Sie sind auf Seite 1von 16

ISI KANDUNGAN

1.0 Penghargaan 2

2.0 Pengenalan 3

3.0 Kebaikan Ubahsuai Makanan Genetik(GMF) 4

4.0 Kesan Ubahsuai Makanan Genetik(GMF) 5

5.0 Pandangan Ubahsuai Makanan Genetik yang Diharuskan Syarak 6-7

6.0 Pandangan Ubahsuai Makanan Genetik yang Melanggar Hukum Syarak 8-9

7.0 Prinsip-Prinsip Halal dan Haram dalam GMF yang Dipandukan oleh

Al-Quran dan Hadith 10

8.0 Contoh-Contoh Pengubahsuaian Makanan Genetik 11-13

9.0 Kesimpulan 14

10.0 Rujukan 15-16

1
1.0 PENGHARGAAN

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya kami dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya dan menghantar tepat pada masanya. Setelah bertungkus lumus
mencari maklumat, akhirnya kami berjaya menghasilkan satu folio yang bertajuk
GENETICALLY MODIFICATION FOOD (GMF) DALAM PANDANGAN SYARAK atas
kerjasama satu kumpulan dan nasihat ustaz Roshaimizam b. Suhaimi serta
berpandukan rujukan beberapa buah buku dan melalui internet.

Terlebih dahulu, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada
ustaz Roshaimizam b. Suhaimi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat
kepada kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada ahli-ahli kumpulan kami kerana dapat bekerjasama dalam satu kumpulan untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada
perpustakaan UiTM dan perpustakaan awam Pulau Pinang kerana telah memberi
peluang kepada kami untuk meminjamkan buku-buku yang berkaitan dengan tugasan
ini. Akhir sekali, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan kami yang serba sedikit telah
membantu kami dalam memberi idea-idea yang dapat dimuatkan dalam tajuk ini.

Sekian, terima kasih.

2
2.0 PENGENALAN

Kemajuan sains dan teknologi merupakan satu anjakan dalam kemodenan dunia
hari ini. Penggunaan bioteknologi sebagai alat pemacu kemajuan dapat
membangunkan negara. Dengan adanya kemajuan dalam bidang bioteknologi, sektor
pertanian negara mampu memberikan natijah yang baik dengan meningkatkan
pengeluaran hasil dan mutu makanan. Menerusi teknologi seperti kejuruteraan genetik,
negara akan memperolehi hasil tanaman yang tinggi dan nilai pemakanan yang baik.
Ruang bioteknologi yang luas ini menyaksikan wujudnya perkembangan terkini
termasuklah “Genetically Modification Food (GMF)” atau erti kata lain makanan
ubahsuai genetik. Pengasingan gen daripada satu organisma dan memindahkannya
kepada organisma lain akan menghasilkan makanan ubahsuai genetik (GMF) yang
menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian atau makanan dapat ditingkatkan.

Namun yang menjadi kebimbangan ramai pihak sekarang adalah berkenaan isu
halal dan keselamatan GMF tersebut. Adakah ia mempunyai kesan sampingan sama
ada kepada kesihatan, alam sekitar, keselamatan dan agama? Apakah pandangan
syariat tentang isu makanan ubahsuaian genetik (GMF) ini? Oleh itu, kita perlu
menimbal balik hal ini dari pandangan Islam yang menjadi pegangan kita dalam
kehidupan seharian.

3
3.0 KEBAIKAN PENGUBAHSUAIAN MAKANAN GENETIC (GMF)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang
ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (surah al-Baqarah
ayat: 168).

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami
berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar
menyembah hanya kepada-Nya.”

Oleh itu, kita hendaklah memakan makanan yang halal lagi baik kerana ia akan
memberikan kita banyak manfaat dari segi rohani dan jasmani. Oleh yang demikian,
banyak keuntungan dan kelebihan dalam menggunakan cara kejuruteraan genetik
makanan. Kerana dengan cara ini ia dapat melindungi alam sekitar dari tercemar.
Tanaman juga dapat tumbuh di daerah-daerah di mana ia tidak boleh ditanam di masa
lalu kerana iklim yang berbeza apabila kita mengunakan cara kejuteraan genetik.
Makanan juga akan boleh bertahan lebih lama tanpa merosakkanya dan dapat juga
menambah kualiti makanan tersebut. Dengan cara ini juga ia dapat mengurangkan
peratusan kebuluran yang dihadapi, dan penyakit juga dapat dikawal dengan lebih
mudah.

