Sie sind auf Seite 1von 5

AUKU Tidak Pernah Menyekat Mahasiwa Berpolitik

Pendahuluan

Politik adalah salah satu daripada fundamental kehidupan sebagai manusia yang

bertamadun didunia ini. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab ,kita perlu mengambil

bahagian di dalam politik negara .Ini adalah kerana ,suka atau tidak institusi politik inilah yang

akan menentukan cara hidup dan masa depan negara.Didalam Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan setiap warganegara Malaysia yang sudah mencapai umur 21 tahun adalah

layak untuk mengundi dan menyertai proses politik negara.

AUKU Pindaan 2009 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 2009

Mahasiswa atau pelajar dianggap sebagai salah satu elemen yang paling penting didalam

kestabilan sesebuah negara.Sejarah membuktikan bahawa terdapat tiga golongan masyarakat

yang paling berpengaruh didalam revolusi politik terbesar didunia. Golongan berkenaan adalah

anggota tentera,golongan pekerja dan juga pelajar. Oleh itu peranan mahasiswa didalam politik

tanah air pada hari ini tidak boleh dipandang enteng. Sejak kebelakangan ini isu penglibatan

mahasiswa dalam politik dan persoalan “Kematangan” mahasiswa didalam berpolitik seringkali

disebut-sebut di media massa.Didalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 2009 (AUKU) iaitu

Seksyen 15(a) menjelaskan bahawa mahasiswa tidak dibenarkan menyertai mana-mana Parti

politik samaada didalam atau diluar Malaysia. Seksyen itu juga menyebut bahawa mahasiswa

pada hari juga tidak dibenarkan menyertai mana-mana persatuan yang difikirkan tidak sesuai

oleh Naib Chanselor universiti berkenaan. Perkara yang sama juga disebut bagi universiti swasta

iaitu Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan 2009) didalam Seksyen 47 1(a).Kita

sebenarnya harus memahami terma dan maksud sebenar seksyen ini dengan sebaik baiknyanya.
Jika difahami dengan baik, mahasiswa pada hari ini tidak pernah disekat untuk berpolitk.

Mahasiswa pada harini cuma tidak dibenarkan menyertai mana-mana parti politik dan persatuan

yang tidak dibenarkan oleh Naib Chanselor. Namun mahasiswa tidak dilarang daripada

mengkaji,menyelidik,menganalisa dan mahupun berbincang mengenai isu-isu politik.Tiada

perkara tambahan lain yang mengatakan bahawa mahasiswa pada harini tidak boleh langsung

bercakap ataupun membincangkan isu politik. Selain itu juga,tiada sekatan didalam menyekat

hak kebebasan bersuara didalam bercakap dan berbincang mengenai hak –hak politik dan negara

didalam AUKU. Maka,pada pendapat saya AUKU pindaan 2009 itu sudah jelas memberikan

ruang yang cukup luas didalam mahasiswa memajukan diri sebagai rakyat yang

bertanggungjawab apabila bergraduasi kelak.

Sejauh mana mahasiswa dibenarkan berpolitik?

Mahasiswa pada harini dikatakan gigih didalam menuntut hak berpolitik dan tidak kurang

juga yang menentang penglibatan mahasiswa di dalam politik. AUKU sudah jelas memberikan

kebenaran didalam berpolitik samaada sedar atau tidak.Jawapan daripada Menteri pengajian

tinggi mengenai hak berpolitk didalam AUKU sebagai “sudah cukup” dan “memadai” adalah

satu tindakan yang bijak. Saya selaku mahasiswa menyeru supaya kita sama-sama melihat

sendiri hak didalam berpolitik yang telah pun diberikan kepada mahasiwa. Sekatan didalam

menyertai parti politik bukanlah satu penghalang didalam berpolitik,sebaliknya adalah satu

insuran bagi mahasiswa menjadi lebih fokus kepada matlamat sebenar mereka yakni menuntut

ilmu.Jangankan kerana hanya tidak dibenarkan menyertai parti politik,maka mahasiswa sudah

melatah dengan mengatakan “minda mereka terjajah” atau “AUKU kuku besi” ,dan sebagainya.

Tohmahan tanpa penghayatan adalah satu lagi signifikasi yang menunjukkan sesetengah

mahasiswa yang ada pada harini membenarkan tanggapan mereka belum matang untuk
berpolitik. Oleh itu, semua pihak termasuk pihak universiti dan mahasiwa harus merujuk kembali

kepada AUKU dan sama-sama menghayati kandungan yang sebenarnya.Satu garis panduan yang

jelas mengenai sejauh mana penglibatan mahasiswa didalam politik haruslah dihebahkan kepada

warga kampus dan juga seluruh kakitangan universiti bagi mengelakkan perkara-perkara yang

menggugat keharmonian Institusi ilmu yang suci ini.

