Sie sind auf Seite 1von 8

Topik 10 X Pelaporan 

dan 
Pentafsiran
Usulan 

HASIL PEMBELAJARAN
HASIL
Di akhir topik PEMBELAJARAN
ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan peringkat penilaian;
2. Menyatakan kepentingan membuat penilaian;
3. Membincangkan prinsip am pelaporan dan pentafsiran; dan
4. Menerangkan penggunan komputer dalam membuat penilaian.

X PENGENALAN
Pernahkah anda mengalami kes-kes seperti di bawah:
(a) Seorang kanak-kanak yang mendapat tempat pertama dalam kelasnya
mempunyai skor markah yang lebih rendah dari rakan sebaya dengannya
dalam kelas yang berlainan.
(b) Murid yang mendapat 5A 2B dan 1C kedudukannya dalam kelas adalah
lebih rendah dari murid yang mendapat 6B 1C dari kelas yang berlainan.
TOPIK 10 PELAPORAN DAN PENTAFSIRAN USULAN W 103

(c) Seorang murid datang mengadu kepada anda bahawa tahun lalu dia
mendapat markah yang sama dengan tahun ini tetapi mengapa dia
mendapat kedudukan dalam kelas yang rendah dari tahun lepas.

Sebenarnya situasi di atas ada kaitannya dengan penilaian dan pentafsiran.


Sebagai orang yang pakar dalam bidang anda, anda perlu membuat penilaian
dan pelaporan ini dengan berhati-hati kerana ramai membuat penilaian
berdasarkan kepada kedudukan seseorang dalam kelas dan bukannya
penguasaan dalam sesuatu subjek atau bidang tertentu.

AKTIVITI 10.1

1. Nyatakan cara membuat pengukuran terhadap perkembangan kanak-


kanak di sekolah.
2. Apakah ukuran yang digunakan dalam proses membuat penilaian?

10.1 LAPORAN PENILAIAN DAN KEMAJUAN

(a) Prinsip Am
(b) Penulisan ulasan
(c) Kesimpulan dan cadangan

Penilaian merupakan satu proses yang dapat dibahagikan kepada tiga peringkat
iaitu:
(a) Pengukuran
(b) Analisis
(c) Penilaian

(i) Peringkat Penilaian


(i) Penilaian
Pengukuran meliputi memungut maklumat secara kuantitatif dengan
berbagai alat pengukuran seperti ujian pensil dan kertas. Tujuan
memungut dataădata ini adalah agi mendapatkan bukti-bukti untuk
dianalisis dan diinterpretasi.
104 X TOPIK 10 PELAPORAN DAN PENTAFSIRAN USULAN

(ii) Analisis
Data yang dikumpulkan melalui pengukuran dianalisis dan
disediakan untuk ditafsir. Semasa membuat analisis guru hendaklah
menentukan taraf pencapaian atau penguasaan kemahiran murid dan
memutuskan tahap yang melepasi penguasaan sesuatu bidang atau
kemahiran. Hasil analisis ini akan dapat membantu guru merancang
program pemulihan atau pengayaan kepada murid-murid yang
berkenaan.

(iii) Penilaian
Pada peringkat ini adalah melibatkan proses yang merangkumi
pengukuran dan statistik dan mentafsir keputusan bagi menentukan
arah kemajuan murid dalam pembelajarannya.

(b) Laporan Penilaian dan Kemajuan


Pelaporan merupakan satu perkara yang penting dalam sistem penilaian.
Terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan kemajuan dan tingkah laku
murid kepada ibu bapa dan penjaga mereka.

(c) Kepentingan membuat penilaian


Laporan kemajuan mempunyai fungsi-fungsi berikut:
(i) Menjadi petunjuk kepada guru, ibu bapa, dan pentadbir untuk
mengambil tindakan yang sewajarnya.
(ii) Menjadi penggalak atau motivasi kepada murid-murid supaya
berusaha dengan lebih gigih.
(iii) Menjadi sumber maklumat kepada pihak yang terlibat dengan
kemajuan murid-murid dalam memilih bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran, serta dalam memilih buku-buku yang sesuai dengan
murid-murid.
(iv) Menjadi alat pengukur yang menentukan siapa yang berjaya dan
siapa yang tidak.
(v) Memberi maklumat mengenai bidang tugas atau kerjaya yang sesuai
dengan individu.
(vi) Panduan ibu bapa dan penjaga merancang sesuatu untuk faedah
anak-anak mereka.