Kini kejuteraan genetik makanan sedang memacu negara ke arah


pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu
menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang
mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, murah serta meningkatkan pengeluaran
tanaman. Contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan adalah
sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai
gabungan gen organisma lain dan ini akan menambah kualiti makanan tersebut.

4
4.0 KESAN UBAHSUAI MAKAN GENETIK (GMF)

Sehingga ke hari ini, tiada jaminan diberikan terhadapnya untuk pengambilan


jangka panjang. Menerusi kajian para saintis, makanan yang diubahsuai secara genetik
ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan
alam.

Edwin Chargoff, yang dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan
bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat suatu eksperimen yang
paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.Beliau juga mengibaratkan
pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Seperti juga dakwaan Bapa Biologi Molekul, Pertubuhan Perubatan Amerika juga
telah mengeluarkan laporan yang sama terhadap kemungkinan proses GMF ini
berupaya mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Antara kebimbangan yang
dilaporkan adalah kemungkinan tanaman yang melalui proses GM dan GE(kejuruteraan
genetic) bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi
kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesies
tumbuhan dan hidup lain.

Selain daripada kesan terhadap alam, kaedah GMF ini akan berupaya
mengubah alam semulajadi dengan menukar lumrah alam apabila binatang ternakan
ditukar daripada kelompok herbivor kepada karnivor. Menurut laporan tersebut,
kebiasaannya pada musim sejuk, rumput adalah tidak subur. Oleh sebab itu, pada
masa tersebut, binatang ternakan akan diberi makan kacang soya sebagai makanan
gantian. Bagaimanapun, terdapat juga penternak menggunakan bangkai binatang
ternakan sebagai ganti bagi mengurangkan kos dan mengakibatkan penularan penyakit
lembu gila berpunca daripada tindakan penternak tersebut.

5
5.0 PANDANGAN UBAHSUAI MAKANAN GENETIK (GMF) YANG
DIHARUSKAN SYARAK

Umat Islam masa kini perlu peka dalam konsep halal dan tayyiban dalam
pemilihan sesuatu makanan. Ini kerana makanan merupakan unsur yang penting
dalam mempengaruhi kesihatan dan pertumbuhan tubuh badan manusia. Hakikatnya,
agama Islam amat mengambil berat tentang kebersihan dan kesucian terutama
perkara- perkara yang berhubung dengan pembentukan jasmani dan rohani. Intipati
daripada konsep halalan tayyiban tersebut adalah untuk menjamin kebaikan makanan
yang diambil di samping dapat memelihara kesihatan manusia. Dalam ertikata lain,
umat Islam perlu memastikan makanan yang diambil adalah halal. Setelah dipastikan ia
halal, maka hendaklah dipastikan pula makanan tersebut baik dan selamat.

Bertepatan dengan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam at- Tabrani, "Setiap
daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya". Oleh
kerana itu, perkara halal dan keselamatan sesuatu makanan menjadi keutamaan
masyarakat kita pada hari ini.

Makanan yang halal adalah selamat untuk dimakan tetapi makanan yang
selamat tidak semestinya halal. Oleh itu, dalam rangka GMF, selagimana punca atau
sumber yang menghasilkan sesuatu makanan itu halal, ia adalah selamat untuk
dimakan. Pandangan Islam mengenai GMF ini perlu berlandaskan beberapa perkara di
mana Islam menekankan soal halal dan haram sesuatu jenis makanan adalah secara
jelas dan turut menekankan soal "tayyib" iaitu kebaikan makanan yang dimakan.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, “ Dan makanlah makanan yang halal lagi baik
daripada apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah dan
berimanlah kepada-Nya.” (Al-Maidah: 88)

6
Daripada ayat ini, Allah s.w.t menyuruh kepada hamba-hambaNya memakan makanan
yang halal dan baik serta meninggalkan yang haram dan yang tidak baik.

