Sie sind auf Seite 1von 2

KARANGAN: PERPADUAN KAUM

Soalan: Perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu


diperkukuh dan dipertahankan. Terdapat pelbagai langkah yang wajar
dilaksanakan untuk memastikan perpaduan kaum di negara ini terus utuh.
Bincangkan penyataan ini.

Isi-isi Penting
Individu = memiliki kesedaran
= berusaha untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain
= bergaul dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum
dan agama

Keluarga = mendidik anak-anak tentang kepentingan perpaduan antara


kaum
= berusaha untuk membentuk keluarga yang berfikiran sihat dan 
rasional
= ibu bapa perlu memberikan galakan kepada anak-anak agar
bergaul dengan masyarakat berbilang bangsa

Masyarakat = mengadakan kegiatan yang dapat menyatupadukan masyarakat


berbilang kaum seperti gotong-royong dan hari keluarga
= bersikap toleransi dan saling memahami antara satu sama lain
= tidak bersikap prejudis terhadap kaum-kaum lain
= menghormati hak dan keperluan kaum-kaum lain seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan dan kontrak sosial

Kerajaan = menganjurkan kempen yang berkaitan dengan pembentukan


masyarakat yang sejahtera dan saling bertolongan
= menunaikan hak semua kaum tanpa adanya sikap pilih kasih
= menganjurkan program yang dapat disertai oleh semua kaum
= menyekat anasir-anasir dalaman dan luaran yang bertujuan untuk
memporak-perandakan masyarakat

KARANGAN: PERPADUAN KAUM

Frasa/Ungkapan yang Menarik dan Penting

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di
bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh
majoriti golongan etnik di negara ini.

Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek


pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan
keutamaan dalam setiap subjek.

Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan


perpaduan dalam kalangan kaum.

Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah


rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk
pelajar yang bertoleransi.

Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi
perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

Das könnte Ihnen auch gefallen