Sie sind auf Seite 1von 43

STRATEGI PEMASARAN

Semua orang tahu apa makna strategi. Strategi boleh diertikan sebagai satu perancangan yang

dibuat dengan teliti bagi tujuan mencapai satu-satu matlamat. Untuk mencapai satu-satu

matlamat, kita terlebih dahulu mengatur satu perancangan bagaimana untuk mencapai matlamat

itu. Perancangan itu ialah strategi. Sama ada perancangan itu ditulis secara formal atau tidak, itu

tidak penting. Yang penting ialah tiap-tiap operasi pasti mempunyai satu strategi. Dengan itu,

jelaslah bahawa bukan pemasaran sahaja yang memerlukan strategi. Semua operasi yang

mempunyai matlamat adalah mempunyai strategi.Jadi, strategi ini merupakan satu senjata yang

paling utama dalam sebarang operasi. Bagi seorang pengurus pemasaran, mengatur satu strategi

untuk barang-barang atau perkhidmatan yang hendak dipasarkan merupakan tugasnya yang

paling utama.

Sebuah badan profesional di United Kingdom, iaitu Chartered Institute of Marketing (1976)

telah mentakrifkan strategi pemasaran sebagai ″satu proses pengurusan yang bertanggungjawab

untuk mengecam, meramal dan memenuhi kehendak pengguna dan seterusnya memberikan

manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat″.

American Marketing Association (1985) pula mentakrifkan strategi pemasaran sebagai ″proses

perancangan dan pelaksanaan konsep, harga, promosi dan pengagihan idea-idea, barangan dan

perkhidmatan yang mencetuskan pertukaran demi memenuhi kepuasan individu dan matlamat

organisasi″.

Kotler (1984) seorang ″mahaguru″ pemasaran pula mentakrifkan strategi pemasaran "sebagai

satu proses, iaitu proses sosial dan pengurusan. Individu dan kumpulan memperoleh apa-apa

1
yang diperlukan dan dikehendaki oleh pembaca melalui pembentukan dan pertukaran keluaran

dan apa-apa yang bernilai dengan orang lain".

PENGENALAN

Produk atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi dapat

diperkenalkan kepada pengguna dalam pasaran melalui pelbagai cara. Satu cara yang diketahui

umum adalah melalui jurujual.

Oleh sebab jurujual sering bersemuka dengan pengguna dan terlibat secara langsung dalam

proses memperkenalkan produk dan memindahkan hak milik produk tersebut daripada pengeluar

kepada pengguna, maka masyarakat umum mempunyai anggapan bahawa fungsi penjualan

adalah paling penting dalam sesebuah organisasi, tetapi kita sering mendengar saranan para

pemimpin negara dan pakar dalam dunia pengurusan organisasi supaya para pengusaha

meningkatkan teknik pengurusan pemasaran mereka.

Saranan begini menimbulkan beberapa persoalan yang perlu diberi jawapannya. Adakah

kegiatan jualan sama seperti kegiatan pemasaran? Jikalau tidak, apakah perbezaannya? Apakah

fungsi pemasaran dalam sesebuah organisasi? Di manakah hubung kait pemasaran dengan proses

pengantarabangsaan firma?

Penjelasan tentang peranan pemasaran dan siratannya terhadap sesebuah organisasi adalah

menjadi tujuan assignment ini.

2
Kandungan m/surat

Latarbelakang Syarikat Rempah MDS™ Sdn Bhd ………………….……...1 – 5

Tujuan MDS™ Ceburi Francais Makanan segera……….……..…….……....6 - 9

5 konsep Pemasaran MDS™ Aroma Cof’ee & Bistro………………….…10-13


konsep pengeluaran
konsep produk
konsep jualan
konsep pemasaran
konsep kesejataran

Strategi Pemasaran MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro


Pengenalaan & 4P’s……………………………………………………………14-16

Analisa Industri & Gaya Hidup Masa Depan………………………………17-17

Produk & Service Berkiataan ………………………………………………...18-22


menu
menu unik yang lain dari lain
produk
servis

Peluang Masa Depan & Target Pasaran…………………………………….22-23

Lokasi Pasaran & Pelanggan Sasaran………………………………………..23-24

Gaya Pasaran & Masa Depan………………………………………………........25

Strategi Bersaing…………………………………………………………………...26

Pelan Pemasaran & Strategi Penjualan…………………………………….....27-31


penembusan pasaran
pembungkusan
strategi penjualan
rangkaian & hubungan
strategi pemasaran

3
Operasi…………………………………………………………………………..31-32
kemudahan
waktu operasi

Latihan Pekerja & pelajaran…………………………………………………. .32-33


system & kawalan
penyedian makanan
penghentaran ke rumah & catering

Perkembangan Jangka Panjang…………………………………………………33-34


traget
strategi
menarajui benda baru

Risiko Evolusi…………………………………………………………….……….….34

Kesimpulan………………………………………………………………………..35-37

Bahan Rujukan………………………………………………………..………….…..38

4
Latarbelakang Syarikat Rempah MDS Snd Bhd. ®

Syarikat ini telah ditubuhkan pada 27.03.1999 bermula di Parit Raja Ahmad Parit Sulong

Batu Pahat Johor dan beroperasi di belakang rumah dengan hanya memiliki sebuah mesin

kisar rempah, dan di miliki sepenuhnya oleh keluarga RAJA Abdullah Bin RAJA

Hitam. Bermula secara kecil-kecilan dengan bermodal hanya RM 5000.00 sekitar pekan

Parit Sulong Batu Pahat Johor. Hanya menjual rempah seperti, serbuk kunyit, serbuk lada

kering, dan serbuk halia.

Setelah beroperasi 10 tahun kini Syarikat Rempah MDS Sdn Bhd (MDS™) mempunyai

sebuah kilang yang besar di Parit Raja Ahmad Parit Sulong Batu Pahat dan pekerjanya

seramai 200 ratus orang serta mesin memproses rempah dan makanan segera sebanyak

50 buah mesin yang berteknologi moden, di mana ianya boleh menghasilkan 1 ton

rempah dan makanan segera sehari.

Kini Syarikat Rempah MDS Sdn Bhd (MDS™) berjaya mengeluarkan hampir 200 jenis

rempah, dan adalah satu-satunya syarikat yang pertama di Malaysia mengeluarkan serbuk

rempah baru yang tiada di pasaran seperti serbuk biji asam jawa, serbuk buah

mangga, serbuk daun kunyit, serbuk bunga kantan, serbuk cekur, serbuk petai,

serbuk pudina campur serai dan juga berbagai jenis makanan segera seperti, apam

balik, lemping putu kacang, kuah kacang merah, Sambal petai sardine, sambal

tumis kering dan sebagainya lagi.