Islam mengajar umatnya berbuat baik kepada alam dan sentiasa


bertanggungjawab menjaga alam ini bertepatan dengan peranannya sebagai khalifah di
bumi. Islam tidak pernah menyulitkan malahan menganjurkan lagi proses GMF ini
bagi mencapai kemaslahatan sejagat.

Di dalam hadis, Rasullullah s.a.w pernah menegah orang Arab yang sedang
mengkacukkan pohon kurma dengan menyuruh mereka membiarkan pohon itu berbuah
secara semulajadi. Walau bagaimanapun, pohon yang dibiarkan berbuah secara
semulajadi itu tidak berhasil. Seraya itu, Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“Kamu lebih mengetahui tentang urusan kamu.”

Syariah Islam tidak meletakkan batasan yang terlalu tegas di dalam hal ehwal
duniawi yang terbukti bermanfaat kepada manusia sejagat dan begitu juga sebaliknya.
Merujuk kepada hadis tersebut, Rasulullah s.a.w lebih menerima keadaan alam secara
lumrahnya tanpa campurtangan manusia. Walau bagaimanapun, jika diperlukan
sebarang perubahan dan campurtangan demi kemaslahatan manusia, baginda
Rasulullah s.a.w memperkenankan tindakan tersebut.

Islam melihat segala tindak tanduk dan perilaku umatnya adalah berdasarkan
ketentuan yang telah ditetapkan Allah s.w.t sebagaimana yang dicatatkan di dalam al-
Quran dan sunah. Semua Muslim adalah bersaudara dan segala apa yang terdapat di
atas bumi dan alam ini adalah milik abadi-Nya.

Muhammad Uthman El-Muhammady menerusi tulisannya bertajuk “Perspektif


Islam Terhadap Sempadan Bioteknologi” telah menggariskan beberapa perkara yang
mana antara perkara yang turut ditekankan ialah keperluan kepada pengguna
bioteknologi secara bertanggungjawab sesuai dengan peranan manusia sebagai
khalifah di muka bumi.

7
6.0 PANDANGAN UBAHSUAI MAKANAN GENETIK (GMF) YANG
MELANGGAR HUKUM SYARAK

Haram ialah perkara yang dilarang atau ditegah melakukannya. Ianya perkara
yang menyebabkan berdosa apabila dilakukan dan dimurkai Allah. Allah menetapkan
perkara itu haram kerana ianya boleh memudaratkan hamba-hambaNya. Hal yang
demikian kerana kasih sayangNya kepada para hambaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Demi Allah! Kalau sekiranya


Fatimah binti Muhammad yang mencuri,pasti akan ku potong tangannya.”
(riwayat Bukhari).

Hadis yang berikut menunjukkan bahawa perbuatan haram, itu dikira haram
tanpa mengira kedudukan, pangkat dan keturunannya.

Dalam konsep GMF, jika sesuatu makanan yang halal pada mulanya akan tetapi
telah bercampur dengan najis seperti lemak khinzir ataupun binatang yang telah
diharamkan oleh Allah dan disebut didalam al-Quran dan hadis,maka ia disebut
makanan yang mutanajis dan ia secara tidak langsung menjadi haram disisi syarak.
Makanan ini akan memudaratkan kesihatan tubuh badan manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan Allah mengharamkan atas mereka yang
kotor-kotor.”(Al A’raf: 157)

Najis mengikut undang-undang syari'ah adalah seperti berikut:

1. Anjing dan babi berserta keturunan mereka.


2. Makanan halal yang tercemar dengan hal-hal yang bukan-halal.
3. Makanan halal yang masuk ke dalam kenalan langsung dengan hal-hal yang
bukan-halal.
4. Cecair dan benda yang dikeluarkan dari lubang manusia atau binatang seperti
urin, darah, muntahan, nanah, plasenta dan kotoran, sperma dan ovum dari babi

8
dan anjing kecuali sperma dan ovum dari haiwan lain. (Susu, sperma dan ovum
dari manusia dan haiwan selain anjing dan babi, tidak najis.)
5. Bangkai ataupun binatang halal yang tidak disembelih mengikut undang-undang
Syariah.
6. Khamar (seperti minuman beralkohol dan minuman keras) dan makanan atau
minuman yang mengandungi atau dicampur dengan Khamar.

