Sie sind auf Seite 1von 7

ASAM PEDAS IKAN PARI [versi cilipadi & lada hitam]

Bahan
500 gm ikan pari [potong kecil]
2 biji tomato [potong 4]
1/2 cawan air asam jawa
air secukupnya [untuk kuah
]garam
minyak untuk menumis
daun sup [potong pendek]

Bahan tumbuk/mesin halus


20 biji cili api
2 s/b lada hitam
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 tangkai serai

Cara
1. Basuhkan ikan pari..rendamkan sebentar dengan asam limau + asam jawa +
garam. Bilas dan toskan sehingga kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan masak/garing.
3. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ikan, garam dan buah tomato.
5. Biarkan kuah reneh sehingga agak pekat.
6. Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih
KEK COKLAT MOCCA KUKUS

Bahan A
1 ketul butter [250 gm]
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
½ cawan susu manis

Bahan B
3 biji telur
1 tsp esen vanilla

Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }

Cara :
1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana….kacau sampai
cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan
koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga
sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang
kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

NOTA
Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan.
Selamat mencuba.
IKAN 3 RASA

Bahan
1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan.
Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga
wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan
PUDING MARBLE

Bahan:
1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan
sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi.
Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik..
KUEH PAU
bahan..
500 gm tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
1 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning [crisko]
250 gm air suam

Gaul rata semua bahan kecuali air.


Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi  ketulan kecil.
Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
Panaskan kukusan.
Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
Siap untuk dimakan.........

MENU DIET
STEW AYAM

100 gm ayam [buangkan kulit dan hiris nipis]


120 gm carrot
1 cawan kacang buncis atau kacang panjang
1 ulas bawang putih ]
1 ulas bawang merah ] dihiris
1 s/k lada hitam
garam

Cara:
1. Sayur dipotong mengikut suka hati.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk bertudung.
3. Masakkan dalam microwave oven pada HIGH selama
15 minit.
4. Keluarkan dan hidangkan.
5. Boleh dimakan dgn roti atau ratah saja..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

STEW FRANFURTERS

2 biji franfurters
120 gm brokoli
60 gm carrot1 ulas bawang merah
1 ulas bawang merah ] hiris
1 biji cili merah ]
garam

Cara...sama saperti diatas.


SIAKAP MASAK SWEET SOUR
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
Cosway Delichef Flounder Fish Seasoning

Bahan untuk sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)


3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
½ botol sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:

1. Ikan dilumurkan seasoning dan bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
Terbalikkan dua2 belag supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang dibakar tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain

SALAD BUAH-BUAHAN
Bahan:
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
2 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
anggur merah dan hijau
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa)
3 cawan ice-cream vanilla
3 s/b oren sunquick

Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk kecil
MEE UDANG
Bahan-Bahan:
1kg mee kuning [celur skit dan toskan]
1/2 kg udang basah - bersaiz sederhana or udang galah
1 biji cili merah             ]
3 ulas bawang merah    ] kisar
2 ulas bawang putih     ]
1 s/b lada hitam          ]
3 s/k sos tomato
1 s/b sos cili
1 mangkuk taugeh [buangkan kaki ]
2 pokok daun bawang ]
2 tangkai daun sup      ] mayang
5 biji tahu [goreng dan potong empat segi sederhana nipis.]
5 biji cili masak [mayang]
Limau kasturi [belah 2 buangkan biji]
Sedikit bawang goreng
stok udang / stok ikan bilis
air secukupnya
garam

Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
2. Setelah naik wanginya masukan air dan stok udang.
3. Masukkan sos cili/tomato, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendideh.
4. Masukkan udang dan biarkan mendideh.
5. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama taugeh, bawang goreng,
daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup.
6. Perahkan limau kasturi.

Nota...taugeh tak payah dicelur supaya tersa kerangupannya bila dihidangkan


Jika suka boleh dihidangkan bersama "cilli oil"

Das könnte Ihnen auch gefallen