5
Sijil HALAL dari JAKIM ( diperolehi pada tahun 2003) dan citarasa yang Unik serta

berbagai jenis produk menyebabkan permintaannya sangat mengalakkan di dalam pasaran

Malaysia serta mewujudkan namanya di kalangan rakyat Malaysia sebagai salah satu

pengeluar rempah dan makanan segera yang kualitinya bermutu tinggi, walaupun terdapat

saingan yang hebat daripada pengeluar rempah yang berjenama seperti Adabi, Maggi,

Rajas, Alagappah, Nona, Brahims, Babas dan sebagainya.

Kini MDS™ memiliki lebih dari 10 buah lori bermuatan 5 ton untuk penghantaran

produknya dan mempunyai cawangan hampir di semua negeri di Malaysia termasuk Sabah

dan Sarawak.

Kini MDS™ meraikan keuntungkan yang besar setiap tahun, yang menujukkan

kesungguhan dan kewibawaan syarikat itu.

6
Syarikat Rempah MDS Sdn Bhd ( MDS™ ) pengeluar produk rempah ratus

Bumiputera merancang menembusi pasaran Global mulai tahun depan. Langkah itu sejajar

usahanya memanfaatkan potensi pasaran makanan halal di rantau ini bagi meluaskan lagi

pasaran produknya yang kini hanya menyumbang empat puluh peratus kepada

pendapatannya.

Pengarah Urusannya, En Mohd Daniel Siva, berkata pemasaran produk MDS™ akan

menerajui ke Negara Australia iaitu Bandar PERTH ( WESTERN AUSTRALIA )

dilaksanakan oleh syarikat pemasaran yang akan dibentuk secara niaga langsung( FDI) di

negara itu.

Beliau berkata, syarikat pemasaran itu yang bakal berpangkalan di Australia akan

bertanggungjawab bagi pengedaran produk MDS™ ke seluruh Negara itu pada masa akan

datang.

"Kami sedang berunding dengan pengarah-pengarah syarikat tentang strategi pemasaran di

Australia bagi mewujudkan syarikat niaga langsung (FDI).

Matlamat setiap syarikat adalah maju dalam negeri dan berwawasan untuk menerajui

arena pasaran global, tambah beliau.

7
MDS™ yang telah bertapak selama 11 tahun lalu merupakan peneraju utama di dalam

bidang produk rempah dan makanan segera ini dan merupakan satu-satunya syarikat milik

bumiputera yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Bagaimanapun, produk untuk pasaran itu akan dikeluarkan di kilang di Parit Sulong Batu

Pahat, yang kini beroperasi pada tahap kapasiti 90 peratus," katanya dalam pertemuan

dengan Berita Harian di Putrajaya setelah Syarikatnya di anugerahkan sebagai pengeluar

rempah dan makanan segera No 1 Malaysia.

MDS™ juga telah menerima beberapa pengiktirafan dan anugerah seperti:-

1. Pengiktirafan GMP ( Good Manufacturing Practice ) status.

2. Pengeluar produk rempah dan makanan segera bermutu tinggi di Malaysia.

3 . Pengiktirafan dari  "Standard and Industrial Research Institute of Malaysia  Quality,

Service and Originality."

4. Pengiktirafan tanda HALAL dari Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

8
Pengiktirafan sebagai syarikat rempah dan makanan segera No 1 Malaysia serta lain-lain

pengiktirafan dan anugerah yang diterima adalah sejajarnya dengan Visi dan Misi MDS™

Visi

Terus mengungguli pasaran-pasaran yang diceburi, mewujudkan sebuah Syarikat milik

100% Bumiputera yang benar-benar berdaya saing dan menempatkan nama, mutu dan

kualiti produk Syarikat di pasaran Malaysia dan antarabangsa

Misi

Syarikat Rempah MDS Sdn. Bhd. akan terus menerokai serta memantau dan memastikan

pergerakan Syarikat lebih terarah, bermatlamat dan berlabur bijak di samping

menitikberatkan tatakerja, berkualiti, bekerjasama dan mengamalkan sistem pengurusan

sistematik dan professional.

9
Persaingan yang semakin sengit dalam pasaran tempatan mendorong syarikat itu untuk

lebih agresif meneroka potensi perniagaan di luar negara. Ia sejajar usaha kerajaan untuk

menjadikan Malaysia sebagai hab produk makanan halal antarabangsa.

Di samping merancangkan strategik pemasaran untuk menarajui pasaran global serta

persaingan yang semakin sengit dalam pasaran tempatan maka MDS™ akan melabur

sebanyak RM 1.5 juta dalam industri francais makanan segera sebagai modal permulaan.

TUJUAN MDS™ MEMCEBURI Industri RESTORAN MAKANAN SEGERA

Pembukaan restoran makanan segera ini merupakan satu daripada strategi pengurusan

syarikat MDS™ dan salah satu sebab utama ialah, sebagai sebuah syarikat pengeluar

produk-produk seperti rempah dan makanan segera maka MDS™ sudah pun mempunyai

pelbagai cita-rasa serta ingerdien-ingerdien dan penambah rasa yang unik dan tersendiri

malah syarikat MDS™ bukanlah syarikat baru dikalangan masyarakat Malaysia yang

baru-baru ini memengani anugera sebagai pengeluar rempah dan makanan segera yang

berkhasiat No 1 Malaysia.

Ia juga adalah sejajar dengan matlamat MDS™ iaitu Visi - Terus mengungguli pasaran-

pasaran yang diceburi dan Misi - terus menerokai serta memantau dan memastikan

pergerakan Syarikat lebih terarah, bermatlamat dan berlabur bijak.

10
Dengan memceburi dalam industri francais makanan segera, bukan sahaja akan

menambahkan keuntungan MDS™ malah ia juga akan meningkatkan lagi pertumbuhan

jualan rempah syarikat MDS™ di mana rempah-rempah yang akan digunakan dalalm

masakan restoran makanan segera adalah rempah-rempah yang di hasilkan sendiri dan

yang terdapat dipasaran dan ini juga adalah salah satu strategi pemasaran syarikat

MDS™.

