Sie sind auf Seite 1von 5

BAHASA MELAYSIA TAHUN 5 ( PEMAHAMAN )

Print
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 2

Nama: _____________________________

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan
yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 5


Baca rencana di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tugas sebagai penjaga haiwan di zoo bukannya mudah seperti yang disangka. Apatah lagi jika haiwan tersebut
ialah haiwan-haiwan liar seperti harimau, buaya, dan gajah.

Setiap hari, mereka perlu memberi makanan dan minuman kepada haiwan-haiwan ini. Aspek kebersihan juga amat
dipentingkan. Mereka perlu memastikan agar kandang sentiasa bersih. Tujuannya untuk mengelakkan haiwan-haiwan
tersebut dijangkiti penyakit.

Doktor haiwan yang khas ditempatkan untuk memeriksa kesihatan haiwan-haiwan ini. Rawatan perlu segera
diberikan untuk mengelakkan maut. Tugas ini memang berbahaya jika terpaksa merawat binatang yang buas. Walaupun
begitu, tanggungjawab perlu diutamakan.

Risiko penjaga haiwan dicederakan menjadi bertambah tinggi jika haiwan tersebut marah. Namun, mereka sudah
menganggap tugas ini sebagai rutin harian dan seperti menjaga anak mereka sendiri.

Mungkin orang ramai tidak sedar, tanpa penjaga haiwan ini, binatang-binatang di zoo mungkin tidak dapat hidup
dengan sihat dan selesa. Penjaga haiwan sentiasa memastikan agar ‘anak angkat’ mereka ini sentiasa sihat dan cergas
untuk tatapan umum. Oleh sebab itu haiwan-haiwan ini perlu dijaga dan dibelahi dengan penuh kasih sayang.

1. Mengapakah kandang haiwan di zoo perlu 4. Perkataan anak angkat dalam petikan merujuk kepada
dibersihkan? A haiwan yang dijaga oleh penjaga haiwan.
A Supaya haiwan itu dapat hidup selesa B anak angkat penjaga haiwan tersebut.
B Supaya haiwan itu tidak dijangkiti penyakit C haiwan yang akan dirawat oleh doktor haiwan.
C Supaya haiwan itu tidak cepat mati D haiwan yang liar dan berbahaya.
D Supaya haiwan itu tidak marah

2. Bilakah penjaga haiwan mungkin boleh dicederakan 5. Semua pernyataan di bawah adalah tidak benar
oleh haiwan tersebut? tentang rencana, kecuali
A Ketika sedang memberi makanan dan minuman A anak penjaga haiwan tinggal di zoo.
B Ketika sedang memberi rawatan kepada haiwan B semua haiwan dilayan dengan kasar oleh
yang sakit penjaga haiwan.
C Jika haiwan itu sudah hampir mati C penjaga haiwan memastikan haiwan hidup
D Jika haiwan itu menjadi marah dengan selesa.
D haiwan yang lambat dirawat tidak akan mati.
3. Berikut ialah tugas-tugas penjaga haiwan, kecuali
A memberi makanan dan minuman.
B membantu memeriksa kesihatan haiwan.
C membersihkan kandang.
D menangkap haiwan di hutan.

Soalan 6 hingga Soalan 10


Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bas yang dinanti pun sampai. Ramai penumpang yang turun dan baik bas itu di perhentian ini. Nana tidak juga
muncul. Aku risau dan agak bimbang dengan keselamatan Nana.

Aku tahu, pasti ada yang menghalang perjalanan Nana ke sini. Nana bukanlah jenis yang tidak menepati janji.
Nana akan mengotakan apa yang dikatakannya. Pagi tadi, Nana berjanji dengan aku untuk pergi ke perpustakaan bersama-
sama. Mungkin Nana terlepas bas. Tidak mengapalah, aku akan menunggu sebuah bas lagi. Jika Nana tidak juga muncul,
aku akan pulang sahaja.

Ketika menanti aku terkenang saat-saat manis bersama Nana. Dia memang sahabat yang menyenangkan. Nana
baik hati, bijak, sopan tapi agak pemalu. Nana tidak aktif dalam bidang sukan disebabkan penyakit asmanya. Namun
begitu, Nana selalu turun ke padang untuk memberi sokongan kepada aku dan teman-teman yang lain.

Lamunan aku terhenti kerana deruman bas yang membingitkan telinga. Kali ini sudah dua buah bas berhenti untuk
mengambil dan menurunkan penumpang di sini. Aku mula tidak sedap hati. Pasti ada yang tidak kena dengan Nana. Aku
terus mencapai beg lalu beredar dari situ. Aku mempercepatkan langkah menuju ke rumah. Hasrat untuk ke perpustakaan
aku batalkan. Bila sampai di rumah nanti, aku akan minta ibu membawa aku ke rumah Nana. Hati aku benar-benar
mengatakan ada yang tidak baik berlaku ke atas diri Nana.

