Sie sind auf Seite 1von 13

PERGERAKAN KREATIF.

Pengenalan.

Pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea , perasaan serta tanggapan idea


yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan . Ia memberi penekanan kepada
empat elemen asas , iaitu tubuh badan , ruang , masa dan tenaga yang merupakan
perbendaharaan pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja
berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan
menyatakan perasaan melalui pergerakan , ritma dan kreativiti. Penerimaan
pergerakan kreatif sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan jasmani dan
program kesihatan pastinya akan membantu serta memberi manfaat terhadap
perkembangan personaliti kanak-kanak di samping meningkatkan sifat-sifat seni
dalam diri mereka.

Pergerakan kreatif dapat dijadikan sebagai suatu pengalaman untuk menyalurkan


perasaan kanak-kanak. Hakikat ini menjadi kenyataan apabila aspek-aspek intelek ,
emosi dan spritual dipadankan bersama aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan
anggota badan. Mereka yang menceburi pergerakan kreatif biasanya ingin
membentuk sifat-sifat fleksibel , mempelajari cara-cara mengawal pergerakan ,
mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti pergerakan dan menggunakan anggota
dan minda sebagai alat untuk mencapai tahap pergerakan yang bersifat seni .
Pergerakan kreatif memberikan kesempatan yang luas kepada kanak-kanak untuk
melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi mereka . Ini memberikan
kepuasan kepada mereka kerana mereka mulai sedar bahawa setiap anggota dapat
dijadikan alat atau sekurang-kurangnya mempunyai daya potensi untuk menyalurkan
segala tenaga yang berlebihan dan perasaan yang terpendam . Ini semua dapat
membantu perkembangan pemikiran yang kritis , sikap sosial yang positif serta
citarasa yang seni.

Pergerakan kreatif dalam pendidikan adalah bertujuan antara lain untuk


mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur
seni.Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan gerak geri
anggota badan sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman ,
mengintegrasikan motor dengan kognitif , meninjau hubungan antara personaliti
dengan pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam
proses pendidikan . Untuk merealisasikan bidang ini sebagai sebahagian daripada
kurikulum pendidikan , pergerakan kreatif hendaklah dimajukan dan dikembangkan
ke arah maklumat yang jelas . Paling penting dalam melaksanakan matlamat ini ialah
ia hendaklah responsif terhadap keperluan dan minat setiap individu . Atas alasan ini
maka pergerakan kreatif wajar diterapkan ke dalam pendidikan formal pada semua
peringkat umur.

Definisi pergerakan kreatif

Istilah “ pergerakan “ lebih kerap digunakan dan diterima umum kerana


konotasinya dirasakan tidak begitu ofensif , terutama di kalangan para remaja lelaki
yang mungkin mengganggap “ pergerakan kreatif “ itu suatu aktiviti yang sesuai
untuk wanita sahaja. Inilah satu miskosepsi terhadap pergerakan kreatif yang perlu
dijelaskan demi mengelak kekeliruan yang telah diperkatakan itu.

Penggunaan istilah “pergerakan kreatif” didapati lebih berguna dan berfungsi


dalam memberi fokus terhadap apa yang dianggap sebagai objektif yang paling
penting dalam pengajaran latihan pergerakan kreatif . Laban ( 1975 ) , menulis
bahawa dalam setiap pergerakan asas , tema – tema melambangkan idea
pergerakan yang berkembang seimbang dengan sesuatu peringkat perkembangan
citarasa kanak-kanak yang sedang membesar terhadap aktiviti pergerakan. Dan di
peringkat –peringkat kemudiannya perkembangan mental kanak-kanak itu akan
membolehkan mereka memahami tentang prinsip-prinsip yang terlibat
( Laban,1980:28 ).

Rudolf Laban , salah seorang pelopor pendidikan pergerakan , telah memberikan


suatu bentuk definisi yang tidak langsung , dengan mengenalpasti apa yang
dianggapnya sebagai tugas para pendidik untuk menangani desakan jiwa kanak-
kanak untuk melakukan pergerakan-pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang
merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan dengan penuh sedar. Ini akan
memperkenalkan mereka kepada aliran pergerakan serta memantapkan fakulti daya
ekspresi spontan mereka .

