Sie sind auf Seite 1von 5

Aku Nak Jadi Orang

Iluvislam.com

Petang itu cahayanya cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniupkan


pelepah-pelepah kelapa menggambarkan suasana desa kampung yang
harmoni. Beberapa ekor bangau melepak bersama kerbau-kerbau di
kawasan sawah padi seolah-olah memberitahu terdapatnya jalinan utuh
antara mereka bersama. Pokok-pokok rambutan yang lebat buahnya
menzahirkan keindahan ciptaan Ilahi.

Tanpa disedari, sebenarnya mereka semua sedang bertasbih dan memuji


Allah, tanda taat kepada-Nya.

Khairul dan ayahnya sedang berehat di atas kerusi ringkas di bawah


sepohon jambu yang tidak berbuah. Seperti biasa, mereka berbual-bual
tentang isu semasa. Tetapi petang itu, dia ingin mengutarakan soalan yang
lama terpendam dalam hati kepada ayahnya.
"Abah, Khairul nak tanya sikit boleh?", kata Khairul.

"Tanyalah", jawab ayahnya.

"Sebenarnya, Khairul tak ada cita-cita. Khairul tak tahu nak jadi bila besar
nanti. Abah nak Khairul jadi apa?", kata Khairul sambil memandang wajah
ayahnya menantikan sebuah jawapan.

Lantas perlahan-lahan ayahnya meletakkan tangan ke atas bahu Khairul dan


berpaut padanya seperti sepasang sahabat yang sangat rapat sambil
mengalirkan arus kasih sayang kepada anak sulungnya itu.

"Khairul, abah nak Khairul jadi orang. Itu saja", jawabnya ringkas.

Lantas dengan laju jari-jemari Khairul menggaru kulit kepalanya yang tidak
gatal sambil mempamerkan wajah pelik kepada ayahnya tanda tidak faham
dengan kata-kata ayahnya.
Melihat Khairul begitu, ayahnya tersenyum sambil berkata, "tak mengapalah
Khairul, suatu hari nanti Khairul akan faham".

Khairul tidak berpuas hati dengan jawapan ayahnya itu. Malam itu, dia
mengutarakan soalan yang sama kepada ibunya mengharapkan jawapan
yang memuaskan hatinya. Tapi, jawapan yang sama diberi ibunya.

"Mak nak Khairul jadi orang", kata ibunya.

"Memang Khairul orang pun mak", kata Khairul tanpa menyedari jarinya
sudah melekat sekali lagi menggaru kulit kepala yang tidak gatal. Ibunya
tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya itu.

"Nanti khairul dah besar nanti, Khairul fahamlah tu", kata ibunya.

Beberapa hari selepas itu, berlakulah satu peristiwa yang tidak dapat
dilupakan Khairul sampai sekarang. Sudah menjadi kebiasaan Khairul dan
kawan-kawannya bermain 'kad tepuk'. 'Kad tepuk' ini merupakan sebuah
permainan kanak-kanak yang berbentuk perjudian. Dengan berbekalkan duit
syiling 10 sen, sepapan kad yang mempunyai pelbagai gambar di depan dan
nombor kad terup di belakang dibeli.

Apabila hendak bermain, setiap pemain dikehendaki bertaruh sebanyak


beberapa keping kad. Apabila 'line clear', atau tiada guru, maka berlaku
pertandingan tepuk-menepuk antara mereka. Setiap kad yang bejaya
diterbalikkan angin hasil tepukan, menjadi milik kekal penepuk itu. Nah,
inilah bentuk-bentuk perjudian halus yang dilakukan Khairul. Tapi ketika itu,
Khairul tidak tahu definasi sebenar judi kerana dia masih kanak-kanak.
Malam itu, seperti biasa, ibunya ingin menyemak hasil pembelajarannya di
sekolah. Tapi, kad hasil kemenangan tadi yang dijumpai.

"Aduh, habislah aku. Lupa pulak nak simpan tadi," Khairul bermonolog
sendirian.

"Khairul! Apa benda ni?," tanya ibunya dengan nada marah sambil
menunjukkan kad itu kepada Khairul. Khairul hanya mampu menunduk.

Lantas ibunya bangun mengambil sebatang rotan yang sederhana saiznya


tapi besar impaknya dalam hidup Khairul. Jantung Khairul berdegup kencang
bagaikan enjin motor ayahnya kerana takutkan rotan itu.

"Tahu tak apa ni?," tanya ibunya.

"Kad judi," jawabnya.

"Selama ni mak hantar pergi sekolah suruh belajar bukan suruh main benda
ni. Tadah tangan cepat!", perintah ibunya.

Maka tangan Khairul pun dicium rotan itu tanda sayang seorang ibu yang
ingin membentuk anaknya menjadi anak yang soleh.

"Ingat, mak nak Khairul jadi orang, bukan binatang", kata ibunya.
Tapi Khairul yang masih kecil ketika itu masih tidak memahami maksud
ibunya. "Khairul memang orang. Bukan binatang", dia bermonolog
sendirian tanda protes tapi dalam diam sahaja.

Sejak kecil lagi Khairul sudah diterapkan dengan nilai-nilai Islami. Khairul
dipaksa pergi ke surau sebelum masuk waktu, membaca Al-quran setiap
hari, dan macam-macam lagi. Tujuannya hanya satu, untuk melatih Khairul
menjadi 'orang'. Pada mulanya Khairul tidak suka diperlakukan sedemikian
rupa tapi pabila dia sudah biasa, Khairul merasa halawatul iman dan jatuh
cinta kepada Islam dan Penciptanya.

Alhamdulillah, Khairul telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR


dan ditawarkan ke SMKA Kerian. Maka, dia terus dilatih menjadi insan yang
lebih baik daripada sebelumnya.
"Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih
baik daripada hari ini."

Itulah perinsip yang dipegang Khairul. Semakin hari, dia semakin memahami
maksud kedua orang tuanya iaitu menjadi 'orang', bukan 'binatang'. Setiap
hari, Khairul terus berusaha untuk majukan dirinya dengan mengimbangkan
ketiga-tiga perkara ini, iaitu jasmani, akal dan roh. Dia bermain setiap
petang, berusaha dalam pembelajarannya dan beribadah dengan
istiqamah. Dia ingin bertawazzun (mengimbangkan) ketiga-tiga perkara
ini supaya dirinya menjadi seorang muslim yang berjaya.

Tahun demi tahun berlalu, Khairul telah mendapat keputusan yang


cemerlang dalam PMR. Pada suatu ketika di satu per tiga malam,dia
berkhalwat seorang diri sambil bermuhasabah diri. Dia mengimbau
kenangan dan dosa yang terdahulu lalu teringat pesan kedua orang tuanya
yang mahukan dia menjadi 'orang'.

"Abah, mak, Khairul dah berjaya jadi 'orang'. Terima kasih banyak-banyak
abah, mak, sebab didik Khairul. Khairul akan berusaha bersungguh-sungguh
untuk berjaya dunia akhirat. InsyaAllah." Khairul bermonolog sendirian
sambil menitiskan air mata lantas berdoa.

''Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihilah


mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil''.

Glosari :-

- monolog   : dialog dengan diri sendiri


- halawatul : kemanisan
- istiqamah : berterusan
- khalwat    : duduk bersendirian

Das könnte Ihnen auch gefallen