SJK(c) Chung Hua Miri


website: www.chmiri.com
Page 1 of 5 email: chmiri@hotmail.com
6. Mengapakah penulis berada di perhentian bas 9. Mengapakah Nana tidak dapat bersukan seperti
tersebut? pelajar-pelajar yang lain?
A Menunggu bas untuk ke perpustakaan A Disebabkan penyakitnya
B Membeli tiket bas untuk ke perpustakaan B Kerana dia selalu tidak membawa pakaian sukan
C Menunggu teman untuk ke perpustakaan C Kerana dia tidak suka bersukan
D Membeli surat khabar dan gula-gula sebelum ke D Kerana teman-teman sekelas amat sayang
perpustakaan akannya

7. Bagaimanakah perasaan penulis ketika berada di 10. Perkataan membingitkan di dalam cerita di atas
situ? bermaksud
A Gembira C Sedih A lengang
B Marah D Bimbang B menyepikan
C senyap
8. Berdasarkan cerita di atas, penulis menggambarkan D memekakkan
Nana ialah seorang teman yang
A sungguh membosankan
B pandai, baik, menepati janji dan pemalu
C suka belajar dan tidak tahu malu
D pandai dan memungkiri janji

Soalan 11 hingga Soalan 15


Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

No. 21, Jalan Kenanga,


Kampung Cempaka,
81300 Skudai,
Johor.
18 Mac 2003.

Menemui sahabatku Linda yang berada di Melaka dengan selamatnya.

Sahabatku,

Bagaimanakah keadaan saudari sekarang? Didoakan semoga saudari berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Saya minta maaf kerana lambat mengirim surat kepada saudari. Saya sibuk membantu keluarga berkemas. Banyak barang
yang belum sempat kami kemaskan.

Di sini kami menyewa sebuah rumah batu satu tingkat. Rumah ini besar. Halamannya pula luas dan lapang.
Penduduk-penduduk di kampung ini sangat mesra. Saya mempunyai ramai kawan di sini.

Di kampung ini juga terdapat kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan. Oleh itu, kami tidak menghadapi
sebarang masalah. Jarak kampung saya dari bandar lebih kurang lima kilometer. Jika saudari berkesempatan ke sini, saya
akan membawa saudari melawat ke persekitaran kampung ini.

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Semoga saudari dapat membalas surat saya. Saya rindu akan semua kawan di
sana.
Yang benar,
Kamala

11. Di manakah Kamala tinggal sebelum berpindah ke 14. Kenapakah Kamala mempunyai ramai kawan?
Johor? A Penduduk kampung itu sangat mesra
A Kampung Cempaka C Melaka B Penduduk kampung itu mementingkan diri
B Jalan Kenanga D Johor sendiri
C Penduduk kampung itu sombong
12. Mengapakah Kamala lewat mengirim surat? D Kamala jiran baru
A Penat berpindah
B Sibuk dengan sekolah baru 15. Berapakah jarak Kampung Cempaka dari bandar?
C Melawat persekitaran kampong A Empat kilometer C Enam kilometer
D Sibuk membantu keluarganya berkemas B Lima kilometer D Tujuh kilometer

13. Bagaimanakah keadaan rumah Kamala?


A Besar C Lapang
B Dua tingkat D Luas

SJK(c) Chung Hua Miri


website: www.chmiri.com
Page 2 of 5 email: chmiri@hotmail.com
Soalan 16 hingga Soalan 20
Baca laporan di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Kegiatan Kelab Keselamatan Jalan Raya


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam, Sesi 2004

Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam telah membentuk ahli jawatankuasanya
yang baru pada bulan Januari 2004. Cikgu Razali dan Cikgu Chan menjadi guru penasihat kelab ini. Sejumlah 75 orang
murid yang telah menyertai kelab ini. Sepanjang sesi persekolahan 2004, kelab telah merancang beberapa aktiviti untuk
dilaksanakan.

Pada 16 Mac 2004, kelab ini telah menganjurkan Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah. Tujuan kuiz ini
diadakan adalah untuk melihat sejauh mana murid-murid memperoleh maklumat tentang keselamatan di jalan raya.
Sambutan daripada murid-murid yang bukan ahli kelab juga amat menggalakkan.