Sybil Huskey ( 1979 ) dalam bukunya Facilitating Creative Growth of Children


mentakrifkan tarian kreatif sebagai : Tarian boleh menjadi semudah seperti rasa
riang ketika berlari-lari dan kemudian berhenti kaku dengan membentuk tubuh dalam
bentuk-bentuk tertentu ataupun dalam bentuk-bentuk yang agak kompleks yang
merangkumi dan menghubung semula aspek pengalaman manusia.

Ciri-ciri pergerakan kreatif

Antara ciri-ciri yang dapat lihat dalam pergerkan kreatif ialah membentuk
personaliti unggul. Dengan melaksanakan aktiviti yang berunsurkan pergerakan
kreatif, ianya dapat membentuk personaliti yang unggul seperti sifat berani
berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan, berdisiplin dan lain-lain lagi.
Ciriseperti ini dapat diketengahkan dalam melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Ciri-
ciri yang kedua adalah keriangan belajar. Ianya dapat dilihat apabila sesuatu aktiviti
dijalankan. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan
secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan antara mereka dalam
melaksanakan aktiviti tersebut. Kita dapat kanak-kanak bebas bergerak mengikut
kreativiti masing-masing.

Seterusnya dengan melakukan pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-
kanak berkeupayaan menyelesaikan masalah. Selalunya kanak-kanak menjana idea
baru dan kreatif dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik.
Sebagai contoh dengan mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak cuba
menyelesaikan masalah dari segi aspek kostum dan persembahan yang berkesan
supaya menghasilkan lakonan yang menarik. Yang terakhir adalah pemusatan
pemerhatian yang menyeluruh iaitu menggunakan pancaindera. Pergerakan kreatif
ianya melibatkan keseluruhan anggota badan dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan keupayaan dalam perkembangan motor kasar dan motor halus.

Dalam kurikulum pendidikan di sekolah , aktiviti – aktiviti geraktari merupakan


sebagai suatu bentuk seni dan rekreasi . Ia terus memainkan peranan penting dalam
masyarakat. Dalam kurikulum pendidikan di sekolah , aktiviti-aktiviti pergerakan
adalah penting dalam membina keupayaan mengawal gerak geri fizikal dan sebagai
landasan untuk melahirkan perasaan dalaman serta saya kreativiti . Terdapat tiga
aspek dalam pergerakan kreatif yang akan dibincangkan dalam bahagian berikut
iaitu ;
Kebebasan pengucapan idea dan perasaan

Bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah , pergerakan adalah lebih efektif


dan sesuai dengan naluri jiwa mereka sebagai media ekspresi berbanding dengan
bahasa. Walaupun kanak-kanak sudah membesar , namun penggunaan pergerakan
fizikal sebagai media pengucapan dan komunikasi , di samping bahasa haruslah
diperlakukan demi mempelbagaikan salurun untuk berkomunikasi . Dengan
menggabungkan aktiviti pergerakan dengan aktiviti-aktiviti seni halus , seni muzik
atau keduanya sekali dengan pelbagai cara dan bentuk , ini akan dapat membantu
menambahkan kaedah untuk melahirkan perasaan dalaman kanak-kanak dan
sehubungan itu membentuk daya kesedaran estetika mereka .

Peluang untuk bergerak , semata-mata kerana ikmat yang dirasai melalui


pergerakan , berkemungkinan lebih banyak terdapat dalam aktiviti-aktiviti geraktari
daripada aspek-aspek kurikulum pendidikan jasmani yang lain . Untuk melahirkan
perasaan , tidak semestinya memerlukan interaksi dengan orang lain . Adalah
penting juga bagi kanak-kanak untuk mengetahui perbezaan antara menghindar
perasaan-perasaan seperti marah dengan menekankan perasaan yang bersifat
agresif . Mereka perlu difahamkan bahawa perasaan marah itu merupakan suatu
emosi yang sihat dan semulajadi.