(d) Prinsip Am Pelaporan dan Pentafsiran


(vi) Mengandungi program pengujian sampingan khusus untuk tujuan
pemulihan dan pengayaan.
(vii) Alat-alat pengujian mesti ada kesahan dan kebolehpercayaan seperti
dalam perbincangan topik-topik sebelum ini.
TOPIK 10 PELAPORAN DAN PENTAFSIRAN USULAN W 105

(viii) Memerlukan kerjasama dari pihak guru, pentadbir sekolah, serta


pakar pengukuran dan penilaian.
(ix) Membuat penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa supaya.
(x) Bersesuaian dengan objektif program.

(e) Penulisan ulasan


Dalam penulisan ulasan dari pentafsiran yang telah dibuat, laporan harus
lebih jitu dan mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan. Penulisan boleh
dibuat melalu beberapa kaedah. Antaranya:

(f) Kaedah Pelaporan Kemajuan


Kriteria penting semasa membuat laporan yang tepat adalah unsur
keobjektifan. Ibu bapa atau penjaga akan dapat memahami jika laporan
yang dibuat dengan memberi contoh daripada hanya menulis
„memuaskan‰ atau „sederhana‰ bagi laporan tingkah laku.

Cuba anda lihat contoh di bawah:

(A) Rekod Profail Murid


Perkara  Komen guru 
1.Tingkah laku Sederhana

(B) Rekod Profail murid


Perkara  Komen Guru 
murid ini malu untuk 
1.Tingkah laku  bertanya dan enggan 
memberi 

Antara laporan A dan laporan B kita dapati laporan B lebih objektif kerana
ibu bapa dan penjaga dapat memahami tingkah laku anak mereka dengan
jelas jika dibandingkan dengan laporan A.

Laporan atau gred dari penilaian hendaklah mempunyai ciri-ciri kesahan


dan kebolehpercayaan. Laporan yang sah akan menggambarkan prestasi
murid yang jelas dan tepat. Ibu bapa dan pihak pentadbir juga akan dapat
membuat tindakan susulan hasil laporan yang tepat ini.
106 X TOPIK 10 PELAPORAN DAN PENTAFSIRAN USULAN

AKTIVITI 10.2

1. Nyatakan kaedah-kaedah untuk malaporkan kemajuan murid.


2. Apakah kebaikan dan keburukan setiap kaedah yang anda
nyatakan?

Antara kaedah yang digunakan untuk melaporkan kemajuan murid


adalah:
(i) Perjumpaan guru dengan ibu bapa.
(ii) Penilaian bertulis.
(iii) Gred abjad.
(iv) Laporan prestasi/ penguasaan tingkah laku.

(i) Perjumpaan guru dengan ibu bapa


Perjumpaan ibu bapa dengan guru amat penting kerana mereka dapat
berbincang tentang kemajuan dan masalah yang dihadapi oleh murid serta
mengambil peluang cara penyelesaian masalah tersebut melalui pelaporan
dan pentafsiran yang telah dibuat.

(ii) Laporan Penilaian bertulis


Guru-guru boleh menghantar laporan murid dalam bentuk bertulis dan
pihak ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan laporan tersebut bolehlah
datang ke sekolah untuk bersemuka dengan guru, supaya dapat
penerangan yang jelas mengenai kemajuan anak-anak mereka.
Laporan yang baik harus mengandungi perkataan yang positif dan perlu
mengelakkan penggunaan istilah yang kasar dan sukar difahami. Lihat
contoh di bawah:

Ungkapan yang positif Ungkapan yang negatif


Boleh berjaya jika berusaha... Bodoh
Dapat menguasai kemahiran Murid ini akan gagal menguasai.....
membaca jika dibantu. Suka mencuri barang-barang rakan
Bergantung kepada orang lain dalam sekelas
melaksanakan tugas berkumpulan. Kerap berbohong apabila gagal
menyiapkan kerja
TOPIK 10 PELAPORAN DAN PENTAFSIRAN USULAN W 107

(iii) Gred abjad


Sistem ini mudah kerana setiap perkara dilaporkan dengan satu abjad gerd
sahaja. Skala lima mata atau lima huruf ialah sistem yang sangat digemari
dan abjad yang selalu digunakan ialah A, B, C, D dan E. Setiap abjad
membawa maksud seperti di bawah:

A : Terbaik
B : Baik
C : Sederhana
D : Lulus bersyarat
E : Gagal

10.2 PENGGUNAAN KOMPUTER


Penggunaan komputer amat membantu dalam kerja-kerja membuat pelaporan.
Penggunaan komputer memudahkan kita membuat pembetulan, menambah
laporan atau data, mengubah mana-mana yang dirasakan tidak perlu, dan
menambah maklumat yang tertinggal dan sebagainya.

