Sie sind auf Seite 1von 1

AKTIVITI : BINA NEGARA

TARIKH : 28 NOVEMBER 2010

MASA : 2.00 – 4.00 PETANG

FASILITATOR YANG BERTUGAS: En. Muhamad Faiz Bin Muhamad Pauzi

OBJEKTIF

1. Memantapkan kemahiran insaniah para peserta (kepemimpinan, kerjasama kumpulan dan


komunikasi)
2. Memberi pendedahan kepada para peserta tentang jenis – jenis kepemimpinan.

CARA PELAKSANAAN

1. Setiap kumpulan kecil dikehendaki berbincang untuk merekacipta sebuah negara.


2. Mereka dikehendaki melukis peta negara mereka di atas sehelai kertas mahjung.
3. Seterusnya, mereka dikehendaki membuat pembentangan mengenai negara mereka kepada
TIGA orang pelabur .
4. Tiga orang pelabur ini telah dipilih dalam kalangan peserta oleh fasilitator sebelum aktiviti
dimulakan tanpa pengetahuan peserta – peserta lain.
5. Ketiga - tiga orang pelabur ini ditugaskan untuk membawa tiga peranan yang berbeza iaitu:
a) Salah seorang pelabur memainkan peranan seorang pemimpin yang diktator iaitu selalu
membangkang dan tidak memberi peluang mereka untuk membentang.
b) Seorang lagi pelabur memainkan peranan kepada seorang pemimpin yang pasif dan tiada
pendirian.
c) Pelabur yang ketiga akan memainkan peranan seorang pemimpin yang demokratik serta
dapat memberi alasan yang logik.
6. Aktiviti akan dijalankan selama 2 jam 30 minit:
a) Perbincangan - 30 minit
b) Perbentangan - 15 minit

PERALATAN

1. Kertas mahjung
2. Kain putih
3. Cat pelaka – 6 warna berbeza.
4. Marker pen - Merah, Hitam, Biru.

KESIMPULAN/ALASAN

1. Peserta akan belajar mempertahankan pendirian mereka.


2. Mereka akan dapat merasakan dan memahami jenis kepimpinan yang betul..
3. Merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan para peserta.

Das könnte Ihnen auch gefallen