Walaupun persaingan dalam industri restoran adalah sangat sengit, gaya hidup masyarakat

Malaysia yang sentiasa dihambat masa menyebabkan ketiadaan masa untuk menyediakan

juadah untuk seisi keluarga menyebabkan MDS™ membuat candangan untuk memceburi

perniagaan francais restoran makanan segera. Cara terbaik ialah menyediakan makanan

berkonsep Ready to Eat atau Ready to Serve yang berkualiti, sedap, berkhasiat dan

pada harga yang berpatutan.

Di Zaman kini, kita boleh tengok lambakan restoran makanan segera di Malaysia dan

boleh dikatakan restoran makanan segera ini wajib berada di setiap negeri.

Ini terbukti dengan pertumbuhan restoran-restoran makanan segera, kedai-kedai mamak,

francais-francais makanan serta restoran makanan yang lain. Perkembangan ini adalah

selari dengan permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia.

11
Oleh kerana makan di luar merupakan tren masyarakat pada hari ini, secara tidak

langsung pengendali-pengendali makanan adalah dilihat sebagai satu agen perubahan yang

penting dalam mengubah tingkah laku makan secara sihat dikalangan masyarakat

Faktor-faktor lain yang memainkan peranan untuk MDS™ memceburi industri restoran

makanan segera ini ialah glakan daripada kerajaan iaitu dalam satu persidangan media,

Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Datuk Idris Hashim berkata,

Perniagaan francais di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding Negara lain kerana

ia belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan peniaga di mana ketika ini hanya

terdapat 388 francaisor dan 5,389 francaisi yang kebanyakannya menceburi perniagaan

berasaskan makanan.

Jelasnya, walaupun pelbagai dana, bantuan kewangan dan skim latihan diwujudkan

kerajaan khusus memberi galakan kepada usahawan, tetapi sambutan untuk menceburi

perniagaan francais tidak menggalakkan.

Perkembangan perniagaan francais di Negara ini perlu dipertingkatkan selaras dengan

peluang-peluang yang ada.

Setiap restoran mesti popular dengan makanan tertentu seperti McDonalds popular dengan

burger & kentang fries, KFC pulak popular dengan ayam goreng & Pizza Hut pulak

12
popular dengan pizza yang berbagai cita-rasa dan juga untuk restoran-restoran yang lain

seperti Burger King, Wendy’s, Marrybrown, My Mom Nasi Lemak dan sebagainya

kesemuanya restoran yang terdapat di Malaysia mempunyai specialiti makanan yang

tertentu, maka MDS™ juga akan memperkenalkan Menu makanan segera yang unik dan

lain daripada lain.

Restoran makanan segera MDS™ akan dikenali sebagai

“ MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro”

Elemen paling penting untuk memulakan perniagaan sebenarnya berada pada daya syarikat

sendiri. Ianya adalah tentang kekuatan dan kelemahan sesebuah syarikat. Elemen ini perlu

dikenalpasti dan dinilai sebagai asas dalam mencorakkan perniagaan yang hendak

dimulakan.

Secara prinsip, perniagaan hendaklah dibina berasaskan kekuatan yang  ada. Namun pada

masa yang sama, kekuatan tersebut hendaklah dipadankan pula bertepatan dengan

kelemahan syarikat. Contohnya; sesebuah syarikat mungkin mempunyai modal yang besar

untuk memceburi sesuatu industri, tetapi kurang berpengetahuan dalam industri berkenaan.

13
Oleh itu, kejayaan industri tersebut akan bergantung kepada bagaimana syarikat  dapat

memanipulasi kekuatan (kewangan) yang ada dan mengurus kelemahan (kurang

pengetahuan) dengan seimbang serta menjurus kearah objektif yang hendak dicapai.

Umumnya, bagi kesejahteraan perniagaan jangka panjang, yang ingin menawarkan sesuatu

produk (samaada produk yang sama di pasaran atau produk alternatif), patut

mengutamakan aspek kualiti berbanding dengan harga rendah. Selain itu, juga patut

menghindarkan daripada  persaingan harga yang melampau dan bertanding dengan pesaing

yang jauh lebih berupaya dari kita.

5 Konsep  Pemasaran MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro

Syarikat MDS™ yang mempraktik konsep pemasaran tertentu untuk mencapai objektif

PELABURAN. Konsep pemasaran dipilih berasaskan kepada kesediaan menu atau produk

dan keupayaan fasiliti pemasaran oleh MDS™, serta bersesuaian pula dengan faktor-

faktor persekitaran pasaran dan pembelian oleh pelanggan sasaran.  

Secara umum, terdapat lima konsep pemasaran, di mana setiap konsep tersebut dibezakan

oleh bentuk orientasi dan penumpuan MDS™ dalam melaksanakan aktiviti pemasaran

masing-masing, iaitu: 

a.          Konsep Pengeluaran

14
Konsep Pengeluaran adalah berasaskan kepercayaan bahawa pengguna lebih berminat

membeli produk yang berharga murah serta mudah diperolehi. Oleh itu, MDS™ Aroma

Caf’ee & Bistro akan memberi tumpuan kepada kecekapan pengeluaran produk dalam

jumlah yang tinggi, menggunakan kos sumber yang rendah, menawarkan harga jualan

yang murah dan mengadakan liputan pengedaran yang luas.

Konsep ini sesuai sebagai strategi untuk meluaskan pasaran Francais makanan segera.

Pelanggan sasaran adalah golongan yang membeli produk disebabkan keperluan dan

mengutamakan ciri -ciri makanan tersebut.

Oleh kerana konsep pemasaran ini mengutamakan   prestasi dalam pengeluaran serta

penjualan produk, maka perlu menitikberatkan aspek kualiti layanan dan perkhidmatan

kepada pelanggan sasaran adalah penting.

b.          Konsep Produk

Konsep Produk adalah berasaskan kepada prinsip bahawa pelanggan akan menghargai dan

lebih mengutamakan produk yang menawarkan kualiti, prestasi dan ciri-ciri inovatif yang

terbaik dan unik.  Untuk itu, MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro akan memberi lebih

tumpuan kepada cita-rasa, ingerdien produk yang berprestige yang mempunyai attribute

dan value yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri, serta menyempurnakan

pengeluarannya walaupun dengan kos yang tinggi.

15
Segmen pasaran dan pelanggan sasaran adalah terpilih kerana ciri-ciri produk yang

spesifik serta harga tawaran yang tinggi. Sementara keuntungan pula diasaskan kepada

volume jualan, dan ia ditentukan melalui margin keuntungan yang telah ditetapkan.

c.          Konsep Jualan

Konsep Jualan  berorientasikan menjual produk makanan segera melalui kaedah pemasaran

yang lebih agresif.  MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro yang memilih konsep ini percaya

bahawa pelanggan sasaran mempunyai minat yang tinggi untuk membeli produknya yang

berbagai cita-rasa dan mutu berkualiti tinggi serta keunikkan menu.