Dalam kita membahaskan berkenaan dengan GMF ini, sekalipun makanan


tersebut adalah daripada sumber gen haiwan yang halal dimakan dalam Islam, tetapi
jika ia diketahui mempunyai kesan sampingan, mengundang kemudaratan kepada
kesihatan manusia, maka ia perlu dielakkan. Ia merupakan pendekatan maqasid
syariah yang menekankan perlindungan terhadap agama, nyawa, akal, zuriat dan harta
benda. Jika GMF itu ternyata membawa bahaya kepada perkara- perkara tersebut,
maka sudah pasti ia tidak wajar dimakan.

Sebagai contoh, di Amerika isu GMF yang melibatkan pencampuran steroid


didalam jagung bertujuan untuk menjadikan jagung itu boleh bertahan dengan lebih
lama dan sepertimana yang kita tahu, steroid adalah sejenis dadah yang menyebabkan
penggunanya menjadi ketagih dan memudaratkan kesihatan,oleh itu ianya menjadi
haram untuk dimakan kerana ternyata membawa bahaya kepada fizikal dan mental
manusia.

Persidangan Islam yang diadakan di Rabat, Morocco di mana Islamic Academy


of Science menyatakan selagi GMF ini adalah bermutu baik, tiada risiko kepada
manusia dan alam sekitar, umat Islam boleh menggunakannya. Oleh itu, kita sebagai
umat Islam perlu peka dan selagi kita berpegang kepada konsep halalan tayyiban, kita
dapat menilai dan memilih sendiri apakah sesuatu makanan itu halal dan selamat untuk
dimakan.

9
7.0 PRINSIP-PRINSIP HALAL DAN HARAM DALAM GMF SEPERTI
YANG DIPANDUKAN OLEH AL-QURAN DAN HADITH

Antara prinsip-prinsip yang dipandukan oleh Al-Quran dan al-Hadis dalam menentukan
halal-haram sesuatu GMF itu adalahseperti :

i) Tidak mengandungi bahagian atau produk yang berasal dari haiwan yang
dilarang dalam Islam, serta haiwan yang dibolehkan dalam Islam tetapi tidak
disembelih mengikut Undang-undang Islam.
ii) Tidak mengandungi komponen najis, atau dihasilkan oleh peranti atau
peralatan tercemar oleh najis.
iii) Selamat dan tidak berbahaya.
iv) Bahan-bahan mentah tidak mengandungi turunan dari manusia.
v) Selama persiapan, pemprosesan, pengemasan, simpanan dan pengangkutan
produk Halal dipisahkan dari produk lain yang tidak memenuhi syarat-syarat
yang dinyatakan diatas.

10
8.0CONTOH-CONTOH PENGUBAHSUAIAN MAKANAN SECARA
GENETIK (GMF)

Serbuk santan

Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk


menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit yang
diadun dan diproses menggunakan teknik sembur kering dapat menghasilkan bahan
pengganti untuk serbuk santan kelapa. Serbuk santan berasaskan minyak sawit
menyerupai santan kelapa komersil dari segi warna, bau, rupa dan rasanya.

Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik
kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih lama (tidak
tengik) daripada tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi seperti tokopherol
dan tokotrienol. Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik. Pada
suhu 15ºC pula, ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga
bulan.

Sosej dan burger

Lelemak sawit juga boleh digunakan sebagai lemak istimewa bagi


menggantikan lemak haiwan dalam pembuatan makanan berasaskan daging seperti
sosej, burger, bebola daging dan ayam, serta nugget. Diperbuat 100% daripada
lelemak sawit, ia dirumus khusus sebagai pengganti lemak mentah lembu, ayam dan
kulit ayam. Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan rasa kurang enak
makanan, malah menambah lagi keenakan sosej dan burger dihasilkan. Tanpa
kolesterol dan mikrob makanan perosak, ia adalah makanan bersih dan halal untuk
dinikmati. Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80% daripada minyak sawit yang
dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai bahan makanan.

