Sie sind auf Seite 1von 2

Hari berganti hari,bulan berganti bulan tanpa kita sedari umur pelajar

5Gamma semakin meningkat dewasa dan mempunyai kerjaya yang berbeza


dan setelah sekian lama berpisah, maka pada 7 Mac 2020 merupakan hari
yang ditunggu-tunggu oleh semua bekas pelajar 5Gamma 2009 berserta
bekas guru yang tetap muda dan cantik seperti 11 tahun yang lalu.Tepat
pukul 8.00 malam waktu itu berada di tingkat 92 di Hotel Future yang
dimiliki oleh Ros aini.Bekas guru mereka,Pn. Kamsaton berasa bangga
dengan pencapaian 27 orang anak muridnya.

Jam masih menunjukkan 8.35 malam dan mereka masih menunggu


kedatangan bekas penolong ketua tingkatan.Selang beberapa minit,
terdapat seorang perempuan yang memimpin 4 orang kanak-kanak kecil.
Mereka terkejut apabila wanita itu memperkenalkan dirinya,Maizatul yang
kini menjadi seorang isteri kepada atlet tersohor dan ahli perniagaan yang
berjaya.Ayer Keroh kini pesat membangun dan Perdana Menteri Malaysia
telah mengisytiharkan Ayer Keroh sebagai ibu negara kerana banyak
melahirkan pelajar yang bijak pandai.

Hal ini berikutan kehadiran Aizat yang berjaya memenangi anugerah


MTV dalam bidang nyanyian.Lantas lagu Aizat yang telah menduduki carta
Trash FM hampir tiga tahun yang bertajuk ‘Boring’ telah mengangkat nama
Jagjit sebagai seorang komposer. Sharaf pula seorang imam besar Ayer
Keroh telah dijemput ke Pakistan untuk membacakan khutbah bersama-sama
Syazani yang dulunya aktif dalam sukan hoki di Malaysia.Keayuan dan
kesopanan Nithiya sebagai peragawati telah berjaya mengugat paru-paru
Datuk L iaitu Datuk Lee Chan Hua yang dikenali sebagai usahawan beruang
yang digilai oleh pencinta haiwan di Melaka dengan nama kedainya ‘Lee’s
Bear Shop’.

Dalam bidang perubatan,muncul seorang pakar veterinar yang


sedang giat mencampurkan DNA spesis haiwan yang berlainan iaitu Jolyn
@ Dr.Joy telah membuahkan hasil apabila terdapat perubahan ketara seperti
bulu-bulu liar pada muka dan fizikal haiwan yang dikajinya.Ketangkasan
Firdaus sering disebut-sebut sebagai jaguh atlet sekolah cukup berbaloi
apabila beliau mendapat pingat emas dalam acara angkat berat dalam sukan
Olimpik 2016.Pengalaman Meow Leng sebagai chetti di kelas telah
menyebabkan beliau membuka sebuah bank di Bangkok,Thailand dengan
kerjasama Cheryl yang dulunya seorang akauntan bertauliah.Michael dan
Syafiq telah memeranjatkan seluruh penduduk Melaka kerana berjaya
memonopoli perniagaan membuat cencaluk dengan ciptaan terbaru mereka
yang berperisa durian telah mendapat sambutan warga Itali.

Syafikah kini berjaya dalam kerjayanya sebagai doktor pakar bedah


namun kecuaiannya meninggalkan telefon bimbit dalam perut pesakit
menyebabkan dia terpaksa turun naik mahkamah dan mendapatkan khidmat
Thoribah sebagai peguam bela untuk menghadiri perbicaraan yang diadili
oleh hakim,Fadhilah.Pengalaman beliau sebagai pengawas menyebabkan
kes yang diadilinya sering dipertikaikan.Manakala rakannya,Dr.Nabilah
selalu menghadapi masalah untuk memelihara artifak-artifak berharga
kerana rakannya,Hazirah sering menjadikan artifak tersebut sebagai sasaran
menembak berikutan itu beliau tidak menyangka telah terpilih untuk
menjadi seorang anggota polis dan diberi tanggungjawab untuk mengiringi
pelakon ternama iaitu Nadia.

Lukisan perkahwinan Farhana sebelum hari persandingannya yang


melebihi harga lukisan Monalisa berjaya menaikkan nama Azrul selaku
pelukis.Siew Boon iaitu pensyarah Universiti Ayer Keroh telah berjaya
melahirkan pengukur bulu kambing biri-biri yang tepat dan tidak pernah
tertinggal walaupun satu bulu.Kadar peratusan anak luar nikah berkurangan
akibat kehadiran Bazli sebagai Pegawai Pencegah Maksiat di sekitar
Melaka.Fathihah pula menjadi cikgu paling popular di SMK Ayer Keroh
kerana sifatnya yang agak misteri dan pendiam.Shi Jee dan Feng Sheng
sudah berjaya merealisasikan impian mereka sejak tamat sekolah menengah
dengan menubuhkan syarikat pembekal penternakan kuda laut secara besar-
besaran.

Kini masa semakin berlalu dengan pantas tanpa kita sedari.Cikgu


Kamsaton tersenyum sendirian dan berbangga dengan pencapaian anak
muridnya.Semoga seluruh warga kelas 5 Gamma berjaya mencapai cita-cita
mereka selama ini dan terus maju untuk mengharumkan imej negara di mata
dunia.
Ciptaan Oleh,

RAJA NABILAH.

Das könnte Ihnen auch gefallen