Konsep ini dipraktik apabila mempunyai kelebihan keupayaan dalam menyediakan

makanan segera serta berkeyakinan bahawa ia mempunyai fasiliti yang cukup untuk

melaksanakan aktiviti pemasaran yang dirancang.  

Makanan segera yang dipasarkan oleh MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro biasanya terdiri

dari kategori keperluan dan kepentingan pelanggan sasaran serta makanan yang

mempunyai nuterin yang tinggi dan berkhasiat.

Memandangkan prestasi jualan adalah berasaskan faktor utama untuk dorongan terhadap

pelanggan sasaran, maka aktiviti mempromosi akan dijalankan dalam berbagai versi yang

lebih menarik semaada secara direct atau melalui media pengiklanan yang luas. 

d.           Konsep Pemasaran

16
Konsep Pemasaran berbeza dengan tiga konsep yang dinyatakan di atas. Konsep ini

berorientasikan memenuhi keperluan dan kemahuan pelanggan sasaran dengan efektif,

sedangkan tiga konsep sebelumnya berorientasikan kepentingan MDS™ Aroma Caf’ee &

Bistro untuk menjual produk.   

Empat perkara berikut merupakan prinsip utama yang menjadi tonggak kepada  konsep

pemasaran ini, iaitu: 

Pasar sasaran – memiilih pasar sasaran yang tepat dan membentuk aktiviti pemasaran

dengan sempurna.

Keperluan pelanggan -  memahami kehendak sebenar pelangaan dan memenuhinya

dengan lebih efektif. 

Pemasaran berintegrasi - kesemua fungsi / sub-unit MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro

bekerjasama memenuhi tanggungjawab pemasaran. 

Keuntungan - mencapai keuntungan melalui kepuasan pelanggan. 

e.          Konsep Kesejahteraan

Konsep Kesejahteraan adalah langsungan daripada Konsep Pemasaran di mana ia

ditambah dengan unsur-unsur  kepekaan MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro terhadap

kesejahteraan pelanggan serta masyarakat keseluruhan. Ianya berasaskan prinsip bahawa

17
MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dipenuhi

dalam masa ia bertindak  mencapai objektifnya. 

Melalui konsep ini, MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro sentiasa mengambilkira kepentingan

sosial dan etika sebagai satu agenda bersama dalam membuat keputusan pemasaran. Oleh

itu, dalam pemasarannya, perlu menyeimbangkan antara tiga kriteria berikut: 

keuntungan yang perlu diperolehi, kepuasan pelanggan sasaran yang perlu dipenuhi

kesejahteraan masyarakat yang perlu di pelihara.

Strategi Pemasaran MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro

Dalam perniagaan, strategi pemasaran amat penting. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi

persaingan, strategi pemasaran yang betul akan membawa perniagaan kita lebih

terkehadapan berbanding dengan pesaing lain. Apatah lagi dalam suasana ketidak tentuan

ekonomi sekarang ini, strategi pemasaran akan memberi impak samada bisnes kita itu

akan kekal kukuh ataupun sebaliknya.

Kata seorang pakar perniagaan: “Marketing is too important to be left to the marketing

people!”

SALAH  satu tindakan yang biasa disarankan dalam strategi pemasaran ialah

mengenalpasti trend pengguna supaya produk yang hendak dipasarkan dapat disesuaikan

dengan keperluan dan kemahuan pengguna.

18
Dalam aktiviti memasarkan produk, MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro membuat keputusan

akan menggunakan berbagai kaedah untuk mendapatkan respon positif daripada pelanggan

sasaran. Jerome McCarthy telah mengklasifikasikan kebanyakan kaedah tersebut kepada

empat group utama iaitu Product, Price, Place & Promotion  yang merupakan Strategi

Pemasaran yang biasa digunakan oleh setiap pengusaha. Strategi ini juga biasa disebut

sebagai strategi pemasaran 4P.

Untuk mencapai objektif pemasaran melalui strategi 4P, MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro

perlu memanipulasi dengan cara yang paling efektif di antara variables yang terdapat

dalam strategi pemasaran tersebut supaya menghasilkan respon yang optima di kalangan

pelanggan sasaran. STRATEGI pemasaran 4P boleh dikatakan sebagai tindakan empat

serangkai oleh pemasar untuk menawarkan produk kepada pelanggan sasaran dengan cara

yang lebih efektif. Sementara tambahan 3P lagi kepada strategi tersebut adalah sebagai

pelengkap yang khususnya disarankan bagi industri yang menawarkan produk jenis

perkhidmatan atau servis.  

Secara ringkas, antara variables yang dimaksudkan bagi setiap P berkenaan ialah:

       
Product Price Place Promotion
- Variety - List price - Channel - Sale promotion
- Quality - Discounts - Coverage - Advertisement
- Design - Allowances - Assortments - Personal selling
- Features - Payment period - Location - Public relations
- Brand name - Credit terms - Inventory - Message
- Packaging - Logistics - Media
- Sizes - Service level - Budget

-TAMBAHAN 3P
Service/support

19
- Returns/benefits
- Warranties
 

Sebenarnya, MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro akan menggunakan konsep tindakan

tersebut sebagai langkah dalam mencari idea untuk memulakan perniagaan. Apa yang

perlu lakukan ialah membuat pemerhatian, kajian dan mengenalpasti gelagat pembelian

oleh pengguna sebagai input kepada ‘apakah jenis-jenis dan cita-rasa makanan segera

yang akan dijual, yang diperlukan dan akan dibeli oleh pengguna’.

Selain  daripada Mengenalpasti Gelagat Pengguna, satu lagi kaedah yang juga praktikal

untuk digunakan sebagai idea bagi memulakan francias restoran makanan segera ialah

dengan mengubahsuai produk yang sediaada di pasaran.

‘kebanyakan idea bisnes yang baik bukannya original, tetapi  ubahsuaian daripada

idea orang lain’.

Selaras dengan itu, MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro boleh mendapatkan idea dengan

memerhati berbagai produk makanan segera yang terdapat dipasaran dan digemari oleh

pengguna di persekitaran. Seterusnya dengan menggunakan kreativiti ini untuk

mengubahsuai mana-mana produk tersebut yang difikirkan kompetitif untuk pasaran.