Pada 2 Mei 2004, kelab telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Petaling
Jaya, Selangor. 30 orang ahli dan dua orang guru penasihat turut menyertai lawatan tersebut. Di sana kami mendengar
ceramah tentang undang-undang jalan raya yang disampaikan oleh pengawai JPJ. Selepas itu, kami dibawa melawat ke
tapak Ujian Pemanduan untuk menyaksikan proses ujian memandu dijalankan.

Pada awal bulan Jun 2004, kempen berbasikal secara berhemah pula diadakan selama dua minggu. Kempen ini
bertujuan melatih murid-murid agar berhati-hati semasa berbasikal sewaktu berulang-alik ke sekolah. Sepanjang kempen
berlangsung, murid-murid diberi ceramah serta diajar teknik menjaga keselamatan semasa berbasikal di jalan raya.

Semua aktiviti yang dijalankan telah mencapai matlamatnya. Semoga hasrat ahli-ahli kelab untuk mempelbagaikan
aktiviti pada tahun hadapan akan tercapai.

Laporan disediakan oleh, 12 JULAI 2004

Chin Kim Len


(CHIN KIM LEN)
Setiausaha,
Kelab Keselamatan Jalan Raya.

16. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ke Jabatan 19. Urutan rangka aktiviti yang betul ialah
Pengangkutan Jalan? A Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah
A 30 orang C 32 orang → kempen berbasikal → Lawatan ke JPJ
B 32 orang D 36 orang B Lawatan ke JPJ → kempen berbasikal →
Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah
17. Kata berhemah dalam laporan bermaksud C Mesyuarat kelab → Kuiz Keselamatan Jalan
A lemah lembut C berdikit-dikit Raya Peringkat Sekolah → kempen berbasikal
B berbudi pekerti D beransur-ansur D Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah
→ Lawatan ke JPJ → kempen berbasikal
18. Kempen berbasikal secara berhemah itu mungkin
sekali diadakan dari 20. Pilih pernyataan yang tidak benar.
A 1 Jun hingga 14 Jun A Ahli kelab berjumlah 77 orang.
B 11 Jun hingga 26 Jun B Aktiviti yang diadakan di kawasan sekolah ialah
C 14 Jun hingga 30 Jun Kuiz Keselamatan Jalan Raya.
D 15 Jun hingga 30 Jun C Cikgu Razali dan Cikgu Chan ialah guru
penasihat kelab.
D Aktiviti terakhir kelab pada tahun 2004 ialah
kempen berbasikal.

SJK(c) Chung Hua Miri


website: www.chmiri.com
Page 3 of 5 email: chmiri@hotmail.com
Soalan 21 hingga Soalan 35 31. Persatuan Bahasa Melayu akan ________________
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan pertandingan mendeklamasikan sajak.
kata yang paling sesuai. A menubuhkan
B menyediakan
21. “_________ diminta memakai tali pinggang C memulakan
keledar,” kata pramugari itu kepada para D menganjurkan
penumpang.
A Engkau 32. Saya memerlukan ___________buluh dan ________
B Anda kertas untuk membuat wau.
C Tuan A sebatang …… sehelai
D Kami B serumpun ……. Sebidang
C seutas …… sekeping
22. “Ampunlah _________ Tuanku,” kata pemuda itu D sesikat …… seurat
kepada Raja.
A beta 33. __________ garam ditambah ke dalam sup ekor itu
B hamba kerana terlalu tawar rasanya.
C tuanku A segugus
D patik B setitik
C sebutir
23. Hadiah yang dibawa __________ Lisa itu adalah D secubit
_________ Cikgu Ram.
A dari …… pada 34. Walaupun Pak Halim telah tua, tetapi dia dapat
B daripada …… kepada membuat kerja dengan cepat seperti
C ke …… di _____________.
D oleh …… untuk A batu api
B cakar ayam
24. Sabrina telah menunjukkan bakatnya dalam C lipas kudung
penulisan ___________ di peringkat sekolah rendah D ringan tulang
lagi.
A hingga 35. Julian terpaksa _____________ kerana terlupa
B sejak membawa wang untuk membeli makanan.
C pada A ikat perut
D dengan B minta diri
C angkat kaki
25. Badang ialah seorang pahlawan yang _________ D makan hati
dan berani.
A gagah 36. Budak itu ________ dalam perjalanan pulang dari
B pantas Bukit Fraser.
C garang A muntah-muntah
D berkuasa B panas-panas
C sedap-sedap
26. Harry mendermakan wang kepada orang miskin itu D barang-barang
dengan hati yang _____________.
A gembira 37. Pendengaran budak itu terjejas kerana ___________
B ikhlas telinganya rosak.
C sabar A tetikus
D jelas B tetupai
C sesiku
27. ___________ kamu pergi ke kedai, tolong belikan D gegendang
saya pensel.
A Apabila 38. Mereka sedang _____________ barang-barang ke
B Sekiranya dalam dewan.
C Apatah A membangun
D Walaupun B membuang
C membaiki
28. Kakak tidak mahu diganggu _________ dia D mengangkat
membuat kerja.
A sambil 39. Rumah papan itu telah datuk ___________ lebih
B tatkala sepuluh tahun.
C walaupun A diami
D malahan B patuhi
C hormati
29. “Walau apa pun yang terjadi kita mesti cari D bajai
________ yang telah merosakkan tanaman kita ini,”
kata Peter kepada kawan-kawannya.
A siapa Soalan 40
B bagaimana Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan
C mana betul.
D bila
40. A Barangkali Ramasamy bangun lewat sebab
30. “Murid-murid mestilah menggunakan __________ itu dia belum tiba lagi.
yang betul ketika membina ayat,” kata Cikgu Elaine. B Barangkali, Ramasamy bangun lewat, sebab
A tatasusila Itu dia belum tiba lagi.
B tatabahasa C Barangkali, “Ramasamy bangun lewat, sebab
C tatatertib itu dia belum tiba lagi.”
D tatanegara D Barangkali Ramasamy bangun lewat, sebab
itu dia belum tiba lagi.

