Sie sind auf Seite 1von 8

29

Bab III

3.1 Pendahuluan

Bab ini menjelaskan tentang aspek-aspek yang berkaitan reka bentuk kajian, tempat

kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, analisis data, jangka masa

kajian dan kesimpulan. Kajian yang dijalankan mengikut kaedah yang tertentu dan memenuhi

criteria boleh memberi lebih makna dan mempunyai kesahihan dan kepatan serta

kebolehanpercayaan yang tinggi. Dengan ini, penyelidik akan lebih yakin untuk

mempertahankan keputusan yang diperolehi daripada penyelidikan.

3.2 Rekabentuk Kajian

Dalam melaksanakan penyelidikan, penyelidik telah menggunakan beberapa metode

kajian atau reka bentuk kajian. Metode kajian ini ialah teknik-teknik kajian mengkaji secara

teratur dan teliti mengenai semua aspek sesuatu masalah. Pengumpulan data dan maklumat yang

ingin diperolehi boleh dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu data primer dan data

sekunder. Justeru, untuk memastikan semua data yang dikehendaki bagi menghasilkan maklumat

yang berkualiti serta menjawab persoalan kajian, penyelidik telah menetapkan metode yang

digunakan bagi mengumpul kedua-dua jenis data tersebut. Penyelidik telah menggunakan

metode kajian soal selidik untuk mengumpulkan semua data primer yang dikehendaki. Manakala

untuk data sekunder, penyelidik menggunakan metode kajian perpustakaan untuk mendapatkan

segala maklumat.
30

3.2.1 Pengumpulan Data Primer

Data primer merupakan data yang dikumpul daripada kajian yang dijalankan oleh

penyelidik yang bertujuan spesifik bagi menerangkan masalah kajian. Pengumpulan data primer

dalam kajian ini diperolehi melalui kaedah soal selidik. Terdapat dua bentuk kaedah ini, iaitu

soal selidik secara langsung dan soal selidik secara pos. Penyelidik menggunakan soal selidik

secara langsung dengan responden dan menyoal mengikut soalan-soalan dalam borang soal

selidik. Ia lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa dan kos, Justeru, penyelidik mengambil

pendekatan menyerahkan boring soal selidik dengan sendiri untuk mendapatkan maklumat

dengan berkesan.

Kajian yang dijalankan ini juga merupakan satu kajian yang berbentuk deskriptif yang

mana ia menerangkan data yang diperolehi dalam bentuk jadual yang diambil daripada soal

selidik. Kajian deskriptif merupakan satu kajian yang bertujuan untuk memberi penerangan yang

sistematik mengenai fakta dan cirri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta

dan tepat. Menurut Mohammad Najib (2003) pula, kajian deskriptif adalah kajian yang

dilakuakan dengan menentukan cadangan , menentukan populasi dan mendapatkan kebenaran

mengutip data, lawatan dan sebagainya.

3.2.2 Pengumpulan Data Sekunder

Data sekunder merupakan data sokongan kepada data primer yang telah dikumpulkan.

Tujuan data ini adalah untuk mendapatkan penerangan , fakta serta pemahaman atau hasil kajian

pengkajian terdahulu berkaitan dengan tajuk kajian. Data-data sekunder yang diperoleh juga
31

bertujuan untuk mengenal pasti dan mendefinisi masalah dengan lebih jelas serta membina

pendekatan kepada masalah dan menjawab masalah kajian.

Bagi melaksanakan pemgumpulan data sekunder ini, penyelidik telah menggunakan

kaedah kajian perpustakaan. Penyelidik melakukan kajian perpustakaan adalah bertujuan untuk

mendapatkan bahan-bahan rujukan serta maklumat bagi membantu menyiapkan penyelidikan ini.