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan terhadap produk sediaada ialah seperti

mengubah warna, bahan remaph atau rupabentuk, menjadikan lebih besar / kecil atau

20
lebih berat / ringan, menambahkan kualiti dan kuantiti, menambahkan ciri-ciri baru seperti

cita-rasa, ingerdien dan bahan cukup rasa.

Harus memberi perhatian bahawa setiap pengubahsuaian yang di lakukan kepada produk

sediaada tersebut, tumpuan mestilah kepada faktor keperluan di pasaran dan penerimaan

oleh pengguna sasaran selepas ianya diubahsuai.

Analisa Industri

Industri Restoran pada Hari Ini

Industri penyediaan makanan segera adalah salah industri yang terbesar di Malaysia. Di

dalam industri ini, 15% adalah terdiri dari restoran bebas. Secara purata, seseorang rakyat

Malaysia membelanjakan 12% dari gaji mereka untuk makan di luar rumah. Angka ini

adalah dua kali ganda berbanding 7 tahun lepas. Tiga sebab yang menjadi punca

perubahan ini ialah 1) perubahan gaya hidup 2) peningkatan ekonomi dan 3) peningkatan

pilihan francais restoran makanan segera.

Gaya Hidup Masa Depan & Strategi

21
Perubahan dan perkembagan gaya hidup adalah sangat baik untuk jangka masa pendek

dan jangka masa panjang. Kehidupan moden akan membuka ruang kepada peningkatan

permintaan terhadap makanan segera, dan masyarakat akan lebih suka makan di luar

rumah. Laporan dari Kementerian Perdangan Dalam Negeri menunjukkan peningkatan

45% dalam masa 5 tahun.

Produk & Servis Berkaitan

Restaurant makanan segera MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro akan menawarkan menu

makanan dan minuman dengan gambar yang menarik. Terdapat sekurang – kurangnya 10

orang yang dijangka dapat bergabung untuk menghasilkan hasil terbaik, menggunakan

Photoshop. Terdapat 3 cara untuk membeli produk MDS™ servis di meja di dalam

restoran, ‘take away’ dari restoran dan juga penghantaran ke pejabat atau rumah.

Menu

Menu MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro adalah dalam saiz sederhana, dan harga yang

murah akan menawarkan pilihan masakan etnik Asia dan ala Barat dengan tema mudah –

berkhasiat dan mengunakan bahan rempah asli yang unik yang di hasilkan oleh MDS™

sendiri serta perisa tambahan, dan unik dari yang lain. Target MDS™ ialah menawarkan

makanan halal pada harga yang sangat murah.

22
MDS™ percaya bahawa dengan adanya menu-menu yang unik adalah satu daya tarikkan

pelanggan sasaran dan juga adalah satu kelebihan kepada MDS™ untuk bersaing dengan

francais restoran makanan segera yang lain, dan ianya juga akan menambah keuntungan.

Menu Unik Restoran MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro

MDS™ juga mempunyai lebih daripada 20 jenis menu untuk dipilih dan juga menu unik

tersendiri seperti Burger ikan sos sambal santan godok, Burger daging rempah jeruk

manga, Bueger ayam Tempoya, Fish n Chips dengan sambal ikan yu, Jewel kentang

lenyek dal, Nasi Lemak Bombay, Tempeh goreng berempah, Nasi goring 1 Malaysia,

Nasi goreng Vietman, Chicken 65, Ais Krim roti goreng, Salad jam stawrberry, Kek gula

Mentos, Kek Liverpool, Teh periya, Kopi blend buah salak, Teh daun kari, Jus Avacado

susu kambing, dan banyak lagi yang tidak terdapat di francais lain

Produk

Penyediaan bahan mentah dan penyiapan akan dibuat di dapur restoran. Sayur yang

segar, daging serta produk tenusu akan digunakan untuk menghasilkan masakan yang

segar, unik dan bermaya. Ingerdien-ingerdien makanan seperti rempah-ratus, bahan mentah

dan bahan-bahan yang lain adalah terdiri daripada campuran herbal yang berkahsiat untuk

23
menjaga ksihatan pelanggan sasaran. Pemilihan tukang masak akan dilatih oleh MDS™

sendiri dan terdiri dari orang lelaki Melayu. Tukang masak akan dilatih untuk mengenali

cita-rasa dan makanan yang berkualiti mutu tinggi untuk kepuasan, dan persembahan

makanan serta balutan, dari segi dapur dan hidangan.

Servis

Terdapat tiga cara untuk pelanggan membeli makanan. Meraka akan duduk di meja yang

menyediakan secara purata 40 ruang, dan akan mendapat servis sepenuhnya dari pelayan.

Satu ruang ‘take-away’ akan diwujudkan untuk mereka yang lebih gemarkan ‘take-away’.

Kebanyakkan makanan akan disiapkan terlebih dahulu dan sentiasa panas. Servis

penghantaran ke rumah atau pejabat (delivery) akan ditawarkan dalam jangka masa yang

panjang untuk sesetengah masa dan lingkugan yang terhad.

Inovasi juga penting dilakukan supaya produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

kelihatan baru dan mempunyai peningkatan dari sudut kualiti produk. Pelanggan akan

merasa jemu jika tiada pembaharuan. Mereka selalu menginginkan sesuatu yang kelihatan

lain dari yang lain. Ini boleh dilakukan dengan menukar nama produk dan ditambah

dengan sesuatu yang berbeza dengan produk atau perkhidmatan yang lama.

24
Aspek lain yang perlu difikirkan juga adalah soal layanan mesra kepada pelanggan.

Pendekatan yang lebih proaktif seperti berpakaian kemas, ceria, bermanis muka dan bijak

memikat hati pelanggan hendaklah dilaksanakan. Komunikasi yang baik dan tidak

menunjukkan sifat sombong serta mementingkan diri di hadapan pelanggan.

MDS™ telah memlakukan beberapa analisa mengenai perkhidmatann atau servis yang

terhadap beberapa restoran-restoran francais yang besar menunjukkan bahawa, pelanggan

memilih sesuatu restoran berdasarkan criteria berikut (mengikut turutan):

1) Perkhidmatan

2) Kualiti makanan

3) Harga

Agak menarik oleh kerana “perkhidmatan” menjadi pilihan utama, dan “harga” menjadi

pilihan terakhir.

Pada zaman ini, perkhidmatan adalah amat penting dalam mencapai pulangan perniagaan

yang tinggi dan bersaing dengan pesaing. Adalah menjadi keutamaan untuk memberi

tempuhan kepada perkhidmatan atau servis bagi sesebuah perniagaan.