SJK(c) Chung Hua Miri


website: www.chmiri.com
Page 4 of 5 email: chmiri@hotmail.com
Soalan 41 Soalan 48
Pilih perkataan lawan bagi perkataan yang bergaris. Susun ayat-ayat di bawah mengikut urutan yang betul.

41. Air sungai Miri kelihatan keruh akibat pencemaran I Dia menyiang ikan di dapur.
yang berlaku. II Ikan digaul dengan garam dan kumyit.
A kotor III Selepas itu, ikan digoreng di dalam kuali.
B jernih IV Emak pergi ke pasar membeli ikan.
C cemar
D berlumpur A I, II, III dan IV
B II, IV, III dan I
Soalan 42 C III, IV, I dan II
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. D IV, I, II dab III

42. Ketibaan Perdana Menter disambut dengan paluan Soalan 49 dan Soalan 50
rebana ubi. Pilih ayat yang betul.
A sorakan
B jemputan 49. A Kain songket ini untuk bagi makcik saya.
C lamunan B Hulu keris itu bersadurkan perak.
D pukulan C Dia mempunyai sebuah cita-cita yang
bersih.
Soalan 43 dan Soalan 44 D Gordon menjatuhi hukuman gantung kepada
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. pengedar dadah itu.

43. Novel remaja itu telah ditulis oleh seorang penulis 50. A Dia tidak anak saya.
yang terkenal. B Beg itu diperbuat dari kain.
A Remaja novel itu menulis seorang penulis C Sawah padi itu bagi anak-anaknya.
terkenal. D Rumah banglo dua tingkat itu untuk ibu.
B Remaja novel itu bila dibaca oleh seorang
penulis terkenal.
C Seorang penulis yang terkenal telah menulis
novel remaja itu.
D Seorang penulis novel remaja telah terlalu
terkenal.

44. Hamin melukis gambar Muzium Negara.


A Gambar Muzium Negara Hanim lukis.
B Gambar Muzium Negara dilukis oleh Hanim.
C Melukis gambar Muzium Negara oleh Hanim.
D Gambar Muzium Negara Hanim melukis.

Soalan 45
Pilih jawapan bagi Ayat Tanya yang bergaris.

45. Ke manakah mangsa-mangsa banjir itu


dipindahkan?
A Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan semalam.
B Perpindahan mangsa banjir itu telah diuruskan
oleh Ketua Kampung.
C Bekalan makanan telah diberikan kepada mangsa
banjir.
D Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke balai
raya.

Soalan 46
Pilih ayat tanya yang betul bagi Jawapan yang bergaris.

46. Akibat kemalasannya, Yee Hung gagal dalam


peperiksaan.
A Kenapakah Yee Hung malas?
B Apakah yang menyebabkan Yee Hung gagal
dalam peperiksaan?
C Bilakah Yee Hung gagal?
D Bagaimanakah Yee Hung gagal?

Soalan 47
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.

47. I Penjual nasi lemak itu baru saja lalu.


II Perkara lalu jangan diungkit lagi.
III Tie Ling berdiri lalu menyanyi.
IV Dia tidak lalu makan kerana demam.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
SJK(c) Chung Hua Miri
website: www.chmiri.com
Page 5 of 5 email: chmiri@hotmail.com

Das könnte Ihnen auch gefallen