Di antara perpustakaan yang digunakan oleh penyelidik ialah seperti Perpustakaan Sulatanah

Zanariah UTM dan Perpustakaan Pendetaan Zaaba, Universiti Malaya. Selain itu, penyelidik

turut mendapatkan data sekunder ini dari akhbar dan internet.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini telah dijalankan di pekan Tampok Benut Pontian yang merupakan tempat

penyelidik tinggal. Ini kerana kajian yang dibuat oleh penyelidik berbentuk luaran. Populasi

kajian ini terdiri daripada semua penduduk muslim Tampok Benut Pontian yang berumur sekitar

20-40 tahun. Rasional penyelidik memilih penduduk-penduduk Tampok sebagai responden

adalah kerana berdekatan dengan tempat tinggal penyelidik dan ini memudahkan penyelidik

untuk mengedarkan soal selidik kepada responden.

3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian

Populasi merujuk kepada tiap-tiap ahli dalam kumpulan, manakala sampel pula ialah ahli

daripada kumpulan yang dipilih secara rawak daripada keseluruhan populasi. Dalam kajian ini,
32

penyelidik memilih 150 orang penduduk Tampok Benut Pontian sebagai populasi kajian yang

terdiri daripada 250 orang penduduk di pekan Tampok Benut Pontian.

3.5 Istrumen Kajian

Soal selidik telah dibina sendiri oleh penyelidik dan soal selidik yang dibentuk dibentuk

oleh peyelidik adalah menjurus kepada objektif kajian yang telah ditetapkan. Soal selidik yang

disediakan mengandungi lima bahagian iaitu bahagian A,B,C,D dan E yang dibina oleh

penyelidik sendiri.

Bahagian A bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan latarbelakang responden. ia

memerlukan responden menandakan salah satu pilihan jawapan yang telah disediakan.

Seterusnya bahagian B, C, D dan E menggunakan kaedah skala likert, iaitu responden

dikehendaki menandakan jawapan mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu

ekstrem kepada ekstrem yang lain ( Mohammad Najib, 2003: 97). Di dalam bahagian ini,

reponden dikehendaki menandakan jawapan berdasarkan skala dalam jadual di bawah:

Skala Skor
1 Sangat Tidak Sutuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)


3 Tidak Pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat (SS)

Jadual 3.1 : skala likert Bagi Jawapan Bahagian B,C,D dan E


33

3.6 Tatacara Kajian

Prosedur kajian merupakan elemen penting agar mencapai objektif kajian yang dikehendaki.

Berikut adalah prosedur kajian yang dilakukan penyelidik.

i. Pada peringkat awal permulaan sebelum menjalankan kajian sebenar, penyelidik terlebih

dahulu memilih tajuk yang bersesuaian dan berbincang dengan penyelia bagi menentukan

tajuk kajian.

ii. Penyelidik membuat beberapa kertas cadangan objektif dan persoalan kajian serta

berbincang dengan penyelia bagi mendapatkan pandangan dan idea daripadanya. Aspek

ini penting sebelum membina item-item soal selidik yang mengandungi isi, skop kajian

dan format soal selidik.

iii. Kertas cadangan penyelidik meliputi bab satu mengandungi pengenalan, bab dua

mengenai sorotan kajian dan bab tiga membincangkan metodologi kajian yang telah

disiapkan, terlebih dahulu diserahkan kepada penyelia untuk disemak.

iv. Kajian rintis dijalankan ke atas penduduk Tampok Benut Pontian. Kajian ini bertujuan

untuk menilai tahap kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal selidik yang

digunakan penyelidik.

v. Penyelidik melakukan analisis data dari kajian rintis tersebut. Bagi item-item yang tidak

bersesuaian akan diperbaiki serta dibuang sekiranya item tersebut tidak bersesuaian

dengan kajian. Kemudian penyelidik berbincang dengan penyelidik untuk tujuan

semakan.

vi. Penyelidik mengedarkan kertas soal selidik kepada sampel sebenar.

vii. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0.

viii. Penyelidik membentangkan laporan kajian.


34

ix. Laporan penyelidikan dijilid dan dihantar kepada penyelia setelah pembetulan dibuat.