25
Conthonya kat café hotel atau Pizza Hut, tak ada yang komplen pasal harganya

walaupun mahal sebab yakin staff beri servis terbaik dan buat pelanggan mereka rasa

lebih selesa dan dihormati. Pelanggan lebih suka dengan yang peramah, cekap dan

membuat mereka lebih senang berbual..

Perkhidmatan/servis pelanggan yang bagus akan membuatkan pelanggan akan datang lagi

untuk mendapatkan produk/servis yang ditawarkan.

Mereka juga akan menyebarkan perihal perkhidamatan/servis perniagaan yang bagus

kepada rakan dan kenalan mereka. “Word of Mouth” sebegini yang penting dalam

menaikkan imej perniagaan di mata pelanggan. Lagipun ianya PERCUMA!

Peluang Masa Depan

Terdapat segmen pemasaran yang lebih suka untuk makan seperti di rumah walaupun

mereka sedang makan di luar, disebabkan ketiadaan masa untuk memasak, atau lebih

gemar makan di rumah. Untuk masa sekarang, telah terdapat ‘catering’ dan juga MDS™

yang menyediakan makanan untuk individu atau keluarga, sehingga bekalan satu bulan

dalam bentuk pra-masak.

Peluang ini akan dikaji dan dikembangkan dalam asas percubaan. Jika berjaya, ianya

akan menjadi antara sumber utama pendapatan tanpa memerlukan penambahan pekerja

atau ruang.

26
Target Pasaran

Sasaran untuk MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro dijangka akan merangkumi kawasan yang

sangat luas memandangkan ianya adalah satu – satunya Restoran Makanan Segera yang

terdapat di Taman Kota Masai dan 3 Taman sekelilingnya.

Walaupun ia mungkin terletak di kawasan agak tersorok di luar bandar, ianya tetap akan

menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan masyarakat yang sanggup berjalan jauh

untuk mencari restoran makan yang unik dan berlainan, serta kepada pelancong.

Lokasi Pasaran & Pelanggan Sasaran

Taman Kota Masai terletak 10min dari Pasir Gudang , 40minit dari bandar Johor Bahru

dan 1 jam dari Singapura, dan menjadikannya tempat tumpuan pelajar-pelajar universiti,

ahli-ahli peniaga, pelancong. Pelanggan adalah berasaskan 3 segmen utama :

 Penduduk tempatan – Taman Kota Masai adalah kedua terbesar di Johor Bahru,

dan mendapat taraf Metropolitan dengan kapasiti penduduk lebih dari 1.1 juta pada

tahun 2006 yang terdiri dari 3 Taman.

 Kolej & Universiti – Terdapat Kolej universiti Teknik dan beberapa kolej swasta.

65% dari populasi penduduk adalah pelajar di bawah 25 tahun.

27
 Perlancongan – di antara hotel, hostel, ‘bed & breakfast rooms’ serta inns,

terdapat lebih dari 8000 bilik disediakan. Dan pada tahun lepas 74% adalah penuh

ditempah.

 Perniagaan Tempatan – Terdapat ratusan kilang yang besar, sederhana dan kecil

serta terdapat beberapa pusat komplek membeli belah, menjadikan antara tempat

utama untuk membeli belah.

Konsep makanan dan gambaran produk oleh MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro akan

memberi tarikan kepada 3 jenis pelanggan

 Pelajar – semakin ramai pelajar yang kekurangan masa, dan konsep mewah &

murah akan memudahkan mereka membuat pilihan berdasarkan belanjawan.

 Orang yang sibuk - masakan seperti Nasi Ayam dan Nasi Lemak Berlauk adalah

sedia dimasak dan hanya memerlukan masa yang sedikit untuk dihidangkan.

 Orang yang ingin tahu dan berfikiran terbuka - “jika anda mencubanya, anda

akan menyukainya”.

Strategi jualan makanan segera hendaklah dilakukan supaya lebih ramai orang

mengunjungi tempat atau kedai operasi yang dilaksanakan. Antara faktor yang boleh

dilakukan ialah dengan memastikan sudut atau tempat operasi kelihatan ceria dan

menarik. Misalnya ‘sign board’ menuju ke reatoran operasi diwujudkan supaya pelanggan

mudah ke lokasi. Restoran operasi dihiasi dengan susun atur produk yang menarik.

28
MDS™ percaya promosi melalui pemasaran, pengiklanan dan mulut-ke-mulut, masyarakat

akan mencuba pengalaman baru, menu yang unik, masakan yang sedap, menyelerakan,

menarik dan murah.

Gaya Pasaran & Masa Depan

Populasi dan kepadatan penduduk di Taman Kota Masai dan Taman-Taman yang

sekeliling adalah stabil sejak 14 tahun.

Industri pelancongan meningkat 24% peratus sejak 3 tahun, dan sentiasa meningkat.

Perniagaan dan Perusahaan tempatan pula meningkat dengan kadar 18% setahun.

Kegemaran masyarakat untuk mencuba masakan yang baru adalah sangat lumrah dan

cadangan untuk membuka restoran makanan segera di sini juga untuk membuktikan

kemampuan MDS™ untuk memceburi industri francais restoran makanan segera.

29
Sebagai masyarakat yang ingin berehat di rumah dan kurang memasak, strategi MDS™

Aroma Caf’ee & Bistro untuk menghantar makanan siap dimasak setiap hari dengan

langganan seminggu atau sebulan mungkin mencari gaya makan pada masa akan datang.

Strategi Bersaing

Terdapat tiga cara yang akan jalankan untuk kepentingan syarikat dalam mengatasi

persaingan: .

 Identiti produk, kualiti dan pembaharuan

 Pekerja bermotivasi tinggi dan sikap yang baik

 Pilihan servis yang inovatif dan pantas.

MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro akan menjadi satu – satunya restoran makanan segera

di kalangan pesaing yang menekankan keunikkan masakan dan cita-rasa. Dari segi

kesihatan, akan menggunakan 100% minyak zaitun, beras Basmati, daging import yang

bermutu tinggi, kentang juga akan di import dari negara Belanda dan sayur-sayuran yang

segar dari Cameron Highland dan rempah-rempah yang unik yang dihasilkan oleh

MDS™ sendiri.

30
Apabila pelanggan sasaran mencuba cadangan restoran makanan segera MDS™ Aroma

Caf’ee & Bistro, mereka dijangka akan terpikat dengan semangat persahabatan, cekap,

dan servis yang berkesan. Pelanggan sasaran dijangka berulang memandangkan harga

yang murah dan masakan yang sedap ala Asia dan Barat.