11
Kelapa sawit

Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia
yang berkembang pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil
sampingan juga tinggi. Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat
mencapai 24 meter. Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak.
Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat.
Daging dan kulit buahnya mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai
bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan
ternak, khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam.
Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang.

Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada
ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan
tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan
oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun

Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan


ketebalan tempurung, iaitudura (tempurung tebal),ten era (tempurung nipis) danpisif era
(tiada tempurung).

Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura
kerana perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina mandul, iaitu
bunga betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah dan tandan akan gugur
sebelum matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan,
sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan. Namun, ada juga segelintir pisifera
yang subur.

12
13
9.0 KESIMPULAN

Seperti yang kita sedia maklum, genetic modification food (GMF) ini mempunyai
banyak kebaikan tetapi tidak kurang pula keburukanya. Setelah dikaji, antara kebaikan
yang dapat diperolehi melalu GMF ini adalah untuk membantu manusia sejagat yang
serba kekurangan untuk mendapatkan bekalan makanan dan nutrisi yang secukupnya.
Akan tetapi, GMF ini juga mempunyai keburukannya seperti proses bioteknologi ini
boleh merosakkan alam sekitar dan ada kalanya bahan yang digunakan untuk
dicampurkan ke dalam makanan memudaratkan kesihatan manusia. Hal yang
demikian, terdapat percanggahan pandangan dalam syariat Islam tentang isu ini dan
menimbulkan rasa curiga atau syubhat terhadap sesuatu produk yang telah
diubahsuai.

Sebagai contoh, jika makanan itu telah dicampur dengan bahan yang haram kita
diharamkan untuk memakan makanan tersebut dan walaupun sesuatu makanan itu
halal untuk dimakan tetapi dicampur dengan bahan yang memudaratkan kesihatan, kita
tetap tidak boleh memakannya. Selain itu, jika sesuatu makanan yang dicampur dengan
genetik yang halal dan bersih serta dijamin keselamatannya kita tidak dilarang oleh
syarak untuk memakannya dan hukumnya adalah halal disisi islam.

Hakikatnya, umat Islam perlu peka dalam hal ini dan perlu berani dalam
meneroka bidang ilmu yang semakin berkembang kini terutamanya bioteknologi agar
kita mampu bersedia menghadapi cabaran dan dapat mempertahankan diri daripada
serangan- serangan berbentuk baru kerana bioteknologi boleh dijadikan senjata secara
senyap oleh musuh Islam dalam memerangi umat Islam itu sendiri. Oleh itu, menjadi
kewajipan kita mengikuti perkembangan ilmu terkini agar diri kita menjadi lebih maju
dan menguasai pelbagai cabang ilmu.

14
10.0 RUJUKAN

BUKU RUJUKAN

 Halal Dan Haram Dalam Permakanan


Pengarang : MUHAMMAD UQBAH AN NAFIQ
Penerbit : DARUL NU’MAN

 Islamization Of Attitudes And Practices In Science And Technology


Pengarang : M.A.K LODHI
Penerbit : INTERNATIONAL ISLAMIC PUBLICATION ( I. I. P. M )

 CTU221 Sains Dan Teknologi Islam


Penerbit : PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM

 Food Safety : Contaminants and Toxins


Pengarang : D'Mello, J. P. Felix
Penerbit : Wallingford, Oxon, UK, Cambridge, MA CABI Publishing, 2003.

RUJUKAN INTERNET

 Institut Kefahaman Islam Malaysia

15
(http://www.ikim.gov.my/v5/index.php)

 Wikipedia :Food Modification

(http://en.wikipedia.org/wiki/Genetically_modified_food)

 World Halal Forum

(http://www.worldhalalforum)

16

Das könnte Ihnen auch gefallen