Sie sind auf Seite 1von 24

Tazkira Ramadan 4

Hari 10; Hari 11 dan Hari 12

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )

1
10. JAUH DENGAN MANUSIA
DEKAT DENGAN ALLAH

Segala puji bagi Allah s.w.t . Salam dan juga


selawat buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w,
keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Masa berlalu meninggalkan kita. Sorotan kembali kira-kira 50 atau 60 tahun


yang lampau kita adalah seorang bayi yang tidak tahu apa-apa kecuali
melaungkan tangisan apabila berasa lapar dan tidak selesa. Selepas 15 atau
20 tahun kemudian itu kita pula adalah seorang remaja yang mempunyai
ramai kenalan dan sahabat handai.

Kemudian kita menjadi dewasa langsung menempuh banyak pengalaman


pahit dan yang manis. Dan akhirnya kita menjadi seorang tua yang sudah
lemah anggota dan tidak setampan atau secantik dulu. Ketika itu orang
ramai sudah mulai menjauhkan diri dari kita, bahkan anak-anak kita sendiri
kadangkala tidak suka bergaul atau melayan kita seperti kebiasaan. 

2
Inilah hakikat hidup yang dikatakan tipu daya. Tidak ada
yang kekal. Paras yang tampan tidak kekal lama, akhirnya
berkedut. Gigi yang penuh dan putih berseri lama-
kelamaan mulai rapuh dan rongak, rambut hitam yang
segar kini menjadi putih dan lesu, deria telinga yang tajam
mula pula berkurangan. Begitu juga tubuh yang sasa
sudah  mula lemah dan berpenyakit.

Ingatlah amaran Allah s.w.t telah tiba - bahawa dunia akan


meninggalkan kita dan kita sedang menuju alam lain iaitu
alam kubur (barzakh) dan kemudian ke alam akhirat yang
abadi. Di alam inilah kita akan hidup selama-lamanya.
Kita akan tinggal di syurga atau neraka, bergantung
kepada amalan semasa proses kehidupan kita di dunia. 

3
Allah s.w.t bersifat dengan Rahman (Pengasih kepada semua)
dan Rahim (Penyayang khusus kepada orang mukmin).

Semasa peringkat bayi, Allah s.w.t menugaskan kepada ibu


bapa untuk menjaga dan membesarkan kita. Mereka mengasuh
dan mendidik serta mentarbiah dengan akhlak dan agama.
Semasa remaja, kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi
melalui usaha mereka dan juga yang tersedia di persekitaran
masyarakat sekeliling.

Ketika dewasa, kita pula bertanggungan sendiri serta menjadi


pembimbing kepada anak dan kemudiannya cucu berserta
orang-orang lain.

Ibarat pokok asalnya benih disirami air, kemudian membesar


mengeluarkan bunga dan akhirnya mengeluarkan buah untuk
dimakan oleh manusia dan haiwan. 

4
Tetapi apabila kita sudah tua dan tidak bermaya lagi, kita tidak begitu
diperlukan. Kita mula disisih dari orangramai. Pergerakan kita terhad.
Minda kita mula merosot. Ingatan sudah tidak begitu kuat. Kesihatan
kita makin terjejas. Apakah ini menjadi tanda bahawa Allah s.w.t
sudah tidak menyayangi kita lagi? Tidak sekali-kali! Malahan
kesayangan Allah s.w.t tetap sama. Apabila Allah s.w.t renggangkan
manusia daripada kita, itu bermakna Allah s.w.t hendakkan kita
mendampingi diriNya supaya hati kita bertambah tertambat dan
lebih bertawakkal kepadaNya saja.

Penyerahan diri hanya kepada Allah s.w.t apabila manusia sudah


mula renggang daripada kita. Masa tua kita banyak menyendiri dan
tidak disibukkan dengan pelbagai urusan dunia. Jadi amatlah sesuai
untuk kita melipatgandakan amalan sambil bertafakkur, berzikir dan
muhasabah diri tentang amalan yang kita buat selama ini. Kita punya
masa yang banyak untuk bertaubat. Selagi nyawa belum sampai
di khalqum , pintu taubat masih terbuka buat kita.

5
Amalan kita yang biasa kita lakukan semasa muda atau ketika sihat,
walaupun sudah tidak mampu dilakukan lagi kerana sudah uzur,
namun pahalanya tetap kita perolehi meskipun kita tidak lakukan.
Contohnya semasa muda,  sudah menjadi amalan atau budaya untuk
bersolat jemaah atau menghadiri majlis ilmu di masjid. Tetapi apakan
daya amalan itu tidak dapat dilakukan lagi semasa tua. Sungguhpun
begitu pahala amalannya itu terus diperolehi walaupun kita tidak
membuatnya.

6
Nabi Muhammad s.a.w pernah
berpesan supaya kita merebut 5
perkara sebelum datang 5 perkara.
Di antaranya ialah beramal ketika
muda sebelum datang masa tua.
Masa muda ialah masa yang amat
baik untuk beramal kerana ketika itu
badan dan jiwa kita masih kuat.

Jadi apabila sudah tua, amal yang


kita buat akan terus mengalir
walaupun kita tidak membuatnya.
Masa muda ibarat masa menanam
dan tua ialah masa untuk kita tuai
hasilnya.

7
Meskipun demikian kita seharusnya berdoa supaya tidak menjadi
seorang tua yang tidak sedarkan diri. Semakin tua semakin kacau.
Biang keladi, makin tua makin menjadi. Umur sudah menjangkau 50
tapi masih merasakan seolah-olah masih remaja. Usia sudah tua tapi
berperangai macam orang muda. Inilah yang kita takuti kerana hati
kita mudah terbalik.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda sekiranya umur sudah


mencapai 2/3 (40 tahun) tetapi kejahatan lebih banyak daripada amal
kebajikan, maka bersiap sedialah untuk menempah tempat di neraka.