Pelan Pemasaran & Strategi Penjualan

Penembusan Pasaran

Masuk ke dalam pamasaran tidak mungkin mendatangkan masalah, sedangkan MDS™

telah pun berada dalam pasaran produk rempah selama 11 namum memceburi industri

francais makanan segera adalah suatu yang baru maka segala strategi pemasaran harus

dilihat dan diteliti secara terpenci dan juga harus memastikan memceburi industri

makanan segera ini adalah satu pelaburan yang betul dan baik.

MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro akan menyewa sebidang tapak perusahaan seluas

45,000 sqt , supaya ianya mudah dilihat dan mudah tempat parking. MDS™ turut akan

membina sebuah taman reaksi dan kanak-kanak. Penduduk tempatan dan pelajar sentiasa

akan menyokong restoran baru dan pelancong mempunyai pilihan yang telah difikirkan.

31
Sebagai tambahan, syarikat akan meletak sejumlah wang untuk tujuan pengiklanan pra

pembukaan dan kempen awam.

Pembungkusan

Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting

yang perlu diberi perhatian. Malah aspek Pembungkusan (Packaging) ini dianggap

sebagai P yang ke-5 dalam Marketing Mix selepas 4P (Product, Price, Place &

Promotion) yang lazim dipraktik sebagai strategi pemasaran.    

Jika diperhatikan definasi ringkas pemasaran itu sendiri, iaitu ‘SENI MENJUAL

PRODUK’, boleh apply maksud yang tersirat daripada definasi tersebut ke dalam aspek

pembungkusan. Di sini, ianya memerlukan inisiatif MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro

untuk melaksanakan inovasi tertentu bagi mencapai tahap kesempurnaan produk yang

hendak dijual. Sekali pun produk mempunyai kualiti yang baik, namun sekiranya aspek

pembungkusannya tidak setanding, produk mungkin sukar bersaing, apa lagi di peringkat

antarabangsa yang lebih luas persaingannya.    

32
Dalam menentukan kaedah pembungkusan sesuatu produk, aspek yang paling penting

biasanya ialah ia berfungsi sebagai container yang akan memuat dan melindungi produk

supaya selamat dan tidak rosak. Namun, pada masa yang sama, kaedah pembungkusan

perlu juga mengambilkira beberapa aspek lain serta berperanan antaranya seperti: 

      Mempromosi produk melalui visual (reka-bentuk, warna, lukisan, grafik) yang dapat

memberikan impression yang baik kepada pengguna.

      Memperkenalkan identiti korporat / syarikat melalui logo atau jenama.

      Memberi maklumat tentang produk (bahan, berat / bilangan kandungan, cara guna,

logo halal)

      Memberitahu mengenai promosi / tawaran semasa.

      Mudah untuk dibawa, transportasi dan penyimpanan (eg. bahan, saiz & bentuk)

      Mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan pihak berkuasa.

      Kesesuaian dengan faktor kos. 

33
Berasaskan kesedaran tentang peri pentingnya aspek pembungkusan dalam pemasaran, pada

masa kini terdapat banyak agensi-agensi yang berkenaan telah mengambil inisiatif dengan

memberi perhatian yang l ebih serious terhadap isu ini.

Strategi Penjualan

Memfokuskan kepada aspek keunikkan makanan segera, gabungan cara penjualan akan

menyebabkan oleh lebih sedar akan kewujudan, imej dan mesej MDS™.

 Media cetak – surat khabar tempatan, majalah dan penerbitan pelajar

 Media sebaran – program tempatan

 Panduan hotel, hubungan dengan kaunter hotel, risalah

 Direct Mail – senarai pelanggan, pejabat untuk penghantaran

 Lain – lain – yellow pages, le chti, kerja amal

Rangkaian & Hubungan

MDS™ memerlukan proses interaksi. Selain secara dalaman, mempunyai rangkaian yang

luas dan hubungan yang baik samaada dengan individu atau organisasi luaran merupakan

34
satu kelebihan. Ianya akan membantu dari berbagai aspek sumber dan fasiliti supaya

MDS™  dapat melaksanakan aktiviti perniagaan dengan lebih sempurna.

Strategi pemasaran dibahagikan kepada 3 fasa:

1) Perasmian – Notis lengkap dengan contoh hidangan dan minuman percuma akan

dicetak dan diagihkan di kawasan orang ramai.

2) Sepanjang operasi - Kempen yang fleksibel, mengunakan media yang dinyatakan di

atas, secara berterusan untuk keberkesanan.

3) Penjualan – Pekerja yang dilatih dengan betul akan meningkatkan kepuasan pelanggan.

Kata-dari-mulut dan percakapan tidak formal menjadi tunjang dalam membina asas

pelanggan.

35
Operasi

Kemudahan

Cadangan restoran ini akan dibuat di kawasan kunjungan orang ramai, sebuah bangunan

yang besar yang menarik. Peralatan baru dan ruang makan akan disegarkan dengan

hiasan bersifat kraftangan melayu serta layaran internet WIFI, screen TV yang besar dan

lain-lain kemudahan.

Waktu operasi

Cadanagan restoran akan beroperasi awal pagi iaitu pukul 6.00 hingga 11.00 malam, 7

hari dalam seminggu.

Latihan pekerja & pelajaran

Pekerja bukan sahaja akan dilatih dari segi tugas asas mereka, tetapi juga dalam falsafah

dan keberkesanan konsep MDS™ (mewah & murah). Mereka akan dilatih di ibu pejabat

36
MDS™ di Parit Sulong Batu Pahat dan akan menerima bimbingan dari tukang masak

yang berpengalaman dan akan sentiasa diperbincangkan dari segi hasil.

Sistem & Kawalan

Satu penekanan yang mapan telah menggantikan penyelidikan yang meluas ke arah kualiti

dan kesepaduan produk MDS™. Kesemuanya akan sentiasa dicuba secara berterusan

untuk menjaga standard yang tinggi dari segi kesegaran dan keaslian. Harga bahan

mentah, harga jualan dan buku kira – kira akan dikawal melalui komputer dan akan

diperiksa setiap hari oleh pengurusan.

Penyediaan Makanan

Kebanyakkan makanan akan disiapkan di restoran. Dapur akan diadaptasikan dengan cara

kerja yang terbaik dan akan dipastikan bersih sepanjang masa. Makanan pukal akan

disiapkan terlebih dahulu, dan jika perlu, dibekukan.