Didondstein ( 1971 ) menyatakan bahawa program pergerakan kreatif untuk


kanak-kanak adalah penting untuk membantu mereka membina kesedaran kinestatik
terhadap keupayaan diri mereka menggunakan tubuh fizikal mereka secara
ekspresif. Kesedaran kinestatik tidak sekadar merujuk kepada reaksi-reaksi fizikal
kanak-kanak atau daya ingatan otot ( muscle memory ) , tetapi juga kepada persepsi
mereka terhadap keupayaan tubuh mereka untuk “ merasai “ pergerakan itu sendiri .
Oleh kerana geraktari merupakan sejenis bentuk seni dan tidak hanya aktiviti fizikal
semata-mata maka persepsi terhadapnya semestinyalah bersifat estetik. Kesedaran
ini menjadi perseptif melalui segala deria kanak-kanak yang melibatkan proses-
proses melihat , merasa dan melahirkan perasaan dalaman .

Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley


( 1973 ) menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan
perasaan-perasaan yang bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan
pergerakan ini berterusan walaupun selepas kanak-kanak sudah mencapai
kemajuan dalam kemahiran bercakap . Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan
fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan daripada
pengucapan kata-kata . Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui
pergerakan fizikal adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi
spontan dan membayangkan perasaan peribadi individu tersebut.

Winters ( 1975 ) menunjukkan perbezaan antara melahir dan mengkomunikasi .


Mengikut beliau takrif “ melahirkan “ membawa implikasi bahawa sesuatu mengenai
individu itu terdedah melalui aktiviti penerokaan bercorak peribadi dan intuitif . Ini
tidak bermakna bahawa sesiapa sahaja akan dapat mentafsirkan pergerakan atau
meramal bahawa individu lain juga akan bergerak dengan gaya yang sama delam
keadaan-keadaan yang serupa. Winters juga menyediakan satu senarai berhubung
dengan perasaan-perasaan dan idea-idea yang dicurahkan oleh kanak-kanak
melalui pergerakan .

Ritma

Ritma atau muzik dikatakan berasal daripada pergerakan , bermula daripada


dorongan semulajadi dalam diri manusia untuk bergerak dengan gaya rentakan dan
daripada geraktari sebagai sumbernya telah melahirkan bentuk-bentuk ritma dan
struktur muzik . Rasa sensasi yang terbit daripada perubahan-perubahan dari segi
intensiti , tekanan , kederasan , kecerdasan dan kebebasan bergerak dalam
melakukan pergerakan dan tekanan-tekanan fizikal lazimnya akan menimbulkan rasa
riang dan kepuasan kepada deria irama. Ritma merupakan hanya satu aspek dalam
paduan ritma dan pergerakan yang menjadi sebahagian daripada konsepsi
pergerakan geraktari yang luas . Ini termasuk aspek-aspek corak yang berbentuk
urutan , iringan yang dapat didengar serta daya ekspresi yang menggambarkan
persepsi-persepsi dalaman yang khususnya dimanifestasikan dalam pergerakan-
pergerakan geraktari.

Penggunaan muzik , alat-alat paluan dan bunyi-bunyian suara untuk mengiringi


pergerakan dapat dijadikan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran .
Kanak-kanak boleh menggunakan muzik untuk mengiringi pergerakan dapat
dijadikan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran . Kanak-kanak boleh
menggunakan muzik untuk mengiringi pergerakan mereka secara sendirian atau
mengiringi pergerakan mereka secara sendirian atau mengiringi pergerakan orang
lain . Mencipta alat-alat paluan muzik boleh dijadikan suatu projek kraf tangan .
Alatan-alatan tersebut yang mengeluarkan bunyi yang pelbagai dapat diguna dan
dimainkan oleh kanak-kanak.

Kreativiti

Kretiviti merupakan elemen yang dinamik yang tersirat dalam jiwa kanak-kanak .
Pergerakan menjadi perintis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan
proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan yang tertentu,mereka
didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak adalah individu
yang unik .Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain samalah
perbezaan mereka dari segi pertumbuhan fizikal dan kecenderungan terhadap
pembelajaran .

Kanak-kanak boleh meneroka dan megembangkan daya kreativiti mereka melalui


omprovisasi . Melalui kaedah ini kanak-kanak bertindak dan melakonkan idea-idea
pergerakan secara serentak spontan dan tanpa perancangan awal.

TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF

1. Kesedaran Tubuh Badan


Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan diberi kepada pergerakan
bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan
melahirkan idea atau perasaan.