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis ialah kajian awal yang dijankan sebelum menjalankan kajian sebenar.

Tujuan diadakan kajian rintis adalah untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan item-

item soal selidik. Memandangkan soal selidik ini dibina sendiri oleh penyelidik, maka kajian

rintis penting untuk melihat kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina. Item-item soal

selidik ini juga disemak oleh penyelia bagi memastikan tahap kebolehpercayaan adalah tinggi.

Bagi melaksanakan kajian rintis ini, penyelidik memilih seramai 15 orang responden

yang dipilih secara rawak terdiri daripada penduduk Tampok yang berumur 20-30 tahun. Ini

kerana penduduk Tampok yang berumur 20-30 tahun mempunyai ciri-ciri yang sama dengan

sample kajian. Hasil daripada kajian rintis ini, beberapa item yang dirasai tidak memenuhi

piawaian akan diubahsuai bagi memastikan tahap kebolehpercayaan item berada pada tahap

tinggi untuk digunakan pada kajian sebenar. Setelah proses kajian rintis dijalankan dan

keputusan nilai alpha diperolehi menunjukkan 0.8 ke atas, nilai tahap kebolehpercayaan adalah

tinggi dan menunjukkan soal selidik ini boleh digunakan untuk kajian sebenar.

3.8 Analisis Data

Analisis data adalah proses yang amat penting dalam sesuatu penyelidikan. Bagi

menganalisis data-data yang diperolehi, penyelidik telah memilih cara memproses data

menggunakan perisian Statistical package for science 11.5 (SPSS) for windows. Perisian ini
35

digunakan untuk mendapatkan nilai peratusan kekerapan serta min dan dibincangkan mengikut

setiap item berpandukan persoalan kajian. Hasil daripada analisis yang dibuat dipaparkan dalam

bentuk jadual dan carta.

Persoalan Kajian Kaedah Analisis Data


1. Apakah persepsi penduduk tampok terhadap produk Skor min

minuman halal berasaskan sunnah dari aspek pengetahuan?


2. Apakah persepsi penduduk tampok terhadap produk Skor min

minuman halal berasaskan sunnah dari aspek pemahaman?


3. Apakah persepsi penduduk tampok terhadap produk Skor min

minuman halal berasaskan halal dari aspek sikap?


4. Apakah kewajaran penggunaan produk halal mengikut Skor min

hukum syara’?

Jadual 3.2 : kaedah Analisis Data berdasarkan Persoalan Kajian

3.9 Jangka Masa Kajian

Setiap kajian yang dijalankan tidak dapat lari daripada melibatkan kos, masa dan tenaga.

Oleh kerana itu, penyelidik diberi tempoh bermula bulan Januari 2011 dan berakhir pada bulan

Mac 2012. Dalam tempoh masa yang diperuntukkan ini, penyelidik memulakan kajian dengan

berbincang mengenai tajuk cadangan bersama penyelia. Dalam semester pertama penyelidik

perlu menyiapkan Bab 1, 2 dan 3. Soal selidik perlu diedarkan pada awal semester kedua.
36

Penganalisian data dilakukan sebaik sahaja penyelidik mengumpul kembali soal selidik daripada

responden. Kesimpulannya, kajian ini mengambil masa selama tiga semester untuk disiapkan.

4.0 Kesimpulan

Bab ini telah menghuraikan metodologi kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Kajian ini

dijalankan ke atas penduduk-penduduk Tampok Benut Pontian. Data yang dikehendaki

diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package For Social Science (SPSS) for window version 14.0 dan dipaparkan dalam

bentuk jadual kekerapan dan peratusan. Sebagaimana yang telah dimaklumkan, reka bentuk bagi

kajian ini adalah bercorak kuantitatif. Populasi kajian yang dilakuakan adalah merangkumi ke

semua penduduk-penduduk muslim Tampok Benut Pontian yang terdiri daripada umur 20-40

tahun.

Das könnte Ihnen auch gefallen