Penghantaran ke Rumah & Catering

37
Makanan untuk penghantaran ke rumah atau pejabat mungkin sama dengan makanan

untuk ‘take-out’ (sedia untuk ditempah) atau mungkin disiapkan terlebih awal dan

disimpan. Catering akan dijalankan dalam konsep penghataran ke rumah.

Perkembangan Jangka Panjang

Target

MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro adalah berkonsepkan inovatif dan disasarkan kepada

pasaran yang berkembang dan baru. MDS™ yakin bahawa pasaran akan memberi respon

terhadap kewujudan restoran makanan segera, dan akan menaikkan syarikat secara cepat

dalam masa 2 tahun. Targetnya adalah untuk mengukuhkan nama dari segi kualiti, mutu

makanan yang terjamin dan seterusnya sentiasa menjadi pilihan baru.

Strategi

Strategi pemasaran restoran akan menumpukan kepada ‘take-out’ dan penghantaran ke

rumah. Dan seperti pasaran yang sentiasa berubah, produk baru akan ditambah untuk

mengekalkan jualan.

Menarajui Benda Baru

38
Selepas restoran dibuka, akan sentiasa memerhati pergerakan jualan dan keuntungan.

Dalam masa 2 tahun, akan memikirkan untuk membuka cawangan.

Risiko Evolusi

Seperti semua francais restoran baru, terdapat banyak risiko yang perlu ditentang.

Kejayaan cadangan MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro bergantung kepada kemampuan

bertahan dan penerimaan di dalam pasaran yang baru. Dalam beberapa tahun pertama,

perlu memastikan tidak ada pesaing dari francias lain yang akan bertapak di sini.

MDS™ juga perlu menekankan soal kecekapan dan kepantasan untuk melawan restoran

makanan segera.

Kesimpulan

Harus diingat bahawa pengurusan pemasaran bersifat dinamis dan mempunyai kitaran

hayat yang berbeza-beza. Setiap perubahan yang berlaku secara tidak langsung akan

memberi impak kepada sesebuah Francais. Oleh yang demikian, francais yang berupaya

mengatasi halangan persekitaran yang kompleks akan mampu menempuh segala cabaran

yang dihadapi serta mematangkan francais supaya sentiasa bersedia berdepan dengan

perubahan persekitaran yang dinamis.

39
Di samping keutamaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan hubungan baik

dengan pelanggan, pemasaran juga perlu dilakukan untuk memastikan kelangsungan hidup

yang berdaya saing khususnya pada era globalisasi yang benar-benar mencabar semua

pihak. Walaupun sesebuah francais mampu mewujudkan kualiti perkhidmatan serta

pencapaian terbaik, namun ianya tidak akan memberi faedah seandainya pemasaran tidak

dilakukan bagi mengetengahkan francais kepada komuniti setempat.

Dalam dunia yang semakin terbuka luas tanpa sebarang persempadanan penjajahan minda

akibat globalisasi pada hari ini, pihak francais umumnya dan para majikan khususnya

harus merubah persepsi terhadap aktiviti pemasaran. Selaku entity utama yang mempunyai

tanggungjawab besar terhadap pembentukan generasi pelapis dan komuniti setempat, pihak

francais perlu mengorak langkah dan membuat peralihan minda untuk menerima peri

penting peranan pemasaran di dalam dunia makanan segera.

Pemasaran pula dilihat sebagai suatu proses pengiklanan dan promosi jualan yang

dilakukan oleh sesebuah organisasi bagi memastikan segala produk atau perkhidmatan

yang dihasilkan sampai kepada pengguna akhir pada nilai-nilai tertentu yang seterusnya

mampu melonjakkan organisasi tersebut di dalam pasaran semasa melalui rangkaian

aktiviti yang pelbagai merangkumi proses perancangan, perlaksanaan pembangunan

keluaran, promosi, agihan dan sebagainya.

40
Pada hari ini, pemasaran memainkan peranan yang amat penting di dalam meningkatkan

daya saing dan kelangsungan hidup sesebuah organisasi. Pemahaman terhadap kepentingan

pengurusan pemasaran startegik bukan hanya perlu diketahui oleh mereka yang terlibat di

dalam sector pembuatan produk tetapi juga perlu dikuasai oleh semua sector.

Strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk

atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi,

demografi dan komunikasi.

Dalam bidang perniagaan, bekerja kuat tidak semestinya menjanjikan kejayaan. Kita juga

mesti peka dengan perubahan keadaan sekeliling, keazaman dan fokus terhadap

perniagaan. Risiko yang tinggi akan menjanjikan pulangan yang lebih lumayan, itulah

hakikat perniagaan. Tetapi ahli perniagaan yang bijak akan membuat keputusan yang

terbaik dengan menimbang risiko dan pulangannya.

Jatuh bangun di bidang perniagaan adalah perkara normal dan sifat putus asa tidak perlu

wujud malah kekuatan mental dan azam yang teguh menjadi penentu kejayaan.

Setiap perniagaan jika ingin maju perlu mempunyai strategi / keunikkan yang tersendiri.

Ini menjamin kejayaan sesebuah perniagaan itu. MDS™ boleh meniru orang lain dan

mepunyai ciri-ciri perniagaan yang serupa dengan orang lain. Namun demikian apakah

yang membezakan produk MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro berbanding orang lain? ialah

41
keunikan produk yang tidak terdapat pada francais lain. MDS™ Aroma Caf’ee & Bistro

akan lebih dikenali dengan keunikan produk tersendiri di pasaran.

Walaubagaimanapun bukan mudah untuk memikirkan strategi keunikan ini. Kadangkala

ianya melibatkan masa, wang dan kajian berterusan. Namun begitu jika MDS™ dapat

mengenalpasti strategi pemasaran / keunikan produk maka perniagaan makanan segera

akan lebih maju dan akan bertahan lama.

WALAU apa pun konsep pemasaran yang akan digunapakai oleh sesebuah industri

bersesuaian dengan objektif dan orientasinya, namun aktiviti pemasaran sepatutnya

berpandukan filosofi yang berasaskan kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian

produk serta perlulah mengambilkira faktor kesejahteraan terhadap masyarakat.

BAHAN-BAHAN RUJUKAN YANG DI GUNAKAN

Nota Lecture

iufosky.wordpress.com

rmc.edu.my

42
kdinz.com

tazilan.com

irfankhairi.com

scribd.com

eprintis.usm.my/pen 2006/teks

pkukmweb.ukm.my

43

Das könnte Ihnen auch gefallen