Sie sind auf Seite 1von 17

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010

Oleh : Mohd Shahdan Bin Samsuddin


Kota Kinabalu , 13 Mac (SMKPS) – Kerja kursus geografi tajuk “Kitar Semula”

Salam semua.Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam ruang blog SMKPS
ini.Cuma En Mustaffa Siraj dan En Shafie Buyamin sahaja yang masih menjadi
penulis setia untuk blog ini.TAHNIAH saya ucapkan kepada mereka.Teruskan
kecermelangan anda.

Di sini saya sertakan contoh kerja kursus geografi sebagai panduan kepada pelajar-
pelajar tingkatan 3.Harap ianya boleh menjadi panduan kepada anda semua
terutamanya kepada pelajar SMK Tansau.

TAJUK:

AMALAN KITAR SEMULA

DI KAMPUNG KETIAU PENAMPANG

PUTATAN,KOTA KINABALU

SABAH

NAMA : mohd shahdan b samsuddin

KELAS : 3 DINAMIK

SEKOLAH : SMK TANSAU, PENAMPANG 88858 KOTA KINABALU

NAMA GURU : EN.ASNIE B


TARIKH HANTAR :

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

………………………………. .………………………….

(mohd shahdan b samsuddin) (EN.ASNIE B

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK:

1. Penghargaan
2. Pedahuluan
3. Objektif kajian
4. Kawasan kajian
5. Kaedah kajian
6. Hasil kajian
7. Rumusan
8. Rujukan
9. Lampiran

10.Bukti (soal selidik dan temu bual)


PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada pengetua


SMK Tansau Penampang, Pn.Hajah Fatimah Bt Ali kerana telah
member kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Asnie Bin yang
telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini
dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kerana memberikan sokongan
dan dorangan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang
ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya ketika
proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Akhir sekali saya mengucapkan
terima kasih kepada penduduk kampung Ketiau yang telah sudi memberi kerja
sama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang
dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.
PENDAHULUAN

Kajian kerja krusus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat


untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kami semua telah
diberikan tajuk Alam Kitar Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh
guru untuk membuat kajian ini dikawasan yang mempunyai amalan kitar
semula.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini dikawasan kami mempunyai pusat
kitar semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula
bulan April sehingga Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu
menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian kajian dan laporan ini akan mendatangkan
manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada
masyarakat dikawasan tempat tinggal saya.
OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan.

1.Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas.

2.Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula.

3.Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula.

4.Menghuraikan masalah / halangan amalan kitar semula.

5.Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan


amalan kitar semula.

6.Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk


dikampung ketiau tetang kepentingan amalan kitar semula.
KAEDAH KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Ketiau Kota Kinabalu Sabah.

Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 18 km dari Bandar Kota


Kinabalu dan kira-kira 1km dari Putatan. Biasanya tambang bas yang
dikenakan untuk pengangkutan bas kesekolah ialah 50 sen untuk
perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai
kesekolah. Kawasan kampong saya mempunyai sebuah sekolah
menengah iaitu SMK Tansau yang mempunyai pelajar seramai 1 200
pelajar. Kampung saya juga mudah untuk dijkunjungi kerana
mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik.

Kampung Ketiau mempunyai tanah subur (tanah pamah) yang rata dan
ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti
pertanian. Perkerjaan utama penduduk ialahdalam sektor pertanian iaitu
menanam kelapa sawit dan sesetengahnya terlibat dalam sektor
perkilangan, perniagaan dan professional seperti menjadi guru dan
pekerja swasta.
PETA KAJIAN

1.Lukis Peta Daerah / Zon Kota Kinabalu

2.Peta Pekan Putatan.

3.Peta Kampung Ketiau.

(Pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka


menjalankan kajian ) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan

1.Tajuk dan bingkai

2.Arah mata angin dan petunjuk

3.Simbol Piawai.

4.Kekemasan dan kesempurnaan peta.


KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah


yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat
secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu,saya telah menggunakan 4
kaedah untuk menjalankan kursus ini.Berikut merupakan kaedah yang
telah di guna kan:-

1.Pemerhatian = saya telah membuat pemehartian untuk mengenal pasti


amalan kitar semula yag terdapat di kawasan kampong.

2.Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang


kampung untuk mengetahui pendapat dan pandapat mereka tentang
amalan kitar semula.temu bual dijalankan kepada penduduk kampong
yang telah lama menatap di situ kerana mereka lebih berpengalaman dan
tahu tentang keadaan kawasan kampong.

3.Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik


yang perlu diisi oleh penduduk kampong akan menjadi responden
terhadap kajian yang dilakukan .(borang soal selidik-sila rujuk lampiran)

4.Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan


melayari internet untuk mendapat maklumat tambahann mengenai
amalan kitar semula.
DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproseskan semula


barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru
yang berguna.Amalan kitar semula barang-barang terpakai
diperkenalkan dalam usaha menjimatkan penggunaan
sumber,memastikan alam sekitar sentiasa bersih,mengelakkan
pencemaran dan mengurangkan pembaziran.Antara barang yang boleh
dikitar semula termasuk lah kertas,plastik,besi,almunium dan
getah.Barang seperti botol boleh digunakan semula setelah melalui
proses pembersihan.

Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan kitar semula yang biasanya dilakukan oleh penduduk di kampong


saya ialah kertas,plastic dan kaca.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampong saya


ialah MENJUAL bahan-bahan kitaran semula ini di pekan putatan
kebanyakan dari penduduk kampong akan membawa sendiri bahan
tersebut ke pesat proses bahan kitaran semula

Terdapat juga penduduk kampong yang MENGGUNAKAN SEMULA


bahan kitaran semula ini untuk menjimatkan pembelanjaan contohnya
digunakan untuk membuat keceriaan di dalam rumah,menggunakan
kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga
kertas dan pasu kaca yang telah di bersihkan

Selain itu,terdapat penduduk yang sudi berkerja sama MEMBERI


SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH bahan-bahan kitaran
semula mereka untuk menambah pendapatan persatuan ibubapa dan
guru(PIBG) bagi menampung program-program pelajaran di sekolah
memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit di pasaran.

Di samping itu,apa yang saya perhatikan ialah terdapat penduduk yang


cuba untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI
KERTAS DAN PLASTIK.Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak
menggunakan plastic dan polisterin ketika membungkus barang atau
makanan.Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazirkan begitu
sahaja.

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan
seterusnya menambahkan hasil jualan kitar semula.

8.3 Kepentingan Kitar Semula.

1.Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Kini terdapat kira kira 230 tampak pelupusan sampah di Malaysia.Setiap


satunya berkeluasan antara 20 hingga150 ekar,bergantung kepada lokasi
dan jumlah sampah yang dibuang.Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan
sampah dipenuhi sampah,tapak baru akan di buka .Lambat laun,tapak-
tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup
kita.Sudahnya dimana kita tinggal?

2.Kitar semula untuk mengurangkan persekitaran yang lebih


sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia &kebersihan


persekitaran.jika dibiarkan bersepahia boleh mengeluarkan bau &
menyebabkan penyakit.Melalui kitar semula , kita dapat mengurangkan
sampah yg dibuang & seterusnya mengawal penyakit daripadamerebak.

3. Kitar Semula Untuk Mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalamtong sampah,lori atau tempat

pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara,air


dan bau.Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam
sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.

4. Kitar semula untuk menjimatkan kos,sumber dan tenaga

i.Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimat


kan penggunan tenaga elektrik 3 jam televisyen

ii.Jika kertas dapat di kitar semula secara maksimum anda dapat


mengurangkan 4,360tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang
pokok.Untuk menghasil kan satu tan kertas sebanyak 17 pohon terpaksa
di tebang .Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilanngan pokok
yang ditebang.Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-
paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

iii.Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan


penggunaan elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

iv.Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil
menjimatkan sehingga 32% tenaga yang di perlukan untuk pengeluaran
kaca.

