Sie sind auf Seite 1von 5

PK 17/2

SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM KALI KE 1 /2010

Nama Mesyuarat : Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Pengurusan


Kokurikulum
Tarikh : 14 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Kuliah
Pengerusi : Pn Latipah Bt Ahmad Sudan
Kehadiran (bilangan) : Semua Guru
Nama Yang Hadir : Rujuk Lampiran

Pentadbir yang Hadir : Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan


Nama Yang Tidak Hadir : -

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pn Pengerusi memaklumkan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2010


boleh dirujuk pada CD yang diberikan semasa mesyuarat guru pertama.
Tumpuan 2010 ialah setiap guru penasihat memastikan penyertaan pelajar
yang agresif di peringkat sekolah.

1.2 Borang senarai tugas yang diedarkan perlu diisikan untuk pengagihan tugas
yang seimbang.

1.3 Setiap perubahan aktiviti dan program kokurikulum terkini boleh dilihat
terus ke laman web sekolah (hot page).
Tindakan : Makluman

1.4 Surat pemberitahuan mesyuarat agung pertama persatuan, unit beruniform


dan kelab permainan serta aktiviti merentas desa akan diedarkan kepada ibu
bapa pelajar. Tarikh mesyuarat agung akan di pamerkan di papan
kokurikulum. Ibu bapa juga boleh rujuk ke web sekolah untuk mengetahui
perincian aktiviti tersebut.

Tindakan : Guru
Penasihat
2. Pengesahan minit mesyuarat bil 3 2009
Pengesahan minit mesyuarat
Cadangan : Pn Mashitah bt Mohamed Tahir
Disokong : Pn Chooi Chin Yoong

3. Perkara berbangkit
Tiada
2. Kandungan Mesyuarat
2.1. Pengurusan Kokurikulum Tahun 2010
2.1.1 Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum peringkat sekolah dijalankan pada
setiap hari dalam seminggu seperti berikut:

Persatuan/ Kelab Selasa Bermula awal bulan Mac


Unit Beruniform (kecuali Puteri Rabu Bermula pertengahan Januari
Islam dan Kadet Bomba)
Kelab Permainan Khamis Bermula awal bulan Mac

Tindakan: S/U Kokurikulum

2.1.2 Setiap persatuan/kelab, unit beruniform dan kelab permainan akan


dipilih untuk menonjolkan aktiviti masing-masing setiap bulan di dewan
atau padang sekolah. Rasionalnya kerana kurang penglibatan di luar dan
perlu diaktifkan di peringkat sekolah.

Tindakan : Penyelaras-penyelaras

2.1.3 Setiap aktiviti luar yang dianjurkan perlu mendapat kelulusan daripada
JPN.
Tindakan : Makluman

2.1.4 Prosedur pelantikan guru penasihat boleh dirujuk pada web sekolah (e-
koku) – dua salinan borang akan diedar untuk diisi guru penasihat dan
akan ditandatangani Pengetua.
Tindakan : Penyelaras-penyelaras

2.1.5 Buku Kemajuan Kokurikulum pelajar yang terdapat di bilik PK Kokurikulum


perlu diserahkan kepada guru kelas tahun 2010.

Tindakan : Penyelaras-penyelaras

2.1.6 Guru Kelas perlu memastikan semua pelajar mempunyai tiga kad GERKO
dan melengkapkan buku kemajuan kokurikulum tahun ini.
- Markah bonus tertinggi perlu berpandukan bahagian penilaian
Kokurikulum. Markah bonus paling penting dalam penilaian koku.
- Borang rumusan dan senarai nama pelajar mesti diserahkan bersama
Buku kemajuan kepada penyelaras tingkatan untuk disemak sebelum
dihantar kepada S/U Kokurikulum.
- Rujuk carta alir menguruskan buku kemajuan kokurikulum pelajar.
Tindakan : Guru Kelas

2.1.7 Minit Mesyuarat Agung persatuan, unit beruniform dan kelab


permainan mesti diserahkan kepada penyelaras masing-masing dalam dua
minggu selepas mesyuarat.
Tindakan : Guru Penasihat

2.1.8 Hasil Penilaian Pemarkahan 10% untuk kemasukan ke IPTA seperti berikut:
- 8 orang pelajar dapat gred A (tingkatan lima dan enam).
- 20 pelajar hampir dapat gred A (markah diperolehi antara 75-79)
- kelab permainan ketara pelajar tidak mendapat markah.
Tindakan : Makluman

2.1.9 Guru Penasihat perlu memastikan tidak ada pelajar yang dapat gred D
dan E. Tindakan : Makluman

2.2. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2010

2.2.1 Fokus aktiviti kokurikulum luar biasa tahun 2010 perlu dirancang
berdasarkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan). Rasionalnya, supaya aktiviti
kokurikulum yang akan dijalankan tahun ini dapat menarik perhatian
pelajar dan mencapai sasaran target 100% penglibatan pelajar di peringkat
sekolah.
Tindakan : Guru Penasihat

2.2.2 Setiap aktiviti persatuan, unit beruniform dan kelab permainan


sepanjang tahun mesti mengikut jadual kerja dan silibus yang telah
ditetapkan. Guru penasihat perlu merangka jadual kerja mengikut format
yang diberi oleh penyelaras. Silibus yang dibuat perlu berdasarkan
panduan silibus asal yang ada di bilik PK Kokurikulum.

Tindakan : Guru Penasihat

2.2.3 Setiap guru penasihat mesti menyediakan SKT 2010 untuk diberikan
kepada Pn Pengetua pada akhir tahun ini.

Tindakan : Guru Penasihat

2.2.4 Tahun 2010 beberapa beruniform dan kelab permainan telah dipilih
dalam program pembangunan Kokurikulum dan Sukan.
-Fokus pembangunan sukan pada enam jenis kelab permainan :
a. Hoki
b. Bola Jaring
c. Olahraga
d. Sofball perlu dibangunkan dengan aktif
e. Pingpong di peringkat sekolah
f.Bola Tampar
-Kelab Permainan (olahraga, sofball, pingpong dan bola tampar) perlu
ada perancangan pembangunan
Tindakan : Guru Penasihat
-Fokus pembangunan unit beruniform tahun 2010 pada empat unit
beruniform iaitu :
a. Kadet Polis
b. Taekwando
c. Puteri Islam
d. Kadet Remaja Sekolah
Tindakan : Guru Penasihat

3. Hal-hal lain
3.1 Format jadual kerja tahun 2010 boleh diambil daripada penyelaras masing-
masing.
Tindakan : Makluman

3.3 Perincian senarai pertandingan ko akademik tahun 2010 boleh rujuk kepada
Pn Suhaila Kayat
Tindakan : Makluman

3.4 Pengurusan Kokurikulum Tingkatan Enam hanya terdapat tiga persatuan,


unit beruniform dan kelab permainan diwujudkan kerana jumlah pelajar
yang sedikit.
Tindakan : Makluman

3.5 Guru Tingkatan akan menguruskan rekod penilaian aktiviti semasa Waktu
Pengurusan Kelas (30 minit)
Tindakan : Makluman

3.6 Lokasi perjumpaan aktiviti telah ditetapkan oleh Penyelaras dan boleh
dirujuk di papan kenyataan kokurikulum.
Tindakan : Makluman

4. Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.......................................... ................................................
(Pn Azbarina Bt Mohd Bakri) (Pn Latipah Bt Ahmad Sudan)
Setiausaha Kokurikulum II PK Kokurikulum

Tarikh Keluaran No Keluaran No Pindaan


4 Jan 2010 01 00

Das könnte Ihnen auch gefallen