir kertas soalan)
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

………………… ……………….. ………………...


( ) ( ) ( )
Ketua Panitia Sejarah Guru Kanan Kemanusiaan

1. Saiz font : 12
2. Jenis font : Times New Roman
3. Saiz kertas : A 4
4. Bil. minimum kertas soalan diRISO : 100 salinan. Borang RISO perlu
di t.t. Guru Kanan masing-masing (termasuk untuk kertas soalan yang
difotostat. Bil bayaran fotostat di t.t. S.U. Peperiksaan dan dituntut
terus daripada Pn. Norazlina )
5. Gambar rajah yang ada kawasan hitam yang besar, perlu dilukis
‘outline’ sahaja.

Das könnte Ihnen auch gefallen