Kita juga seharusnya berdoa supaya umur kita tidak terlalu panjang
sehingga menjadi nyanyuk dan kembali seperti perangai bayi yang
tidak dapat membezakan sesuatu. 

8
"Ya Allah, kami memohon kepadaMu supaya hidupkan kami sekiranya
ianya baik bagi kami. Dan Engkau matikanlah pula kami sekiranya
ianya baik bagi kami. Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah
Engkau berikan kepada kami. Ampunilah kami di atas kelemahan kami,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul-khatimah dan janganlah


Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah. Akhirkanlah lisan
kami dengan kalimah Lailahaillah, semoga Engkau masukkan kami
di dalam golongan Abrar.

Sepeninggalan kami kelak, ya Allah Engkau jadikanlah anak dan cucu


kami sebagai pewaris Nabi yang menegakkan kalimah dan agamaMu
di saat mana manusia telah banyak melupakanMu.

Akhirnya Ya Allah, berkatilah saki baki umur kami yang tinggal sedikit
ini untuk berbakti kepadaMu dan Engkau redhailah kami menjadi
hambaMu. Amin ya Rabbal Alamin...

9
10
11. MALU SEPARUH IMAN

  

Sabda Rasulullah s.a.w ; malu yang dimaksudkan ialah malu


kepada Allah s.w.t. Yakni malu untuk melakukan maksiat dan
malu meninggalkan solat.  

Jika malu itu 50% daripada iman , mana 50% lagi ? Yang
selebihnya ialah takwa .

Malu dan takwa adalah gandingan sifat yang menjadikan


seseorang mempunyai 100% keimanan.

Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah s.w.t tetapi


lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa
yang ditegah' yakni amal makruf nahi mungkar.

11
Jika sekadar takut saja tidak akan menjadi apa-apa.
Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak akan
bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca
buku dan mengulangi pelajaran.

Takut kepada Allah s.w.t mestilah diikuti dengan


melakukan ketaatan dan menjauhi laranganNya. 

Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat malu dan


takwa yang ada pada diri kita. Itulah darjah
keimanan kita.

12
13
Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir
kebesaran Allah s.w.t ) adalah lebih baik daripada beribadat 1000
tahun'.

Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai


dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur
menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat. 

14
Proses musyahadah perlu dilakukan secara berterusan sehingga
menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita
tentang kebesaran Allah s.w.t dan merasakan bahawa 'tidak ada
sesuatu yang Allah s.w.t jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada
hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya. 

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat


'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu
agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta
berusaha mencari keredhaan Allah s.w.t. Sebaliknya kita benci
melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada
api neraka.

Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa


hubungan yang rapat dengan Allah s.w.t disebabkan oleh keredhaan
Allah s.w.t terhadap diri kita. 

15
Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakukan
muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah s.w.t dengan
melakukan segala amal fardu dan sunat.

Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum


minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu dan wajib menjaga dua
hubungan iaitu hubungan dengan Allah s.w.t dan juga sesama manusia.  

16
Dalam hubungan ini, Allah s.w.t sering
mengingatkan kita supaya berjalan atau berziarah
serta melawat di muka bumi Allah s.w.t dengan niat
melihat kebesaran Allah s.w.t sambil memerhatikan
balasan yang Allah s.w.t timpakan kepada mereka
yang menganiaya diri mereka sendiri.
 
Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan
diri kita khususnya diri saya sendiri sebagai orang
yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah
serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima
menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni
syurga di akhirat kelak.

Amin ya Rabbal Alamin.  

17
12. LELAKI PEMIMPIN WANITA

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita".

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah


diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan
yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam
kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.

Dalam ayat lain pula Allah s.w.t berfirman, bermaksud

"Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini
ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga. 

18
Pengaruh barat yang menular ke negara Islam
berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak
wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum.
Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki
terhakis.

Kaum wanita yang dahulunya berperanan


mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami
kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-
anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji. 

19
Apabila ramai wanita sudah memandang
tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak
ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan
terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu.

Ibu hanya sempat melihat anak di waktu petang atau


malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak
berdaya untuk mengasuh anak lagi.

Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang


ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa
dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan
mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari
segi tutur-kata dan tingkahlaku.  

20
Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca
daripada wanita tetapi sebenarnya ianya adalah
berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya
mentarbiah wanita yang diamanahkan
kepadanya.  

21
Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak
gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-
kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan
menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan
perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera,
polis, askar dan sebagainya.

Jumlah wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu


kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga.

Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak
secemerlang pelajar perempuan di bidang akademik. Kecemerlangan
pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar
lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam
pasaran tenaga kerja. 

22
Penglibatan wanita yang ramai di dalam
sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya
pengangguran di kalangan kaum lelaki.

Wanita bekerja terutama yang


berpendapatan tinggi bertambah ramai
yang hidup membujang. 

Pemuda yang menganggur sukar mencari


wang untuk berkahwin.

Akhirnya berlakulah pelbagai gejala


keruntuhan akhlak di kalangan muda-
mudi.  

23
Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan
akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah
kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum
lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya.

Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam


untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang
diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum
wanita amnya.

Wallahualam.

Bertemu lagi di Takzira di Hari 13,


Hari 14 dan Hari 15

Musbri Mohamed
2010 

24

Das könnte Ihnen auch gefallen