(a) Keseluruhan Tubuh Badan


Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan
tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau
terkawal. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan
lokomotor tubuh badan. Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh
dilakukan secara bebas atau terkawal. Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu
bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi, misalnya muzik.
(b) Bahagian Tubuh Badan
Pergerakan ini dapat dilakukan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan
pinggul. Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong,
memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan 
perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan
mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti
kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan
dan lutut. Tapak tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan.

Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan 


seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

2. Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa


Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak
dan membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan
mereka melalui pergerakan.

(a) Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan,
misalnya beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan
dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang
sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri iika pergerakannya adalah berat-kuat
iaitu seolah-olah dia memikuk benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika
pergerakan adalah halus dan ringan contohnya menyelam.

Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan 


dan berat kuat kepada pergerakan yang dilakukan.

(b)Masa
Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan
bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat.
Contohnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju
menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan
kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi.
3. Kesedaran Ruang

Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan.


Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah dalam
menontonkan sesuatu pergerakan.

(a) Kawasan
Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang
diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh
badan digunakan untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu
tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan
pergerakan ini juga melibatkan penggunaan

(b) Arah
Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke
belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah. Contohnva dalam melakukan aktiviti
pergerakan melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga
arah pergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan
arah dengan menggunakan peta. 

Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke


belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah.

4. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan
menggunakan ruang dan masa

(a) Aliran
Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa
dalam melakukan gerakan.
Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu:
• Aliran bebas
Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan
berada di udara dan sukar diberhentikan.
• Aliran terikat
Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini
mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang.

(b) Ruang 

Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada
kesedaran tenang cara menggunakan ruang untuk melakukan pergerakan. Daya
cipta kreatif dapat dihasilkan dan dipertontonkan apabila individu itu dapat
menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus. 
Ruang terus ialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam
lingkungan kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah.
Contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag. 
Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang digunakan secara tidak langsung
digunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang
lebih luas berbanding ruang terus.

5. Penyesuaian terhadap rakan

Penyesuaian terhadap rakan ialah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan


atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh
aktiviti dala kemahiran ini ialah:
Kerja Berkumpulan
Dalam kerja berkumpulan, penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan perlu
dilakukan leh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan
seperti yang berikut:
• Ketua dengan pengikut
• Kumpulan bekerjasama
• Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan
Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-
cara penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari
kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan
dengan bahagian badan dengan bahagian badan yang lain.

6. Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat

Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan
menggunakan tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas.

(a) Lompatan Asas


Tedapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat
lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan
murid menyedari bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesedaran yang
berbeza.

(b) Bentuk Tubuh Badan


Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan
kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan
kepada keadaan seimbang sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian
tubuh badan yang melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar
(seperti tembok), lurus (seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).

(c) Gaya Isyarat


Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak
menyokong beban badan. Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat
badan disokong oleh kedua belah kaki.

7. Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan

Salah satu ritma yang terkenal dalam pergerakan kreatif ialah ritma yang berkaitan
dengan pekerjaan. Setiap pelbagai bidan pekerjaan sama ada dalam industry
pertanian, perkhidmatan atau perindstrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh
digunakan sebagai rangsangan pergerakan. Antara cirri untuk mengenalpasti lakuan
pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut;
• Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat
• Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan
• Peralihan antara dua pergerakan
• Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan

Kesedaran kumpulan
Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama kumpulan sebagai satu
unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli
kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau
pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan. 
Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai
pemimpin atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik
sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan
akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan
mengikut peranan masing-masing.

Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif

Drama

Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut
oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan
salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan
bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi
mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi
hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai
perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan,
dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif
apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah
dipersembahkan di hadapan mereka.

Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara
misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula
menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama
ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan
menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang dilihat di dalam
persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan
menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan
mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka
seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang
telah dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada
kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui
emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru
prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak
tersebut.

Muzik

Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas
muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan
harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon
secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila
dikendalikan dengan baik, memainkanperanan yang efektif dalam proses
perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang
tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid,
disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan
dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik
dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan
berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak.

Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan
mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam
budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan
bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik
dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk
merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya harus
mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa
Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran
Belajar

Tarian

Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri


terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan
mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak
boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai
keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan
keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati
kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian
sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan
berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama
yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang
dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak
tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan
pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh
badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada
pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.

Das könnte Ihnen auch gefallen