Politik Perlukan ilmu

Menurut Lord Butler,” Politic is an art of possible”. Naib Chanselor UUM sendiri

menyatakan bahawa didalam menyertai politik , mahasiswa itu “perlu ada ilmu” terlebih dahulu.

Oleh itu didalam kita berpolitik dan menyertai politik secara aktif,masyarakat khususnya

mahasiswa pada hari ini memerlukan ilmu yang cukup bagi menghayati dan memperjuangkan

idealisme politik . Penyertaan didalam dunia politik secara aktif tanpa ilmu dan pengetahuan

yang cukup diibaratkan seperti memberi anak kecil bermain pisau. Kita sama sekali tidak mahu

masa depan mahasiswa pada harini digelapkan dengan permainan pihak-pihak tertentu sehingga

mereka terpaksa menanggung akibat yang besar. Matlamat utama mahasiswa pada harini adalah

menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Janganlah kita menjadi mangsa kepada permainan

politik sehingga menjadi seperti “yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran”.Kita juga

sama sekali tidak mahu melihat mahasiswa harini berfikiran seperti “Berhala Politik” seperti

yang disebut oleh Norizan Sharif iaitu dimana,”asalkan dia satu parti politik dengan aku,aku

akan menyokongnya”.Oleh itu ilmu adalah penyuluh kepada haluan mahasiswa apabila

berkerjaya kelak. Oleh itu,untuk menjadi mahasiswa yang matang berpolitik,hendaklah dengan

ilmu.

Cemar Kesucian Institusi Ilmu


Selain itu juga, penyertaan mahasiwa didalam parti politk mampu membawa pengaruh

kepatian didalam kampus dan dikhuatiri akan mewujudkan suasana tidak selesa di Institusi Ilmu

yang suci ini. Ini adalah kerana berkemungkinan besar bahawa akan wujud dua blok parti yang

ahlinya bukan sahaja dikalangan mahasiwa,namun seluruh warga universiti .Kedua-dua blok ini

akhirnya akan bertembung antara satu sama lain lalu memberi kesan negatif kepada mahasiswa

dan universiti (Sepertimana yang mungkin sudah wujud di beberapa buah universiti di negara

ini).Fenomena yang merugikan ini akhirnya akan membawa musibah yang lebih besar kepada

mahasiswa itu sendiri ibarat “Jong yang pecah,Yu kenyang”. Perbezaan pendapat seperti ini akan

mewujudkan keadaan“zero sum game” yang hanya akan menguntungkan satu pihak sahaja, iaitu

pihak yang memanipulasikan keadaan.

Politik kampus

Politik mahasiswa harini haruslah lebih fokus kepada kebajikan mahasiswa itu sendiri

dahulu.Parti Politik yang dihalalkan bagi mahasiswa adalah “politik kampus” yang

memperjuangkan kebajikan mahasiswa itu sendiri dan kesejahteraan universiti. Politik kampus

bolehla dianggap sebagai satu bentuk proses latihan kepada mahasiswa di dalam sebuah

univerisiti. Malah tidak keterlaluan jika kita mengibaratkan sesebuah universiti itu sebagai

sebuah negara manakala Yang Di Pertua dan exco-exco dibawahnya adalah kabinet yang

menjaga kebajikan “negara dan ‘rakyat’. Oleh itu “negara-negara” itu seharusnya fokus kepada

memajukan diri dan “rakyat negara” masing-masing. Majlis Perwakilan Pelajar ,MPP

(kadangkala dikenali dengan nama Majlis Perwakilan Mahasiswa) ,seharusnya insaf dan sedar

peranan masing-masing didalam menjalankan tanggungjawab dan bukanya menjadi mangsa

kepada “Politik jaga hati” atau terpengaruh dengan “Politik Sarkas”.


Penutup

Selain itu juga, halangan kepada mahasiswa daripada menyertai parti politik itu tidak

seharusnya menjadi satu alasan untuk takut untuk meluahkan pendapat mengenai politik tanah

air dan isu-isu semasa.Malah kita mahasiswa harus menganggap ia menjadi satu jaminan

bahawa mahasiswa hariini akan dikelaskan sebagai masyarakat yang “innocent” yakni pendapat

mereka adalah hasil daripada pemikiran yang suci dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Sekiranya persepsi seperti ini berjaya diserap kepada mahasiswa dan masyarakat di negara ini

,saya yakin dan percaya bahawa kematangan mahasiwa akan meningkat dan mereka tidak akan

dimomokkan lagi dengan tanggapan yang negatif. Mahasiswa pada harini haruslah berani

meluahkan pendapat dan menyatakan kebenaran melalui platform yang sesuai asalkan ia tidak

menganggu gugat kestabilan dan keamanan negara. Tuntasnya ,ruang dan peluang yang telah

disediakan oleh kerajaan didalam menjana pemikiran mahasiswa yang lebih kreatif dan

berinovasi terbentang luas dan hanya menunggu untuk diterokai mahasiswa sendiri.

FARID ASWAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,SINTOK

Das könnte Ihnen auch gefallen