Dengan amalan kitar semula ini ia akan ia akan dapat menerapkan unsur
tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara
bersih rakyat sihat.

8.4 Masalah/halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini,terdapat beberapa masalah yang


telah dikenalpasti

1.Sikap

Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan kitar semula


ini.Kebanyakan plastic,kertas dan kemudiannya dibakar dengan begitu
sahaja .Keaadan ini akan menyebabkan berlakunya pencemara udara.

2.Kurang pengetahuan
Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampong yang
membuang bahan alam kitar semula ini adalah disebabkan oleh
kurangnya pengetahuan tentang pentingnya alam kitar semula.Mereka
lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitar semula bagi
mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak m
empunya apa-apa kepentingan

3.Harga Terlalu Rendah

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barang kitar semula


denagan harga yang rendah.Kertas di beli dengan harga tidak kurang
20sen untuk 1 kilogram.Harga yang rendah menyebabkan pendudukan
lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana
harga yang rendah dan tidak menguntungkan

4.Kurang Pusat Pengumpulan

Di kawasan parit sulong hanya terdapat sebuah pusat penngumpulan


bahan kitar semula.Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual
barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat
penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampong.Tambahan
pula,pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang di hantar oleh
penduduk sahaja.Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil
barangan kitar semula daripada penduduk kampong.

5.Kurang Kerjasama
Terdapat juga penduduk yang tidak memberi kerjasama apabila kempen
kiktar semula ini dijalankan oleh kerajaan.Sikap tidak peduli dan tidak
mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha
kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan
tercapai atau terlaksana.

Saya berpendapat penduduk kampong perlu insaf dan berubah sikap


untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebahagian daripada hidup
mereka.Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada
mengalami kemusnahan sumber.

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam


melaksanakan kitar semula

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalannkan di kawasan


kajian, beberapa langkah atau tindakan di lakukan bagi memastikan
amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik

Langkah tersebut ialah berikut:-

1.kempen

Negara kita menyambut hari perhutanan sedunia, hari bumi, hari alam
sekitar sedunia dan minggu alam sekitar Malaysia pada setiap
tahun.objek utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaranmenjaga
alam sekitar.Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih perihatin,peka
dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan
kitar semula.Kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat memberi
keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada
mengalami kemusnahan.

2.Pendidikan

Guru-guru di sekolah memberikan galakan kepada pelajar untuk


melaksanakan amalan kitar semula.Guruperlu menyatakan bahawa
amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita
daripada musnah.Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah
untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan
menyediakan hadiah kepada pelajar yang mennyertai pertandingan
tersebut.

3.Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan

Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat


pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan
amalan kitar semula.Ini penting supaya penduduk lebih peka
dengantidak membuang bahan yang boleh di kitar semula sesuka hati.Ini
dapat mengelakan daripada pembaziran.

Pihak sekolah juga boleh juga menyediakan tong-tong kitar semula ini
dan diletakkan dilokasi yang strategic bagi memudahkann pelajar
membuang bahan yang boleh di kitar semula ke dalam tong yang betul.
4.Gotong Royong

Penduduk kampong juga boleh juga bersama-sama bergotong royong


untuk membersihkan kawasan kampong.Pastikan penduduk kampong
mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau
membuangnya begitu sahaja.Ketua kampong memainkan peranan yang
penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar
semula.

Semua pihak perlu lah berganding bahu dan berkerjasama untuk


memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna
semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk
sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik


i. Jadual
ii. Graf
iii. Carta pai
iv. Peta Grafik
- Bahan grafik boleh diletakan di mana-mana aspek
dapatan kajian yang sesuai
RUMUSAN
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus di
pupuk dan di semai di kalangan rakyat Malaysia.Sekiranya
kita mengamalkan kitar semula,banyak hutan dapat diselamatkan
daripada ditebang .Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada
sebarang ancaman dan bahaya .Sikap bertannggungjawab dan
cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia
supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula
mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

-end-

Das könnte Ihnen auch gefallen