(a) Himpunan Data


Dalam proses membuat laporan penilaian dan kemajuan , kita tidak boleh
lari dari menyimpan data, rekod dan menganalisis data. Menyimpan data-
data amat mudah apabila kita menggunakan komputer. Kita boleh
membuat satu fail yang kita namakan dengan nama yang khusus untuk
mengendalikan data-data tersebut. Menambah dan membuang mana-
mana data lebih mudah dengan mengguna komputer sebagai contohnya
jika anda hendak membuang data yang tidak diperlukan anda hanya perlu
„delete‰ sahaja berbanding dengan manual.

Himpunan Data berkenaan murid-murid serta markah yang diperoleh


dapat di simpan dalam jadual yang lebih teratur dan jelas.

(b) Penyimpanan Rekod


Rekod yang dibuat oleh guru dan pihak berkenaaan perlu disampaikan
kepada ibu bapa untuk mereka menetahui perkembangan anak jagaan
mereka. Pelaporan seharusnya mencerminkan ciri-ciri yang ada kaitan
dengan perkembangan murid yamg bukan sahaja menulis gagal atau lulus
bahkan menghuraikan tahap kemajuan murid yang seharusnya.

(c) Menganalisis Data


Penggunaan komputer akan memudahkan kita menganalisis data dengan
menggunakan „software‰ yang tertentu khususnya dalam penggunaan
statistik. Penggunaan Program SPSS misalnya dapat membantu anda
108 X TOPIK 10 PELAPORAN DAN PENTAFSIRAN USULAN

menganalisis data dengan lebih tepat dan cepat. Anda perlu menguasai
bahasa pengaturcaraan komputer dan penggunaan statistik yang
berkenaan.

(d) Pelaporan Berkala


Tujuan laporan dibuat adalah:
(i) Memberi maklumat tentang kemajuan murid kepada ibu bapa dan
penjaga.
(ii) Makluman balik kepada murid mengenai pencapaiannya.
(iii) Penggerak kepada murid untuk belajar.
(iv) Rekod-rekod yang disimpan dapat membantu guru membuat surat
akuan bekas muridnya.
(v) Mklumat untuk murid untuk memilih bidang yang akan dipilih
untuk masa depannya.

Berdasarkan tujuan di atas maka laporan perlu dibuat secara berkala sama
ada dalam bentuk laporan bulanan, pertengahan tahun, semester atau
tahunan.
Penilaian dan pelaporan dijalankan oleh guru secara berterusan dan
sumatif akan menjadikan proses pengukuran pembelajaran murid lebih
bermakna dan bermanfaat.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Mengapakah laporan perlu dikendalikan dengan berhati-hati?


2. Nyatakan perbezaan antara laporan jenis perjumpaan dengan
guru dan laporan jenis bertulis.

Ć Proses pelaporan dan pentafsiran dibuat setiap kali membuat penilaian.


Ć Beberapa kriteria tertentu perlu dipatuhi sepaya pelaporan boleh dipercayai
dan membantu perkembangan kanak-kanak.
Ć Ulasan laporan mengenai kanak-kanak harus dibuat dengan lebih objektif.
TOPIK 10 PELAPORAN DAN PENTAFSIRAN USULAN W 109

Ć Dalam proses membuat penilaian, alat-alat ujian mestilah mempunyai


kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Ć Penggunaan komputer bukan sahaja dapat membantu dari segi
penyimpanan rekod malah akan memudahkan apabila proses membuang
dan menambah maklumat hendak dilakukan.

Himpunan data Pentafsiran


Menganalisis data Penulisan ulasan
Pelaporan Penyimpanan rekod
Pelaporan berkala

McAfee, O. & Leong, D. (2007). Assessing and guiding young childrenÊs


development and learning (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Bee, H. (2006). The Developing Child (10th ed.). New York: Allyn and Bacon.
Website: http://www.eddept.wa.edu.au accessed 7-3-06 (has an early childhood
section where you can download detailed information about the Laevers
Involvement Scale).

Das könnte Ihnen auch gefallen